+ Reply to Thread
Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 11
  1. #1
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Fast Shipping www.shahraduan.com
    Posts
    1,092
    Thanks
    0
    Thanked 4 Times in 3 Posts

    Default Pantun Terbuka Buat Pak Lah



    Kepada Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia Boleh…….

    Hari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM kami
    Memang dari dulu kami sokong sampai lani
    Tapi hari nie, buka mata, senak perut anak bini……
    Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi

    Memang kami tak tau pasai ekonomi
    Yang tau semua Pak Lah ngan kroni
    Tapi sampai bila nak jadi lagu nie
    Dapat gaji habis tak berbaki

    Pak Lah habag tak boleh buat apa
    Nie semua ekonomi dunia
    Kalau tak naik nanti dunia kata apa
    Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka

    Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat
    Kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat……
    Nie dok nampak macam nak telan kederat
    Dok nampak kami yang nak melarat

    Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat
    Kunun tak mau tengok rakyat hidup melarat
    Tapi kalau macam nie punya sarat
    Darah rakyat pun boleh sejat

    Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi
    Kunun asyik kerajaan saja dok bagi
    Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi
    Tu…yang lima tahun sekali tu….sapa bagi??

    Tiap kali naik harga, dok banding sini sana??
    Hampa tengok, kat Thailand lagi mahai dari kita……
    Apa jenis depa punya kira
    Awat tak ikut pulak Brunai punya harga

    Brunai tak leh kira
    depa punya minyak berlambak tak terkira
    Awat, minyak Malaysia tak dak harga ka?
    kalau tidak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa

    Ada Petronas pun tak leh buat apa
    Ada duit sikit, dah nak mengada
    Pi buat segala menara pagoda kembaq dua
    Nak tunjuk, kami la kaya

    Petronas kata kami tak tau apa
    Kerajaan yang buat kira bicara
    Kami ikut apa depa kata
    Royalti jadi ehsan pun kami tak leh kata apa

    Kunun dok habag petronas hak rakyat semua
    Pakailah minyak petronas, nanti untung dapat kat kita
    Nie, nak tanya la….tiap tahun untung beribu juta
    Rakyat dapat apa ????? kudis buta….

    Hari nie petrol naik, tahan la lagi..
    Tengok pulak apa cerita esok pagi
    Habis ikan, ayam, cabai sampai ke cili
    depa pun sama tumbas naik sekali

    Nanti ada la menteri tolong bercakap
    Sapa naik harga dia nak pi tangkap
    Sampai bila la dia nie nak ubah sikap
    Ingat yang dok meniaga kat market tu heran kot dia punya cakap

    Pak Lah mau renung nasib kami
    Kais hari nie makan untuk kemarin pagi
    Anak kecik pun dok ada lagi
    Boleh hidup ka kami lagu nie

    Dah tak larat nak tanggung cukai
    Sini cukai, sana cukai
    Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai
    Dah sampai masa kot Pak Lah kena guna akai

    Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah
    Gaji berpuluh ribu hidup tak susah
    Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah
    Dapat tender pun tak payah susah susah

    Kami rakyat bukan macam tu
    Malah la nie pun dah ada rebus siput **** dgan batu
    Sedih sungguh ohhhh negara ku
    Biar tak merdeka terus pun tak la kalau lagu tu

    Dah sampai masa Pak Lah ingat
    Selesai masalah rakyat cepat cepat
    Nanti kot rakyat naik meluat
    satu undi pun Pak Lah tak dapat

    Cukup la sampai di sini
    Tobat dah…aku tak mengundi BN kali nie
    Parti Barang Naik pulak kot jadi depa lani
    Kot ada sapa nak Barang Naik lagi undi la depa lagi…

    Yang Benar,
    Rakyat yang semakin tak larat

    Hyprobulksms


  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    New Member Array
    Join Date
    Jun 2008
    Posts
    15
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    pak lah dah tak sempat baca pantu hang,hari dia seronok annak ikan dah makan umpan kat pejabat Pos,,,?

  4. #3
    Junior Member Array
    Join Date
    May 2008
    Location
    Kulim, Kedah.
    Posts
    63
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Usahawanebay,

    Sempoooiii... Nak habag mai... Baguih punya pantun! Cek sokong!

  5. #4
    WC Premium Array
    Join Date
    Feb 2008
    Posts
    1,163
    Thanks
    77
    Thanked 74 Times in 32 Posts

    Default

    memang 'touching' pantun hang ni...
    harap la pak lah buka wangcyber nie..huhu

  6. #5
    aku
    aku is offline
    WC Premium Array
    Join Date
    Apr 2006
    Posts
    2,027
    Thanks
    1
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    pak lah membaca ke?

    Saya dah tak jual ebook PanduanSaham.com sebab dah lama tak update. Takde masa nak update.

  7. #6
    WC Premium Array
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    MTS Bachok
    Posts
    418
    Thanks
    0
    Thanked 5 Times in 2 Posts

    Default

    Nape beliau x buat blog mcm chedet.com tue?
    Kah kah kah. Agaknyer adae org nak bace ke blog dia?

  8. #7
    WC Premium Array
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    MTS Bachok
    Posts
    418
    Thanks
    0
    Thanked 5 Times in 2 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by beduzbiz View Post
    memang 'touching' pantun hang ni...
    harap la pak lah buka wangcyber nie..huhu
    Ana ada letak di blog ana gak:-

    Khalif.biz | Blog Seorang IM Pantun Buat Pak Lah

  9. #8
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    kajang
    Posts
    1,656
    Thanks
    0
    Thanked 27 Times in 15 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by Cyber Boyz View Post
    Nape beliau x buat blog mcm chedet.com tue?
    Kah kah kah. Agaknyer adae org nak bace ke blog dia?
    Blog takde, tapi website ada

    Warkah untuk PM
    VirtualNiaga - Penyedia Perkhidmatan Membina Minisite, Banner, Ecover, Sistem Affiliate, PPL, Portal Iklan, dan Squeeze Page

  10. #9
    Izo
    Izo is offline
    WC Premium Array
    Join Date
    Nov 2006
    Posts
    1,234
    Thanks
    61
    Thanked 50 Times in 30 Posts

    Default

    Baca kat Demo je bulan Julai nie

  11. #10
    WC Premium Array
    Join Date
    Jan 2007
    Location
    Jitra
    Posts
    41
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by aku View Post
    pak lah membaca ke?
    baca menatang pa...dok lena sentiasa...aku ingt dia baca masa forum bual bicara je...tupun baper kali "cut"&"action" daaaa..Ini reality bkn fantasi...


 

Similar Threads

  1. Full Time Internet Business??!
    By aku in forum Perniagaan Internet
    Replies: 107
    Last Post: 01-27-2012, 01:41 PM
  2. Replies: 110
    Last Post: 01-26-2012, 09:26 AM
  3. nak buka bisnes internet!!
    By izzatg in forum Perniagaan Internet
    Replies: 41
    Last Post: 03-06-2009, 05:29 PM
  4. Replies: 53
    Last Post: 12-24-2008, 06:08 PM
  5. E-Book Percuma - Panduan Cara Pantas Buat Duit Dengan Payloadz
    By titaniumhijau in forum Program Jana Wang Online
    Replies: 145
    Last Post: 05-23-2008, 07:53 AM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts