Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Xecuter 3 Mod Chip
Libros medicina
Mortgages
Best Credit Card
Payday Loans

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Umum & Rileks > Sembang Umum

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 02-25-2008, 04:51 PM
abg_x's Avatar
Pioneer Member
 
Join Date: Dec 2006
Posts: 852
abg_x is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default Perniagaan MLM sah mengikut perspektif Islam sekiranya....

Perniagaan MLM sah mengikut perspektif Islam sekiranya....

SOALAN

MENGIKUT perspektif Islam, apakah pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dikira sah? Apakah hukumnya dan bagaimana dengan pendapatan yang saya peroleh sekiranya ter****t dengan bisnes berkonsep ini?


JAWAPAN

SECARA umumnya perniagaan pemasaran berperingkat (MLM) dibenarkan Islam. Di Malaysia ia juga disahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di bawah Akta Jualan Langsung (AJL). Berbeza dengan perniagaan biasa, MLM adalah sejenis jualan langsung daripada syarikat pengeluar kepada pelanggan dengan seseorang yang berjaya memasarkannya mendapat ganjaran iaitu harga yang lebih murah daripada harga runcit.

Perniagaan MLM mem****tkan pemasaran peringkat bermula daripada syarikat pengeluar dan pelantikan pihak bawahan (downline) termasuk pengedar, peruncit dan seterusnya pelanggan. Apa yang penting dalam mana-mana perniagaan termasuk MLM ialah berlakunya perpindahan barangan atau perkhidmatan secara jual beli.

Berbanding dengan skim piramid, ia hanya menumpukan kepada mencari dan menambah downline semata-mata tanpa perlu menjual barangan atau perkhidmatan. Akhirnya tiada apa yang diniagakan pengusaha dan apabila tiada lagi downline, ia terpaksa ditutup dan mereka berada di bawah yang mendapat kerugian.

Oleh itu, undang-undang mengharamkan skim piramid. Sekiranya MLM yang anda usahakan bertepatan dengan perniagaan dalam Islam dan disahkan kerajaan, pendapatan yang diperolehi adalah halal.
__________________
www.aridztech.com







Reply With Quote
  #2 (permalink)  
Old 02-25-2008, 04:59 PM
abg_x's Avatar
Pioneer Member
 
Join Date: Dec 2006
Posts: 852
abg_x is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Sebenarnya.. ada orang silap faham perniagaan MLM ini. Bukan cari-cari orang atau orang atas untung orang bawah rugi. Bagi saya, ianya adalah berdasarkan perspektif kita. Biar saya kupaskan dua perkara ini:

1. Cari-cari orang
Yang sebenarnya kita mencari pelanggan. Bukan cari orang. Kalau kita buka gerai atau jual apa-apa pun, kalau pelanggan ramai, sudah tentu sales bertambah dan kemudiannya kita akan dapati untung kita juga meningkat. Jika tidak mendapatkan orang sebagai pelanggan, takkan kita nak cari beruk pula?

2. Orang atas untung orang bawah rugi
Ini lagi satu persepsi salah. Pernah kita dengar tak yang orang tu dah lama join tapi modal pun tak dapat balik, ini bermakna rugi. Ada pula kita dengar orang tu baru 2 minggu join, tapi dah dapat modal. Ini sebenarnya keberkesanan usaha dan strategi pemasaran. Bila sudah putus asa, strategi tak betul dan juga cepat mengalah.. loser.. mulalah salah orang atas itu orang atas ini.. yang salah bukan mereka tetapi diri kita sendiri.

Wallahu'alam.
__________________
www.aridztech.com







Reply With Quote
  #3 (permalink)  
Old 02-25-2008, 05:19 PM
Adnin's Avatar
WC300
 
Join Date: Mar 2007
Location: http://www.soyadiy.com
Posts: 838
Adnin is on a distinguished road
iTrader: (7)
Default

Quote:
Originally Posted by abg_x View Post
Sebenarnya.. ada orang silap faham perniagaan MLM ini. Bukan cari-cari orang atau orang atas untung orang bawah rugi. Bagi saya, ianya adalah berdasarkan perspektif kita. Biar saya kupaskan dua perkara ini:

1. Cari-cari orang
Yang sebenarnya kita mencari pelanggan. Bukan cari orang. Kalau kita buka gerai atau jual apa-apa pun, kalau pelanggan ramai, sudah tentu sales bertambah dan kemudiannya kita akan dapati untung kita juga meningkat. Jika tidak mendapatkan orang sebagai pelanggan, takkan kita nak cari beruk pula?

2. Orang atas untung orang bawah rugi
Ini lagi satu persepsi salah. Pernah kita dengar tak yang orang tu dah lama join tapi modal pun tak dapat balik, ini bermakna rugi. Ada pula kita dengar orang tu baru 2 minggu join, tapi dah dapat modal. Ini sebenarnya keberkesanan usaha dan strategi pemasaran. Bila sudah putus asa, strategi tak betul dan juga cepat mengalah.. loser.. mulalah salah orang atas itu orang atas ini.. yang salah bukan mereka tetapi diri kita sendiri.

Wallahu'alam.
Boleh gak dikatakan cari orang apabila niat utama cari orang adalah untuk "menjual keahlian + pakej produk" bukan "menjual produk + menaja" .

Ada yang cakap , perniagaan memang cari-cari orang , Yes tapi jangan buat orang lain confuse , dalam ebiz contohnya , saya cari orang untuk saya jualkan ebook saya . Kat sini betul tapi dalam MLM skim piramid cari orang untuk jual "pakej produk + keahlian = RM500" . Sepatutnya cari orang jual "produk" then recruit "taja" jika pembeli "produk" berminat.


Reply With Quote
  #4 (permalink)  
Old 02-25-2008, 05:34 PM
Senior Member
 
Join Date: Jan 2008
Location: kajang
Posts: 354
mazlie nadzri is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to mazlie nadzri
iTrader: (5)
Default

Quote:
Originally Posted by abg_x View Post
Perniagaan MLM sah mengikut perspektif Islam sekiranya....

SOALAN

MENGIKUT perspektif Islam, apakah pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dikira sah? Apakah hukumnya dan bagaimana dengan pendapatan yang saya peroleh sekiranya ter****t dengan bisnes berkonsep ini?


JAWAPAN

SECARA umumnya perniagaan pemasaran berperingkat (MLM) dibenarkan Islam. Di Malaysia ia juga disahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di bawah Akta Jualan Langsung (AJL). Berbeza dengan perniagaan biasa, MLM adalah sejenis jualan langsung daripada syarikat pengeluar kepada pelanggan dengan seseorang yang berjaya memasarkannya mendapat ganjaran iaitu harga yang lebih murah daripada harga runcit.

Perniagaan MLM mem****tkan pemasaran peringkat bermula daripada syarikat pengeluar dan pelantikan pihak bawahan (downline) termasuk pengedar, peruncit dan seterusnya pelanggan. Apa yang penting dalam mana-mana perniagaan termasuk MLM ialah berlakunya perpindahan barangan atau perkhidmatan secara jual beli.

Berbanding dengan skim piramid, ia hanya menumpukan kepada mencari dan menambah downline semata-mata tanpa perlu menjual barangan atau perkhidmatan. Akhirnya tiada apa yang diniagakan pengusaha dan apabila tiada lagi downline, ia terpaksa ditutup dan mereka berada di bawah yang mendapat kerugian.

Oleh itu, undang-undang mengharamkan skim piramid. Sekiranya MLM yang anda usahakan bertepatan dengan perniagaan dalam Islam dan disahkan kerajaan, pendapatan yang diperolehi adalah halal.
Salam..

Boleh nyatakan sumber daripada mana artikel ni?


Reply With Quote
  #5 (permalink)  
Old 02-25-2008, 05:39 PM
abg_x's Avatar
Pioneer Member
 
Join Date: Dec 2006
Posts: 852
abg_x is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Petikan daripada Harian Metro, 14 November 2006
__________________
www.aridztech.com







Reply With Quote
  #6 (permalink)  
Old 02-25-2008, 05:40 PM
Senior Member
 
Join Date: Jan 2008
Location: kajang
Posts: 354
mazlie nadzri is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to mazlie nadzri
iTrader: (5)
Default

Dan boleh cek kat cni untuk maklumat lanjut..saya tak mengatakan ia haram..tp kaloa ada diantara ciri2 seperti di web berkenaan, mungkin elok dikaji balik..

klik disini


Reply With Quote
  #7 (permalink)  
Old 02-25-2008, 06:17 PM
abg_x's Avatar
Pioneer Member
 
Join Date: Dec 2006
Posts: 852
abg_x is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Yup. memang selalu baca pun web Ustaz Zaharuddin tu.. Thanks.

Ini pun ada satu lagi artikel menarik tentang MLM...

Hukum asal MLM

Hukum asal bagi setiap muamalat adalah harus selama mana tidak terdapat dalil dan faktor yang mengharamkannya. “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.” (maksud al-Baqarah 29).

Hukum asal bagi segala sesuatu adalah harus. Berdasarkan kaedah ini, hukum asal sistem dan konsep MLM adalah harus selama mana tidak terdapat faktor yang mengharamkannya. Untuk menghukumkan sesuatu muamalat sebagai haram mestilah bersandarkan dalil. Selama mana tidak terdapat dalil dan faktor haram, maka selama itu muamalat tersebut kekal harus.

Dengan kata lain, keharusan sesuatu muamalat seperti MLM tidak memerlukan dalil, sebaliknya pengharaman sesuatu muamalat memerlukan kepastian dan sandaran dalil yang kuat, seperti haramnya sesuatu muamalat kerana kepastian terdapat riba di dalamnya di mana riba adalah haram secara putus dan ijmak di kalangan ulama.

Berdasarkan kaedah syariat, pengharaman sesuatu yang asalnya harus tidak boleh bersandarkan kepada hukum khilafiah, kecuali ketika penggubalan undang-undang. Contohnya, jika ulama khilaf berkenaan dengan Ghabnun dan 'had maksimum keuntungan', maka kita tidak boleh mengharamkan MLM disebabkan harganya yang tinggi berbanding barangan lain.

Oleh itu, untuk mengukur sesuatu muamalat halal atau haram memerlukan kepada:

1. Memastikan benar-benar terdapat unsur haram di dalamnya seperti pemastian bonus yang diagihkan berasaskan perjudian yang akhirnya menyebabkan muamalat tersebut haram.

2. Unsur tersebut hendaklah haram secara putus dari sudut syariat. Seperti unsur riba, unsur perjudian, unsur kezaliman dan sebagainya. Sebaliknya, tidak boleh kita menghukumkan haram sesuatu muamalat jika ia bersandarkan kepada unsur yang khilafiah dari sudut halal dan haramseperti muamalat yang berasaskan kepada bai' 'inah, ghabnun yang tidak faahish dan seumpamanya.

Perlu difahami asas kepada muamalat ialah mudah dan toleransi. Berbeza dengan asas kepada ibadat yang bersandarkan kepada ikutan dan ta'abbudi.

Justeru, talfik mazhab atau penggabungan mazhab dalam muamalat adalah dibenarkan berbeza dengan talfik dalam ibadat di mana hukum talfiknya lebih ketat berbanding talfik dalam muamalat.

Faktor-faktor haram
__________________
www.aridztech.com






Last edited by abg_x; 02-25-2008 at 06:40 PM.


Reply With Quote
  #8 (permalink)  
Old 03-02-2008, 08:12 PM
abg_x's Avatar
Pioneer Member
 
Join Date: Dec 2006
Posts: 852
abg_x is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Just fyi, Felda juga memasarkan produknya Biofeld secara MLM. Siapa pengerusi Felda? Datuk Dr Yusof Nor. Salah seorang penasihat hal ehwal Islam kepada Perdana Menteri. Begitu juga dengan Dr. Badrul Amin, beliau juga membuka syarikat yang berasaskan perniagaan MLM. Tidak dapat dinafikan ada MLM yang salah, haram.. seperti membuat produk itu sebagai alasan kepada agihan duit sahaja. Jangan pula akibat cemburu orang boleh buat RM dengan MLM, kita mengatakannya ianya adalah haram dan skim ta*k. Beware of your words!
__________________
www.aridztech.com







Reply With Quote
  #9 (permalink)  
Old 03-02-2008, 09:50 PM
GearLima's Avatar
New Member
 
Join Date: Feb 2008
Location: Subang Jaya
Posts: 38
GearLima is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to GearLima
iTrader: (1)
Default

Tak silap saya, kat WC nie dah banyak kali bincang mengenai MLM.

Bagi saya, penubuhan dan pertumbuhan syarikat MLM yang dah macam cendawan sekarang bukan mensasarkan produk, tapi bersaing syarikat mana yang menyediakan bonus tertinggi untuk AHLI (bukan pelanggan).

Bukan kebanyakkan, malah kesemua sistem MLM mengumpul ahli dan ini yang hampir semua orang kata, MLM nie orang cari orang.

Daripada sudut agama pula, bila kita mencari sumber yang halal, ianya halal dan jika kita terpesong, susah kita nak taubat bila duit dah berkepul depan mata. Nak mengkaji datangnya sumber BONUS tersebut adalah daripada produk (harga produk ditambah-tambah dengan kos bonus).

Saya ada juga mengkaji tentang sistem ini. Sejak 7 tahun lepas, saya didedahkan dengan MLM oleh ayah saya. Apa yang saya dapati, kesemua syarikat MLM mengejar keuntungan yang mereka perolehi daripada jualan produk dan merekrut ahli bagi mengagihkan bonus kepada ahli-ahli yang mengajak ahli baru menyertai mereka..

Maaf la kalau ada yang tersinggung.. Tapi cuba kaji sedalam-dalam yang boleh. Jangan sekadar pergi ke 1 syarikat dan mengatakan syarikat itu PERFECT.. Kalau betul jiwa MLM, pergi la semua syarikat MLM (saya tak suruh sertai). Pergi seminar-seminar atau perjumpaan2 yang mereka adakan.

Sekadar pandangan..
__________________
::Amirul Hafis Jamaluddin:::Hafiz::

Diharap Anda Dapat Membantu -> KLIK Di Sini


Reply With Quote
  #10 (permalink)  
Old 03-02-2008, 10:07 PM
abg_x's Avatar
Pioneer Member
 
Join Date: Dec 2006
Posts: 852
abg_x is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Yup.. saya setuju. Pergi dan dengar.. find out dulu sebelum mengeluarkan pendapat. Buat kajian. Jangan terus berprasangka sahaja.
__________________
www.aridztech.com







Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Majalah IM - Sumber Informasi Perniagaan Internet Malaysia Labanon Teknik Pemasaran Internet 121 10-28-2008 11:44 AM
Bagaimana Cara Menarik Minat Golongan 40an Bergiat Dalam Perniagaan Internet johari Sembang Umum 11 04-15-2008 06:24 PM
Benarkah Perniagaan Internet Sudah Tepu johari Sembang Umum 10 02-21-2008 01:34 AM
Tubuhkan syarikat e-bisnes CekDet Perniagaan Internet 20 01-31-2008 11:16 PM


All times are GMT +8. The time now is 03:05 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0