Closed Thread
Page 1 of 7 12345 ... LastLast
Results 1 to 10 of 69
  1. #1
    Senior Member Array
    Join Date
    Nov 2006
    Posts
    326
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Exclamation Layak Ke Mb Perak Sekarang???



    Ramai sebenarnya yang meragui kemampuan BA mentadbir negeri2 lain selain kelantan...kemungkinan ia terjadi kerana tak pernah lagi selain BN perintah, maka rakyat malaysia ada yang dah risau..kalau tengok kat paper, mula cuba ambil kesempatan nak pengaruhi minda rakyat yang hanya bersumberkan media kerajaan sahaja. Negeri aku pun dah ditawan oleh BA...so, ada timbul persoalan ramai gak sama ada layak ker MB perak dari pas itu..so,kat forum ini, aku paste kan ler penulisan berkenaan MB perak tersebut..sumber dari harakahdaily..
    "
    Pengalaman luas aset utama Nizar terajui Kerajaan Negeri Perak
    Johari Jaafar
    Thu | Mar 13, 08 | 12:46:32 pm MYT

    Mengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

    Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

    ImageBeliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

    Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

    Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

    Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

    Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

    Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

    Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul. "Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.

    Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

    Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.

    Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat. Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak. - mr "

    melihat pada pengalaman beliau, saya rasa bangga dapat MB macam ini...diharap ia lebih efektif membantu semua rakyat yang berada di perak ini

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Moderator Array
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Johor Bahru
    Posts
    6,802
    Thanks
    280
    Thanked 389 Times in 298 Posts

    Default

    tahniah kepada perak kerana mendapat MB yang bagus.

    Namun begitu, memerintah sebuah negeri/negara sama seperti sebuah pasukan bola sepak iaitu sistem bekerja secara berkumpulan. Sesuatu pasukan bola sepak akan memenangi perlawanan sekiranya jurulatih, penyerang, pemain sayap, pemain tengah, pemain pertahanan dan penjaga gol saling bekerjasama.

    Oleh itu harapnya keseluruhan jentera perak dapat memberi kerjasama yang cemerlang

  4. #3
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    Shah Alam
    Posts
    1,109
    Thanks
    69
    Thanked 21 Times in 14 Posts

    Default

    Betul ke pihak DAP membuat bantahan terhadap lantikan MB baru ni?

  5. #4
    WC Premium Array
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    MTS Bachok
    Posts
    417
    Thanks
    0
    Thanked 5 Times in 2 Posts

    Default

    MB Mane yang "PERAK*"?

    *Dalam loghat Kedah

  6. #5
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2006
    Posts
    1,420
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.
    Adakah beliau juga pandai berbahasa Cina? Oh.. hebat gak menteri besar perak nih.. (setidak-tidaknya lebih hebat dari yang dulu.. hehe)
    Visit : Pergh! + Blog + Twitter + FB

  7. #6
    WC Premium Array
    Join Date
    Feb 2008
    Posts
    1,163
    Thanks
    77
    Thanked 74 Times in 32 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by aminbeb View Post
    Betul ke pihak DAP membuat bantahan terhadap lantikan MB baru ni?
    dgr cite camtu la,kit siang x setuju perlantikan MB perak drp pas...

    KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kenyataan yang dibuat berhubung tidak mengiktiraf pelantikan wakil PAS, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak bukanlah bertujuan untuk tidak hormat kepada keputusan Pemangku Sultan Perak, Dr Raja Nazri Shah.

    Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ringkasnya hari ini.

    Sebaliknya kata beliau, kenyataan tiga perenggannya berhubung isu itu adalah kenyataan selepas mesyuarat parti ketika itu sahaja (semalam).

    Beliau tidak berniat untuk tidak menghormati, dan beliau memohon maaf kepada Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di atas kenyataan itu yang mungkin menimbulkan sebarang masalah.

    Beliau seterusnya berkata, berhubung isu itu beliau akan berbincang dan kenyataan terkini berhubung hal itu akan dibuat kemudian.

  8. #7
    Junior Member Array
    Join Date
    Feb 2008
    Location
    atas Tanah
    Posts
    134
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Lawat jer blog LKS.. Setakat nie ada 816 komen slps LKS post kenyataan itu..

    Lim Kit Siang » Blog Archive » No DAP CEC mandate for PAS Menteri Besar in Perak


    Ni post ucapan maaf LKS..

    Lim Kit Siang » Blog Archive » Apology to Perak Sultan and Regent - No offence intended


    Har2.. Haru.

    .
    .Make Money with Autopilot - [Insert Signature Here]

  9. #8
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Posts
    187
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Smile

    Quote Originally Posted by mysticmind View Post
    Adakah beliau juga pandai berbahasa Cina? Oh.. hebat gak menteri besar perak nih.. (setidak-tidaknya lebih hebat dari yang dulu.. hehe)
    bukan cina aje tamil pun boleh

    "Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil." sumber harakahdaily

  10. #9
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2006
    Posts
    1,420
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    Terlepas baca.. hehe..

    antara bende lain yang aku paling nak belajar ialah Kantonis dan Mandarin.
    I wish someday i can speak both..
    Visit : Pergh! + Blog + Twitter + FB

  11. #10
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2006
    Location
    Tanah Periok, Pasir Pekan, Setapak Indah
    Posts
    467
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default Hebat! Hebat!

    Kalau saya tengok YB dari geng BA. Hebat-hebat diorang. Rasa kerdil diri ini.

    Kalau bercita-cita nak join politik, sekurang kurangnya kena ada PhD ni baru layak


 
Closed Thread
Page 1 of 7 12345 ... LastLast

Similar Threads

  1. Ramai lelaki mengadung sekarang
    By abg_x in forum Sembang Umum
    Replies: 51
    Last Post: 09-21-2011, 07:16 PM
  2. Analisis Pilihanraya 2008 daripada kacamata saya
    By abg_x in forum Sembang Umum
    Replies: 126
    Last Post: 03-13-2008, 04:24 PM
  3. Replies: 33
    Last Post: 01-16-2008, 04:22 PM
  4. Fkri's Tutorial: Elakkan produk anda di hack! (BACA SEKARANG!)
    By taiping_online in forum Pembangunan Web
    Replies: 29
    Last Post: 01-02-2008, 07:17 PM
  5. Anda Jimat RM600 setahun Jika Bertindak Sekarang!
    By mdhilmi in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 32
    Last Post: 12-18-2007, 07:27 AM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts