Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Loans
Gas Suppliers
0 Credit Cards
Travel Shop
Magazine Subscription

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Umum & Rileks > Sembang Umum

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 02-18-2008, 04:05 PM
johari's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 472
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Talking Benarkah Perniagaan Internet Sudah Tepu

SEBUT BETUL-BETUL TEPU BUKAN “TIPU”> PANDAI PUN?

Ungkapan tepu mungkin baru didengar oleh sesetengah orang dan ada yang tidak memahami apa maksud “TEPU”.
Dalam istilah bahasa , perkataan tepu membawa erti tidak berganjak atau tidak bergerak dalam tapi dalam istilah biasa yang difahami adalah beku?
Tentu anda tertanya-tanya mengapa saya membawa topik tepu pada kali ini.
Baru-baru ini saya ada bertemu seorang sahabat yang juga terlibat di dalam perniagaan Internet. Kami berbual berkaitan menjana wang diInternet dan sembang punya sembang beliau pun mula melahirkan rasa kecewanya dalam perniagaan ini, katanya perniagaan Internet kini telah “Tepu”.
Saya kurang faham pada mulanya dan bertanya maksud apa maksud beliau.
Apa yang beliau maksudkan adalah perniagaan Internet samalah macam perniagaan skim piramid, mulanya kita beli produk kat orang lain dan lepas itu jual pula kepada sahabat yang lain . Pusingan ini akan berterusan sehinggalah tak ada orang lagi ingin membeli disebabkan semua orang dah beli, ini yang membuatkan beliau sedikit kecewa.
Apa pendapat anda tentang perkara ini?
Bagi saya sebenarnya perniagaan tidak pernah “Tepu” dan tak akan tepu kerana pusingan dan kehidupan ala mini sentiasa berubah dan berputar seperti lahirnya seorang bayi pada setiap saat dimuka bumi Allah ini. Begitu juga dengan pengguna-pengguna Internet seluruh dunia, pastinya akan lahir setiap saat dan detik ,jika tidak dah lama kedai jual komputer gulung tikar.
Dari situ dapat kita jadikan panduan yang berguna dalam melayari bahtera dalam perniagaan dunia Internet yang penuh dengan saingan.
Saya yakin dan pasti masih terlalu ramai dikalangan kita yang terlibat dalam perniagaan Internet ini masih belum menikmati imbuhan walau satu sen pun walaupun anda sudah memulainya setahun yang lalu.
Mungkinkah anda salah seorang daripadanya?
Jika benar! Cari dan selidikilah apa punca yang menyebabkan anda gagal menjana wang di Internet sekian lama , walaupun pada hakikatnya wang dah beribu habis dikeluarkan membeli pelbagai produk yang pada pendapat anda berguna kerana anda termakan hasutan dari ayat-ayat “POWER” yang digunakan semasa ianya dipromosikan.
Anda seorang yang bijak sebenarnya cuma anda sedikit alpa dan gagal menilai
Yang terbaik atau yang cantik ( dua perkara yang mempunyai maksud yang berbeza), di sinilah anda akan terpedaya maka dengan itulah anda akan hanyut semakin jauh dengan harapan dan impian yang sebenarnya hanyalah mimpi dan igauan yang tak akan terkabul.
Sekiranya anda ingin menjadi seorang peniaga yang baik anda perlulah bijak dalam mencari produk untuk pasarkan , sekadar promosi dan list yang berlambak pun belum tentu anda dapat menjual produk anda, dan saya yakin ramai di kalangan anda biasanya akan membuat pembelian dari penjual-penjual yang dah ada nama dan terkenal walaupun produk mereka rata-ratanya dijual dengan harga yang mahal. Impak dan najihahnya anda sendiri yang merana kerana selepas itu anda pula akan menjual produk itu dan pastinya anda “GAGAL” .
Pilihlah produk atau barang yang akan promosi atau niagakan adalah dalam lingkungan harga secantik-cantiknya sekitar harga RM50.00 sahaja pada peringkat permulaan. Ini bertujuan membina kepercayaan pembeli terhadap anda dan sekiranya produk anda itu berkesan apabila dipraktikan oleh pembeli maka selepas itu anda jual dengan harga RM500.00 pun mereka akan beli.
Sebenarnya disini anda perlu bina dan yakinkan kepada list anda dahulu akan kekuatan produk anda kerana sekarang ini rata-rata pengguna Internet mempunyai kebijaksanaan dalam urusan kewangan.
Fikir-fikirkanlah dan renung-renunglah………….

REHAT MINDA ANDA 5 MINIT LUPAKAN PASAL DUIT SEKETIKA

Jo Jo Johari

Mari Buat Duit Ngan Modal RM40

Mai Buat Duit Ngan Modal RM295

Mai Saya Ajar Cara Buat Duit Free


Reply With Quote
  #2 (permalink)  
Old 02-18-2008, 04:50 PM
WC300
 
Join Date: Nov 2006
Posts: 171
tokei is on a distinguished road
iTrader: (6)
Default

Menarik topik ni untuk dibincangkan...

Bagi saya, bukan perniagaan internet itu yang tepu.. tetapi sebaliknya mungkin bidang / niche tersebut sahaja yang tepu.

Perniagaan di internet ni terlalu luas dan banyak lagi yang mungkin belum diceburi.

Mungkin bagi mereka yang menceburi niche "internet marketing, online business, home business, make money online" dengan membeli produk2 resell,plr, mungkin akan merasakan ia macam tepu sebab rata - rata semua promote produk sama, jual beli produk sama...

Tapi kalau kita fokus kepada lain - lain niche yang tak ada golongan2 "big boys" ni atau jual produk nyata ke, mungkin di situ kita tak akan rasa kecewa atau mengatakan perniagaan internet ini tepu.

Bagi pendapat saya, yang mungkin akan rasa kecewa, atau rasa tak dapat pasaran adalah mereka - mereka yang belum menjumpai niche yang betul2 ingin diceburi.

Kalau kita lihat, orang2 yang baru nak ceburkan diri dalam industri ini akan turut menjual produk2 berkaitan perniagaan di internet sedangkan mereka sendiri baru ingin belajar tentang membangunkan perniagaan di internet.

Ya, mungkin juga disebabkan oleh "didikan atau info" yang ada iaitu " anda boleh menjual ulang produk - produk resell right, plr, master resell right dengan mudah untuk menjana wang di internet" menyebabkan pengguna berasa muak atau penjual berasa tertekan untuk bersaing.

Jadi, secara ringkasnya... carilah produk atau pasaran yang tidak mempunyai pesaing yang ramai, atau juallah produk - produk yang nyata yang sentiasa mendapat demand dan cari niche yang bukan berkaitan dengan internet marketing / internet business...

Perniagaan di internet sama sekali tidak tepu, tetapi yang tepu adalah niche/produk yg dijual sahaja.


Reply With Quote
  #3 (permalink)  
Old 02-18-2008, 06:08 PM
Labanon's Avatar
Moderator
 
Join Date: Jul 2006
Location: Kelantan
Posts: 1,281
Labanon is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to Labanon
iTrader: (14)
Default

Nampaknya post bro tertumpu kepada salah satu produk digital iaitu "ebook". Sebenarnya perniagaan Internet ni luas dan tak mungkin tepu. Macam perniagaan di dunia nyata dimana setiap kedai ada pelangganya yang tersendiri. Ingatlah bahawa tidak semua berminat untuk menjadi peniaga dalam talian dan sudah tentu mereka ini akan menjadi pelanggan kita.

Jangan kecilkan skop perniagaan Internet ini. Masih banyak produk-produk yang kita belum terokai...


Reply With Quote
  #4 (permalink)  
Old 02-18-2008, 06:58 PM
emet's Avatar
WC300
 
Join Date: May 2007
Location: banting
Posts: 360
emet is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to emet
iTrader: (2)
Default

Quote:
Originally Posted by Labanon View Post
Nampaknya post bro tertumpu kepada salah satu produk digital iaitu "ebook". Sebenarnya perniagaan Internet ni luas dan tak mungkin tepu. Macam perniagaan di dunia nyata dimana setiap kedai ada pelangganya yang tersendiri. Ingatlah bahawa tidak semua berminat untuk menjadi peniaga dalam talian dan sudah tentu mereka ini akan menjadi pelanggan kita.

Jangan kecilkan skop perniagaan Internet ini. Masih banyak produk-produk yang kita belum terokai...
Aku setuju dengan ko Labanon...

Anyway aku pernah juga terbaca isu ni kat sebuah blog aritu, dan aku tak pernah sekali-kali bersetuju bila orang cakap perniagaan internet ni dah tepu.

Apa yang menyebabkan seseorang mengatakan sebegitu? Adakah disebabkan kekecewaan kerana gagal dalam perniagaan internet? Atau adakah bukti yang kukuh bagi menguatkan fakta ini? Aku rasa takde...

Perniagaan Internet sama saje dgn perniagaan konvesional lain, ada pelbagai modul. Yang membezakannya adalah cara perantaraannya saja yang menggunakan internet. Ye la, kalau dah namanya perniagaan mestilah ada produk ataupun service.

Nasihat aku kepada semua, termasuk juga kepada diri aku sendiri. Jika nak jadi usahawan berjaya perlulah KREATIF!
__________________
Blog aku l Panduan download TV3 & 8TV


Reply With Quote
  #5 (permalink)  
Old 02-18-2008, 08:08 PM
smartusaha's Avatar
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (17)
Default

Nak tahu tak satu rahsia perniagaan internet untuk menjawab persoalan tepu atau tak tepu ini? First sekali, apa yg dinyatakan oleh kawan2 yg lain di atas adalah betul dan saya setuju.

Ini rahsianya:

Usahawan internet yang hebat melebihkan TINDAKAN.

Usahawan internet yang lemah ialah mereka yang sering mahu mempersoalkan sesuatu secara berlebih-lebihan. Akibatnya merkea akan kalah ditinggalkan oleh usahawan lain.

Mereka ini, lambat bertindak, lemah dalam membuat keputusan dan tidak ada sistem untuk bertindak dengan pantas dan konsisten.

Bagi saya, jika diberikan sebuah produk yang "lapuk" kepada seorang usahawan internet yang hebat di atas, maka saya amat yakin beliau akan mendapat jualan yang memberangsangkan, malah jualannya amat konsisten.

Berbeza dengan si usahawan yang lemah tadi, jika diberikan produk yang hebat dan terkini sekali pun kepada mereka, mereka akan GAGAL untuk menjualnya walau kepada satu orang.

Di manakah silapnya? Cuba kita fikirkan bersama...

Jika terjawab persoalan saya ini, maka itulah jawapannya untuk menyatakan ebiz ini atau sesuatu bidang itu sudah tepu atau tidak.

Wassalam.


Reply With Quote
  #6 (permalink)  
Old 02-18-2008, 10:13 PM
bazet's Avatar
Junior Member
 
Join Date: Jul 2006
Location: Putrajaya,Presint 11
Posts: 167
bazet is an unknown quantity at this point
iTrader: (0)
Default

Kalau semua orang bergiat bisnes yang sama, memanglah susah. Kalau dalam satu kampung yang penduduknya suka makan goreng pisang, tiba-tiba ada 100 penjual goreng pisang , so bagaimana ROI setiap peniaga goreng pisang.

Contohnya dulu takder web designer yg charge kadar mampu, sekarang budak AD nak cari makan sanggup charge Rm30 complete website

So kita kena sentiasa bergerak, apa business yang boleh makan lepas ini. Macam kat suratkhabar,sibuk skrg iklan jual SMS untuk promosi.

Tepu dalam sesuatu bisnes pun ya, tapi cuba tengok bisnez jual handphone kat mines tuh, punyalaa banyak diorang bukak kedai kat tempat yg sama...biznez jalan juga
__________________
Text Link Ads Report May 2008
The estimated value of a single link on protonmania.com is: $10 /month
If you were to sell 8 links on protonmania.com, you could generate $80/month in revenue for your website.
http://protonmania.com 1.5 juta Pageview + 100k Uniques Sebulan, nak iklan ?
http://mamakspot.blogspot.com MamakSpot HotSpot


Reply With Quote
  #7 (permalink)  
Old 02-18-2008, 10:54 PM
New Member
 
Join Date: Feb 2008
Posts: 21
david01 is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Saya fikir ia tidak boleh dikatakan tepu.
Seseorang itu yg mengatakan Internet Biz in tepu mstilah mereka yg gagal atau tidak berapa berjaya dlm bidang ni.

Apa yang menjadi kenyataan di dunia ni ialah, PERUBAHAN dan Internet Biz ini memerlukan kesensitifan yang tinggi kerana ia selalu bergerak ke hadapan!
__________________
Skype: davidkwah
YM : ksh33600


Reply With Quote
  #8 (permalink)  
Old 02-18-2008, 11:12 PM
reezluv's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2006
Location: ee-poh
Posts: 1,795
reezluv is an unknown quantity at this point
iTrader: (20)
Default

saya agak kurang setuju jika dikatakan tepu..kalau dilihat setiap hari ada sahaja produk,teknik dan memacam lagi cara yang boleh kita buat duit dari internet, bukan sahaja dengan jual ebook atau sesetengah produk...

agak terkejut juga jika dikatakan tepu disebabkan mesti ramai yang sudah tahu..internet iaitu dunia tanpa sempadan..tiada had disitu bukan?setiap minit,atau saat ada sahaja perkara baru dalam dunia internet yang belum kita explore sepenuhnya..sama la macam mencari rezki di internet..

jika dalam kategori usahawan pula..sentiasa mencari method atau cara yang baru untuk membuat keuntungan..itulah character yang perlu ada bagi mereka yang nak berjaya(creative thinking)..bukan itu sahaja..patience dan juga passion pun perlu ada jika nak bergelar usahawan internet ni..rasanya memang banyak lagi perlu ada..tapi tanya diri anda sendiri..nak jadi entreprenuer sahaja ke atau successful entrepreneur?


Reply With Quote
  #9 (permalink)  
Old 02-19-2008, 09:45 AM
WC300
 
Join Date: Feb 2007
Posts: 1,008
kasimo is on a distinguished road
iTrader: (9)
Default

Bagi saya perniagaan internet ini xkan tepu kerana setiap hari bulan tahun ada sahaja orang yang baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan ni.... Dalam pada masa ada orang yang baru nak memceburi itu, ada orang yan masih tercari-cari lagi dan ada yang dah expert....


Reply With Quote
  #10 (permalink)  
Old 02-21-2008, 01:07 AM
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Posts: 163
7FiguresGuy is on a distinguished road
iTrader: (2)
Default

internet ni asalnya tempat orang cari info,maklumat..selagi manusia ada sifat ingin tahu,selagi tu la adanya peluang buat duit..


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Majalah IM - Sumber Informasi Perniagaan Internet Malaysia Labanon Teknik Pemasaran Internet 121 10-28-2008 11:44 AM
Nota Ringkas Buat Newbie: Tiga 'Kesilapan' Memulakan Perniagaan Internet smartusaha Perniagaan Internet 70 10-22-2008 11:15 AM
Bagaimana Cara Menarik Minat Golongan 40an Bergiat Dalam Perniagaan Internet johari Sembang Umum 11 04-15-2008 06:24 PM
Dir Web Perniagaan Internet kodin WTS : Pengiklanan & Pemasaran 1 01-10-2008 12:18 PM


All times are GMT +8. The time now is 03:29 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0