Quote:
Originally Posted by watakutama
*antara ayat Cs TM : pastikan anda berada di hadapan kompter untuk memudahkan bantuan teknikal..
padahal CS tuh bukan tahu apa pun..baca buku panduan je...kalo problem modem..diorg akan ckp..minta maaf la encik..kita org tiada manual modem nih...cik boleh la pg mana2 kedai2 komputer berdekatan untuk bantuan..ade ke patut customer disuruh settle kan sendiri..modem tuh Tm punya..bulan2 bayar sewa tuh.
|
Betul tu. Saya pernah ada problem dengan connection, tiba - tiba problem padahal bukan PC saya yang ada problem. Sebelum call TM support, memang dah ambil langkah awal untuk check sama ada problem tu di pihak saya. Kemudian, bila semua dah dipastikan bahawa problem tu bukan di pihak saya, saya call la 1 300 88 9515 tu.
Pernah sekali problem yang sama, ada sorang operator (bukan Melayu) TM ni, macam yang saudara watakutama katakan, suruh saya off dan on modem dan ikut panduan yang selalu dinyatakan. Kalau pertama kali atau kali ke - 2 tak mengapa la juga, nak minta nasihat. Tapi, bila problem yang sama kali ke - 5 berlaku, saya naik hot la kalau ayat 'b*d*h' yang sama (macam ikut panduan) di berikan. Kalau bercakap lama - lama ni, jenuh la nak bayar bil pula nanti.
Sekarang saya malas nak call sebab kadang - kadang kerosakan bukan di pihak kita. Jadi, bila itu berlaku, saya biar dulu 1 hari. Selalunya ia akan selesai. Kalau kita tergesa - gesa macam saya dulu, habis 'lingkup' PC saya ikut panduan yang diberikan. (PC akan jadi lebih HANG). Tetapi, kalau 3 hari masalah tak settle lagi, ada yang nak kena 'sembur'.
Bagi penduduk utara (terutama kat Penang - Kulim), tahun depan hingga 2010, mungkin ada berita baik nanti bila wujudnya alternatif kepada perkhidmatan Streamyx. Doakan semoga 'projek' itu berjaya nanti
