+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1234 LastLast
Results 1 to 10 of 35
  1. #1
    Senior Member Array
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    384
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Exclamation Skim Cepat Kaya Or Bisnes Usahawan Jutawan



    Aku dimaklumkan daripada kawan bisnes aku dari Bangi yang ada satu pelaburan, tengok cerita kat bawah:

    Cerita 1.
    Tadi kawan aku tel aku bagitau ada bisnes baru, dia cakap yang bisnes ini mendapat sijil kelulusan dari kerajaan Malaysia dan dikendalikan oleh seorang Jutawan diMalaysia, kita hanya keluarkan modal RM5000.00 dan melabur dalam syarikat dia dan bulan-bulan dapat 10% atau RM500.00 sebulan selama 5 tahun.
    Aku pun tak tau benda ini betul atau tidak, tapi kalau tak betul masalahnya ada sijil kelulusan dari Kerajaan Malaysia.

    Cerita 2.
    Tadi kawan aku tel dari Shah Alam ada bisnes baru yang ini sama jugak macam bisnes diatas, dia nak tanya pengesahan je dari kawan-kawan WangCyber, bisnes ini macam ini,
    Kita hanya melaburkan modal RM3500.00 dan bisnes ini menjalan kan bisnes tentang kereta untuk kerajaan, taktau la apakebenda ini, lepas 40hari join kita akan dapat RM250.00 setiap bulan selama 7tahun dan tidak ada limit untuk ambil berapa lot.

    Aku harap kawan-kawan WangCyber boleh membantu aku dengan memberi jawapan contohnya korang nak bagi jawapan untuk cerita 1 ko boleh taip

    cerita 1:
    jawapan korang

    cerita 2:
    jawapan korang

    (senang nak nilai mana betul dan mana salah)

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    aku
    aku is offline
    WC Premium Array
    Join Date
    Apr 2006
    Posts
    2,027
    Thanks
    1
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    cerita 1:
    mengarut

    cerita 2:
    mengarut

    hehe.. takdela.. gini,

    1. ko cuba check dengan pihak berwajib status syarikat depa..
    2. kalau ko nak tau, kena ada lesen memungut wang deposit dari orang ramai.
    3. kerajaan buat bisnes keta pa tu.. muahaha
    4. apa-apa duit yang nak dilaburkan, pastikan ada black and white aa..
    5. kalau dia mintak cash tu merapu la biasanya.. sebab biasanya company guna check la.. senang nak trace.

    Saya dah tak jual ebook PanduanSaham.com sebab dah lama tak update. Takde masa nak update.

  4. #3
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2007
    Location
    Sarawak
    Posts
    994
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Hi
    saya rasa baik jangan join or terpedaya la ye...
    nanti diri merana
    berehat sebentar...

  5. #4
    Administrator Array
    Join Date
    Dec 2005
    Posts
    2,741
    Thanks
    177
    Thanked 812 Times in 235 Posts

    Default

    jawapan saya macam en.aku

    cerita 1:
    mengarut
    -tanya dulu sijil kelulusan apa?... setakat sijil SSM yang mengatakan dia syarikat berdaftar tu.. tak payahlah.. dulu saya balik kampung, ada orang cuba *****2kan orang kampung dengan mengatakan dia ada sijil kelulusan dari kerajaan.. bila saya tgk.. rupanya sijil daftar syarikat.. apakejadahnya?.. sijil tu pun saya ada..

    cerita 2:
    mengarut
    kerajaan buat bisnes kereta? boleh beli pakai lot2 pulak tu?.. baik Rm3500 tu buat modal jual air soya kat pasar malam.. leh dapat lebih dari Rm250 tiap2 bulan, silap2 jejak sampai RM8-10k

  6. #5
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    www.Syed-Ikhwan.com
    Posts
    1,840
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Jawapan 1 & 2 : Tipu

    - Selalu sgt operasi diorg ni guna nama jutawan dan yg seangkatan dengannya.
    - Dah check belum diaorg nye latar belakang syarikat? da faham konsep perniagaan yg diorg jalankan tak? Telus tak? Ada selindung-selindung tak? erk.. ada kena cari downline tak? :p
    - besar tu wang yg diminta sebagai pendahuluan / pelaburan. Better duit tu simpan dan kumpulkan utk perniagaan kamu akan datang.

  7. #6
    Moderator Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    johor
    Posts
    714
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    cerita 1
    tak logik
    macam mana dia boleh predict sampai 5 tahun keuntungan?
    takde jaminan. company boleh bungkus bila-bila masa.

    cerita 2
    tak logik
    macam mana dia boleh predict sampai 7 tahun keuntungan?
    takde jaminan. company boleh bungkus bila-bila masa. Kerajaan pun boleh ubah polisi bila2 masa.

    Kesimpulannya.. tak payah layan.

    Oh.. lagi satu.. dia kata ini bisnes baru... Kalau "baru" tu faham2 ler maksudnya.

  8. #7
    New Member Array
    Join Date
    Oct 2007
    Posts
    29
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by taqiyuddin View Post
    Aku dimaklumkan daripada kawan bisnes aku dari Bangi yang ada satu pelaburan, tengok cerita kat bawah:

    Cerita 1.
    Tadi kawan aku tel aku bagitau ada bisnes baru, dia cakap yang bisnes ini mendapat sijil kelulusan dari kerajaan Malaysia dan dikendalikan oleh seorang Jutawan diMalaysia, kita hanya keluarkan modal RM5000.00 dan melabur dalam syarikat dia dan bulan-bulan dapat 10% atau RM500.00 sebulan selama 5 tahun.
    Aku pun tak tau benda ini betul atau tidak, tapi kalau tak betul masalahnya ada sijil kelulusan dari Kerajaan Malaysia.

    Cerita 2.
    Tadi kawan aku tel dari Shah Alam ada bisnes baru yang ini sama jugak macam bisnes diatas, dia nak tanya pengesahan je dari kawan-kawan WangCyber, bisnes ini macam ini,
    Kita hanya melaburkan modal RM3500.00 dan bisnes ini menjalan kan bisnes tentang kereta untuk kerajaan, taktau la apakebenda ini, lepas 40hari join kita akan dapat RM250.00 setiap bulan selama 7tahun dan tidak ada limit untuk ambil berapa lot.

    Aku harap kawan-kawan WangCyber boleh membantu aku dengan memberi jawapan contohnya korang nak bagi jawapan untuk cerita 1 ko boleh taip

    cerita 1:
    jawapan korang

    cerita 2:
    jawapan korang

    (senang nak nilai mana betul dan mana salah)
    Banyak modal tu, bang.....Cuba check dulu semua latar belakang syarikat, perniagaan, pasal jutawan tu dan lain-lain....bagi clear semua.

    Tapi, kalau sayalah, saya tolak bulat-bulat bisnes macam ni..Sebab pengalaman saya, perniagaan online lain boleh mula dengan modal kurang dari RM500 tapi boleh dapat untung lebih RM 2000 sebulan.

    Kemudian, apa jaminan dia akan bayar ? Bisnes tu baru lagi, ntah-ntah belum balik modal lagi dah lingkup.

  9. #8
    aku
    aku is offline
    WC Premium Array
    Join Date
    Apr 2006
    Posts
    2,027
    Thanks
    1
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    off topic jap..

    bro shuth,
    berkaitan SSM

    jangan tunggu bulan 7 tahun depan

    Saya dah tak jual ebook PanduanSaham.com sebab dah lama tak update. Takde masa nak update.

  10. #9
    Pioneer Member Array
    Join Date
    May 2006
    Posts
    943
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Saya beri jawaban dari sudut hukum pulak berdasarkan apa yg diajar oleh ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

    Cerita 1:
    Hukumnya haram sebab syarikat itu telah menetapkan keuntungan 10% atau RM500.00 tiap2 bulan selama 5 tahun. Kadar keuntungan yg dijanjikan adalah tetap dan tidak berubah samada naik atau turun.

    Cerita 2:
    Hukumnya haram sebab syarikat itu telah menetapkan keuntungan RM250.00 tiap2 bulan selama 7 tahun. Kadar keuntungan yg dijanjikan adalah tetap dan tidak berubah samada naik atau turun.

    Dalam sistem pelaburan sistem Mudharabah yg berlandaskan syarak, setiap pelabur yg memberikan duit sebagai modal pelaburan kepada sesebuah syarikat, tidak akan dijamin bahawa dia (pelabur) akan mendapat keuntungan yg tetap dan mesti mendapat nilai keuntungan yg berubah-ubah. Ini bermakna, pelabur akan menghadapai kemungkinan rugi atau untung dalam pelaburannya. Penetapan untung/rugi syarikat adalah berdasarkan keadaan ekonomi semasa dan prestasi syarikat.

    Jika syarikat pelaburan itu telah menetapkan bahawa pelabur akan mendapat jumlah yg tetap (dan tidak berubah samada naik atau turun) maka hukumnya haram kerana kontrak pelaburan mudharabah itu telah bertukar menjadi kontrak pinjaman. Maka, keuntungan yg dijanjikan secara tetap itu telah bertukar menjadi "faedah" atau "interest" pinjaman yg dihukumkan sebagai riba seperti, syarikat pinjam duit sebanyak RM3000 atau RM3500 dan syarikat berjanji bayar balik RM500 atau RM250 tiap2 bulan selama 5 atau 7 tahun. RM500 dan RM250 tu adalah interest/faedah pinjaman yg dibayar oleh syarikat kepada peminjam (Pelabur) secara tetap. Maka ia haram. Macam Fixed Deposit lerr..

    Secara kesimpulannya, pelabur dan syarikat mesti bersama-sama menanggung untung & rugi. Bukannya syarikat menjanjikan kadar keuntungan, kerana jika syarikat rugi, dia mesti terpaksa membayar untung/dividen kepada pelabur jumlah yg dah ditetapkan. Maka di sini syarikat adalah pihak yg dianiaya. Pembahagian keuntungan yg dibenarkan dlm sistem Mudharabah adalah berdasarkan nisbah iaitu keuntungan keseluruhan syarikat dibahagikan secara peratusan seperti syarikat ambik 70%-pelabur 30%, 60%-40% dan sebagainya.

    En. Aku boleh terangkan lagi pasal bab2 pelaburan ni sebab dia pakar bab ni.

  11. #10
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    RinggitHit.com
    Posts
    2,441
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Quote Originally Posted by aku View Post
    off topic jap..

    bro shuth,
    berkaitan SSM

    jangan tunggu bulan 7 tahun depan
    Off topic:

    Ish... ish.... ni apa cerita pulak nih?

    Back to topic:

    Spt mana pendapat otai2 WC nih, saya setuju 100% bhw kedua2 cerita itu adlh mengarut.... tiada yg benar melainkan karut marut belaka...

    p/s: ada ciri2 skim cepat kayap tuh.... so, sila join kalau nk kayap! :p
    ....


 

Similar Threads

  1. Replies: 125
    Last Post: 06-13-2008, 06:46 PM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts