Majlis Kesatuan Fiqh Islami pada persidangan ke- 5 di Kuwait dari 1-6 Jumadilawwal 1409 bersamaan 10-15 Disember 1988M.
Setelah meneliti kajian-kajian oleh ahli dan pakar dalam persoalan menetapkan keuntungan perniagaan, dan setelah mendengar perbahasan sekitarnya membuat keputusan seperti berikut:
1. Hukum asal yang diperakui oleh nas-nas dan kaedah-kaedah syara’ memberi kebebasan kepada orang ramai dalam urusan jual beli, menguruskan barang-barang dan harta mereka di bawah peruntukan-peruntukan hukum-hakam syariah dan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan, sebagai mempraktikkan firman Allah S.W.T: (Maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu memakan harta sesama kamu dengan cara yang batil, melainkan kamu mengadakan urusan perniagaan sesama yang saling meredhai.”
2.
Tidak ada had keuntungan tertentu yang ditetapkan kepada para peniaga di dalam perniagaan mereka. Bahkan ianya diserahkan kepada mereka berdasarkan situasi-situasa umum perniagaan, situasi peniaga dan barang perniagaan dengan meraikan adab-adab yang dituntut oleh syariah seperti bertimbangrasa, rasa cukup, kemurhan hati dan memberi kemudah.
3. Himpunan nas-nas syara’ menunjukkan wajibnya perniagaan itu bebas daripada anasir-anasir haram seperti penipuan, helah pemalsuan, mengelirukan, memalsukan keuntungan sebenar dan memonopoli barang yang akan memudharatkan individu dan masyarakat.
4. Pemerintah tidak masuk campur untuk menentukan harga barang melainkan jika berlaku ketidakseimbangan yang jelas dipasar dan pada harga-harga barang, ketika itu pemerintah masuk campur dengan cara yang adil yang dapat menghalang dari faktor-faktor dan sebab-sebab ketidakseimbangan, kenaikan harga, penipuan, dan kejahatan.
Sumber: http://soaljawab.wordpress.com/2008/...am-perniagaan/