+ Reply to Thread
Results 31 to 40 of 78
- 05-09-2008 10:28 PM #31
Teringat aku satu kisah...
Member aku dia nak wat adsense tapi berbulan2 buat tak masuk2 duit. Ebook otai adsense kita pon dah beli tapi tak jd gak. Dia hampir2 putus asa. Kebetulan dia jumpa ngan aku..Aku ajar dia satu teknik. Buat blog pastu upload video yg di edit dgn masukkan link blog. Teknik nie seperti mana yg aku baca kat ebook dan kat WC. Sebenarnya aku pun jarang2 upload video. Aku ajar dia teori jer. Dia aku jadikan eksperimen. Mula2 dia buat tu 3 bulan gak tp masuk ciput jer tk sampai $1 sehari. Aku nasihat dia jgn putus asa...you kena fokus. Dia ikut nasihat aku walaupun sebelum tu dia suruh aku ajar teknik tarik traffik cara lain. Aku tak ajar cara lain coz sebenarnya aku nak tgk sejauh mana berhasilnya teknik upload video tu. Dia upload video tak banyak cuma 5 video jer sehari ttpi istiqamah setiap hari. Sekarang banyak dia lak bleh drpd aku.
- 05-09-2008 10:28 PM # ADS
- 05-09-2008 10:30 PM #32WC Premium Array
- Join Date
- Sep 2006
- Location
- RinggitHit.com
- Posts
- 2,442
- Thanks
- 0
- Thanked 1 Time in 1 Post
1) Set matlamat yg detail ~ cth: nak buat duit internet sebanyak RM5k sebulan mulai bulan Disember 2008 <-- slh satu rahsia 'law of attraction' yg UTAMA!
2) Fokus
3) Terus belajar & buat
Thanks & gd luck!
....
- 05-09-2008 10:39 PM #33WC Premium Array
- Join Date
- Feb 2007
- Location
- Kuala Terengganu
- Posts
- 1,622
- Thanks
- 2
- Thanked 3 Times in 2 Posts
anyway, kalu ade mase, pi la bace story ni [kat sini].
kadang2 dalaman kita kene bace bende2 inspire nih utk
up'kan semangat kita. ^^P
p/s: blog tu bro iskandar punye, member wc nih...
- 05-09-2008 10:49 PM #34Pioneer Member Array
- Join Date
- Mar 2006
- Posts
- 828
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Aku fikir ko telah konfius macam newbie lain dengan teori yang aku panggil fokus dan aku rasa kesian pada mangsa macam ko. Kalau ko tengok alang tu sendiri dedahkan income dia dari pelbagai...
NI AKU TENGOK KEBANYAKAN KATA FOKUS, FOKUS, FOKUS
Mereka kata kalau buat affiliate, affiliate jer... kalau ebook, ebook jer... kalau adsense2 jer... totally lost lah... dari mana datang mitos nie...
Pada aku buatla sekaligus lebih baik, pembeli nie suka pergi supermarket sebab banyak pilihan, kedai kecik nie tiada banyak pilihan kecuali terpaksa sebab dekat....
macam tu menjual, bukan tak boleh dalam satu blog dalam satu muka surat ada adsense, ebook dan affiliate..... yang fokus sebenarnya satu jer... marketing
Ko letak kereta volvo free kalau ko tak marketing takde sape tau tentu takde orang ambik kereta volvo tu... balik2 fokus ebook, ebook jer... mitos songsang pada aku la... (dengan izin)
kalau marketing tu bagus, 100 orang masuk web ko yang ada 3 benda tu atau lebih, silap2 100 orang beli ebook, produk affiliate dan klik adsense, tak dapat duit ko tuh...
kau kalau dalam marketing, tu yang jarang sekali jawapan ko terima. Ko belilah berapa banyak ebook buat duit, masuk ceramah whatever tu... kalau marketing ko hampas, tiada guna pun....
bak kata kawan aku, "salesman yang hebat, pen rosak pun orang beli kerana termakan kata2nya". Err.. ko tau ke marketing tu ape? marketing tu kalau dari segi IM,
1. Ayat tangkap leleh biasa dalam surat jualan, testimoni group, statment, ayat macam ngorat awek la..
2. Cari lah tempat marketing, takkan ayat gempak, cakap kat dinding, pegilah tempat ramai awek macam kat forum, kalau ko ada mailing list, minta joint venture ko hebahkan... what so ever lah... marketing tu fokus...
kkenapa ramai yang yang cakap aku beli ebook nie tapi hampeh tapi terbeli, sebab temakan ayat IM yang power la... tu yang ramai papa lepas masuk skim cepat kaya...
apapun marketing la.... good luck
- 05-09-2008 10:52 PM #35Moderator Array
- Join Date
- Jul 2006
- Location
- Kelantan
- Posts
- 1,788
- Thanks
- 0
- Thanked 20 Times in 11 Posts
Perniagaan Internet bukanlah mesin ATM di mana anda tekan jer keluar duit.
Nasihat saya... jangan buat kerana duit. Itu akan mengecewakan anda. Saya pernah kecewa tersangat-sangat kerana membuat sesuatu perkara kerana duit.
Jika anda melakukan sesuatu semata-mata kerana wang, lambat-laun anda akan kecewa. Sangat kecewa diibaratkan seperti ditinggalkan oleh kekasih yang tidak mengenal apa itu erti “setia” oh!. Bekerja hanya untuk wang akan meletihkan anda, meresapkan tenaga anda dan membuat anda tidak bermaya. Anda akan marah terhadap pekerjaan yang anda lakukan, kekasih, rakan sepejabat, partner, majikan dan lebih malang anda memarahi diri anda sendiri.
Azizi Ali menerangkan keadaan ini seperti berikut “Satu perkara yang sangat menarik apabila anda bekerja kerana wang ialah anda tidak perlu mati untuk sampai di neraka kerana anda sudah pun ada di sana!”
Sebulan? Bagi saya belum cukup kerana fasa permulaan belum lepas lagi.
Saya mengambil masa 2 thn sebelum dapat income macam sekarang. 2 thn bro... bukan 2 hari ataupun 2 bulan! Bagi bro... lebih baik buat sesuatu bukan kerana duit tetapi kerana ingin belajar.
- 05-09-2008 11:51 PM #36WC Premium Array
- Join Date
- Mar 2007
- Location
- http://www.jimatminyak.net
- Posts
- 1,193
- Thanks
- 0
- Thanked 21 Times in 5 Posts
Pada saya adalah penting untuk faham dunia perniagaan.
Dunia perniagaan ni simple dalam complicated . Ianya memerlukan masa yang banyak untuk memahami dan pandai.
Ajidss , saya lihat anda tersepit dan mendapat maklumat salah berkaitan dengan kejayaan di internet.
Salah - Boleh buat duit ribuan ringgit dalam masa 7 hari . Automatik tanpa perlu buat apa2. Bina website dan tinggalkan , nanti ada orang akan beli.
Salah - Amirul membuat duit RM4700 dalam masa 30 hari sahaja. Labanon membuat duit RM7.5k dalam masa 7 hari sahaja .
Betul - Amirul membuat duit RM4700 dalam masa 30 setelah bertungkus-lumus selama 6 bulan dengan membuat kajian, praktikal dan pembacaan yang mendalam dan terperinci.
Labanon membuat RM7k dalam masa 7 hari setelah membuat kajian dan penyelidikan dan pembangunan dan pembelajaran secara menyeluruh dengan bersunguh-sungguh selama 24 bulan .
Nampak tak ?
Ada orang kata buat ebook best (saya lah antaranya
) ada juga kata buat adsense best , income gempak .
Semer betul cuma pentingnya kita tahu Yang Mana Satukah MODEL BUAT DUIT YANG SESUAI DENGAN DIRI KITA .
Dan juga adakah bro ajids berdoa kepada Allah untuk cari rezeki di internet ? ada buat sebarang amal tak? << elemen penting nih
Hosting Paling Celaka Dalam Sejarah - EcommerceMastery
Support Paling Sial Dalam Dunia - SaifulSham Penipu . Dulu Kata "kami dah perbaiki sistem sokongan pelanggan" , siap letak "Guarantee 1 Business Day Response" Bangsat punya hosting .
- 05-10-2008 12:01 AM #37WC Premium Array
- Join Date
- Feb 2007
- Location
- Lahad Datu,Sabah
- Posts
- 5,212
- Thanks
- 103
- Thanked 73 Times in 62 Posts
- 05-10-2008 12:08 AM #38WC Premium Array
- Join Date
- Mar 2007
- Location
- http://www.jimatminyak.net
- Posts
- 1,193
- Thanks
- 0
- Thanked 21 Times in 5 Posts
Hosting Paling Celaka Dalam Sejarah - EcommerceMastery
Support Paling Sial Dalam Dunia - SaifulSham Penipu . Dulu Kata "kami dah perbaiki sistem sokongan pelanggan" , siap letak "Guarantee 1 Business Day Response" Bangsat punya hosting .
- 05-10-2008 12:15 AM #39
rilek bro,
saya pun macam bro jugak, tapi cuma satu aje membuatkan naik semangat, iaitu usaha....
adsense saya sampai sekarang masih $3.66 dah setahun lebih rasa nya
tak pernah give up, cuma saya memang kurang skop pada adsense.
sekarang saya sentiasa mengkaji balik apa silap saya, dan cuba melakukan sesuatu yang berlainan......
p/s : sebenarnya saya ni jenis tak suka pasang harapan, apa yang tuhan bagi itu lah saya terima.............
p/s : percaya tak? saya dulu bergaji RM800 boleh tanggung anak dan bini yang tak berkerja(6 bulan masa belajar)............. atas apa? atas keyakinan dan kepercayaan......
- 05-10-2008 02:07 AM #40
Orang yang sabar besar ganjarannya kemudian hari.
cuba fokus dan bersabar.
Mesti ada target.
Saya rasa otai-otai dekat sini sudah banyak hasilkan ebook panduan percuma.cuba tanya otai kalu ade lagi.Baca dan pahamkan.pastu praktikkan pelan2.
Bila dah berjaya setapak cuba gandakan usaha.
Jangan lihat kegagalan 2 sebagai kelemahan.
Mcm Thomas Edison ckp masa dia wat mentol."saya gagal 2000 kali untuk hasilkan mentol.jd saya sudah ada 2000 cara untuk tidak hasilkan mentol"pahamkan maksud gua.



LinkBack URL
About LinkBacks
Reply With Quote




Bookmarks