Bila tengok kalender tahun ni, tiba - tiba tercetus pertanyaan di benak fikiran saya.
Anda rasa, kita patut sambut tak hari Kebangsaan (yang selalu diraikan setiap tahun di Dataran Merdeka) pada tahun ni?
Ni kerana, kalau tak silap saya, pada 1 September 2008 adalah hari pertama kita berpuasa. Jadi, malam tu adalah malam sembahyang sunat terawih yang pertama. (Betulkan kalau saya silap).
1 September 2008 pula adalah hari Isnin. Jadi, anda rasa lah patut tak kerajaan adakan sambutan hari kebangsaan tahun ini sama seperti tahun sebelum ini?
Setiap manusia mempunyai pandangan dan pendapat masing - masing. Dan kerana itu, eloklah kita berbicara seperti manusia yang berakal (tanpa ada emosi marah dan yang negatif la)
Pada saya, eloklah kita buat acara yang elok sikit tahun ni bagi menghormati bulan Syaaban dan Ramadan. Apa pendapat anda? Anda setuju? Apa program yang seelok - eloknya? Beri pendapat anda.
p/s - Jom puasa sunat Rejab dan Syaaban banyak - banyak
