Ada tak anda terima emel sebegini yang menyatakan yang Bill Gates akan berikan kita wang yg mana kita perlu forwardkan sahaja Emel yg kita terima ini?
Quote:
From: San khala , Suresh Singh
Sent: Monday, July 18, 2005 12:48 PM --> [mula-mula, perhatikan tahun Emel ini]
Subject: UK Requirement
Dear Friends,
Pl ease do not take this for a junk letter. Bill Gates is sharing his fortune. If you ignore this you will repent later. Microsoft and AOL are now the largest Internet companies and in an effort to make sure that Internet Explorer remains the most widely used program, Microsoft and AOL are running an e-mail beta test.
When you forward this e-mail to friends, Microsoft can and will track it (i f you are a Microsoft Windows user) for a two week time period.
For every person that you forward this e-mail to, Microsoft will pay you $245.00, for every person that you sent it to that forwards it on, Microsoft will pay you $243.00 and for eve ry th ird person that receives it, you will be paid $241.00. Within two week! s, Microsoft will contact you for your address and then send you a cheque.
|
Dan ini adalah "bebelan" saya terhadap Emel Hoax tersebut yang telah saya hantarkan kepada beberapa orang yang terlibat:
------------Tulisan saya bermula-----------------
Apa khabar semua.
Saya Mohd Zulfadli dari SmartUsaha.com. Sehingga kini, saya telah beberapa kali menerima Emel yang menyatakan kita akan mendapat DUIT mudah dengan hanya perlu mem-forwardkan Emel sahaja. Ia membuatkan saya rasa sedikit geram dan membawa saya untuk bertindak agar Emel sebegini tidak tersebar lagi.
Di dalam era kemajuan sekarang, masih ada lagi mereka yang masih belum berubah dan cuba meningkatkan ilmu mengenai penipuan-penipuan yang ada di Internet...
Setelah saya melakukan sedikit kajian di Internet, maka didapati Emel sebegini adalah termasuk ke dalam kategori HOAX atau mudah ceritanya SCAM (penipuan).
Jika mahu tahu lebih lanjut apa itu hoax, anda boleh rujuk di sini:
http://www.avira.com/de/threats/what_is_hoax.html
what is hoax?
Kepada mereka yang mudah percaya kepada program ini, maka ubahlah mentaliti agar di lain masa buatlah kajian terperinci dahulu sebelum bertindak apa-apa seperti mengajak orang lain turut sama mempercayai sesuatu yang belum pasti.
Begitu juga jika anda telah mem-forwardkan emel ini kepada ramai orang, maka menjadi tanggungjawab anda untuk menerangkan kembali kepada mereka akan hal yang sebenar. Jangan menyeret mereka ke dalam perkara yang menipu. Dan mungkin, anda perlu memohon maaf daripada mereka...
Berikut adalah beberapa laman web yang menyatakan akan PENIPUAN EMEL ini:
http://urbanlegends.about.com/library/blmsaol.htm
* Baca penerangan di laman web tersebut sampai habis. Ada pengumuman rasmi yang dibuat oleh Bill Gates mengenai penipuan ini...
Dan ini beberapa lagi rujukan untuk anda:
http://www.trendmicro.com/vinfo/hoaxes/
http://www.glires.com/spam.html
http://help.isu.edu/index.php?action...d=48&docid=866
http://www.scambusters.org/hoaxes.html
Tambahan:
Cuba lihat pada Emel mengenai peluang mendapat wang tersebut. Jika dilihat pada tarikh Emel itu, ia sudah dua tahun yang lepas,
tahun 2005!
From: Ashish Gangwar
Sent: Tuesday, August 16, 2005 11:59 AM
To: Radhika; Naveen Kumar Gupta; S andeep kaur; Saurabh Singhai; Guneet Sarin
Subject: RE: UK RequirementSoalnya, masih adakah lagi peluang yang dinyatakan? Lihat juga emel-emel yang terawal yang telah di-forwardkan, tahun emel itu adalah 2005. Sekarang sudah 2007.
Dan jika anda membuat sedikit kajian di internet, maka didapati Emel sebegini sudah
bermula sekitar tahun 1997-1999 lagi... Kira-kira 10 tahun yang lepas!
Inilah HOAX iaitu penipuan yang berjaya "mencengkam" minda mereka yang mudah percaya mengenai sesuatu. Jika anda mahu tahu, kadang-kadang di dalam emel hoax sebegini, akan disertakan sekali dengan VIRUS atau yang seumpama dengannya.
Selain menyebabkan orang lain terpengaruh, dalam masa yang sama juga kita akan menyebarkan virus/trojan dan seumpamanya kepada orang lain... Niat kita baik, tetapi disebabkan tiadanya pertimbangan, maka kita telah mempercayai sesuatu yang tidak patut dipercayai.
Ini saya petik dari laman web Microsoft:
"
Don't forward chain e-mail messages. Not only do you lose control over who sees your e-mail address, but you also might pass on a hoax or aid in the delivery of a virus. Plus, there are reports that spammers start chain letters expressly to gather e-mail addresses. If you don't know whether a message is a hoax or not, a site like Hoaxbusters can help you separate fact from fiction".
Rujuk: http://www.microsoft.com/uk/athome/s...l/options.mspx
Kedua, Bill Gates adalah orang yang terkenal dan sentiasa mendapat liputan daripada pelbagai pihak media. Andaikata beliau ingin berkongsi sesuatu atau memberikan wang kepada orang ramai, sudah pasti akan dikeluarkan di dalam berita, akhbar atau paling kurang diumumkan di laman web Microsoft.
Soalnya, adakah pihak media atau Microsoft sendiri menghebahkan perkara ini??
Jika masih tidak percaya, anda boleh menghubungi pihak MICROSOFT melalui
laman web mereka atau terus menelefon mereka.
Secara logiknya jika kita menggunakan akal yang terang, kita tidak akan mudah terpengaruh dengan emel-emel sebegini.
Akhir kata, begitu banyak cara yang jelas dan terang untuk mendapatkan wang dari Internet. Cuma perlu belajar sahaja dan secara hakikatnya, tiada jalan mudah.
Untuk mengetahui hakikat SCAM, anda boleh download Ebook percuma di dalam bahasa Melayu mengenai SCAM di sini:
http://www.rajaadsense.com/Scam.zip
Dan boleh ikuti perbincangan mengenai Ebook tersebut di sini:
Internet Scam: Penipuan yang patut Anda tahu!
"jangan lagi mudah tertipu dan jangan mudah menyeret orang lain kepada perkara yang memang jelas menipu...".
Yang ikhlas,
Mohd Zulfadli bin Suddin
Pengasas SmartUsaha.com
http://blog.smartusaha.com
----- TAMAT EMEL SAYA ---------------------------
Apa pendapat anda semua? Atau ada yang "terasa pedas"nya?
Jika anda semua ada tambahan, silakan. Dan jika anda ada terima emel mengenai duit mudah tersebut, berikan link thread perbincangan ini kepada mereka yang forwardkan emel tersebut kepada anda.
Dan, betulkan jika ada kesilapan daripada apa yg saya tuliskan di atas. Mungkin ada yg lebih tahu dari saya. Untuk makluman, baru malam ini saya tergerak untuk membuat sedikit "kajian" mengenai hal ini.
Akhir kata, SCAM dan SPAM membuatkan dunia tidak aman! Dan anda jangan mendidik orang lain untuk mengamalkan spam.
Jangan ajar orang jadi tidak bertamadun, tapi ajarlah agar semakin cerdik dalam menggunakan akalnya...
Katakan
TIDAK pada scam dan spam!
Wassalam.
ps. Saya rasa Sham boleh masukkan info ini di dalam Ebook SCAM sham tu.
pps. Rakyat kita masih rendah pemahaman mengenai SCAM, SPAM, Phishing dan sebagainya. Jangan salahkan orang lain, tapi salahkan diri sendiri yang tidak cuba meningkatkan ilmu di dada...