Quote:
Originally Posted by adar_23
haha... kena tgk gak bro. software yg designer pakai tu ori ke tak?
dreamweaver ori ke tak? photoshop ori ke tak? photoshop software dia mahal giler, dan aku tak caya freelancer dlm WC ni pakai yg ori. kalo yg keje kat company dan pakai company nyer lain citer la.
kalo ada yg ckp pakai opensource pun susah aku nak caya. haha... aku dah penah deal gn freelancer dan semuanya pakai pirate.
dan juga untuk pengetahuan neutronics, ada satu company kira otai gak. penah wat design utk maybank dan dia caj cuma RM 1500 utk design sahaja. dan kena ingat company ni pakai photoshop ori. dan kalo full dynamic website termasuk coding dr asas gn design hanya RM 6500. dan bukan pakai opensource script mcm wordpress dan joomla. tp dr asas. dan sekali lg company tu pakai software original. ada license semua.
so pada pendapat aku, freelance yg tak pakai photoshop dan software yg ori, rasanya tak layak bubuh rege mcm tu.
betul tak? saper sokong?
hehe... bro student MMU ke? aku ex-mmu tp majoring SE.
tp harga yg bro ckp tu starting RM 400 tu kira ok la.
|
adar, saya tak sokong apa yang awak cakapkan ni. Designer / Freelancer ikut kepada kreativiti dia dan orang akan menilai daripada situ, bukan daripada Open Source and Software2 yang diorang gunakan.
Saya selalu terima projek daripada orang ramai termasuk kerajaan and tak der pun diorang bising bila saya caj harga2 yang tinggi. Diorang tak tanya pun software apa yang saya guna, open source ker atau pun original branded software, sebab
CUSTOMER NAK KEPUASAN bukan nak tahu benda2 tu... Kalau diorang nak tahu pasal software, lagi baik diorang belajar and buat design sendiri, tak payah nak cari designer suruh tolong buatkan...
Tak semua freelancer yang kaya and bukan semua freelancer yang sokong pirate. Diorang akan sokong yang original bila diorang sayang kerja2 diorang.
Buat malu jer pakai yang pirate and pegang status designer...
Pasal Neo ni, saya tengok dia memang ada bakat dalam bidang design, tak perlu nak tanya dia pakai ori software ker tak untuk nilai harga design dia. Kita bleh nampak daripada design2 yang dia buat and nilai daripada situ...
Makin mahal bayaran, dia janjikan kepuasan pada customer. Nak dapatkan
KEYAKINAN daripada customer bukan tengok daripada segi software yang dia guna, tapi tengok daripada
HASIL KERJA yang dia buat...
Walaupun saya bukan pelanggan Neo, tapi dah lebih kurang 2 tahun kot saya tengok perkembangan Neo ni...
Pasal Maybank punya design ni pulak, kalau Maybank nak bayar RM500 untuk design yang lebih lawa daripada tu pun saya yakin Neo boleh buat lebih kemas and lebih cantik... It's
simple design bro, tu yang caj cuma RM1,500... Kalau
hard design, cuma designer yang murah hati and tak tahu nak letak harga semasa jer yang caj murah...