Quote:
Originally Posted by kallam
beraper jumlah sumer siap daftar+modem+bayar bulanan+upahpasang=?
|
Berikut adalah setiap fee (bayaran):
Pengaktifan = RM75.00
Modem = FREE (include sekali dengan bayaran bulanan)
Bayaran Bulanan = Tengok Pakej (RM60, RM90, RM110)
*Untuk bulan pertama dan kedua, anda perlu bayar terus pada bil pertama. Nanti saya buat contoh.
Upah Pasang = RM88.00
Contoh:
Katakan anda beli pakej RM90.00. So, kiraan dia:
Pengaktifan akaun = RM75.00
Bayaran bulan pertama dan kedua = RM180.00 (RM90+RM90)
Upah pasang = RM88.00
====================================
JUMLAH SEMUA (Bil Pertama Sahaja)= RM343.00
====================================
Tip: Kalau anda pasang sendiri, jimat RM88.00 tu. So, kalau ikut contoh tersebut, anda perlu bayar RM255 sahaja.
Pasang sendiri mudah sahaja. Tapi kalau nak mudah dan tak nak susah-susah, upah sahaja pihak TMNet.
Nota 1: Bayaran dua kali tu bermaksud anda bayar untuk dua bulan sekaligus. Bulan pertama dan bulan kedua. Jadi bulan kedua tu tak perlu bayar dah. Perlu bayar balik pada bulan ketiga (tunggu bil kedua sampai). Kiranya,
a. Bil pertama anda perlu bayar jumlah yang kita kira kat atas.
b. Bil kedua dan seterusnya perlu bayar harga pakej sahaja.
Nota 2: Masa daftar, tak perlu bayar apa-apa. Semuanya akan masuk dalam bil. TMNet akan hantar ke rumah anda bil tersebut (alamat yang didaftarkan).
Nota 3: Streamyx combo bermaksud, ia sekali dengan line telefon. Anda boleh guna line telefon sedia ada atau apply line telefon yang baru. Kalau nak cepat, guna talian telefon sedia ada. Tip saya, guna je talian sedia ada jika boleh. Streamyx tak ganggu talian tu.
Nota 4: Berkaitan dengan nota 3 di atas, kalau anda guna line telefon sedia ada yang mana sewanya RM26.00 sebulan, sewa tu dah dikira sekali dengan pakej combo streamyx tu. Maksudnya, anda bayar harga streamyx tu, bermaksud anda dah bayar sekali sewa line telefon.
Penafian: Saya bukan agen/reseller Streamyx. Saya hanya pengguna sahaja yg sekadar berkongsi pengalaman. So, kalau ada kesilapan tu, ia di luar daripada bidang pengetahuan saya.
Happy broadband.