+ Reply to Thread
Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 19
  1. #1
    Senior Member Array
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    Malaysia
    Posts
    316
    Thanks
    3
    Thanked 18 Times in 3 Posts

    Post Internet akan wujud 100 tahun lagi atau dah kiamat waktu tu..



    Ini Msg yang saya terima daripada rakan saya... sekarang orang tengah sibuk membincangkan benda nie kat forum lain2... untuk berkongsi ngan rakan-rakan semua.. saya buka thread ni... kebetulan labih kurang sama ngan thread yang di bangkitkan oleh sifu smart usaha...

    Msgnya berbunyi begini ;

    [Assalamualaikum...
    Mesti korang tkejut
    kan..neway, just
    bace dulu n evaluate it
    later...Allah
    sahaja yang tahu
    kebenarannya.Bukti
    kebenaran Al Quran. Fenomena
    ini telah
    disebut dalam Quran 1400 tahun
    dahulu
    dan 1999/2000 tahun gambar itu
    diambil
    oleh NASA.]


    a) Mengikut hadith umat
    Rasulullah akan
    hidup selama 1500 tahun...
    sekarang
    sudah 1439 =426 + 13 tahun
    hijrah...
    daripada ini kita ketahui kita
    akan
    bertahan dalam masa 61 tahun
    lagi..
    Jikalau ini benar, bumi akan
    kiamat pada
    tahun 2066


    b) Saintis telah menjumpai
    sebuah
    planet yang lebih kecil
    daripada bumi
    yang menghala ke bumi.. Ia
    telah
    dianggarkan bahawa planet itu
    akan
    melanggar bumi pada tahun
    2014. Amerika
    akan cuba untuk menukarkan
    orbitnya
    dengan menembaknya dengan
    sebuah
    roket... Dan saintis juga telah
    menjumpai sebuah planet yang
    juga akan
    menghentam bumi... Ia
    dianggarkan akan
    melanggar bumi dalam masa 60
    tahun
    lagi.. Dan planet ini lebih
    besar
    daripada bumi... Jikalau ini
    benar,
    dunia akan musnah pada tahun
    2065....


    c) Dan dikatakan kuasa Israel
    akan
    mencapai puncaknya pada tahun
    2007...
    Dan kuasanya akan jatuh semula
    dalam 14
    tahun, iaitu tahun 2022,
    disebabkan oleh
    penurunan semula Nabi Isa... .
    Dan
    hadith mengatakan bahawa Nabi
    Isa hanya
    akan hidup selama 40 tahun dan
    dunia
    akan kiamat pada hari Nabi Isa
    wafat..
    Jikalau ini benar dunia akan
    kiamat pada
    tahun 2062... Dianggarkan Bumi
    Akan
    Kiamat Antara Tahun 2062-2066
    Wallahu'alam...


    Semua ini telah dikaji... Dan
    yang
    dipercayai paling tepat ialah
    hadith
    yang mengatakan bahawa umat
    Rasulullah
    akan bertahan selama 1500
    tahun... Kita
    telah berada di bumi ini
    selama 1439
    tahun... Cubalah anda kirakan
    sendiri...



    P/s : mmmm kalu rajin pass la
    kat
    kawan2 korang erk.. sian
    kawan2 korang
    kalu tak tau ni...
    Wallahua'lam..]

    Harap kita semua dapat bersedia di saat itu.. dan kene selalu tingkatkan amalan... lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Pioneer Member Array
    Join Date
    May 2006
    Posts
    943
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Ni nak sampaikan mesej apa ni? dah jumpa ke tarikah bila berlakunya kiamat ni? maknanya kiamat akan berlaku pada tahun 2066? 1 Januari 2066 ker? wah, terrernya orang yg tulis angka dan nombor ni. Lebih terrer dari Nabi Muhammad SAW. Nabi sendiri tak tau tarikh apatah lagi tahun bila berlakunya kiamat, ini ada pulak orang yg pandai2 tulis tahun bila akan berlakunya kiamat pulak.

  4. #3
    WC Premium Array
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Kuala Terengganu
    Posts
    1,622
    Thanks
    2
    Thanked 3 Times in 2 Posts

    Default

    kalu masuk bab2 agama nih, bek
    tanye yg pakar dulu kepastiannya.

    bukan ape, risau jadi camlain lak..
    p/s: cam kawan karib saya, sampai mengaku jadi imam mahdi, sampai dah berani tentukan sape masuk neraka syurga. siap ckp lagi bila kiamat akan melanda. tapi alhamdulillah, skrg dia dah sembuh. syukur sesangat.

  5. #4
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    cyberjaya>shah alam
    Posts
    2,108
    Thanks
    0
    Thanked 7 Times in 3 Posts

    Default

    aduh tak habis2 kuarkan benda yang merapu, kalau lah dah tahu tarikh yang kita semua dah tahu, jawabnyer mesti semua orang akan enjoy...yer la..bila dah nak sampai tarikh tu baru lah taubat...

    tolonglah....tolonglah bangsa ku

  6. #5
    SZAB Network Array
    Join Date
    May 2006
    Posts
    1,684
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 1 Post

    Default

    bekerjalah seolah-olah kita akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah seolah-olah kita akan mati esok hari.

    Bila masa datangnya kiamat tu hanya Allah SWT sahaja yg mengetahui seperti mana juga bilakah ajal seseorang itu.

  7. #6
    Junior Member Array
    Join Date
    Aug 2006
    Location
    Stesen Kerja Tersayang
    Posts
    133
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Setuju sangat dengan apa yang bro Alang katakan. Agi idup agi ngelaban Yeah..!

    Apapun saya sebenarnya kurang gemar bila lihat orang2 kita ni suka sangat sebar benda2 yang maaf cakap - mengarut. Dahtu forward & spam sana sini.


    Quote Originally Posted by alang View Post
    bekerjalah seolah-olah kita akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah seolah-olah kita akan mati esok hari.

    Bila masa datangnya kiamat tu hanya Allah SWT sahaja yg mengetahui seperti mana juga bilakah ajal seseorang itu.
    Blog

    Panduan PPC Program - Ketahui trik dan skill untuk program PPC. || Tak perlu lagi mengupah WebMaster - Dapatkan pakej lengkap membina laman web jualan anda sendiri|| Tak tahu nak Bisnes apa? - Dapatkan pakej lengkap perniagaan internet

  8. #7
    SZAB Network Array
    Join Date
    May 2006
    Posts
    1,684
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 1 Post

    Default

    benda tu semua saya rasa dakyah org kafir jer supaya org Islam ni malas bekerja dan terus mundur. Org Islam ni terutamanya melayu bila dengar kiamat dah dekat baru la semua kelam kabut nak bertaubat dan beribadat. Terus lupa yg mereka sebenarnya masih ada tanggungjawab di dunia ni.

  9. #8
    Senior Member Array
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    Malaysia
    Posts
    316
    Thanks
    3
    Thanked 18 Times in 3 Posts

    Wink

    Saya tahu.. walaupun benda ni bukan saya yang buat atau reka2, tapi ada baiknya kalau kita fikir positif... jadikan ianya sebagai satu motivasi yang dapat membuatkan kita berjaya bukan sahaja di dunia tapi juga di akhirat.

    Saya bukanlah pak imam atau bilal surau, tapi yang penting kita ingat balik asal usul kejadian manusia ini. mengapakah tuhan meciptakankan kita. tentunya kita semua tahu mengapa. Tak lain tak bukan adalah untuk beribadah kepadaNya bukan?
    Jadi kadang2 orang silap tanggapan, Beribadah itu semata-mata solat dan puasa sahaja... tanggapan itu sebenarnya salah.. ibadah tu banyak cara... contohnya anda berkerja untuk memberi anak2 makan ialah ibadah, menyebarkan ilmu dan berdakwah juga adalah ibadah... Cuba anda fikir, jika sahabat nabi tidak berdakwah dahulu hingga ke negara kita mungkin negara ni tak jadi negara islam dan kemungkinan besar kita adalah beragama hindu... kerana asalnya orang melayu beragama hindu menyembah berhala.

    Cuba kita fikir positif. Jika ia nya benar akan berlaku mengikut kajian yang telah dibuat...ya memang benar kata anda kita sememangnya tidak tahu bila berlakunya hari kiamat tapi kita telah pun diberitahu apakah tanda2 hari kiamat akan berlaku...Hampir kesemua tanda2 sudah menunjukan berlaku sekarang.... apakah persediaan kita. Anggaplah ini sebagai peringatan kepada kita umat islam. Yang penting ialah fikir apa yang telah kita sumbangkan untuk agama buat bekalan kita di akhirat. Adakah sudah cukup? atau masih lagi belum lagi. Hanya diri kita dan tuhan sahaja yang tahu.
    saya sebenarnya mengingatkan diri saya.

    Maaflah jika niat saya untuk menyebarkan sekelumit dakwah di anggap spam oleh anda semua.

    ==>jutawanmuda.net

  10. #9
    Pioneer Member Array
    Join Date
    May 2006
    Posts
    943
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by alang View Post
    benda tu semua saya rasa dakyah org kafir jer supaya org Islam ni malas bekerja dan terus mundur. Org Islam ni terutamanya melayu bila dengar kiamat dah dekat baru la semua kelam kabut nak bertaubat dan beribadat. Terus lupa yg mereka sebenarnya masih ada tanggungjawab di dunia ni.
    Ye. Benda macam ni pernah terjadi kepada seorang kawan baik saya pada tahun 2005. Dia dah keje bagus, jadi engineer dgn pendapatan yg bagus. Cukup utk diri dia dan sara hidup keluarga dia & orang tua dia. Tapi tetiba satu hari tu dia jumpa dgn saya dan mengaku dia dah takde semangat nak hidup dan bekerja lagi sebab dunia akan kiamat. Dia mengaku yg dia dapat cerita macam ni dari emel. Lepas dia baca emel macam ni, dia dah rasa semacam. Semua serba tak kena, dah tak semangat nak pegi keje, tak semangat nak hidup. Makan takde selera, tidor tak lena, last2 tak mau kawin sebab takut tak dapat menikmati alam perkahwinan dunia dah kiamat. Lebih baik dia habiskan masa utk solat dan beribadah atas tikar sembahyang jer. Yg dia fikir cuma nak bertaubat betul2 solat 24 jam sampai masa dunia ni hancur kiamat.

    Apa yg ada dlm fikiran dia masa tu, takde guna keje, hidup, masyarakat sebab dunia akan kiamat pada masa tu. Kena tinggalkan semua. Tapi sekarang dia dah okey. Dah tukar profesioan jadi guru KPLI kat KL. Dulu dia tak tau bab2 macam ni. Bila saya terangkan yg benda tu semua mengelirukan, baru dia faham. Dia pun dah tanya orang2 agama & ustaz kat tempat dia dan disuruh abaikan jer benda2 macam ni. Yg penting, kita kena berpegang kepada hadis nabi yg alang tulis tu.

    Memang benar kiamat akan berlaku dan hampir masanya tapi kita tak tau bila. Nabi Muhammad SAW pun tak tau. Walaupun dlm hadis tu nabi kata umat dia cuma hidup dlm lingkungan 1500 tahun jer, tapi kita masih tak tau secara tepat dan spesifik bila akan berlakunya kiamat. Lagipun Nabi Muhammad SAW cuma menyatakan 1500 tu secara umum jer. 1500 tahun yg macamana pun kita tak tau. Takde pun nabi Muhammad SAW ajar suruh buat kira-kira.

  11. #10
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    www.Syed-Ikhwan.com
    Posts
    1,840
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Quote Originally Posted by alang View Post
    bekerjalah seolah-olah kita akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah seolah-olah kita akan mati esok hari.
    Yup! betul kata alang. pasal info-info berantai camni dari dulu lagi ada. kita sebagai manusia tidak tahu bila kiamat even nak meramalkanya jauh sekali. yg pasti kiamat tu datang apabila semua manusia sedang alfa/lalai.


 

Similar Threads

  1. Full Time Internet Business??!
    By aku in forum Perniagaan Internet
    Replies: 107
    Last Post: 01-27-2012, 01:41 PM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts