Salam semua.
Pertama sekali saya ingin bertanya, apakah hanphone yang anda gunakan?
Kedua, apa kelebihan hanphone anda?
Ketiga, sejauh manakah anda telah menggunakan handphone anda untuk tujuan bisnes anda?
ok, saya mulakan...
1. Sekarang saya guna E65. Sebelum ni saya guna motorola L7, tapi disebabkan hanset ni banyak kelemahan contohnya, processor yang lembab, memori yang kecil, screen kecil dan lain-lain saya beralih kepada E65.
2. Ape yang bestnya E65 ni....
- ada wireless,3g,gprs
- kamera 2Mpx
- boleh letak memori kad sampai 2Gig
- n lain2, nak tau lebih lanjut, tengok kat gsmarena.com
3. Part yang paling best...
- Operamini. Selalunya kat kampung saya ni takde internet. Jadi saya akan gunakan Operamini untuk surf wangcyber...hehe..boleh la ikut perkembangan semasa wangcyber.
- Gunakan kamera untuk video blogging. Walaupun gambar dia tak cantik sangat, tapi boleh la...
- Integrate dengan gmail. Saya setkan akaun paypal saya pakai gmail. Jadi, bila ada email baru, cthnya email dari payloadz boleh dibaca terus kat hanphone ni... best tak?
- Ada wireless. Wireless memang penting sekarang ni, dan dah banyak tempat yang ada hotspot wireless ni. Selalunya saya pergi je mana-mana tempat yang ada wireless utk surf internet. Kadang2 saya layan youtube…memang best. Tapi kalau banyak sangat pakai wireless, cepat la habis bateri.
- Ada 3G, erkk…saya x langgan 3G lagi…
Bagaimana pula dengan anda?
