Setiap kali kita ingin memperbaiki kehidupan kita, kite memerlukan perubahan. Begitu juga dengan perubahan di dalam karier kita. Kadang kala, setelah bekerja bertahun- tahun, kita masih tidak berpuas hati dan gagal untuk menyukai kerja kita.
Walaupun, kita lakukan pekerjaan itu bertahun- tahun dan berkali-kali, kita masih lagi tidak gembira dengan pekerjaan kita. Kita masih lagi menganggap kerja itu sebagai menyusahkan, memenatkan dan tidak sesuai dengan diri kita. Faktor yang paling penting untuk mengimbangi perkara ini ialah dengan mendapatkan gaji atau upah yang lebih tinggi untuk pekerjaan yang kita lakukan.
Salah satu cara untuk mendapatkan gaji atau upah yang lebih tinggi ialah dengan bertukar syarikat tetapi bukan bertukar bidang pekerjaan. Apa yang saya maksudkan ialah kita berpindah kepada syarikat baru tetapi dengan menggunakan kepakaran yang sudah kukuh di dalam diri kita.
Saya telah mempunyai lebih dua puluh kali pengalaman temuduga pekerjaan dengan berbelas-belas buah syarikat. Antara senarai syarikat- syarikat tersebut boleh di dapati di
www.aridztech.com/interview
Diharap kita dapat berkongsi-kongsi pengalaman yang ada.
Terima kasih.