Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 15
  1. #1
    WC Premium TheReds's Avatar
    Join Date
    Jan 2007
    Posts
    2,377
    Thanks
    18
    Thanked 45 Times in 29 Posts

    Default Status caj PTPTN



    Status caj PTPTN
    Oleh Zaharuddin Abd Rahman
    Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM
    zaharuddin@yahoo.com

    LAPORAN akhbar mengenai caj perkhidmatan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menarik perhatian saya. Laporan itu menyatakan Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail akan membawa isu caj ini ke Majlis Fatwa Kebangsaan bagi ‘membersihkan’ salah faham dan kekeliruan mengenainya.

    Saya amat menghargai hasrat Pengerusi PTPTN itu. Ia adalah tindakan yang amat wajar. Namun, harapan, bayangan dan pendapat awal beliau mungkin boleh menyebabkan disilap tafsirkan, beliau dilaporkan oleh akhbar sebagai berkata:

    “Walaupun kami tahu caj itu caj perkhidmatan, tidak bertentangan dengan syarak, namun nama baik PTPTN mesti dipertahankan. Caj itu bukan riba tetapi adalah caj yang dikenakan selepas perkhidmatan diberikan.”

    Kos Pentadbiran Yang Bermasalah.
    Kita semua mengetahui dengan jelas bahawa PTPTN menggunakan akad pinjaman kepada pelajar. Ia sangat jelas termaktub di dalam laman web PTPTN. (Rujuk http://www.ptptn.gov.my/ web/guest/anjung)

    Keputusan persidangan ulama antarabangsa di bawah Badan Kewangan & Perakaunan Islam Antarabangsa (AAOIFI) menyatakan bahawa semua faedah atau lebihan daripada jumlah yang diberi pinjam yang telah dipersetujui atau disyaratkan di dalam kontrak atau akad pinjaman dibuat di awal kontrak atau dikenakan ketika kelewatan pembayaran balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangan dan apa-apa manfaat adalah dilarang sama sekali dan ia adalah RIBA. (Rujuk AAOIFI - Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions)

    Bagaimanapun, dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Syariah AAOIFI dan hasil Keputusan Kesatuan Fiqh Islam Sedunia dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ia adalah KOS SEBENAR.

    Majlis Penasihat Shariah Dunia di AAOIFI menyebut “It is not permitted to link the charge to the amount withdrawn (given).” (Tidak dibenarkan untuk mengaitkan caj kepada jumlah yang diberikan.” (Shariah Standard, no 10/3/2, hlm 338).

    Ini kerana peratusan yang dikaitkan dengan jumlah pinjaman ini menyebabkan jumlah kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama (kerana menggunakan alatan dan sistem yang sama), menjadi berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi.

    Resolusi mereka juga menyebut adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih daripada kos sebenar, justeru ulama di persidangan tadi mewasiatkan supaya cara untuk mengira dibuat setepat dan sebaiknya.

    Selain itu, keputusan mereka juga menyebut kos tidak langsung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi sesebuah pinjaman.

    Malangnya, cara caj perkhidmatan yang dapat dilihat di PTPTN tidak menepati cara yang digariskan oleh majlis ulama dunia ini. Selain itu, fakta terpenting untuk difahami juga adalah riba tidak mengira sama ada dicaj di awal perkhidmatan atau selepas perkhidmatan diberikan. Ia adalah sama saja selagi mana caj dan kiraan sedemikian diletakkan di dalam akad atau kontrak pinjaman.

    Cara Kiraan

    Hasilnya, perlu kita fahami bahawa sebarang kos perkhidmatan dan pengurusan yang diletakkan seperti 3 peratus daripada jumlah pinjaman berbaki setiap bulan dengan hujah ia adalah kos pengurusan yang halal dan sebenar sukar untuk diiktiraf oleh mereka yang benar-benar faham isu kewangan dan syariah.

    Malah, formula kiraan caj perkhidmatan ini juga bersifat ‘reducing balance’ dan ‘monthly rest’. Formulanya kiraan caj perkhidmatan seperti berikut (rujuk http://www.ptptn.gov.my/c/ portal/layout?p_l_id =PUB.1.150)

    Kos Pentadbiran Bulanan = 3 peratus x baki jumlah semasa x 1/12

    Cara kiraan ini adalah hampir serupa dengan kiraan pinjaman riba dalam pinjaman perumahan di bank konvensional, bezanya ia lebih murah daripada kadar riba bank konvensional yang bersifat komer**** itu.

    Sebutan mudahnya, setiap bulan sejumlah riba akan diambil daripada peminjam berdasarkan baki ‘outstanding balance’ dalam bulan berkenaan.

    Untuk menjelaskan cara kiraan, katalah pinjaman saya seperti berikut:

    Jumlah Pinjaman Pelajaran: RM 19,500 (pinjaman penuh aliran Sastera di IPTA untuk tiga tahun)

    Tempoh bayaran semula: 120 bulan (sebagaimana ditetapkan)

    Caj Perkhidmatan: 3 peratus = Jumlah keseluruhan untuk 120 bulan = RM 3821.38

    Cara kiraan penuhnya, anda boleh masukkan info di capaian halaman berikut: http://www.ptptn.gov.my/

    web/guest/loan_calc

    Alternatif Cara Islamnya Bagaimana?

    Mesti ramai yang meminta cara alternatif sejurus saya menyuarakan kritikan ini. Sebenarnya adalah rumit untuk saya menyuarakan di sini kerana ruang yang terhad dan kesukaran menerangkan melalui tulisan.

    Namun, saya cuba menuliskan semudah dan seringkas mungkin, yang pasti tiada darurat untuk menggunakan sistem kiraan dan akad pinjaman dengan caj perkhidmatan begini. Ini kerana terdapat cara lain yang disepakati menepati cara syariah dan diiktiraf oleh ulama seluruh dunia. Ia adalah seperti berikut:

    1. PTPTN perlu mendapatkan hak milik ke atas beberapa tempat atau ‘seat’ di IPTA dan IPTS. Sebagai contoh PTPTN mengadakan MOU dengan universiti tempatan untuk menempah dan menyewa 1,000 kelayakan untuk belajar bagi setiap universiti. Akad Ijarah (sewa) akan ditandatangani oleh PTPTN dan universiti berkenaan. Ia dinamakan sewa ‘Intangible Asset’ dan telah disahkan menepati hukum syariah oleh ulama sedunia jika menepati semua syarat Ijarah yang lain.

    2. Dengan termeterainya akad ini, PTPTN sudah dianggap sebagai pemilik 1,000 tempat belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan lain-lain (ini adalah contoh saja).

    3. Setelah itu, apabila ada pelajar mendapat surat tawaran daripada mana-mana universiti yang disebutkan tadi, setiap pelajar yang mendapat surat tawaran ini boleh dan berpeluang untuk menyewa daripada PTPTN salah satu dari 1,000 tempat yang telah ditempah oleh PTPTN dengan kerjasama universiti tadi. Melalui cara ini, bermakna proses ‘sub-lease’ berlaku, iaitu universiti menyewakan tempat kepada PTPTN dan kemudian PTPTN menyewakan kepada pelajar dengan harga sewaan yang ‘fleksible’ mengikut formula tertentu.

    Jumlah sewaan pula boleh diselesaikan oleh pelajar selepas tamat belajar. Ia tiada sebarang masalah daripada sudut syariah. Banyak lagi perkara teknikal di sini dan sukar untuk saya jelaskan semuanya. Namun, perlu difahami, ia boleh diuruskan menurut syariah melalui Akad Ijarah.

    4. Hasilnya, PTPTN akan perlu membayar sewa kepada universiti atas Akad Ijarah. Jumlah ini termasuk jumlah yuran pelajar ter****t.

    Itulah secara ringkas proses yang boleh dilaksanakan untuk memperkenalkan sistem pembiayaan pendidikan secara Islam. Malah, produk seperti ini telah dilaksanakan di beberapa institusi kewangan Islam di Timur Tengah. Maka bertepatan dengan hasrat Malaysia untuk menjadi pusat kewangan dan perbankan Islam sedunia, langkah kreatif ini wajib diambil.

    Jika ada pihak berasa sukar untuk dilaksanakan proses ini, cara Akad Bai Tawarruq yang digunakan secara meluas di Timur Tengah juga boleh difikirkan. (Rujuk www.zaharuddin.net - Utama)

    Kesimpulan

    Ilmu yang tersedia ada di dalam khazanah Fekah Islam mampu dihidupkan kembali dengan pendekatan baru jika ada yang benar-benar serius menggali dan mengusahakannya. Saya yakin, rakan tenaga pakar kewangan Islam dan syariah di UIAM dan lain-lain IPT berbesar hati untuk membantu PTPTN menstrukturkan kaedah pembiayaan pendidikan baru yang diiktiraf oleh ulama seluruh dunia. Insya-Allah.

    Apapun, kerjasama daripada pelbagai pihak amat diperlukan terutama universiti itu sendiri. Tanpa persetujuan universiti untuk bekerjasama melaksanakan struktur Ijarah, kaedah baru ini akan terbengkalai dan masalah riba pasti akan berterusan. Moga Allah menyelamatkan dan menyedarkan kita daripada dosa riba yang tidak berbau itu.

    Saya juga amat berharap mufti dapat menilai sebaiknya semua isu syariah dan fatwa antarabangsa yang telah dibuat mengenai caj sebegini sebelum mereka membuat sebarang ijtihad kelak.

    sumber: myMetro

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    WC Premium aidacutes's Avatar
    Join Date
    Nov 2006
    Posts
    379
    Thanks
    0
    Thanked 4 Times in 1 Post

    Default

    Pada saya, PTPTN memang teruk. Mengenakan charge pentadbiran tah ape-ape. One of my friend kat ofis selalu bebel2, sebab even dia bayar RM200 every month, pinjaman dia turun ciput jerk dek kos pentadbiran yang tinggi. Kos pentadbiran setahun mau gak RM500++. Kaya ar PTPTN gitu.

    Compare to mine, JPA tak charge ape pun. em only paying the actual amount yang i pakai sepanjang belajar. And installment pun tak la berat, cuma RM139 per month. Then JPA besh sangat, sebab tak mendesak!

  4. #3
    WC Premium Kasimo Aloi's Avatar
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Lahad Datu,Sabah
    Posts
    5,340
    Thanks
    109
    Thanked 97 Times in 75 Posts

    Default

    Tapi apa boleh buat PTPTN ni je yang senang dapat... nak harap JPA xdapat la den nak sambung belajar... Tapi memang PTPTN ni cekik darah ar... Budak-budak kami gelar PTPTpu.....
    Jadikan Landing Page Anda Tersebar Secara Viral Dengan Percuma
    Melalui Medium Facebook Yang Mempunyai Berjuta Pengguna

    Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

  5. #4
    Normal Member Muhamad Ikhtiaruddin's Avatar
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    Malaysia
    Posts
    350
    Thanks
    3
    Thanked 21 Times in 6 Posts

    Default

    betul tu... pening la aku pikir pasal ptptpu ni... nanti dah habis belajar je terus hutang keliling pinggang...
    Gandakan wang anda sebanyak mungkin dan dapatkan khidmat perunding kewangan secara percuma. ==> UsahawanUtokens.com
    Jana Wang Setiap hari dengan pasaran saham satu hala tanpa menaja ==> Projek Gandakan Wang

  6. #5
    Normal Member wings's Avatar
    Join Date
    Jul 2008
    Posts
    571
    Thanks
    5
    Thanked 5 Times in 4 Posts

    Default

    ptptipu pon yg tu la jgk kita dk pinjam tu.jasa dapat ilmu pon dari stu la jgk...dh kalau ptptu yg digelarkan tu xbgi pinjam mau dk kg je xde la msk u tu..haha

    jasa dia bgi pinjam tu ttp dikenan..& charge yg dia kenakan tu jg sentiasa disebut2. :p
    ~~~~Beli paypal disini~~~~
    [Paypal Trust & Safety]

  7. #6
    WC Premium mijie's Avatar
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    cyberjaya>shah alam
    Posts
    2,107
    Thanks
    1
    Thanked 24 Times in 12 Posts

    Default

    aku peminjam ptptn...huhuh
    nak buat mcm mana..nak bljr...
    lainlah kalau masa spm dulu...dah kenal adsense..then income adsense riban2
    takyah buat loan ptptn masa tu

  8. #7
    Normal Member msaidins's Avatar
    Join Date
    Apr 2009
    Location
    http://www.msaidins.com
    Posts
    186
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    saya peminjam ptptn

    pinjam rm 14 000.00
    bulan2 caj masuk rm32.50

    Setiap setahun caj bulanan akan bertambah

    salah satu cara mengurangkan caj adalah melalui E-Book Teknik Manipulasi Kewangan....
    Perniagaan Internet, Komputer & Motivasi KLIK : http://www.msaidins.com/

  9. #8
    SFX
    SFX is offline
    Active Member SFX's Avatar
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    kelate
    Posts
    1,910
    Thanks
    0
    Thanked 8 Times in 5 Posts

    Default

    sempat lagi promote ebook keh keh keh
    Jana 80 dollar seminggu dengan Adsense for domain sudah tidak mustahil lagi klik sini, Rahsianya? sign up dulu kat sini

    Teknik & Tips Menjana Lebih 5USD Sehari Dengan Adsense beserta bonus percuma 350 premium wordpress themes Klik Sini

    Jom promosi link adsense for domain anda klik link ini atau private message saya.

    Google dah banned ramai penggiat adsense di malaysia kerana mengamalkan blackhat.Dapatkan segera ebook whitehat klik sini

  10. #9
    Normal Member rwan's Avatar
    Join Date
    Dec 2007
    Posts
    251
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    PTPTN... pertengahan tahun 2008 ada bunyi nak turunkan 1%... sampai skrg masih lg 3%.... banyak tu. kira, berapa juta PTPTN dapat sebulan dr 3% tu..
    Kaya!!! kalau bayar ikut perjanjian, 100lebih, memang x nampak berubah jumlah pinjaman....

  11. #10
    Normal Member msaidins's Avatar
    Join Date
    Apr 2009
    Location
    http://www.msaidins.com
    Posts
    186
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by SFX View Post
    sempat lagi promote ebook keh keh keh
    E-book tu dah x di jual bro
    Perniagaan Internet, Komputer & Motivasi KLIK : http://www.msaidins.com/

Page 1 of 2 12 LastLast

Similar Threads

  1. Ebook Panduan Mudah FTP - update di page 3
    By smartusaha in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 92
    Last Post: 09-17-2008, 09:02 AM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •