+ Reply to Thread
Results 1 to 8 of 8
  1. #1
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Dec 2006
    Posts
    1,986
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default Calon pilihanraya yang anda personally kenal



    Pilihanraya pada kali ini tinggal beberapa jam sahaja lagi. Namun, amat rugi kepada saya kerana masih belum mendaftar lagi, kemungkinan lebih kepada sikap saya yang agak neutral. Mungkin selepas ini, saya akan mendaftar dan membuat keputusan samada untuk mengundi di Kampung saya yang dipegang oleh BN atau dikawasan saya menetap di KL ini yang dipegang oleh DAP.

    Setelah mengamati barisan calon pilihanraya pada kali ini, ada beberapa calon yang saya pernah berjumpa dan juga mengisi tempat di dalam kehidupan saya. Antaranya ialah:


    1. Datuk Nazri Aziz (BN)
    Saya pernah berbual-bual dengan dia secara 4 mata.Pada masa itu saya masih lagi di sekolah menengah apabila dia mengunjungi kampung saya dan singgah sekejap di rumah saya(emergency, tumpang bilik air). Saya berbual-bual dengan dia bertanya mana lagi dia seronok, di kawasan bandar atau di KL. Dia bercakap dia lebih suka suasana kampung, ada dusun, aman. Dia juga bertanya- tanya pada saya tentangh persekolahan. Semasa kenduri arwah bapa saya, dia juga mengunjungi pada malam ketiga membaca tahlil dengan berpakaian jubah putih, berkopiah putih dan serban dililit di leher ala-ala trade mark orang PAS.

    2. Datuk Abdul Rahman Suliman (BN)
    Apabila terserempak dengan arwah bapa saya, beliau selalu akan memperkenalkan bapa saya sebagai "Inilah cikgu saya". Walaupun, berjumpa dengan menteri sekalipun, itulah yang diucapkan oleh beliau. Saya tahu arwah bapa saya begitu terharu mendengarnya. Sememangnya bapa saya pernah menjadi guru beliau di Parit Buntar dahulu.

    3. Datuk Saarani Mohammad (BN)
    Beliau adalah "cikgu Saarani" kepada saya. Semasa persekolahan sekolah menengah, Cikgu Saarani adalah guru disiplin. Saya adalah salah seorang pengawas sekolah. Cikgu Saarani ni sangat baik berpidato. Sekali dengar, memang ala-ala Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara saat- saat yang sukar pada saya semasa saya menjadi pengawas sekolah apabila saya menangkap pelajar-pelajar yang merokok di belakang sekolah. Saya bersama kawan saya yang juga pengawas memberikan nama mereka kepada Cikgu Saarani.Saya tak tahulah pula yang kes merokok memang kesalahan amat besar di sekolah. Kasihan pula kepada pelajar-pelajar yang merokok tu. Pada masa tu saya pengawas Tingkatan 2, dan pelajar yang merokok itu Tingkatan 5.

    4. Ustaz Haji Mohammad Yassin Mohamed Yusof (PAS)
    Beliau adalah Ustaz semasa saya di Sekolah rendah. Teringat lagi apabila Ustaz membawa anak perempuannya ke dalam kelas untuk diperkenalkan ke kelas saya semasa darjah 4. Sebelum ini anak ustaz bersekolah di sekolah lain. Ada dua orang kawan saya bercakap dengan kuat "Fuuhhhhh.... Lawaaaannnyaaa!!!". Apa lagi.. kedua-dua kawan saya itu kena "balun" dengan ustaz.Barulah selepas itu kami tahu yang budak perempuan tu anak ustaz, patutlah ustaz angin semacam jer...

    5. Dr Asraf Wajdi (BN)
    Beliau adalah satu kolej dengan saya. Memang daripada matrikulasi lagi, beliau ada tokoh pidato.. ala-ala Anwar Ibrahim juga. Apa yang menjadi sedikit kejutan, beliau adalah antara pendokong "R" di zaman kolej dahulu namun bertanding diatas tiket BN menentang Datuk Kamaruddin Jaafar di Tumpat.Namun saya sedia maklum bahawa bapanya adalah orang besar UMNO dan pelik juga beliau adalah pendokong "R" zaman dahulu. Dia juga dulu lipas kudung juga kalau main bola. Kalau tak silap dia ni kidal. Saya pernah sekali berhari raya ke rumah beliau.

    Sememangnya pada masa pilihanraya, saya juga sibuk pada masa dahulu. Saya menjadi "pemandu" kepada arwah bapa saya dan sebagai "akauntan" tak bertauliah memeriksa akaun keluar masuk BN semasa pilihanraya. Arwah bapa saya adalah antara orang terpenting dibahagian sebagai Bendahari UMNO dan BN. Bapa saya juga bergiat di dalam memberi ceramah pilihanraya namun, bapa saya memilih topik kemajuan dengan memeperbandingkan kemajuan sebelum merdeka dengan selepas merdeka. Beliau tidak suka kepada topik yang mengutuk atau mencaci orang. Sedikit sebanyak apa saya tahu beberapa perbelanjaan yang dikeluarkan pada masa pilihanraya. Mungkin ada yang terkejut jika saya nyatakan angkanya.

    Namun begitu, saya ucapkan selamat mengundi buat semua. Kepada yang belum register lagi macam saya, nanti kita register sama-sama selepas ini.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Dec 2006
    Location
    Death Valley
    Posts
    889
    Thanks
    29
    Thanked 15 Times in 9 Posts

    Default

    Fuh..banyak nye cikgu..
    Berbaloi ke beli Macbook/iMac? Kaji dulu, jangan ikut orang. Nanti menyesal..
    ==================================
    FBE+ Software : Apa?! 100% Percuma! <-- Download Sekarang

  4. #3
    Junior Member Array
    Join Date
    Mar 2008
    Location
    Duk Nibong Tebal, Penang
    Posts
    59
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Memang rugi kau tak daftar... tapi aku tak leh daftar lak...
    ramai nyer Calon yg kau kenal... ade tali persaudaraan ker?

  5. #4
    Senior Member Array
    Join Date
    May 2007
    Posts
    252
    Thanks
    0
    Thanked 5 Times in 5 Posts

    Default

    Dato' Dr Ahmad Ramzi bin Zubir (BN Parlimen Marang).
    Kenal tak kenal pun dia adalah kawan kpd seorang housemate sy masa belajar dulu. Pernah berbual bersama tapi masa tu tak ada cerita politik.

  6. #5
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    Putrajaya
    Posts
    417
    Thanks
    1
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    apa maksud x daftar lagi? x daftar mengundi ke? itu bukan sebab natural le bang

    kalau kau x mengundi, nama2 yg kau sebut tu malu nak mengaku kenal kau

    kau ni org yg ntah ke berapa yg aku jumpa x mengundi kali ni... bebudak ofis aku ada 3 ke 4 org x mengundi, anak buah aku pun x pi mengundi jugak... kawan bini aku yg kerja gov pun bini aku cakap ada yg x pi mengundi... mana tanggungjawab diorang semua pada negara...

    yg hairan nya, kawan Chinese aku kat s'pore tu pun balik mengundi kat ipoh... hairan .... hairan.... apa nasib anak aku nnti bila dah besar...
    Ini belog saya. Belog saya ini belog manja: http://www.brekkejap.com/

  7. #6
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Dec 2006
    Posts
    1,986
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Kalau ada tali persaudaraan, nenek aku dua pupu dengan ayah dia.. Ayah dia pun dulu cikgu penolong kanan sekolah aku dulu.. nama dia Datuk Shamsul Anuar Nasarah, Presiden Majlis Belia Malaysia..tapi aku tak pernah jumpa dengan dia la.

    Balik kg nanti, aku nak register la.. terus register jadi ahli UMNO sekali. Tak sanggup aku DAP take over.

  8. #7
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2007
    Posts
    358
    Thanks
    0
    Thanked 6 Times in 5 Posts

    Default

    Sokong-sokong, dah la habis kawasan pekan dikuasai oleh orang ni, la ni DAP pegang lagi la. Tak tau apa nak jadi kat orang melayu kat sana. Kawasan saya Tapah nasib baik BN menang.

  9. #8
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2006
    Posts
    1,420
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    malas la nak list..
    panjang sangat..
    Visit : Pergh! + Blog + Twitter + FB


 

Similar Threads

  1. 10 Tip Menulis Ebook Yang Wajar Di Ketahui
    By Labanon in forum Tips & Panduan
    Replies: 50
    Last Post: 10-16-2009, 03:57 PM
  2. Siapa nak... 9 Million Backlinks?
    By zul200289 in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 54
    Last Post: 01-24-2009, 10:22 PM
  3. 5 Sebab Masih Tidak Kaya
    By morizna in forum Sembang Umum
    Replies: 36
    Last Post: 10-18-2008, 02:17 PM
  4. bagaimana mendaapatkan segala yang anda inginkan...
    By vibe venom in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 6
    Last Post: 08-03-2008, 11:32 PM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts