Apa khabar anda semua? Semoga sihat. Hmm, kali ni saya mahu membawa satu topik yang 'berat' sedikit, tetapi AMAT penting bagi kita. Mungkin tulisan saya ini ada kesalahan, ambil yang benar, tinggalkan yang salah. Serta, mungkin tulisan saya di sini pendapatnya lemah.. Kita bincang dan kongsi bersama..
Kita, terutama yang beragama Islam, ada adab, etika dan hukum yang patut kita ikuti.. Islam salah satu ertinya adalah taat dan tunduk.. Tunduk pada perintahNya, taat pada syari'atnya.. Walau apa yg kita lakukan, kita wajib dan mesti berpandukan kepada panduan yang telah diberikan oleh Allah dan diperutuskan oleh rasulNya, Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam.
Di dalam mencari rezeki, Islam telah memberi panduan yang lengkap dan adil. Unsur-unsur menzalimi, judi, ketidakjelasan, riba, menipu, telah diharamkan dan ini jelas sekali di dalam al-Qur'an.. Tiada sesiapapun yang boleh menafikan hal ini sama sekali.
Ekonomi Islam, amat berbeza dengan sistem ekonomi yang lain. Islam tidak menghalalkan penindasan, menjual benda-benda yang tidak bermanfaat, menimbang atau menakar dengan kurang (menipu) dan pelbagai lagi.. Islam tidak sama sekali ingin menyekat kebebasan kita di dunia ini, tetapi sebaliknya ingin memastikan kita semua hidup di dalam kedamaian, ketenangan, saling bantu membantu dan yang terpenting, hidup dengan teratur..
Perniagaan internet adalah salah satu bidang baru, dan Islam tidak melarangnya.. Seorang syaikh timur tengah telah memberi fatwa mengenai hal ini (nanti saya masukkan link). Katanya, tidak salah jika yang dijual itu memberi faedah kepada pembeli (tidak haram dan memberi mudarat), tiada penipuan, memberitahu segala ciri2 produk dengan terperinci, tiada unsur tersembunyi dan kedua-dua pihak harus saling meredhai.. Kata ulama' tersebut, jika beberapa ciri ini tiada, perbalahan akan berlaku.. Ini tidak dapat kita nafikan.. Kita berkata A mengenai produk jualan kita, tapi hakikatnya ia adalah E.. Indah khabar dari rupa.. Maka, menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim melakukan perniagaan secara benar.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, gunakanlah internet sebaik yang mungkin. Berniaga secara online suatu perkara yang mudah jika kena caranya, tetapi adab, etika dan hukum perlu dipatuhi.. Di dalam ber-emel contohnya, apakah pandangan Islam terhadap e-mel SPAM? Emel yang tidak dijemput?

Emel yang mungkin mengganggu orang lain, menyusahkan orang lain.. Lebih-lebih lagi jika kandungan emel itu mengajak kepada perkara yang mungkar? Adakah SPAM termasuk ke dalam kategori tidak beradab?? Saya pun tidak tahu apa pandangan Islam.. Perlu bertanya kepada yang arif. Dalam ber-emel atau berforum contohnya, etika dan adab jangan sesekali ditinggalkan.. Di mana saja kita berada, kita tetap berada di dalam perbatasan adab dan etika. Islam menganjurkan kita agar beradab sopan dan menjauhi kata-kata yang kesat, fitnah dan mengumpat. Juga tidak menyatakan sesuatu perkara yang belum pasti hakikatnya kebenarannya. Islam, amat menjaga dan menitik beratkan kedamaian antara satu sama lain..
Itulah serba sedikit mukaddimah daripada saya, sekadar tazkirah pelembut hati dan pengingat diri..
Islam, is the way of life..