+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 317
- 04-10-2008 08:07 PM #1WC Premium Array
- Join Date
- Jan 2008
- Location
- Pearl Of The Orient
- Posts
- 901
- Thanks
- 0
- Thanked 3 Times in 1 Post
Income Stream Ku Dengan Perniagaan Pasar Malam
Salam!
Nama saya yang sebenar Zul atau lebih dikenali di Seberang Perai dan Pulau Pinang Aree Bihun Sup. Saya meninjau dan" long tour" dari Malaysia sehingga ke Negara Omputih, saya lihat rata-ratanya orang yang masuk ke ruangan Forum ni semuanya tercari-cari , bagaimana nak buat duit kat Internet> Ebiz?
Kekadangnya banyak duit yang habis dengan membeli Ebook dan pelbagi tool untuk buat duit walaupun sebenarnya benda ni kurang pasti dan saya tak nafikan memang ada yang berjaya> saya sendiri pun ada sedikit sebanyak dapat duit dari perniagaan Internet nih?
Apa yang ingin saya sampaikan disini adalah ada banyak lagi perniagaan yang wujud kat mukabumi Allah yang maha luas ini? Dan anda perlulah membuka minda untuk melihat perniagaa Fizikal yang lebih nyata dan memberikan pulangan yang lumayan dan anda boleh menjadi "TAUKE" sendiri?
Salah satu perniagaa yang saya maksudkan dan tak pernah saya lihat ada sesiapa yang menulis atau bincangkan adalah perniagaan Pasar Malam?
Memang saya tahu ada sekelompok manusia memandang hina pada peniaga-peniaga Pasar Malam ini? Tetapi tahukah anda peniaga Pasar Malam boleh menjana pendapatan sehingga RM20K sebulan? Dan mereka-mereka inilah yang di gelar jutawan senyap> hidup dalam keadaan "Low Profile". Jika tidak masakan mereka mampu menggunakan kereta-kereta mewah dan mempunyai rumah mewah yang anda sendiri tidak mampu milikinya!
Ok! harap anda tidak bosan membaca leteran saya ini > hanya untuk anda???
Saya sendiri adalah seorang peniaga Pasar malam di Pulau Pinang dan mempunyai 7orang pekerja yang setia dan sudah bertapak di sini selama 13 tahun dengan income bulanan RM17 Ribu sebulan Bersih?????
Kisah saya bermula 13 tahun yang lalu dimana saya juga berkerja makan gaji seperti anda juga dan pada masa itu kalau makan gaji memang susah nak hidup senang? Saya mula mendapat Idea dari abang saya untuk mulakan perniagaan Pasar malam ni dengan menjual keropok lekor dan air soya . Saya buat ni ada ler dalam setahun lebih cam tu sehinggalah saya mula masuk ceramah -ceramah politik dan saya perhatikan ! kenapa terlalu ramai orang jual bihunsup> saya balik dan saya mengkaji , berapa income mereka dapat ngan income jual keropok saya?
Setelah saya survey , rupa-rupanya menjual bihunsup ni income yang dapat fulamak hebat BRO?
Timbul di fikiran saya nak jual bihun sup pulak tetapi tak tahu pulak nak masak> fuh kacau-kacau! Lama jugak saya dok fikir benda ni sehinggalah suatu hari saya teringatkan sepupu saya yang berniaga Kat KOMTAR , Penang> dia ada kedai nasi ayam kat situ?
Apa lagi, ni peluang baik ! Saya pun belajar ngan dia? Ada ler lebih kurang sebulan dok ulang alik naik feri nak dapatkan resepi nih?
Maka bermulalah saya dengan perniagaan baru> bihunsup?
Mula-mula tu nak dapatkan pelanggan punya ler susah, tuhan saja yang tahu> modal dah ler tinggi> jualan tak seberapa dengan saingan dari orang-orang lama yang dah berpuluh tahun jual bihunsup? sehingga ada yang tegur saya " berani hang jual bihunsup no?"
Almaklumlah rata-rata penjual bihunsup pada masa tu berumur lingkungan 40an tetapi saya baru jer berumur 24 tahun masa tu> Bak kata orang Penang, KANIAQ lagi?.
Saya tak mengalah dan terus berusaha memperbaiki keenakkan bihunsup saya dan pada mulanya saya kerja sorang diri jer , tetapi lama kelamaan dengan berkat usaha dan izin Allah saya berjaya bersaing ngan geng-geng yang dah lama dan sehingga kini saya mempunyai 7 orang pekerja dan saya tak perlu buat apa sekarang? Idea yang paling bijak saya dapat ialah saya juga berniaga air teh, kopi serta pelbagai minuman sejuk dan panas?????? Pandai tak?
Anak buah saya akan bergerak dengan barang ke Pasar malam jam 3.30 petang dan saya hanya akan pergi selepas waktu Maghrib untuk monitor dan ambik duit dan saya akan balik jam 10 malam , barang-barang semua akan dikemaskan oleh pekerja saya??? Jadi Tauke ler BRO.
Hingga kini saya mampu hidup bersenang lenang dan saya masih mempunyai masa menaip cerita ini untuk tatapan anda merenung perniagaan yang nyata dengan impian atau angan-angan???????
Paling buat saya senang hati apabila tibanya Ramadan yang mulia, sudah pastinya tumpuan orang ramai kepada AREE BIHUN SUP GEAR BOX EXT SERVICE dan masing-masing berebut-rebut nak membelinya. Yang menariknya income saya setiap tibanya bulan Ramadan tak lari dapat RM25K ke RM27K sebulan> Percaya tak> cuba dulu baru tau??
Sekiranya anda kurang yakin anda boleh pergi ke blog saya , bukannya promosi cuma nak buktikan kepada anda yang perniagaan Pasar Malam pun boleh di promosi melalui Internet>keh keh keh.
Bagi mereka-mereka yang tinggal di Pulau Pinang dan Seberang Perai saya jemput untuk menikmati hidangan bihunsup saya ini dan lokasi perniagaan saya anda boleh lihat di sini
THE SILENT PASAR MALAM BILLIONAIR
Ada yang bertanya> erk Cam mana Peniaga Pasar Malam boleh celik IT nih?
Untuk maklumat anda sekarang ni, kebanyakkan Peniaga Pasar Malam mempunyai kelulusan yang tinggi dan pada asalnya memang mereka-mereka ini makan gaji seperti anda semua tetapi keinginan untuk menambah pendapatan mendorong mereka menceburi perniagaan Pasar Malam ini>
Baik saya bagi bagi contoh di sini, NASIR SOYA> PEMEGANG IJAZAH BIZ STUDY-UKM> KINI SEORANG PEMBEKAL SOYA TERKEMUKA DI PULAU PINANG<> PAK NGAH LAKSA- PEMEGANG IJAZAH SYARIAH-UUM> KINI PENIAGA LAKSA YANG MEMPUNYAI 5 CAWANGAN SEHARI DAN INCOME STREAM DIA RM100K- RUMAH DAN KERETA DIA TAKUUUT KALAU ANDA TENGOK<> DAN SAYA SENDIRI PEMEGANG IJAZAH "NURSING CARE DAN DIPLOMA PUBLIC HEALTH , Semua ini bukan untuk membanggakan diri cuma sekadar menyedarkan masyarakat dan ingin mengajak saudara mempelajari teknik dan perniagaan Pasar Malam yang menjanjikan pulangan yang pasti anda tidak percaya???
INGATLAH ANDA MAMPU JADIKAN IMPIAN SATU KENYATAAN DENGAN MEMILIKI PERNIAGAAN SENDIRI < JANGAN JADIKAN PERNIAGAAN ANDA HANYA MIMPI DAN IGAUAN DISETIAP HARI ANDA DAN ANDA MASIH PAKAI WIRA SECONDHAND SAMPAI SEKARANG.LAYARI BLOG SAYA UNTUK KEPASTIAN ANDA> THE PASAR MALAM BILLIONAIRS
Sekadar pandangan dari saya> AREE ENTERPRISE ( AREE BIHUNSUP GEARBOX )
__________________
-
The Following 3 Users Say Thank You to johari For This Useful Post:
alfatihstudio (07-08-2011), Irwan Mokh (10-10-2011), mohd_adli (07-10-2011)
- 04-10-2008 08:07 PM # ADS
- 04-10-2008 08:57 PM #2
memang tak nafikan benda ni Johari...saya sendiri pun sudah nampak dan pada bulan lepas, saya berusaha utk membuat pinjaman sebanyak RM5000 dari CIMB utk memulakan perniagaan pasar malam. Saya asih student dan tentunya tak dpt pinjaman tu...Skang ni saya tgh berpakat dgn kwn yg dah keje dan ada gaji minimum utk buat pinjaman sekali lagi. So, saya akan pergunakan slip gaji dia...hehehe. Tp, sy bukanlah jahat. Saya akan share ngan dia dlm bisness tu.
Saya kesian jgk kat dia...dah hampir 10 tahun kat KL ni, tp duit tak pernah cukup2. Skang ni selalu pinjam duit ngan saya...patutnya sy yg pinjam duit ngan dia sebab dia dah keje. Jadi terbalik plak...
Pensyarah sy jugak hari tu bersetuju utk memberi pinjaman sebanyak Rm2000 or RM3000. Insya-Allah kami akan bergerak pada cuti semester ini iaitu awal bulan 5 ni.
Saya nampak bisness ni dan saya ada niche tersendiri. Bukannya mihun sup aaa..hehe. Doakan saya berjaya jugak.
- 04-10-2008 10:50 PM #3
hahahaa... rasanya kalo ada kelapangan suruh kawan din tu hambik kursus ngan chef biar dia buka minda dalam perniagaan makanan nih... tak mahal yuran seminarnya lebih kurang 100 lebih je dari duk berkira2 nak hambik pinjaman dan mintak pinjam dari din setiap hari...
kalo dah bermula nanti anda takkan percaya dengan modal rm50 dah balik modal perniagaan anda... tak percaya tanya tokei kedai bihun sup... 1000% untung dah kira banyak laa tu... itupun kalo kawan din minat dengan perniagaan tersebut...
sekadar cadangan aje untuk perniagaan realiti nih...
musim panas camginih apa yang laris? air tebu? air kelapa? air soya? air cendol? cencol pulut tapai?
buah-buahan bergerak dari satu blok asrama ke asrama...?
ada lagi...?
perniagaan makanan nih dah terbukti dengan adanya buku best seller oleh encik Rosly jutawan senyap. serta kusrsusnya yang dianjurkan oleh beliau... malahan tidak semua orang boleh berniaga dengan cara demikian rupa... memang banyak cabang perniagaan yang kita boleh ceburi...
dan cabarannya juga cukup menarik perhatian.... terutama bagi orang-orang yang sekadar pergi ke kursus perniagaan secara paksaan... macam2 laaa ragam...
hahaha... ini perniagaan ada bagus dari itu punya perniagaan yang membekalkan banyak modal sampai ribu2 yang belum tentu hasilnya... kalo nak berniaga pasar malam kena laa berguru dengan tokei pasar malam jugak...
mintak buku jutawan senyap 2,3 bijik boleh?
saya suka nasi kukus... memang best woooo... dia punya lauk banyak wooo lauknya. nasi sekepal je...hahaha...
- 04-11-2008 01:04 AM #4WC Premium Array
- Join Date
- Jan 2008
- Location
- Pearl Of The Orient
- Posts
- 901
- Thanks
- 0
- Thanked 3 Times in 1 Post
Semoga berjaya
Salam!
Saya doakan anda berjaya dalam perniagaan ini dan banyak niche yang ada untuk pilihan anda!
Sekiranya anda ingin belajar anda boleh pergi ke Blog saya kerana disana saya ada membekalkan maklumat yang cukup untuk anda meledakkan akaun bank anda dengan perniagaan ini, insyaallah!!!!!
- 04-11-2008 07:03 AM #5WC Premium Array
- Join Date
- Mar 2007
- Location
- http://www.jimatminyak.net
- Posts
- 1,192
- Thanks
- 0
- Thanked 21 Times in 5 Posts
Pinjam??? tak payah lah most of us tak buat loan pun
. And most of us yang buat loan ; sekerat jalan jerk, buat besi buruk jer mesin2 tu
.
Yer lah apply bantuan RM20k dapat barang bukan duit , barang nilai RM10k , RM10k lagi tu komisen
Hosting Paling Celaka Dalam Sejarah - EcommerceMastery
Support Paling Sial Dalam Dunia - SaifulSham Penipu . Dulu Kata "kami dah perbaiki sistem sokongan pelanggan" , siap letak "Guarantee 1 Business Day Response" Bangsat punya hosting .
- 04-11-2008 03:23 PM #6WC Premium Array
- Join Date
- Jan 2008
- Location
- Pearl Of The Orient
- Posts
- 901
- Thanks
- 0
- Thanked 3 Times in 1 Post
Tepuk Dada Tanya Selera
- 04-11-2008 03:35 PM #7WC Premium Array
- Join Date
- Mar 2007
- Location
- http://www.jimatminyak.net
- Posts
- 1,192
- Thanks
- 0
- Thanked 21 Times in 5 Posts
Tak faham??? hehehe
Hosting Paling Celaka Dalam Sejarah - EcommerceMastery
Support Paling Sial Dalam Dunia - SaifulSham Penipu . Dulu Kata "kami dah perbaiki sistem sokongan pelanggan" , siap letak "Guarantee 1 Business Day Response" Bangsat punya hosting .
- 04-11-2008 03:36 PM #8WC Premium Array
- Join Date
- Sep 2006
- Location
- Fast Shipping www.shahraduan.com
- Posts
- 1,092
- Thanks
- 0
- Thanked 4 Times in 3 Posts
- 04-11-2008 04:05 PM #9
Beli Set High End Karaoke Sendiri Di Rumah... 10,000 Lagu ..Paling Laris, Murah, Mudah dan Cepat Pasang
...Klik sini
- 04-11-2008 05:11 PM #10WC Premium Array
- Join Date
- Mar 2007
- Location
- http://www.jimatminyak.net
- Posts
- 1,192
- Thanks
- 0
- Thanked 21 Times in 5 Posts
Hosting Paling Celaka Dalam Sejarah - EcommerceMastery
Support Paling Sial Dalam Dunia - SaifulSham Penipu . Dulu Kata "kami dah perbaiki sistem sokongan pelanggan" , siap letak "Guarantee 1 Business Day Response" Bangsat punya hosting .
Similar Threads
-
A Tips 4 Newbie : Nak Bisnes Apa Di Internet: Niche
By saifulsham in forum Perniagaan InternetReplies: 663Last Post: 02-09-2012, 11:13 AM -
Nota Ringkas Buat Newbie: Tiga 'Kesilapan' Memulakan Perniagaan Internet
By smartusaha in forum Perniagaan InternetReplies: 110Last Post: 01-26-2012, 09:26 AM -
Tubuhkan syarikat e-bisnes
By CekDet in forum Perniagaan InternetReplies: 21Last Post: 07-06-2009, 01:28 PM -
[NOTA PENTING]: Dari Zero Jadi Hero!!
By CekDet in forum Teknik Pemasaran InternetReplies: 17Last Post: 05-05-2008, 09:56 PM



LinkBack URL
About LinkBacks

Reply With Quote





Bookmarks