Minta Email Anda..
Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai..Wanita itu menunjukkan caranya bersihkan lantai.. Lalu pegawai itu mengatakan “Anda diterima bekerja, berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan.” Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.
Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur.
Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya… Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya…. Setelah bersetuju… Penjual insuran berkata.. “Minta email Puan…” “Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email” jawab wanita itu.
Penjual Insuran terkejut dan berkata “Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email.” Wanita itu menjawab: “Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya”
**jadi apa pengajaran di sebalik cerita lawak ini?cuba kaitkan dengan internet marketing...
Pengajaran Pertama
>>Mungkin hari ni kita gagal untuk jual apa produk tapi mungkin hari esok kita dapat menjualnya..maksudnya gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya..
Pengajaran Kedua
>>Jangan sesekali kita berputus asa sekiranya kita gagal dalam sesuatu perkara sebaliknya cuba lagi
Pengajaran Ketiga
>>Sekiranya kita gagal dalam perkara 1, jadi carilah alternatif lain..contohnya sekiranya kita tiada bakat dalam google adsense jadi carilah alternatif lain contohnya buat affiliate atau jual produk sendiri
Pengajaran Keempat
>>Mulakan sesuatu dengan kecil dahulu kemudian baru la naik step by step hingga berjaya..macam mak cik dalam cerita ni buat,jual sayur dulu pastu akhirnya berjaya
Pengajaran Kelima
>>walaupun kita tidak ada mentor atau ebook yang paling hebat diperkatakan sekarang tidak mustahil kita tidak boleh berjaya..Mungkin sape yang beli ebook tu boleh buat duit dengan ikut step by step dalam ebook tu tapi tak mustahil kita tak mampu buat step kita sendiri dan buat duit guna cara kita..
Last edited by khairilz; 01-26-2008 at 08:46 PM.
|