Salam sejahtera,
Pada kebiasaannya, tugas harian memaksa kita melupakan perkara yang amat penting iaitu kesihatan. Bayangkanlah jika setiap hari kita balik lewat daripada tempat kerja dan terlepas peluang dan masa untuk bersenam. Saya juga mempunyai masalah yang sama. Pentingkah kesihatan? Saya memikirkan jika badan kita tidak sihat, bagaimanakah kita hendak melakukan kerja dengan baik?
Jika pada masa belajar dahulu, saya adalah salah seorang pelajar yang agak aktif di dalam bidang sukan. Saya pernah mewakili sekolah dan universiti di dalam sukan bolasepak. Namun, itu cerita 7 ~ 8 tahun yang lalu. Walaupun, pada masa kini saya juga sekali sekala berjogging atau bersenam di rumah tetapi ianya tidak mengcukupi. Antara tanda- tanda kita kurang melakukan senaman ialah bentuk badan yang berubah. Pembentukan lemak yang tidak terkawal amat senang mendapat teguran daripada rakan- rakan : )
Kadang-kala tidak dapat saya nafikan, saya juga mendapatkan produk- produk makanan kesihatan dan pil-pil menyerap lemak tetapi ianya tidak memberi perubahan yang nyata. Ada juga beberapa peralatan senaman yang dibeli namun, kosistensi itu tidak ada dan lama-kelamaan dipenuhi habuk sahaja. Kita tidak ada semangat dan kekuatan untuk melakukannya berterusan. Saya memikirkan panduan dan motivasi adalah perkara yang amat penting juga.
Oleh itu, saya telah mengambil inisiatif yang saya harap dapat mengubah keadaan ini. Saya telah "sign-up" untuk menyertai sebuah kelab gym. Pada mulanya, saya agak "segan" untuk melakukan tinjauan ke sana sebelum membuat keputusan untuk menyertainya. Ini adalah kerana saya menyangkakan akan bertemu dengan kalangan orang yang mempunyai otot- otot yang mantap dan juga sudah berjaya memenuhi sasaran mereka. Namun, sangkaan saya meleset sekali. Saya bertemu dengan mereka- mereka yang mempunyai masalah yang sama. Ada yang lebih teruk daripada saya lagi kerana saya masih lagi tidaklah begitu kritikal kerana ketinggian 171 cm dan berat 77 kg. Jadi, perasaan tidak selesa itu sudah tidak ada dan saya yakin menggunakan alatan- alatan di sana. Staff dan instructor yang ada juga melayani saya dengan baik dan saya amat berpuas hati dengan khidmat yang diberi.
Jika anda juga ingin menyertai gym, tetapi tidak tahu bagaimana, saya tidak keberatan untuk berkongsi sama. Untuk pusat gym yang saya sertai itu, promosi sedang berjalan pada masa sekarang iaitu kita hanya perlu membayar seratus lebih sahaja berbanding dengan lima ratus pada kadar biasa untuk pendaftaran kemasukan. Saya rasa masa ini adalah masa terbaik untuk kita memberi tumpuan di dalam kesihatan kita.
Saya juga ada membuat sedikit panduan bagaimana saya memilih gym ini di
www.gyms.aridztech.com
Thanks.
aridz