Page 1 of 13 1234511 ... LastLast
Results 1 to 10 of 127
Bookmark and Share

Thread: Analisis Pilihanraya 2008 daripada kacamata saya

  1. #1
    Active Member
    Join Date
    Dec 2006
    Posts
    1,986
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default Analisis Pilihanraya 2008 daripada kacamata saya



    Sebagai seorang yang tidak beparti, juga tidak mengundi dan juga seorang yang neutral; saya berpendapat antara faktor kegagalan kepada BN untuk mendapat majori 2/3 ialah:

    1. Faktor Anwar Ibrahim
    Pada mulanya, namanya tenggelam dan tidak langsung disebut-sebut di dalam media arus perdana. Hanya yang diperkatakan ialah keadilan adalah parti untuk individu tertentu dan juga pembangkang diperalatkan oleh individu tertentu. Namun, apa yang saya ketahui daripada rakan-rakan saya, ceramah yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim mendapat sambutan ramai sehingga mencapai lebih sepuluh ribu dalam sesuatu masa. Kemahirannya berpidato memang tidak dapat dinafikan lagi dan boleh memukau setiap orang yang hadir. Tarikh pilihanraya juga dikatakan ditetapkan agar beliau tidak boleh bertanding. Ini menjadi satu petanda yang beliau digeruni walaupun pihak BN mengatakan beliau sudah tiada tempat di hati rakyat. Dua tiga hari sebelum hari pengundian, nama beliau disebut-sebut di dalam media arus perdana sebagai pengkhianat negara, pertalian dengan barat, penyebab negara hampir bankrap dan banyak lagi. Sememangnya ini adalah nada yang sama semasa beliau dipecat daripada jawapan TPM yang dahulu. Ini telah membangkitkan gelora seperti luka lama berdarah kembali. Para penyokong beliau yang sudah lama duduk diam terasa bahangnya dan kembali geram lalu dinoktahkan dengan undi kepada pembangkang.

    2. Faktor Mahathir
    Tun Mahathir mempunyai pengikutnya yang tersendiri di dalam BN. Walaubagaimana teruk dia diperkatakan sebagai seorang tua yang sudah nyanyuk namun kredibiliti Beliau amat sukar disanggah. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dan kritikan beliau kepada kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi begitu kritikal dan tajam. Sekali-sekala dapat dilihat kritikan beliau yang boleh menjatuhkan terus PM namun padangan beliau masih lagi dapat ditepis. Namun, rakyat melihatnya sesuatu yang amat besar. Sedikit sebanyak rakyat berfikir bahawa jika orang yang sangat dekat dan memilih seseorang itu sebagai PM tetapi tidak dapat mempercayai orang itu lagi, adakah mereka perlu terus percaya? Sebenarnya, pihak pembangkang bijak memanipulasikan kenyataan Tun Mahathir bagi kepentingan mereka juga. Saya berpendapat Tun Mahathir berbuat demikian kerana padangannya tidak diambil endah setelah melakukannya secara tertutup. Lalu, beliau membuat kenyataan secara terbuka.

    3. Faktor Abdullah Ahmad Badawi
    Dipermulaan Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, imejnya sungguh sempurna. Beliau adalah cucu kepada TOk guru, seorang yang boleh menjadi imam, seoarang yang bersih, anti rasuah dan pembaziran. Itulah imej beliau di masa kemenangan besar BN di tahun 2004. Namun, imej beliau secara sedikit demi sedikit tecalar kerana pihak pembangkang telah memainkan serangan peribadi kepada beliau. Banyak risalah-risalah yang dikeluarkan yang menunjukkan beliau kuat tidur, memegang perempuan (Datuk Michelle yeoh) dan juga sebagai seorang Imam amalan baru, Islam Hadhari. Perkahwinan beliau dengan isteri yang tidak memakai tudung dan juga imej anaknya telah menyebabkan imej Imam beliau terjejas teruk.

    4. Faktor Khairi Jamaluddin
    Khairi Jamaluddin telah dikatakan sebagai individu yang menguasai PM oleh Tun Mahathir. Saya suka cara agresif beliau yang tidak memeperlihatkan watak sebagai seorang yang lembik seperti ketua Pemuda UMNO. Namun , beliau telah dikatakan sebagai seorang yang sangat angkuh dan sentiasa mengeluarkan kenyataan semacam beliau adalah orang yang sangat berkuasa. Walaupun latar belakang beliau agak menarik dan tidak dinafikan berhak diangkat sebagai seorang pemimpin namun, menantu Perdana menteri itu perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan.

    5. Faktor harga barang naik
    Ini adalah faktor nasional. Harga barang di sini bolehlah dikaitkan dengan harga minyak. Banyak papatanda yang menerangkan tentang harga minyak berbanding dengan negara-negara jiran namun ada yang mempersoalkan kenapa tidak dibandingkan dengan harga minyak di negara pengeluar minyak seperti di Brunei. Setiap tahun diwar-warkan bahawa Petronas telah untung berlipat kali ganda namun kenapa harga minyak semakin membebankan?

    6. Faktor pendidikan
    Kos pendidikan yang mahal, sekolah aliran cina dan peluang sama rata ke Universiti adalah isu yang dimainkan. Pihak pembangkang berjaya memainkan isu ini dan berjaya menarik pengundi cina. Pengundi cina diperkatakan sebagai amat sensitif dengan isu pendidikan.

    7. Faktor jenayah
    Kebanjiran pekerja asing dan dikatakan menyumbang kepada kadar jenayah negara juga menjadi isu utama. Kerajaan dikatakan gagal mengawal keadaan seperti kes Nurin dan juga Sharlini.

    8. Faktor media arus perdana
    Ramai mengatakan media arus perdana berat sebelah. Mereka sudah muak dengan keadaan itu. Apabila digembar-gemburkan perihal pemimpin pembangkang yang sentiasa mendapat publisiti negatif, kebencian semakin meningkat kepada media arus perdana.

    9. Faktor tak nak keluar mengundi
    Peratusan pengundian yang rendah sehingga 50% di sebuah-buah negeri yang BN kalah bukanlah disebabkan kerana faktor cuaca. Saya berpendapat mereka tidak ada semangat dan tidak mahu nenyokong BN. Pengundi hanya berdiam diri di rumah dan akan menerima sahaja apa keputusan yang dibuat. Namun, saya percaya ada yang menyesal pada hari ini setelah melihat keputusannya.

    10. Faktor keselesaan
    Majoriti yang besar pada tahun 2004 dimenangi oleh BN menyebabkan mereka tidak berasa gusar. Lihatlah! siapa yang sangka BN akan kalah di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Sebelum ini apa yang diperkatakan ialah merampas kembali Kelantan dan kalaupun adanya kejutan, negeri Perlis dan Terengganu sahaja yang mungkin bermasalah. Fokus adalah kurang kerana perasaan selesa ini lalu, BN tewas di negeri-negeri tersebut. Ada juga kerjaan negari yang "over-confident" seperti sasaran "PEMBANGKANG SIFAR 2010" namun mereka pula yang perlu menjadi pembangkang.

    11. Faktor kerja kuat pembangkang
    Setelah Terengganu kembali kepada BN dan Majoriti merosot PAS di Kelantan pada 2004,pihak pembangkang telah bekerja kembali kuat seperti tahun 1999. Hasilnya apa yang anda dapat lihat pada kali ini.

    12. Faktor pembelaan kaum
    Rakyat cina dan india merasakan mereka kurang terbela. Adakah mungkin kerana imej islam hadhari? Saya melihat kejadian seperti tuntutan mayat yang dikatakan beragama Islam dari keluarga bukan Islam menjadi isu yang amat sensitif di kalangan rakyat bukan Islam.

    13. Faktor prestasi
    Ada wakil rakyat yang dipilih tidak menepati kehendak rakyat di atas prestasi mereka. Ada bekas YB iaitu mertuanya yang didapati melakukan perkara yang menyalahi kuasa diketepikan namun menantunya dipilih pula. Bagi rakyat, ianya menunjukkan kronisme dan tidak dapat diterima.

    14. Faktor simpati
    Nurul Izzah iaitu anak kepada Anwar Ibrahim di suatu ketika dahulu di anggap puteri reformasi yang membela bapanya. Imejnya yang kuat bersemangat dan berani di ketika itu sudah cukup membuktikan beliau berhak dilantik sebagai YB. Mungkin ada undi simpati kepada beliau setelah apa yang dilaluinya selama ini di ketika bapanya di penjara.

    15. Faktor dinasour
    Contoh terbaik adalah YB di Sungai Siput yang memegang kerusinya semenjak 1974. Akhirnya ditolak rakyat pada hari jadinya.

    16. Faktor dalaman
    Ada perasaan yang tidak puas hati dengan pemilihan calon. Banyak calon luar diletakkan dan dipilih lalu tidak memperdulikan calon tempatan.Sebagai contoh ialah apa yang berlaku di Perak apabila calon Gerakan di letakkan di Lenggong yang sebelum ini, kawasan tradisi UMNO. Namun, sehari selepas itu, ianya diubah ke kawasan MB iaitu di Grik. Ini adalah contoh krisis dalaman namun ianya dapat ditangani segera. Ada maklumat yang mengatakan calon-calon di Lenggong membuat protes dan tidak menerima calon Gerakan. Mereka menyatakan hasrat menarik diri daripada bertanding jika calon Gerakan diletakkan disitu. Kemelut ini ekoran diatas dasar mengembalikan kerusi Bukit Gantang kepada UMNO agar M. Kayveas dapat bertanding di Taiping. MB Perak menitiskan air mata apabila mengumumkan pertukaran tersebut.

    17. Faktor hindraf
    MIC dinampakkan sebagai sudah tidak boleh diharap untuk memperjuangkan nasib India. Kebanyakkan undi India kepada pembangkang. Keadaan sungguh luar biasa apabila orang India dan Cina juga memakai t-shirt pas dan merayu undi untuk Pas di kawasan calon yang ditandingi oleh Pas dengan BN. Bendera- bendera Pas dipacakkan di perkampungan mereka. Mereka nampaknya tidak kisah menyokong sesiapa asalkan calon di satu pihak lagi itu melawan BN. Ini sesuatu yang amat mengejutkan dan hanya dapat dilihat pada pilihanraya tahun ini.

    18. Faktor khabar angin
    Banyak SMS dan Khabar angin dilemparkan seperti kenaikkan harga minyak lagi pada akhir bulan ini. SMS juga adalah satu penyebar khabar angin dan jenaka pilihanraya yang digunakan secara meluas sekarang ini. Antara SMS yang saya terima sekejap tadi ialah "SESIAPA ADA TERJUMPA SEORANG RAKYAT SELANGOR, RAMBUT PUTIH, BERLAGAK HANDSOME, BANGSA JAWA, RENDAH2, SILA HUBUNGI BALAI POLIS TERDEKAT.KUNCI PEJABAT MB ADA PADA BELIAU".

    19. Faktor media alternatif
    Media alternatif seperti blog dan laman web sudah menampakkan impaknya. Di saat-saat akhir pilihanraya, PM juga telah membuka laman web untuk mendekati rakyat namun masa sudah suntuk pada ketika itu.

    20. Faktor sokongan kakitangan kerajaan
    Kakitangan yang agak tidak berpuas hati kerana tiada bonus pada tahun ini mungkin memberikan undi protes kepada kerajaan. Ada yang menyokong pembangkang, buat undi rosak atau tidak mengeluarkan undi.

    Namun begitu, saya agak khuatir dengan keputusan pilihanraya yang dikatakan tsunami ini kerana wujudnya dominasi tidak seimbang dan nampak seperti ke arah menghapuskan tradisi ketuanan politik kita. saya pasti akan mendaftar dan menyertai parti yang sudah banyak berjasa kepada saya. Kini, tiba masanya mereka memerlukan jasa saya pula. Ini hanyalah pendapat peribadi saya. Apakah pendapat anda pula?

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    WC Premium
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Kelantan
    Posts
    1,787
    Thanks
    0
    Thanked 22 Times in 13 Posts

    Default

    Satu lagi yang perlu diingat God Factor

    p/s: Tok guru buat solat hajat perdana sblm PRU

  4. #3
    WC Premium
    Join Date
    Sep 2007
    Location
    Sarawak
    Posts
    994
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Saya nak tambah...
    Faktor BlogSphere
    yang pihak BN tidak langsung mendengar suara dan hati para blogger...
    Betul ke???Beberapa Para b;ogger yang rajin update perkembangan terbaru politik semasa sama ada benar atau tidak .Isu yang diutarakan dalam blog adakalanya tidak langsung disiarkan oleh media massa..Rakyat Malaysia sekarang sudah bijak pandai...

    Saya juga kecuali tidak memilih mana-mana pihak....
    berehat sebentar...

  5. #4
    Active Member
    Join Date
    Aug 2006
    Location
    Damak
    Posts
    2,443
    Thanks
    21
    Thanked 19 Times in 8 Posts

    Default

    ehm...analisis yang menarik.

  6. #5
    Active Member
    Join Date
    Dec 2006
    Posts
    1,986
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Di negeri asal saya, kalau PAS dan PKR menang sebagai kuasa majoriti saya tak kisah sangat. MB yang dilantik dari PAS hanya sebagai simbol sahaja kerana Menteri Besar mesti berbangsa Melayu dan beragama Islam mengikut perlembagaan. Saya rela memilih BN daripada DAP.

  7. #6
    Normal Member
    Join Date
    Mar 2008
    Location
    Duk Nibong Tebal, Penang
    Posts
    59
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Negeri saya ialah penang... namun orang cina lebih ramai dari bangsa lain.. so sekarang nih DAP memerintah

  8. #7
    WC Premium
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    On WorkStation
    Posts
    1,846
    Thanks
    6
    Thanked 23 Times in 10 Posts

    Default

    skrg ni org seme tunggu apa akan jadi di parlimen...

  9. #8
    aku
    aku is offline
    WC Premium
    Join Date
    Apr 2006
    Posts
    2,026
    Thanks
    1
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    lawak sungguh SMS tu.. hehehe..

    Saya dah tak jual ebook PanduanSaham.com sebab dah lama tak update. Takde masa nak update.

  10. #9
    Active Member
    Join Date
    Dec 2006
    Posts
    1,986
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Sebulan lagi, besar kemungkinan semua all out di Permatang Pauh.. yang pasti BN mungkin dah hilang punca macamana nak menang. BA pula akan buat kempen macam pesta meraikan kemenangan.

  11. #10
    WC Premium
    Join Date
    Nov 2007
    Location
    Kuching, sarawak
    Posts
    1,174
    Thanks
    3
    Thanked 20 Times in 4 Posts

    Default

    abg-x- Very good analysis.

 

 
Page 1 of 13 1234511 ... LastLast

Similar Threads

  1. Koleksi Kerenah Pelanggan Perniagaan Internet
    By norfazli80 in forum Perniagaan Internet
    Replies: 412
    Last Post: 05-18-2012, 07:50 PM
  2. Bisness DCHL, ada sesiapa yang tahu?
    By blukor in forum Ada Sesiapa Yang Tahu...
    Replies: 401
    Last Post: 04-26-2012, 11:48 PM
  3. Siapa nak... 9 Million Backlinks?
    By zul200289 in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 54
    Last Post: 01-24-2009, 10:22 PM
  4. Calon pilihanraya yang anda personally kenal
    By abg_x in forum Sembang Umum
    Replies: 7
    Last Post: 03-12-2008, 01:46 AM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •