Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Mortgage Loans
Peak Oil
Online Loans
Credit Report
Loans

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Umum & Rileks > Sembang Umum

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 03-27-2008, 07:06 AM
abg_x's Avatar
Pioneer Member
 
Join Date: Dec 2006
Posts: 852
abg_x is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default Kebaikan Internet

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).

Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

Peranan komputer dan internet dalam pendidikan

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik.

Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebut an dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ).

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:

* Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
* Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.
* Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara.
* Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.

Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan so**** ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al, 1996).

Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh 25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja. Para pelajar juga amat berhati-hati semasa menulis mesej supaya tidak terdapat kesalahan ejaan dan maksudnya boleh difahami oleh sipenerima dengan mudah. Amalan ini akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya bahasa Inggeris. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel eletronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih ( Everett and Ahern, 1994 ).

Internet akan menjadi sebahagian dari sekolah bestari menjelang Januari 1999 kelak. Telah pun diumumkan bahawa, semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet menjelang tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama serta bantuan kepakaran MIMOS, telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan (Sulaiman, 1996). Melalui projek ini, Kementerian Pendidikan telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. Program ini, walaupun kurang berjaya, tapi sekurang-kurangnya telah dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru dan pelajar tentang penggunaan dan peranan internet kepada dunia pendidikan. Dalam perkembangan terbaru, Kementerian Pendidikan Malaysia , melalui Bahagian Pendidikan Guru, sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 Minggu ) Bestari kepada guru-guru di seluruh negara bertempat di beberapa buah maktab perguruan. Guru-guru ini dipilih daripada 90 buah sekolah yang dijangka akan melaksanakan kurikulum baru bestari mulai tahun 1999. Dalam kursus ini, guru-guru akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran generik termasuklah kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan menjadi asas dan keperluan utama dalam pembinaan pakej pembelajaran bestari. Para peserta akan berpeluang menjadikan internet sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.
__________________
www.aridztech.com







Reply With Quote
  #2 (permalink)  
Old 03-30-2008, 10:01 PM
New Member
 
Join Date: Mar 2008
Posts: 31
extrememan is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

nak cakap aper yer kat sini??? internet ada baik buruknya... percayalah ...


Reply With Quote
  #3 (permalink)  
Old 06-14-2008, 02:32 PM
khurayatz's Avatar
New Member
 
Join Date: May 2008
Posts: 16
khurayatz is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

saya nak tanya, betul ke kerana nilah setitik, habis susu sebelanga. kenapa ada lagi yang berfikiran macam tu?.. contoh lah kat institut latihan perindustrian(ilp), padahal internet tu penting untuk pelajar, tapi kenapa pihak pentadbiran institut tak mendedahkannya? kenapa penggunaannya kepada pelajar tidak ada?.. hanya kursus IT saja yang boleh gunakannya. x kan lah disebabkan ada pelajar lain yang cari maklumat negatif tu terus penggunaan internet untuk pljar2 lain ditutup?.. so, ada pandangan x?..


Reply With Quote
  #4 (permalink)  
Old 06-17-2008, 12:11 AM
budin's Avatar
Senior Member
 
Join Date: Apr 2007
Location: Tg Malim
Posts: 305
budin is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to budin
iTrader: (6)
Default

Quote:
Originally Posted by khurayatz View Post
saya nak tanya, betul ke kerana nilah setitik, habis susu sebelanga. kenapa ada lagi yang berfikiran macam tu?.. contoh lah kat institut latihan perindustrian(ilp), padahal internet tu penting untuk pelajar, tapi kenapa pihak pentadbiran institut tak mendedahkannya? kenapa penggunaannya kepada pelajar tidak ada?.. hanya kursus IT saja yang boleh gunakannya. x kan lah disebabkan ada pelajar lain yang cari maklumat negatif tu terus penggunaan internet untuk pljar2 lain ditutup?.. so, ada pandangan x?..
itu aku rasa semua bergantung kepada faktor 'control', kalo diorang nak, diorang bleh disable kan certain web pages daripada di access dalam komputer di tempat belajar, mungkin juga faktor kos memainkan peranan juga kot.

sebab to be honest, kat tempat blaja aku pun takde lah komputer banyak sangat, ramai yang bawa laptop sendiri je pegi library.
__________________
ExpandTheList.com


Reply With Quote
  #5 (permalink)  
Old 06-17-2008, 12:35 PM
RizalHardy's Avatar
WC300
 
Join Date: Nov 2006
Location: masrizalhardy.com
Posts: 711
RizalHardy is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to RizalHardy
iTrader: (8)
Default

ilp? haha...bebudak ilp 'bijak'2 dah....
aku ada member ngajar ilp, diorang bagi kemudahan utk
guna komputer, internet, alih2 buat surfing benda ngarut..
pastu ada gak yg advance sket...kasik 'downgrade' RAM
daripada 512MB jadik 256MB jek....(RAM kena pau la tuh)...
tu ok la...tapi ada gak yg sedo2, harddisk pun dah kena sapu...huhu...

ps: internet penting...akhlak juga penting...


Reply With Quote
  #6 (permalink)  
Old 06-26-2008, 10:56 PM
abg_x's Avatar
Pioneer Member
 
Join Date: Dec 2006
Posts: 852
abg_x is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Pandai2lah buat duit dgn internet...
__________________
www.aridztech.com







Reply With Quote
  #7 (permalink)  
Old 06-27-2008, 02:55 PM
New Member
 
Join Date: Apr 2008
Posts: 26
chuckiesd is on a distinguished road
iTrader: (1)
Default

Internet adalah satu revolusi. Ianya banyak membantu memperkenalkan diri kiter kepada orang ramai. Mungkin ramai antara kiter yang telah lama menggunakan Internet untuk tujuan perniagaan. Internet juga sumber ilmu kepada kiter. Perlbagai informasi yang boleh di dapatkan di internet. Internet adalh buku kepada saya. Even semasa belajar di Universiti dulu pun menggunakan Internet sebagai sumber rujukan yang utama. Jadi Internet sememangnyer berguna kepada semua.


Reply With Quote
  #8 (permalink)  
Old 07-02-2008, 06:54 PM
Junior Member
 
Join Date: Jun 2008
Posts: 61
shazwi is on a distinguished road
iTrader: (5)
Default

banyak kebaikan internet ni
sambil layan myspace/friendster je pun dah bleh buat duit...
nak tau cara dia? ada kat SINI


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
A Tips 4 Newbie : Nak Bisnes Apa Di Internet: Niche saifulsham Perniagaan Internet 182 11-22-2008 07:24 PM
Senarai Internet Marketing Forum - Untuk Newbie Leh Start Sini zuraidi Tips & Panduan 36 11-22-2008 02:42 PM
Nota Ringkas Buat Newbie: Tiga 'Kesilapan' Memulakan Perniagaan Internet smartusaha Perniagaan Internet 70 10-22-2008 11:15 AM
Cukai Percukaian Internet Dari Kaca Mata Sabri Saiful Syam johari Sembang Umum 1 09-25-2008 12:14 PM
[NOTA PENTING]: Dari Zero Jadi Hero!! CekDet Teknik Pemasaran Internet 17 05-05-2008 08:56 PM


All times are GMT +8. The time now is 04:02 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0