saya ada contoh kes terbaru. tiada kaitan dengan Maybank.
tak apakan saya kongsikan kat sini?
Kisahnya macam ni;
Semalam saya guna online banking untuk topup kredit telefon. Transaksi berjaya seperti biasa, statement menunjukkan transaksi keluar.
Tapi masalahnya 24 jam saya tunggu, topup masih lagi tak masuk ke no telefon saya.
Musykil juga.
so saya kol pihak bank. Memang pihak bank membantu.
1. dia tanya nama penuh pemilik akaun.
2. dia tanya alamat buku bank
3. dia tanya nombor kad ATM
4. dia tanya no akaun.
5. dia tanya jumlah transaksi yang keluar.
6. dia tanya no kad pengenalan
7. dia tanya no rujukan transaksi
8. dia tak tanya saya ni dah kahwin ke belum.. hehehe
ok, selepas 30 jam, saya dapat semula topup tu. Terima kasih je la awek yang keja kat bank ini ya.
