Results 1 to 10 of 18
- 04-01-2008, 08:38 AM #1WC Premium

- Join Date
- Dec 2005
- Location
- SmartUsaha.com
- Posts
- 3,783
- Thanks
- 1
- Thanked 70 Times in 37 Posts
Buku dan Projek Terbaru Chef Li
Saya tak ada apa-apa kaitan dgn Chef Li.
Cuma nak kongsi berita untuk mereka yg belum tahu.
Saya harap, ramai yg ambil peluang ni yg mana projek terbaru Chef Li adalah dikhususkan untuk anak-anak Islam. Nama projek tu ialah Darul Tijari. Kiranya ia adalah kampus khas untuk training untuk bidang masakan dan keusahawanan. Selain masakan, bidang pertanian, peruncitan dan penternakan juga disediakan.
Asas pendidikan di kampus ni adalah keAgamaan di mana dimasukkan modul asas Tahfiz dan diniah. Boleh rujuk pamplet di bawah:

Dan berikut pula adalah buku Dr. Rusly yg ke-5 yg bertajuk "Aku Tak Nak Miskin".

Syabas dan tahniah dengan jutawan Melayu Islam ini dengan projek ini. Dan sama2 lah kita doakan projek ini berjaya melahirkan anak-anak Islam yang maju dan sukses dalam bidang perniagaan, keusahawanan, berjati-diri, beriman dan bertaqwa.
Untuk buku dia tu, saya dah habis baca. Ada masa nanti saya ulas. Masa seminar yg saya join dulu, dia kata, duit2 dari seminar dan bengkel sebahagian besar dia laburkan untuk pelajar2 di institut dia dan juga projek2 seperti yg terbaru ni.
Kepada anda yg ada anak2 yg tak berjaya melanjutkan pelajaran di pengajian tinggi, atau kurang minat dalam akademik, mungkin boleh mencuba peluang ini. Dah tiba masanya kita kembalikan kegemilangan Islam dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
Pamplet di atas saya dapat melalui pos. Mereka hantar. Sebenarnya anda boleh dapatkan berita2 terkini secara percuma dari mereka. Hantarkan nama dan alamat ke 012-5578916. Apa2 jadual seminar, bengkel dan kursus akan dihantar terus ke rumah anda.
Sumber Lain: Darul Tijari
Wassalam.
- 04-01-2008 08:38 AM # ADS
- 04-01-2008, 08:47 AM #2
Tq bro Zul. Insyaallah lps UPSR kalau ada saya gi
- 04-01-2008, 08:49 AM #3
- 04-01-2008, 08:58 AM #4WC Premium

- Join Date
- Dec 2005
- Location
- SmartUsaha.com
- Posts
- 3,783
- Thanks
- 1
- Thanked 70 Times in 37 Posts
Masuk kampus tu tak semestinya keluar jadi chef. Tapi jadilah business owner.
Yang paling penting adalah asas dan tapak keusahawanan tu.
Bagi diri kuat sikit dari segi semangat dan pemikiran. Baru boleh pergi jauh. Dan jangan lupa bantu pula orang lain untuk sama-sama berjaya.
- 04-01-2008, 10:40 AM #5
salam..
Dah ade jual ye zul buku terbaru tu? Kena cari ni, buku beliau saya dah beli semua. Sangat2 terkesan dalam hati.
- 04-01-2008, 10:55 AM #6
- 04-01-2008, 01:32 PM #7WC Premium

- Join Date
- Sep 2006
- Location
- Fast Shipping www.shahraduan.com
- Posts
- 1,092
- Thanks
- 0
- Thanked 6 Times in 5 Posts
Nak kena beli buku ni...peberet aku nih...huhuhuhu
buku pembakar semangat :rolleyes:<p align="center"><a href="http://hyprobulksms.net/index.php?id=usahawansms"><img border="0" src="http://www.hyprobulksms.net/images/banner2.gif" alt="Hyprobulksms"></a></p>
- 04-01-2008, 02:21 PM #8
memang bagus la chef li..memang usahawan yg betul-betul islamik dan kata-kata motivasi dia kadang2x menusuk kalbu,hehehe...
semoga ramai lagi usahawan2x macam chef li ni akan muncul..sebanyak banyak kita memberi,semakin banyak yang kita akan dapat..
- 04-01-2008, 04:51 PM #9
Kat Kelantan dan Terengganu masih belum sampai lagi buku terbaru Dr. Rusly ni. Kena survey kat Kuantan la plak. Harap-harap buku terbaru ni lebih ummph!!!
Masjid Yang Penuh Dengan Aktiviti & Terbaik di Dungun Memerlukan Sumbangan
PROJEK PENGUBAHSUAIAN DAN PEMBESARAN MASJID LAMA SURA
- 04-02-2008, 04:57 AM #10WC Premium

- Join Date
- Dec 2005
- Location
- SmartUsaha.com
- Posts
- 3,783
- Thanks
- 1
- Thanked 70 Times in 37 Posts
Cuba beli kat MPH Online:
MPHONLINE.COM - Where The Bookstore Comes to You
Harga RM17.00 sahaja.
Saya habis baca buku ni dalam sehari lebih sahaja. Tu pun sebab ada kerja nak siapkan. Biasanya sehari dah abis baca buku Chef Li yg bahasanya tak terlalu teknikal.
Saya belum sempat nak ulas buku ni lagi. Cuma secara mudah, dia ada 11 bab. Ada juga sedikit bahagian yg dia sentuh pasal projek terbaru dia tu.
Dalam buku ni ada satu bab bertajuk TUMPUAN atau yg biasa kita sebut iaitu fokus. Dia bagitahu, kalau nak berjaya, kena ada fokus lah. Kalau pilih bidang A, buat sahaja bidang A betul2. Tak usah melompat-lompat bidang. Lain la kalau dah berjaya. Ni belum berjaya dah cuba nak buat benda lain..
Actually, buku ni juga ditulis sebab dia nak 'balas' balik kutukan yg ditulis oleh ********* tu. Anda tahu, siapa gerangan pengutuk tersebut. Malas nak ungkit cerita lama. Dia nak bagitahu kat pengutuk tu, jangan pandang rendah dgn orang yg berniaga di kaki lima dan pasar malam. Sebab si pengutuk tu pernah kata, "Taraf orang kita ni setakat di pasar malam dan pasar lambak sajakah?". Begitu angkuh pengutuk tersebut..
Malah dalam satu buku si pengutuk tu, dia asyik ulang ayat, "tak usah percaya dengan cerita karut boleh jadi jutawan dengan jual air kacang soya..". Malah si usahawan internet pun dia sindir juga dalam buku dia tu. Maklumlah, serba tahu..
Tapi biarkan si pengutuk tu dengan angan2 dan lagaknya.
Chef Li dah banyak tabur jasa untuk orang2 Malaysia terutama orang Islam dan Melayu. Si pengutuk tu atau orang lain yg menentang hanya menyumbang air liur sahaja. Tindakan haprak tak ada. Cakap je besar..
Prinsip Dr. Rusly ni ialah keusahwanan Mikro iaitu bisnes berskala kecil. Kebanyakan orang pandang remeh dgn bisnes kecil mcm ni. Tu yg silapnya kata Chef Li. Kerajaan umpamanya lebih suka bisnes Makro yg modalnya juta2. Last2 juta2 juga yg rugi.
Padahal kita perlu tahu. Sebahagian besar yg menyumbang kepada kekuatan ekonomi kebanyakan negara ialah perusahaan kecil mcm IKS tu. So, jangan pandang remeh dan sebelah mata.
Kesemua buku Chef Li saya pasti beli dan baca. Dah lama tunggu buku ke-5 dia ni. Memang menambahkan lagi motivasi untuk terus berjaya sebagai usahawan. Walau tak banyak benda baru yg dia tulis, tapi ia adalah peringatan dan pesanan untuk kita yg sering mudah lupa dan hanyut dari landasan perjuangan..
Ingat. Perjuangan Chef Li bukan hanya untuk Melayu, tapi sebenarnya lebih kepada sesiapa yg berAgama Islam. Tak kisah Cina, India, Melayu, Jawa...
Wassalam.
ps. Bidang Chef Li dulu2 adalah perubatan terutama perubatan jawa, herba dan mengurut. Tapi beliau beralih ke bidang masakan. Ilmu perubatan tu dia pernah bagi kepada seorang kawan dia yg pada mula kerja sebagai mat despatch. Tapi kemudian berjaya membuka sebuah 'klinik' rawatan hasil bantuan Chef Li. Boleh baca pasal ni dalam buku terbaru tu..
Similar Threads
-
buku terbaru saya dan DS - siapa nak bagi nama?
By Zamri Nanyan in forum Sembang UmumReplies: 21Last Post: 07-01-2008, 05:16 PM -
menjual buku
By hubahuba in forum Perniagaan InternetReplies: 37Last Post: 12-09-2007, 05:23 AM



LinkBack URL
About LinkBacks
Reply With Quote






