+ Reply to Thread
Results 1 to 5 of 5
  1. #1
    WC Premium Array
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    Pearl Of The Orient
    Posts
    901
    Thanks
    0
    Thanked 3 Times in 1 Post

    Talking Cukai Percukaian Internet Dari Kaca Mata Sabri Saiful Syam



    Salam!

    Isu cukai dan percukaian perniagaan Internet masih lagi menjadi isu dan tandatanya kepada semua Interprenur, justeru itu disini saya mengambil penjelasan dari Sabri Saiful Syam dengan tidak di edit langsung??? > Lupakan sekejap pasal politik:cool:

    Cukai Percukaian Dalam Perniagaan Internet

    Salam Hormat Pembaca Budiman,
    Hari ini saya akan berkongsi apa yang saya tahu mengenai percukaian dan cukai-cukai yang dikenakan dalam perniagaan internet. Soalan-soalan berkenaan cukai ini, banyak saya terima dari usahawan-usahawan atau businessman yang sedia ada dan berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka di internet.
    Dan saya tahu, ramai yang ingin tahu berkenaan perkara ini. Nasihat saya, perkara ini adalah penting tapi bukan utama. Jadi jangan bimbang. Mari kita lihat.
    Penafian: Saya bukan akauntan atau penaksir cukai bertauliah. Jika anda ingatkan nasihat professional sila rujuk kepada akauntan atau penaksir cukai bertauliah.
    Selalunya di internet sebagai pembeli, kita tidak dikenakan cukai. Harga barangan yang kita beli ditambah kos penghantaran (shipping) jika ada. Itulah harga bersih yang kita perlu bayar ataupun Cost of Good Sold, jika kita jual balik.
    Kecuali…
    Kecuali ketika anda di dalam proses menerima barangan tersebut, ia ditahan kastam. Mengikut pengalaman kami, keadaan ini terjadi secara rawak. Antara sebab-sebabnya adalah:

    1) Barangan terlalu berat (lebih 5kg)
    Tumpukan untuk menjual barangan yang mudah-mudah sahaja di Internet.

    2) Barangan terlalu besar
    Jangan menarik perhatian kastam

    3) Barangan dinilai terlalu berharga
    Pastikan nilainya dibawah US$ 100. (Nilai tidak sama dengan harga)

    4) Barangan tersebut dilabel sebagai “komersil”, tetapi anda tidak menyertakan invoicenya.
    Invoice amat penting dalam urusan penghantaran barangan komersil.

    5) Anda menghantar sesuatu yang “Saspek”

    Seperti CD & DVD. Walaupun ianya original, tetapi kastam akan tetap membuka dan memastikannya sebab ketulenannya tidak dapat dinilai dari luar sampul surat.
    Dalam kes barangan anda ditahan kastam, anda (penerima/pembeli) perlu membayar cukai kastam ataupun barangan tersebut akan dirampas. Walaubagaimanapun, jika anda tidak bersalah menyeludup dan sebagainya, jangan bimbang.
    Itu dari aspek kita sebagai pembeli. Sebagai penjual pula, biar saya kategorikan kelas-kelas cukai yang ada.

    1) VAT (Value Added Tax)

    VAT ini selalunya dikenakan untuk segala transaksi yang berlaku di antara penjual dari Eropah dan juga pembeli dari Eropah. Untuk mengelakkan double taxation (percukaian berganda untuk hasil yang sama), selalunya pembeli dari luar tidak akan dikenakan VAT oleh seller dari sana.

    2) Sales Tax (Amerika Syarikat)

    Amerika Syarikat adalah kesatuan negeri-negeri seperti Malaysia (federal), jadi sistemnya kompleks. Di sini, cukai akan dikenakan jika, pembeli dan penjual dari state yang sama. Contohnya, jika penjual dari California, dan pembeli pun dari California, cukai akan dikenakan. Saya pernah mendengar bahawa peraturan ini bergantung kepada sesebuah negeri tersebut. Delaware tidak mengenakan peraturan percukaian ini, sebab itu banyak syarikat asing mendaftarkan syarikat mereka di Delaware.

    3) Good & Service Tax (GST)

    Ia semacam cukai perkhidmatan yang kita bayar ketika mahu makan di restoran makanan segera. Cuma bezanya, ia tidak terhad kepada servis, tetapi juga barangan. Cukai ini telah berkuatkuasa di Australia dan Singapura (kalau tidak salah). Dan cukai inilah yang ditakuti kerana dengar khabarnya Kerajaan Malaysia sedang menimbang-nimbang untuk mengenakan cukai ini kepada perniagaan internet. Jikalau ia dikenakan, maka kita harus membayarnya sebagai penjual. Kita boleh mengutip cukai ini dari pelanggan ataupun menolaknya dari margin keuntungan.

    4) Service Tax

    Jika anda menawarkan perkhidmatan servis dan mempunyai syarikat berdaftar, tidak kiralah sama ada service tersebut ditawarkan di Internet ataupun di dunia nyata, anda perlu membayar cukai perkhidmatan. Cukai ini anda boleh kenakan kepada pelanggan ataupun tampung sendiri dari margin keuntungan. Cukai ini berkuatkuasa di Malaysia untuk pengetahuan anda. Cuma, anda dikenakan 5%, dan perlu membayarnya apabila kutipan anda mencecah RM 100,000 (revenue)

    Perkara yang penting dalam percukaian:
    1) Alamat syarikat anda berdaftar
    2) Cara transaksi anda di rekod

    Sedikit tips:
    Jika anda ingin mencari konsultan cukai yang bertauliah, anda harus tahu bahawa Edagang atau Perniagaan Internet ini sesuatu yang baru dan maya. Tidak ramai yang benar-benar tahu mengenainya dan ia adalah Gray Area, tiada hitam putih yang jelas. Cuma kelabu. Cari konsultan cukai yang pakar mengenai “Double Taxation“. Konsultan ini dapat membantu anda menaksir cukai dengan lebih baik.
    Pensyarah saya pernah memberitahu, “We must pay tax. We learn about tax, not to avoid it. Kita belajar mengenai tax supaya kita tidak membayar jumlah yang tidak perlu”

    Perkara Yang Lebih Utama Mengenai Cukai.
    Cukai itu penting, tapi bukan utama. Buat sales (jualan itu utama). Jika anda tidak buat jualan, anda tidak akan dikenakan cukai bukan? Jadi belajar untuk membuat jualan dahulu…

    Oh ya, itu saya belum sentuh mengenai jenis-jenis cukai yang perlu dibayar Syarikat lagi. Mungkin nanti saya ulas, tapi jangan gundah juga. Penting, tetapi tidak utama. Syarikat perseorangan dan perkongsian tidak dikenakan cukai syarikat, tetapi pemiliknya dikenakan cukai pendapatan.:cool:

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2008
    Location
    kuala lumpur
    Posts
    164
    Thanks
    5
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Thumbs up

    good article.. byk perkara perlu tahu sebelum memulakan perniagaan di internet.. credit to sabri saifulsyam dan johari..:cool:

  4. #3
    WC Premium Array
    Join Date
    Aug 2008
    Location
    ClickBank.com 917 S. Lusk Street, Suite 200 Boise ID 83706
    Posts
    7,041
    Thanks
    57
    Thanked 126 Times in 56 Posts

    Default

    Kalau income dari pendapatan Internet macam Adsense..etc dari US, kena ke declare kat income tax form?

    Adakah kita perlu bayar tax?

  5. #4
    WC Premium Array
    Join Date
    May 2008
    Location
    BisnesAffiliate.com
    Posts
    3,130
    Thanks
    52
    Thanked 36 Times in 21 Posts

    Default

    NiagaDigital aka Encik Yusof Abd Ghoni...

    cam x sesuai jer bro...

  6. #5
    Loyal Member Array
    Join Date
    Apr 2006
    Location
    seluruh Malaysia
    Posts
    574
    Thanks
    0
    Thanked 4 Times in 4 Posts

    Default

    drp tax pun gov. Malaysia dpt berpuluh2 juta setiap tahun...


 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts