 |
Navigation
|  |
|
| WC Navigation |
|
|
|
 |
Welcome, Unregistered.
|
 |
|
| Member Panel |
|
|
|

07-01-2008, 07:20 PM
|
|
WC300
|
|
Join Date: Mar 2007
Posts: 329
|
|
Quote:
Originally Posted by eches83
dah kenapa di pejabat jabatan perdana menteri tp bukan di pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam? 
|
itu le bro echess...heran sungguh..bila plak JPM tawarkan biasiswa..tak pernah dengar pun..kawe pun MPP jugak dulu..bertanding dan dapat jwtn Setiausaha Agong..takde pun tahu menahu ttg biasiswa dari JPM...Kalau JPA tu biasa le...hohoho
ps: mana le si saiful ni? nak expose diri pun jangan le buat macam ni. Tengok si nazri yunus ( presiden Gerak ), takde pun nak jual marah untuk popular..
__________________
Klik Sini Untuk Ketahui Bagaimana Saya Dapat RM190 Percuma Dari Google Adwords

|

07-01-2008, 07:40 PM
|
 |
Junior Member
|
|
Join Date: Jun 2008
Location: meja SoHo ku...
Posts: 88
|
|
renungkanlah............
Quote:
Originally Posted by maenz
Nie semacam gali lubang tutup lubang. Permainan politik dalam isu2 semasa. Apabila isu baru yang timbul.. kepanasan isu2 yang lepas dengan sendirinya akan reda.
altantuya kena bom C4 > kes linggam > minyak naik > anwar liwat > ?
dan bbrp lagi isu lain. Mungkin ini juga cubaan untuk mengalihkan perhatian masyarakat dengan isu Minyak Naik Harga, diwujudkan pula isu baru yang lebih hangat.
Melalui isu DS Anwar Liwat ini rasanya lebih membangkitkan semangat 'REFORMASI'. Government juga yang kena tempelaknya.
.
|
yap... sayer raser pun, laungan RE-FOR-MA-SI akan lebih kuat berkumandang lagih........!
Quote:
Originally Posted by code7
malam ni ada explanation dsai pasal isu ni di
Tarikh : 1 Julai 2008 (Hari Ini)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Stadium Melawati Shah Alam
|
yap, ader video best tentang pengumuman ni kat: www.caricarikebenaran.blogspot.com.
Quote:
Originally Posted by sweetmango
Siapakah dalangnya? Anwar? PakLah? TunM? Najib? Saiful?
Rakyat tak lagi seperti timun. Rakyat boleh jadi spt durian dan government sekarang nilah seperti timun.
Digolek bergolek pasti terkena.

|
bro! gempak ar gambar tuh....... cam steve austin pun ader!
Quote:
Originally Posted by emet
Kita sebagai orang Islam percaya dengan pembalasan Allah, aku berasa hairan jika betul konspirasi ini dilakukan oleh orang Islam sendiri... memang sedih.
Yang pasti, pembalasan untuk orang-orang ini pasti akan menimpa mereka nanti...
InsyaAllah, satu hari nanti kita akan tahu juga siapa dalang dalam perkara ini semua.
|
yap! mereka2 yang wat dajjal....... musti tak lepas punyer.........
|

07-01-2008, 08:39 PM
|
|
Senior Member
|
|
Join Date: Jan 2008
Posts: 343
|
|
Dulu dah kena naya...sekarang nak kenakan lagi DSAI...Kali ni mesti BN kalah teruk....
|

07-01-2008, 09:17 PM
|
 |
Junior Member
|
|
Join Date: May 2008
Location: Bandar manusia
Posts: 133
|
|
Sedikit penafian pertuduhan dan penerangan drpd Anwar mengenai budak Saiful boleh klik pautan ini..
YouTube - Siapa Mohd. Saiful Bukhari Azlan ?
Saiful tak bersedia menghadapi sidang akhbar hari ini. Apa daa..
myMetro
|

07-01-2008, 10:32 PM
|
|
WC300
|
|
Join Date: Jan 2008
Posts: 163
|
|
oh malaysiaku......
__________________
KnoWLeDgE iS POwEr
|

07-01-2008, 11:04 PM
|
 |
New Member
|
|
Join Date: Apr 2007
Location: In Ur Dr3am
Posts: 47
|
|
Pelik2..kuat btl DSAI yg dh berumur dan baru sembuh sakit tulang belakang smpai blh paksa bdk yg lg muda, lagi bertenaga, kuat utk tonggeng kt dia. Takkan si saiful ni "Tidak2..jgn la buat mcm ni..I xsuke la.."
|

07-02-2008, 10:14 AM
|
|
Junior Member
|
|
Join Date: Nov 2007
Location: sabah
Posts: 61
|
|
Tuduhan Terhadap Anwar Benar
PETALING JAYA: Seorang lagi bekas orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S Nallakaruppan semalam, tampil membuat pendedahan mengenai pelbagai pembohongan yang pernah dibuat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Nallakaruppan yang kini Presiden Parti Bersatu India Malaysia, berkata, Anwar memang seorang yang hebat berkata-kata dan berpidato tetapi apa saja yang diucapkannya adalah tidak benar dan pembohongan semata-mata.
Malah, katanya semua tuduhan yang dilemparkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Anwar adalah benar, tetapi dia begitu licik memutarbelitkan semuanya untuk mengabui mata orang ramai sehingga dilihat tidak bersalah.
Nallakaruppan yang pertama kali tampil membuat pendedahan mengenai Anwar berkata, beliau tidak berniat menyerang peribadi penasihat PKR itu, tetapi sudah tidak tahan melihat rakyat terus tertipu dengan janji kosong yang hanya untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri.
Kelmarin, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Prof Dr Chandra Muzaffar membuat pendedahan mendakwa Anwar sebenarnya umpama sesumpah, kerana sentiasa boleh berubah imej mengikut keperluan kepentingannya.
Dr Chandra yang berkerusi roda dan pernah menjadi antara penyokong paling kuat Anwar, berkata beliau membuat pendedahan itu kerana tidak mahu rakyat terus terpedaya dengan helah bekas pemimpin ter****t.
Nallakaruppan juga mengakui Anwar seorang yang hebat berkata-kata, tetapi apa saja yang diucapkannya adalah tidak benar dan penipuan malah sering menukar semua kenyataan Dr Tun Dr. Mahathir untuk disampaikan kepada rakyat.
Beliau turut mendedahkan bagaimana Anwar menjadi pemimpin ‘de facto’ untuk PKR, walaupun ketika itu masih menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh dengan mengawal semua urusan parti menerusi isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
|

07-02-2008, 11:05 AM
|
|
Junior Member
|
|
Join Date: Nov 2007
Location: sabah
Posts: 61
|
|
Kenyataan daripada keluarga rapat Saiful
Julai 1st, 2008 · 3 Comments
Assalamu’alaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Saya ialah salah seorang dari ahli keluarga Saiful, bapa saudaranya sebelah emak.
Sebagai permulaan, saya bersumpah dengan nama ALLAH, bahawasanya, Saiful dengan penuh kerelaan dan kesedaran serta dalam waras telah pergi ke HKL secara bersendiri ditemani oleh seorang pakciknya. Tanpa dipaksa atau dipengaruhi oleh mana2 pihak.
Nak percaya boleh tak nak pun takper.
Kami sudah beritahu padanya what are the consequences and implication if he proceed to file this case.
Least i can say is he told us ” I’ve got nothing to gain but alot to lose uncle, but in the name of ALLAH, I do this for the sake of this country, keluar dan beritahu kepada orang ramai apa yang telah berlaku. I sacrifice myself in this course.”
Actually, Saiful mengaku dia hampir-hampir hendak membunuh dirinya sendiri sebab tak sanggup untuk meneruskan hidup dalam penipuan, yang mana dia tahu secara jelas dan nyata perangai busok Anwar yang sebenar adalah benar belaka sebagaimana di tohmah.
Feel betrayed, malu yang amat sangat, marah, sedih bercampur baur.
Keadaannya seperti ditelan mati emak diluah mati bapak. Namun, demi kerana Allah dan negara tercinta, dia kata dia sanggup berkorban walaupun aibnya juga akan jadik tontonan dan paparan manusia. Walaupun kehilangan habuan dunia. Baginya, dia sudah menjalankan tugasnya sebagai hamba allah, dia tidak berhutang apa-apa penjelasan dengan manusia ramai.
Andaikata kalau tewas dimahkamah dunia,kami yakin dengan keyakinan haqqul hakiki bahawa di yaumil kiamah nanti kita akan dapat pengadilan dari yang maha Adil.!!
Tuan2, just imagine macamana punya hancur berkecai hati saya bila Saiful buat pengakuan ini!!! Ya Allah, tolong kejutkan aku dari mimpi ini!! Seriously, begitulah perasaan saya pada waktu itu. Mana taknya, saya selalu minta saiful jaga keselamatan dsai.
Give him some extra precautions. Musuh sedang menunggu silap shj. To me dsai is like a shining star that is going to be the greatest statesman of this nation..! Dialah yang akan menyatukan semua bangsa dalam ertikata yang sebenarnya…dan berbagai macam lagi perasaan dan harapan terhadap dsai. Tiba-tiba anak sedara yang kita dok bangga2kan nie, yang bekerja rapat dengan this towering figure nie,tengah buat nation building orang kata….dari mulut anak sedara kita sendiri menyatakan apa yang selama ini saya sangkal dan bangkang habis-habisan!!!…telah berlaku dan dilakukan kes naya nie terhadap anak sedara kita sendiri!!!!
Bagaimana untuk saya respons????
Disatu pihak anak muda yang saya kenal sedari lahir hingga dewasa. Yang kita tahu buruk dan baiknya. Apa makanan kegemarannya, sapa kawan2nya…yang biasa kita kendong dan dodoikan tatkala dari bayi lagi..!
Disatu pihak lagi satu tokoh pemimpin yang kita kagumi dan sentiasa mengikuti setiap perkembangannya, tulisan2nya, idea2nya, ceramah2 dan keberaniannya dalam menegakkan Hak rakyat dan orang2 yang tertindas?!! If you guys is in my place who would you choose??! And what is to believe???
Logically, living by today standards, Saiful orang paling ***** sekali..! Anwar dah hampir2 menduduki kerusi PM…Saiful ialah setiausaha sulitnya. Bagi orang yang tahu bagaimana berpengaruhnya kalau jadik SS ni kepada tokoh sebesar cam Anwar nie….gila ke hapa nak gi report kes salah laku boss kau…?!
Kau buang satu peluang keemasan yang saya rasa ramai yang “mendendami” kedudukan itu. Kuasa, pengaruh, gelaran dan berbagai macam kemudahan terhampar didepan mata kau, engkau nak buang gitu ajer…hanya kerana nak buat tohmahan dan dakwaan palsu terhadap boss kau ni??! Where’s the logic behind this!!!??
Unless, perkara yang berlaku adalah benar-benar berlaku. Secara jujur saya percaya Saiful berani kerana dia benar….and we as family just advised him to go to HKL seek for forensic service and of course, in order to get that service, it is a must to make a polis report. Kami minta penyiasatan ini dilakukan secara sulit supaya pihak2 yang terlibat (Saiful dan DSAI) tidak diasak oleh public dan media. Tapi ntah macamana, cerita dah bocor…kawan saya kata diorang dapat sms lebih kurang jam 8 malam….Kami dah cemas campur geram, sebab takut kalau2 berlaku kejadian2 yang tidak diingini. Kami meminta pihak polis menjaga keselamatan Saiful agar dia tidak di apa-apakan. Iyalah, anything can happen in this time and moment.
Sedikit fakta diri dan keluarga saya. Semenjak sekolah menengah lagi, dr persatuan pelajar islam sampailah waktu bujang2, ikut perkembangan anwar dengan penuh semangat! Anwar masuk UMNO, aku masuk UMNO, anwar kena penjara, aku keluar UMNO.
Even, mak saya di johor tu, yang hardcore UMNO tupun, bole goyang pendiriannya terhadap UMNO kalau berdebat dengan saya dan adik-beradik saya, yang rata2 sokong pembangkang… Anwarpun ingat siapa arwah mak Saiful bekas pelajar yayasan anda…Saiful bercerita dengan rasa bangga bila dia kata dsai boleh ingat siapa arwah emaknya bila dia mention tentangnya depan anwar.
DSAI, tuan tahu, kita boleh berbohong seluruh alam tapi makhluk yang satu itu tidak boleh dibohongi iaitu diri kita sendiri.Kebenaran dari Allah itu pasti datang menjengah kita.
Hati saya sudah hancur berkecai, ditambahkan lagi, anak saudara sedarah sedaging…anak yang aruah emaknya amanahkan pada kami untuk menjaganya bila beliau “pergi”, terlibat secara langsung dalam terbongkarnya kes ini. Kami tidak beroleh apa2 keuntungan pun akibat isu ini. Tapi demi kerana membela penganiayaan yg berlaku kepada saudara kami, keputusan yang amat pahit dan berat terpaksa kami putuskan.
SEMOGA ALLAH MENYEBELAHI ORANG YANG BENAR DAN BEROLEH KEMENANGAN DUNIA DAN AKHIRAT
|

07-02-2008, 12:19 PM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Dec 2005
Location: On WorkStation
Posts: 1,075
|
|
aku rasa takleh pakai statement ni..
kenapa saiful sendiri tak buat press conference.. ramai pihak media tertunggu... aku nk tgk sejauh mana isu ni bertahan.. kenapa saiful ada banyak orang tolong cakap bagi pihaknya ? mcm pelik jer..
__________________
|

07-02-2008, 12:23 PM
|
 |
Junior Member
|
|
Join Date: Dec 2007
Posts: 102
|
|
ada sapa2 pg perhimpunan umum di Stadium Melawati Shah Alam mlm td???
mcm mana perkembangan disana??? dah tau sapa yang dah lompat parti mlm td???
|
| Thread Tools |
|
|
| Display Modes |
Linear Mode
|
Posting Rules
|
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts
HTML code is Off
|
|
|
All times are GMT +8. The time now is 08:38 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0 Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0
|
 |