Quote:
Originally Posted by johari
Salam dan Selamat Sejahtera!
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Team Leader dan Moderator di WangCyber kerana memberi saya peluang menerbitkan penulisan saya diruangan ini.
Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat di ruangan ini yang telah memberi tunjuk ajar yang begitu berfaedah dan saya akan kenang jasa anda buat selamanya.
Saya tidak akan membuat post lagi diruangan ini, mungkin sekadar pemerhati , itu pun kalau ada kelapangan kerana saya perlu menguruskan perniagaan fizikal saya yang kini semakin sibuk dan doakan kejayaan saya.
Penarikkan diri ini bukan disebabkan mempunyai masaalah dengan sesiapa atau pun berkecil hati, saya mengambil keputusan ini setelah berfikir panjang dan secara jujurnya saya terlalu sibuk sekarang, terima kasih sekali lagi.
Kalau mai Penang singgah ke Cafe Saya!
Jo Jo Johari > AREE ENTERPRISE> BIHUN SUP GEAR BOX EX SERVICE
|
Johari, saya rasa membuat keputusan menarik diri dari forum bukan satu keputusan yg tepat. Lagi2 Johari adalah ahli WC300. Sebab andaikatalah Johari ada masa terluang, takkanlah tak dapat buat post di forum ni walau satu post?
Mungkin post Johari ni lebih sesuai ditukar tajuk kepada: "Tidak dapat aktif begitu kerap di forum WangCyber".
Apapun, saya dan sahabat lain menghormati keputusan ini dan jika ada apa-apa perkongsian, masalah dan sebagainya, hubungilah kami. Salah silap mohon dimaafkan.