Page 2 of 3 FirstFirst 123 LastLast
Results 11 to 20 of 21
Bookmark and Share

Thread: Celcom - 100 Hari 100 Kereta! Toyota Camry.. Fuhh

  1. #11
    WC Premium
    Join Date
    Nov 2006
    Location
    masrizalhardy.com
    Posts
    1,733
    Thanks
    16
    Thanked 9 Times in 7 Posts

    Default



    KANGAR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan peraduan ‘100 Hari 100 Kereta’ anjuran syarikat telekomunikasi, Celcom (M) Bhd (Celcom), sebagai haram dan perlu dijauhi semua umat Islam.

    Pertimbangan itu dibuat Mohd Asri (gambar) selepas mengambil kira cara peraduan itu dilaksanakan dan dikendalikan pihak penganjur dengan menerapkan unsur tidak sihat termasuk perjudian.

    berita penuh bawah ni....

    myMetro
    Laman Iklan Percuma - www.NiagaPress.com


  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #12
    WC Premium
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    SmartUsaha.com
    Posts
    3,786
    Thanks
    1
    Thanked 58 Times in 32 Posts

    Default

    Peraduan tiada unsur judi - Celcom

    Oleh Amran Ahmad

    KUALA LUMPUR 5 Jun - Celcom (M) Bhd., (Celcom) mempertahankan tindakannya menganjurkan peraduan 100 Hari 100 Kereta kerana ia tidak mempunyai unsur perjudian seperti yang didakwa oleh beberapa pihak sebelum ini.

    Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, pihaknya telah membuat kajian yang menyeluruh termasuk merujuk fatwa mengenai produk telekomunikasi sebelum memutuskan untuk menganjurkan promosi yang bukan berasaskan nasib itu.

    "Jika wujud unsur-unsur perjudian atau apa juga yang haram dalam promosi Celcom, saya akan menjadi orang pertama yang akan menentang penganjuran promosi seperti itu," katanya di sini hari ini.

    Semalam, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menasihatkan umat Islam tidak menyertai peraduan itu kerana ia mengandungi unsur perjudian.

    Menurut beliau, peraduan itu disifatkan sebagai perjudian kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan seperti juga judi nombor ekor.

    Selain Dr. Mohd. Asri, penulis blog tempatan juga turut mempertikaikan penganjuran promosi oleh Celcom itu yang dikatakan haram atas sebab yang sama.

    Bagaimanapun Shazalli berkata, Celcom akan akur dengan arahan termasuk membatalkan promosi itu jika pihak berkuasa yang berkaitan memutuskan penganjuran promosi tersebut sebagai haram.

    Katanya, kekeliruan mengenai konsep dan kaedah penyertaan promosi yang bukan berasaskan nasib sebaliknya kepintaran peserta promosi itu berlaku kerana wujudnya penilaian yang bukan berasaskan pengalaman dan hanya bacaan ala kadar.

    Justeru, Celcom ingin mempelawa mana-mana pihak untuk melihat sendiri kaedah dan cara promosi itu dikendalikan bagi mendapatkan kefahaman sebenar mengenainya yang secara jelas tidak mengandungi unsur perjudian, tambah beliau lagi.

    "Celcom memandang serius perkara ini kerana kita tidak mahu 1.5 juta pelanggan Celcom yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Islam di negara ini berasa sangsi dengan promosi yang dijalankan sebelum atau selepas ini," ujarnya.

    Sementara itu, beberapa ulama berpendapat peraduan tersebut tidak wajar diteruskan kerana terdapat unsur judi dan menguji nasib yang jelas ditegah oleh syarak.

    Mufti Johor, Datuk Noh Gadut berkata, peraduan itu juga mempunyai unsur memberi harapan yang tinggi kepada peserta dan boleh mewujudkan rasa tidak puas hati kepada mereka yang menyertainya.

    "Peraduan seperti ini amat berbahaya dan dilarang oleh syarak,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Noh berkata, bagi mengelakkan wujudnya unsur perjudian itu, pihak penganjur peraduan wajar menimbang semula sensitiviti agama dalam peraduan itu.

    Beliau berharap penganjur mendapatkan nasihat daripada tokoh agama untuk memastikan tidak wujud unsur yang bertentangan dengan syarak dalam peraduan itu.

    Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir pula berkata, kaedah mengenakan caj kepada peserta bagi setiap penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa memberi sebarang pulangan tidak dibolehkan.

    Jelas beliau, ia tidak munasabah kerana walaupun penganjur menafikan tiada sebarang keuntungan tetapi peraduan itu tetap mempunyai unsur perjudian.

    Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

    Jangan la termasuk ke dalam golongan yang berjuang untuk halalkan yang jelas haram kalau jelas ia haram.

    Ustaz Zaharuddin, Datuk Noh Gadut, Dr. Asri, bukanlah calang-calang orang.

    Saya pun masih tertanya-tanya, siapakah mufti atau ulamak atau cerdik pandai Islam yang Celcom rujuk tu?

  4. #13
    WC Premium
    Join Date
    May 2007
    Posts
    6,485
    Thanks
    5
    Thanked 32 Times in 31 Posts

    Default

    Ulama' celcom aaaa... ulama' mana lagi...? ulama' yang bergelar ilmuan celcom aaaaaa...

  5. #14
    Active Member
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    kajang
    Posts
    1,665
    Thanks
    0
    Thanked 28 Times in 16 Posts

    Default

    Salam...

    Tu sebab saya cakap, mana mufti yang diorang maksudkan tu? Saya tak percaya celcom rujuk mufti. Kalau bahasa kasarnya, itu ayat nak cover kesalahan dioang je.

  6. #15
    Izo
    Izo is offline
    WC Premium
    Join Date
    Nov 2006
    Posts
    1,293
    Thanks
    63
    Thanked 51 Times in 31 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by mazlie nadzri View Post
    Salam...

    Tu sebab saya cakap, mana mufti yang diorang maksudkan tu? Saya tak percaya celcom rujuk mufti. Kalau bahasa kasarnya, itu ayat nak cover kesalahan dioang je.
    Apabila dah kantoi pandai2 plak nak cover.
    Saper mufti tu yer?
    PM ME...
    Servis Apply Account Adsense Gurantee Approve - RM30 - Masa Approve 1-7 hari!
    Servis SEO Gurantee 1st page Google. Mana-mana keyword...tidak kira Very High Competition atau Low Competition. 1 time payment only.
    Servis setup WP-Robot Auto Blog with full modules and sub-license.

  7. #16
    WC Premium
    Join Date
    Jan 2007
    Posts
    2,344
    Thanks
    14
    Thanked 29 Times in 19 Posts

    Default

    kalau diteliti memang ada unsur perjudian..
    satu soalan caj RM 5..
    perghhh...

  8. #17
    WC Premium
    Join Date
    May 2008
    Location
    Bandar manusia
    Posts
    468
    Thanks
    0
    Thanked 4 Times in 4 Posts

    Default

    With the fastest network, the widest coverage, best rates and service from Celcom, the power is in your hands.

    CELCOM maju setapak lagi dengan meluaskan rangkaian JUDI. Cubaan mengalahkan TOTO, 4d, Magnum dan brand seangkatan dengannya.

  9. #18
    Normal Member
    Join Date
    May 2006
    Posts
    943
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Hukum Peraduan SMS Menang CAMRY


    Sebuah berita menyebut :-

    KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini.

    i. sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.

    ii. Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.

    iii. Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.

    iv. Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.

    v. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.

    vi. Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.

    vii. Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan

    ULASAN UZAR :

    Secara rasmi dan mudahnya, ia adalah peraduan yang haram di sisi Islam kerana perjudian. Ini kerana semua peserta yang menghantar SMS terdedah kepada kerugian RM 50 (kerana mesti menjawab 10 soalan terlebih dahulu, sedangkan satu sms = RM 5) atau berpeluang mendapat untung sebuah kereta. Hanya seratus orang akan berjaya dari berjuta peserta. Syarikat pasti meraih untung yang lebih berbanding peserta.

    Ia tidak ubah seperti peraduan "Who Wants To Be A Millionaire" dengan sedikit perbezaan sahaja.

    Peserta mungkin berkata

    "Alah, apalah sangat dengan RM 5 atau RM 50 .. redha sahaja, kami tidak rasa dizalimi pun"

    Namun wajib diingati, pengharaman perjudian adalah hak Allah swt dan sebarang keredhaan dalam perkara yang menjadi hak Allah adalah TERTOLAK. Redha dalam hal dosa seperti ini, adalah redha maksiat. Malah lebih dahsyat dari itu, kerdehaan dalam perilaku dosa yang mencarik hak Allah adalah akan menjadikan ia sebagai satu dosa yang lebih besar.

    Mungkin juga ada yang berkata :-

    "Tapi ustaz, bukankah ada manfaat untuk kita peraduan sebegini, bukan senang nak dapat peluang "

    Memang benar ada manfaatnya, namun keburukannya jauh lebih besar, sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt sendiri :-

    يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
    Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya ( Al-Baqarah : 219 )

    Saya teringat pernah menonton "National Geographic" yang mendokumentasikan perihal pusat perjudian di Macau. Saya masih ingat kata-kata pengusaha dan pemain judi dalam interview dengan wartawan dokumentasi itu,

    "dari 10 kali main, biasanya hanya sekali menang dan 9 kali kalah".

    Berikut pula info yang amat jelas dari seorang yang telah menyertai peraduan ini, saya petik dari ruangan komen di bawah. Ia sangat membuktikan ia judi yang amat menindas dan zalim.

    Pada 2 Jun (iaitu tarikh bermula peraduan tersebut) saya mula hantar SMS jam 8.30 mlm. Sehingga pukul 1 pagi, keseluruhan SMS yang saya terima daripada syarikat tersebut lebih kurang 200 SMS. yang di caj RM5 ialah lebih kurang 60 SMS. Dengan harapan yang menggunung untuk memperolehi kereta tersebut, saya telah melabur sebanyak RM300.

    terus terang saya katakan,saya turut menunaikan solat hajat untuk memenangi pertandingan ini. Hajat saya jika menang ialah dapatlah saya ringakan beban saya membayar hutang kereta yang sedia ada, selain dapat menggunakannya untuk buat ibadat (pergi kerja, berteduh, masjid)-- adakah tindakan saya betul ustaz??

    Setiap SMS yang diterima sangat teruja dan membuatkan pelanggan akan sentiasa ingin ber SMS dan menjawab soalan. Maka, saya telah terperangkap dalam permainan ini.


    Itulah sifat judi, pengusaha akan sentiasa lebih mendapat manfaat dan keuntungan. Ia sememangnya sebuah permainan yang amat buruk.

    Jauhilah darinya, apatah lagi solat hajat dalam berjudi. Segeralah sampaikan kepada adik beradik, rakan-rakan dan taulan. Jangan sampai sebuah kereta Camry menyebabkan penyesalan tak sudah di alam barzakh dan akhirat kelak.

    Ini pula satu lagi pengakuan penting dari pekerja di syarikat tersebut :-

    Cuba baca pengakuan seorang pekerja di syarikat tersebut ini (saya petik dari ruangan komentar artikel ini). "Saya adalah seorang yang bekerja dengan xxxxxm, saya akui memang saya menentang sekeras-kerasnya peraduan ini yang memang jelas berunsur perjudian.. Ada jugak kenalan-kenalan yang dah terjebak dengan peraduan ni dan ada juga customer yang tanya dengan saya bila nak dapat kereta sedangkan diorang ada yang telah melabur sebanyak RM3000++ (ada bukti) tapi masih belum menang... memang agak memeranjatkn saya apabila ada yang sanggup belanja beribu-ribu untuk peraduan ni..."

    Bayangkan betapa ghairahnya orang di zaman ini dalam bab duit dan harta segera, sehingga mudah kerap ditipu, diperdaya dan terjebak judi. Mereka berlumba-lumba menjawab soalan dari sms CELCOM ini kerana ingin mendapat mata tertinggi setiap hari bagi meraih sebuah kereta CAMRY, hingga terkorban RM 3000 sehari !! tanpa camry, tetapi hanya minyak yang naik harga RM 0.78 seliter.

    Akhirnya firman Allah s.w.t tentang pengharaman judi yang disamakan dengan najis dan kerja Syaitan:-

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
    Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90 )

    Bagi pihak saya, saya telah memaklumkan isu ini kepada YB Dato' Ahmad Zahid Hamidi dan juga beberapa orang Mufti. Moga mereka dapat membantu umat Islam sesegera yang mungkin melalui kuasa dan autoriti mereka.

    Sekian,

    Zaharuddin Abd Rahman
    www.zaharuddin.net - Utama
    3 Jun 2008




    petikan berita hari ini ( 4 jun 08 )



    Kami mengucapkan tahniah kepada Suzana yang dipilih sebagai pemenang pertama kempen 100 Hari 100 Kereta yang diadakan ini.

    "Celcom masih mempunyai 99 kereta lagi dan menyaran kepada pelanggan untuk mengambil bahagian dalam kempen berkenaan. Anda mungkin dipilih sebagai pemenang Toyota Camry untuk hari berikutnya," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

    Promosi khidmat pesanan ringkas (SMS) 100 Hari 100 Kereta Celcom itu menawarkan peluang memenangi kereta Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE setiap hari untuk pelanggan pasca bayar dan prabayar syarikat itu. Menerusi promosi itu, pelanggan yang mendaftar untuk peraduan berkenaan perlu menjawab soalan yang disediakan menerusi SMS, dengan yang menghantar paling banyak jawapan yang betul pada setiap hari akan dipilih sebagai pemegang.

    Celcom turut menyediakan sebuah kereta tambahan untuk dimenangi pada setiap hujung minggu sepanjang tempoh peraduan itu yang mana peserta dengan markah tertinggi mingguan akan dipilih sebagai pemenang.

    Pemenang kereta harian akan diumumkan menerusi SMS tahniah dan dihubungi menerusi telefon sebelum 12 malam pada keesokan harinya.


    ULASAN UZAR :

    Sila baca di petikan berita 4 Jun 2008 yang saya 'bold', ia jelas memerlukan pelanggan hantar sebanyak sms kepada mererka untuk menang. Menurut laporannya, soalan dari pihak CELCOM TIDAK HENTI-HENTI MASUK selagi pelanggan menjawab. Sedangkan satu SMS yang dihantar oleh CELCOM bernilai RM 5 ditanggung oleh pelanggan. Ia Judi yang amat jelas dan menindas.
    Ada yg menyokong dan ada yg pertikai hukum haram. Baca ulasan & komen pembaca lain di sini: www.zaharuddin.net - Hukum Peraduan SMS Menang Camry (Kemaskini)

  10. #19
    WC Premium
    Join Date
    May 2008
    Location
    Bandar manusia
    Posts
    468
    Thanks
    0
    Thanked 4 Times in 4 Posts

    Default

    Peraduan Celcom berunsur judi - Genting Highland tetap Gah (under kroni) !

    KUALA LUMPUR 17 Jun - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati peraduan 100 hari 100 kereta anjuran syarikat telekomunikasi Celcom (M) Bhd., mempunyai unsur- unsur perjudian.

    Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz berkata, peraduan itu jelas tidak mematuhi hukum syariah dan menggalakkan pembaziran.

    "Tidak boleh. Peraduan ini mengandungi unsur judi.

    "Kita minta Celcom batalkan peraduan ini. Kalau mahu juga, buat pertandingan lain yang selari dengan hukum syarak,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

    Semalam, Celcom mengumumkan akan mengadakan pertemuan kali kedua dengan Jakim untuk membincangkan status peraduan 100 hari 100 kereta anjuran syarikat telekomunikasi itu yang didakwa mempunyai unsur perjudian.

    Difahamkan Celcom akan membentangkan secara terperinci kesemua butiran peraduan berkenaan di hadapan Panel Syariah Jakim.

    Jelas Wan Mohamad, mesyuarat khas panel kajian syariah Jakim hari ini bersetuju untuk memutuskan pertandingan itu jelas menggalakkan pembaziran.

    Peraduan 100 hari 100 kereta anjuran Celcom didakwa berunsur perjudian oleh beberapa tokoh agama kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan seperti dalam kegiatan judi nombor ekor.

    Peraduan yang bermula 2 Jun lalu dan berakhir 9 September ini menawarkan sebuah kereta setiap hari kepada pemenang yang mengumpul mata tertinggi selepas menjawab soalan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

    Peraduan berbentuk promosi itu berlangsung selama 100 hari dan dibuka kepada kesemua pelanggan Celcom.

    Sumber: Utusan Malaysia 18/06/08

  11. #20
    WC Premium
    Join Date
    Nov 2007
    Location
    selangor
    Posts
    1,597
    Thanks
    19
    Thanked 27 Times in 25 Posts

    Default

    sy juga sependapat peraduan berbentuk sms ni haram.kalau kita tengok sekarang ni dah banyak peraduan berbentuk sms ni kat dalam akhbar.tapi member wc semua tahu tak yang pihak digi ade menawarkan peraduan sms juga yang menawarkan hadian percutian 11org ke Swiss.rasenye iklan tentang ni ade disiarkan kat tv yg mane korg perlu menjawab soalan untuk memenangi hadiah utama dia tu.untuk pengetahuan korg caj sms untuk peraduan ni free jer.ape pendapat korg semua

 

 
Page 2 of 3 FirstFirst 123 LastLast

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •