Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Credit Cards
Ringtones
Watch Anime
Car Loan
Loans

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Umum & Rileks > Sembang Umum

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 09-13-2007, 10:42 AM
galadriel's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2006
Location: Selangor, Malaysia.
Posts: 420
galadriel is an unknown quantity at this point
iTrader: (2)
Exclamation Shueqry memerlukan pertolongan kita!

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua ...

Kak G baru saja menjengok Blog Shueqry di:
http://shueqry.blogspot.com

Nampaknya saudara kita dalam kesusahan dan saya berharap kita semua dapat membantunya.

Saya dah email Shueqry tapi belum dibalas. Mungkin dia tidak ada disamping komputer/internet.

Dibawah adalah petikan dari blog Shueqry:

Quote:
http://shueqry.blogspot.com

12 September 2007
Saya Terpaksa Berhenti Dari Menulis Di Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar Anda? Shueqry di sini.

Artikel kali ini agak panjang, lebih peribadi. Saya menulis artikel ini dalam keadaan tertekan, dalam emosi yang tak stabil bersama fikiran yang tepu dengan tekanan.

Saya terpaksa berhenti dari menulis di blog dan eBiz. Jujurnya saya berkata, masalah kewangan yang melanda saya memang hebat dan mencabar emosi. Bersabar dan berusaha menyelesaikannya adalah dua perkara yang saya lakukan.

Sorry, saya terpaksa berterus terang di blog motivasi ini, saya hanya mahu memberitahu apa saya rasa. Sepatutnya saya merahsiakan semuanya, namun jika berbuat demikian bagaikan takde maknanya. Saya seorang yang suka berterus terang, saya tak pandai nak berselindung.

Kesan dari talian Internet yang diputuskan, saya terpaksa menjualkan buku-buku kepunyaan saya untuk mendapat duit nak membayar sewa bilik, kos hidup dan perbelanjaan dalam bulan puasa. Sekarang nak makan kami hanya bergantung dengan bekalan yang tinggal sedikit. Itu saja yang boleh saya buat sebab semua punca income saya datang dari Internet.

Mungkin juga hasil dari penjualan komputer saya, akan membolehkan kami mengharungi Ramadhan ini sekadar cukup-cukup makan. Bila komputer dah takde, saya takkan dapat online, menaip dan menulis artikel motivasi.

Kawan-kawan di rumah asyik menyalahkan saya sebab tak mencari kerja bergaji dan buat kerja Internet ni separuh masa dulu. Saya mengaku dengan jujur bisnes Internet saya dalam bulan Ogos jatuh mendadak. Puncanya, banyak kerosakan di rumah yang berlaku tiba-tiba, satu persatu dan memerlukan perhatian saya untuk membaiki kesemunya step by step.

Oleh sebab itu, saya tak dapat online selalu. Akibatnya, sales saya jatuh merundum. Saya terima semua kata yang dilemparkan, kerana sudah menjadi lumrah dalam bisnes, ada naik turunnya.

Saya dah bersedia untuk itu dan sekarang ia terjadi. Telan saja.. tambahan pula takde sesiapa yang bertindak menjadi pembantu mengurus bisnes saya. Semuanya saya kena buat seorang dalam masa yang singkat. Ia membuat saya jadi cukup tertekan.

Selain itu, saya juga menyara yuran kolej adik saya, belanja makan dan kos sewa bilik kami berdua, RM105 seorang, jumlahnya RM210. Dia baru mahu mula belajar di Cosmopoint Kota Kinabalu dan masih belum ada apa-apa bantuan kewangan yang boleh diharapkan untuk menampung yuran RM290 sebulan, tak termasuk kos membeli makanan dan belanja lain.

Saya amat malu nak menyatakan hal ini, tapi kesan dari itu kesemua bajet yang saya simpan untuk membayar tunggakan streamyx dan kos sara hidup telah saya gunakan untuk menyara perbelanjaan kolejnya. Saya katakan padanya apa jua yang berlaku jangan beritahu orang dikampung, saya tak mahu mereka susah hati walaupun sedikit. Saya takde simpanan wang sebagai backup, semuanya saya dah gunakan....
....bersambung ... (tak cukup space).


Reply With Quote
  #2 (permalink)  
Old 09-13-2007, 10:45 AM
galadriel's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2006
Location: Selangor, Malaysia.
Posts: 420
galadriel is an unknown quantity at this point
iTrader: (2)
Default

sambungan posting Shueqry ...

Quote:
http://shueqry.blogspot.com/

... Tiap kali bapa atau mak saya call bertanya khabar, saya katakan kami ok di sini, padahal penderitaan yang kami berdua tanggung Allah saja yang tahu. Saya berlakon bagaikan tiada apa-apa masalah kewangan yang berlaku.

Air mata saya menitis tiap kali selesai berbual dengan bapa dan mak saya, bagaikan saya melakukan satu 'dosa' .. Ya Allah, what have i done?

Saya tak mahu mereka di kampung tahu betapa 'sakitnya' kami, kalau diorang tahu takut pula kesihatan kedua mereka terganggu dan fikiran jadi runsing. Nak minta tolong dengan ahli keluarga yang lain, kami tak mahu berbuat demikian, sudah tentu mereka merasa saya dan adik saya menyusahkan, menggangu dan merimaskan.

Biar kesusahan ini kami yang berusaha sekuat daya untuk keluar darinya, sebebas yang mungkin dan terus mencuba sekuat yang mungkin. Lagipun, kami dah besar dan ada usaha sendiri yang boleh digunakan untuk cari duit. Nak minta 'support' ngan orang tua adalah satu perbuatan yang memalukan bagi kami berdua, lebih-lebih lagi saya yang selama ni bekerja sendiri melalui Internet.

Saya bukan nak meminta simpati Anda, terpulang pada Anda bagaimana. Saya hanya tertekan, stress dan buntu. Bahkan, saya dalam perancangan nak menjual pc yang saya gunakan untuk online dan buku-buku lain yang saya miliki, hanya itu aset saya.

Dah takde cara lain nak cari duit, berhutang merupakan satu perkara yang tidak terfikir oleh saya dan bagaikan satu 'kesalahan'.

Saya takde cukup duit nak bayar tunggakan streamyx 2 bulan berjumlah RM154 dan selain modem yang rosak tiba-tiba bila rumah sewa saya terputus bekalan elektrik, jumaat minggu lalu, nak call installer saya saya tak cukup duit juga. Duit untuk ke cyber cafe ni hasil dari penjualan buku-buku saya yang tak seberapa, tak sampai pun RM50. Terasa sayang jual buku tu sebab dah tak leh jumpa dah kat tempat lain. Tapi, saya takde pilihan.

Saya tiada apa lagi untuk dijual untuk dapatkan duit. There is nothing left of me, hanya sebiji handphone, komputer dan buku-buku yang masih ada, yang menjadi kesayangan saya. Kalau saya jual juga, ilmu yang saya pelajari dari buku-buku tu saya tak tau nak dapat kat mana.

Adik saya menghalang saya untuk menjual kesemua buku. Tambahan pula, buku-buku yang saya ada dah jarang ditemui, yang beberapa bulan dulu saya berhabis berusaha kumpul duit untuk membelinya.

Buku The Secret, Master YOur Mind Master Your Destiny tulisan Adam Khoo bersama Stuart Tan, Secrets Of Self-Made Millionaire juga tulisan Adam Khoo, Awaken The Giant Within karya Anthony Robbins, Science Of Getting Rich tulisan Wallace D. Wattles dan 3 buku-buku Azizi Ali, hanya ini di antara beberapa buah buku yang tinggal daripada 123 buku yang saya beli sepanjang tahun 2007, setiap minggu.

Saya terpaksa berhenti dari menulis di blog motivasi ini dan dari bisnes Internet kesan dari talian Internet saya yang diputuskan. Dugaan yang datang sungguh hebat. Namun ia mengajar erti tanggungjawab dan ketabahan. Saya terpaksa berkorban.

Kami tak mahu susahkan sesiapa, sebab itu saya dan adik tidak meminta-minta dari mak dan bapa kami di kampung, dari 2 adik perempuan saya yang keduanya Cikgu, meminjam duit atau merayu orang lain meminjamkan kami duit.

Lagipun dari pengalaman, saya faham duit merupakan sumber terhad yang mereka ada, bahkan mereka juga bekerja keras mencarinya.

Kami berdua tak dapat balik raya ini, dalam masa 30 hari mustahil untuk kami mengumpul duit banyak nak beli itu ini, sebagaimana orang lain bergembira sakan membeli belanja bersama keluarga.

Saya dan adik saya pula hanya akan mampu memerhati keceriaan mereka di kala itu dari tingkap bilik. Kami hanya ada duit cukup untuk survive, membayar sewa rumah dan belanja makan untuk sebulan, nak beli lebih dari itu, termasuk tambang balik kampung, memang tak mampu dah.

Sekali lagi air mata saya menitis tiap kali mengenangkan hal ini ... saya tak ada sumber-sumber lain lagi, melainkan keajaiban berlaku.

Kesusahan yang datang mengajar kami erti kerja keras, sabar dan yakin dengan petunjuk Yang Maha Esa. Saya yakin ada hikmah disebalik musibah yang berlaku.

Sesuatu yang pasti, saya takkan berundur terus dari penulisan motivasi dan bisnes Internet, walau apapun terjadi saya takkan tinggalkan begitu saja semua yang saya mulakan. Saya cuma dihalang oleh masalah kewangan yang menghimpit pada timing yang 'salah' pada tafsiran saya, diwaktu pintu rahmat bulan Ramadhan terbuka dan sebulan lagi Aidilfitri datang menjelma. Ya Allah, sungguh berat dugaan darimu.

Cabaran kewangan ini mengajar erti kematangan. Sebelum ini saya tak pernah mengalami masalah sebegini teruk. Sekarang saya jatuh, tapi saya akan bangkit semula.

Katalah saya seorang IM yang miskin, tak seperti IM lain yang lumayan hasil bisnes mereka, saya terima saja. Nak buat macam mana, bisnes yang menjadi punca pendapatan saya jatuh mendadak tiba-tiba.

Saya terima semua yang berlaku dengan hati terbuka. Anda takkan tahu apa yang saya boleh buat dan apa yang boleh saya capai bila saya dah bangkit semula.

Andainya saya takde pc lagi untuk menulis, menaip dan berkarya, saya masih ada semangat. I have nothing left .. except my knowldge, my mind and my spirit !

Tambahan pula seorang hacker bernama 'xxx' mengugut untuk 'kacau' blog Motivasi ini kalau saya tak masukkan RM200 ke akaunnya nanti. Tak cukup mengugut di dalam email, dia masuk ke ruang chat di dalam blog. Tertekannya saya, tak tahu nak kata apa. Dia muncul entah dari mana.

Nak bayar streamyx saya tak cukup duit, inikan lagi nak bayar ugutan hacker tu. Ancaman tersebut saya tak pasti sama ada main-main atau serius. Saya tak mampu sekarang ini, kalau dia dah hack, saya sedia berusaha keras membina semula blog kesayangan saya ni.

Kewangan menghalang untuk saya melakukan yang terbaik, kalau blog motivasi ini di domain sendiri tak tahu apa jadinya. Nasib baik dia bagitau yang dia nak hack, kalau dia dah hack then baru bagitau, Anda takkan dapat membaca post kali ini.

Saya tak tahu dia siapa, tapi seakan dia mencemburui pencapaian blog saya. Saya tak pernah kacau sesiapa dan saya tak berhutang duit dengan sesiapa, lagipun setiap urusniaga yang saya buat saya laksanakan sejujur mungkin. Terasa bagaikan 'nyawa' blog ni ibarat sebiji telur di hujung tanduk.

Segalanya membuat saya tertekan, di tambah lagi dengan ejekan, cercaan dan umpatan yang terpaksa saya telan dek kejatuhan saya. Saya terpaksa bertahan dengan apa yang ada.
....bersambung .... (tak cukup ruang)


Reply With Quote
  #3 (permalink)  
Old 09-13-2007, 10:47 AM
galadriel's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2006
Location: Selangor, Malaysia.
Posts: 420
galadriel is an unknown quantity at this point
iTrader: (2)
Default

sambungan ...

Quote:
http://shueqry.blogspot.com/

Duit poket yang tinggal tak sampai RM20 dan banyak idea-idea penulisan motivasi yang tak sempat dizahirkan di sini.Saya terpaksa berhenti dari eBiz, sebab tak cukup duit nak sambung semula talian Internet saya.

Kewangan menghalang, saya terpaksa mengubah strategi. Saya terpaksa beralih arah dari dunia maya ke dunia realiti buat sementara waktu. Nak cari duit di Internet, tak dapat sebab talian Internet saya putus.

Andai kata nak beli pc baru selepas pc yang ada dah dijual, memerlukan belanja yang bukan sedikit, ia juga mengambil masa yang lama nak kumpul duit. Impian saya nak membeli sebuah laptop dalam bulan September juga hancur berkecai begitu saja.

Jadi pada Anda yang ada laptop, yang punyai pc dan yang boleh online untuk membaca post ni, bersyukurlah kerana Anda ada peluang berbuat demikian bahkan diberi peluang untuk bebas melayari Internet. Berbeza dengan saya yang terpaksa menjual beberapa buah buku ke kedai 2nd hand semata-mata mahu online dari cyber cafe dan semata-mata mahu publish artikel kali ini.

Saya dah takde duit lagi, tak lumayan macam beberapa bulan lalu dikala untung bisnes saya masuk setiap hari. Saya hanya ada Anda yang sudi mendengar luahan seorang penulis motivasi. Terima kasih.. ini bukan coretan meminta-minta simpati, sekadar melepas apa yang lama terbuku di hati.

Jika Internet saya dapat disambungkan dan boleh online, saya dapat menjana wang cukup untuk membayar duit sewa bilik dan saya juga boleh menjana wang cukup untuk belanja bulan puasa saya dan adik saya, tanpa perlu menjual buku-buku dan mungkin komputer saya yang cukup berharga.

Oleh kerana pendapatan saya bergantung sepenuhnya pada Internet, saya takkan ada sumber pendapatan lagi bila talian Internet saya diputuskan. Duit yang saya dah bajet untuk membayar tunggakan streamyx dah saya guna untuk menampung belanja kolej adik saya, seperti yang saya katakan di atas tadi.

Nak minta duit dari kampung bukan pilihan saya, terasa macam menyusahkan kedua-dua orang tua dan 2 orang adik perempuan saya, walaupun mereka bekerja sebagai Guru.

.. dan untuk sambung semula talian Internet, terus terang memang saya tak cukup duit, saya hanya ada RM20 untuk beli makanan buat 2 hari. Nak cukupkan duit, saya terpaksa menjual buku-buku dan sekiranya perlu, mungkin pc saya sekali. Tapi, cemana nak online kalau pc dah takde .. huh, bingung saya jadinya.

Owh, saya sungguh tertekan. Agak susah untuk saya fokus pada kegembiraan di kala ini.

Seakan semua ini membuat saya menjauh, menolak saya pergi meninggalkan Anda.

Berkali-kali saya katakan pada diri sendiri, fokus pada apa yang boleh membuat saya gembira, tapi amat payah untuk saya lakukan bila memikirkan penjualan pc saya yang hanya menjadi satu-satunya harapan untuk meneruskan hidup saya dan adik saya di sini.

Saya makin tertekan. Hanya semangat mahu memajukan diri yang ada. Betapa tertekannya emosi saya, Allah saja yang tahu.

Emosi saya agak negatif ketika ini. Andai kata emosi saya dapat diukur dengan sebuah meter, pasti jarumnya jatuh mendadak kebawah, ke titik paling bawah.

Saya kalau boleh tak nak jualkan pc sebab saya perlukannya untuk terus menulis, adik saya perlukannya untuk menyiapkan assignment dan tugasan seorang pelajar. Tapi, bila di kira semua kos, duit masih tak cukup. Tak tahu nak buat macam mana lagi.

Terkilan rasanya, sebab blog ini popular dalam masa yang singkat dan saya terpaksa berhenti hanya kerana masalah kewangan yang melanda secara tiba-tiba. Geram, sedih, stress dan tertekan semua bercampur baur.

Saya tak menyalahkan masalah kewangan yang timbul, saya juga tak menyalahkan adik saya yang bertekad mahu masuk belajar di kolej bahkan saya bangga kerana dia begitu bersemangat, walaupun kami berdua terpaksa berkorban sebegini rupa.

Di sebalik pengorbanan ini, terselit 'booster' motivasi yang hanya kami berdua memahaminya. Mengalir air mata saya mengenangkan hal ini.. pilunya tak terkata.. saya kongsikan rahsia ini hanya bersama Anda.

Terima kasih pada Anda, kawan-kawan dan rakan-rakan blogger yang membaca tulisan ini. Saya tak tahu bila saya ada kemampuan untuk masuk ke sini semula, saya juga tak tahu jika blog ni masih ada seperti sediakala, ia boleh dirosakkan bila-bila masa oleh si hacker. Munculnya dia pula secara tiba-tiba, menambah lagi permasalahan saya yang sedia ada, satu persatu.


Reply With Quote
  #4 (permalink)  
Old 09-13-2007, 10:48 AM
galadriel's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2006
Location: Selangor, Malaysia.
Posts: 420
galadriel is an unknown quantity at this point
iTrader: (2)
Default

Quote:
bersambung ....

Terus terang saya tak cukup duit untuk selalu ke cyber cafe dan publish artikel motivasi seperti yang saya janjikan, selama beberapa hari akan datang, beberapa minggu akan datang, mungkin juga beberapa bulan akan datang. Melainkan, keajaiban berlaku dan bantuan muncul tiba-tiba.

Saya tak menyesal menjadi seorang Internet Marketer, bahkan saya telah merintis jalan yang orang lain tak pernah buat dan mungkin takkan buat atau tak terfikir nak buat. Takkan ada yang sangup melakukan apa yang telah saya dah mulakan. Jika Anda perasan selama ini dan mengikuti perkembangan blog saya, Anda akan faham apa yang saya maksudkan.

Tekanan yang melanda saya memang menghimpit, bagaikan menanggung beban dua biji batu sebesar rumah banglo di kedua-dua belah bahu saya. Memang berat, tapi saya kena bersabar dan sedaya upaya yang mungkin cuba membuang tekanan yang ada, sebab kalau asyik memikirkannya akan menarik lebih banyak lagi masalah.

Saya tak meminta apa-apa simpati, bukan itu niat saya menulis di sini. Anda perlu bersyukur, kerana Anda tidak melalui kesusahan sepertimana saya sekarang. Jika simpati terbit dari emosi Anda, saya bersyukur kerana itu ibarat doa dari Anda buat saya.

Saya tak meminta musibah ini, saya juga tak pernah terfikir kesusahan ini akan berlaku pada saya, tapi ia hampir membuat saya hilang pertimbangan, kewarasan dan kematangan. Saya terkepit, terhimpit, tersepit di lorong masalah yang cukup sempit.

Doakan saja supaya keajaiban berlaku dan membuat saya boleh online seperti biasa, berkhidmat semula untuk Anda, menulis semula artikel-artikel motivasi untuk menaikkan semangat Anda dan terus membantu mereka yang memerlukan inspirasi di kala menghadapi kesukaran emosi, seperti yang saya alami sekarang ini. Sesusah-susah saya, ada lagi yang lebih susah dari saya.

Saya dedahkan sedikit perancangan saya untuk perkongsian kita bersama. Saya memasang mindset mahu menjadi ProBlogger dalam bahasa Melayu dan berblog sepenuhnya mengenai topik motivasi, pembangunan diri dan hal-hal minda. Saya lebih suka menulis artikel dari menjual barang, mempromosi penjualan eBook mahupun software di Internet. Namun, perjalanan menuju impian saya terhenti.

Terus terang saya mahu bersaing dengan blog SultanMuzaffar yang berblog untuk Astro, manakala saya pula berblog untuk segmen-segmen motivasi dan segalanya yang berkaitan motivasi, pembangunan diri dan yang berkait dengannya. Saya percaya dengan kerajinan, ilmu dan sokongan Anda, saya mampu mencapai impian saya kurang dari setahun. Sebelum masalah melanda, jalan ke arah impian itu dah nampak.

Saya memasang impian mahu bernaung syarikat Telaga Biru, berblog sepenuh masa untuk mereka dan diberi peluang berjumpa pakar-pakar motivasi idola saya yang kebanyakannya bernaung di bawah penerbitan Telaga Biru. Dari Dr Shukri Abdullah hingga ke Irfan Khairi, hampir kesemua pakar motivasi Malaysia berada di bawah naungan Telaga Biru.

Saya mahu berjumpa Zamri Mohammad, Amin Idris, Ahmad Fazli Yusof, Dr Tuah Iskandar dan Dr Irfan Khairi sendiri, mereka ni memberi inspirasi dalam usaha mencapai impian saya, walaupun mereka takkan kenal saya yang berada di antara ribuan bahkan jutaan peminat mereka.

Walaupun di blog ini saya tak mendapat apa-apa pendapatan lumayan dengan menulis artikel motivasi, saya melakukannya dari hati, percuma untuk Anda, straight from the heart.

Saya berdoa moga keajaiban berlaku dalam beberapa hari ini dan Internet saya dapat disambungkan semula, hanya berdoa usaha terakhir yang mampu saya lakukan, saya dah takde sumber lain lagi.

Saya telah mengaplikasikan semua ilmu minda yang saya pelajari, namun saya tak dapat berbuat begitu dikala emosi saya 'down' .. saya perlu mengubahnya. untuk mengubahnya, saya perlukan ketenangan. Untuk mendapat ketenangan, saya berkongsi rahsia kelukaan ini bersama Anda.

Sory, maafkan saya, artikel ini lebih panjang dari yang biasa dan lebih pilu dari yang biasa.

Semua masalah berlaku secara tiba-tiba diluar kawalan saya. Anda takkan dapat bayangkan kesusahan yang saya alami dan tahap emosi saya yang hanya nampak masalah, saya berdoa moga keajaiban muncul.

Kalau Anda di tempat saya, perit untuk menanggung derita ini. I need help. Hanya Allah yang tahu betapa tertekannya saya.

Jika air mata Anda mengalir membaca post ini, ketahuilah itu harapan Anda untuk saya kembali semula, juga sebagai bukti nama saya terukir teguh di hati Anda. Saya takde sesiapa ketika ini, syukur Anda ada membaca luahan perasaan saya. Terima kasih..

Dikala kawan-kawan lain mendapat hasil lumayan dari bisnes Internet masing-masing, saya pula terpaksa gulung tikar dan hanya mampu terkelip-kelip mata melihat pencapaian mereka sedangkan saya tak boleh buat apa-apa bahkan terhalang untuk melakukan apa-apa.

Sepatutnya, saya boleh mencapai hasil setaraf mereka, namun, cabaran datang tanpa di duga. Apa daya saya..

Saya mendoakan yang terbaik buat Anda, kawan-kawan dan rakan-rakan usahawan Internet yang lain, pilu di hati ini Allah saja yang tahu.

Ini perkara serius. Semua link ke site partner saya kekalkan 7 bulan lagi selepas 15 Feb 2008 dan takkan diubah, sehingga saya kembali semula walaupun melebihi 15 Feb 2008. Masalah kewangan menghalang kemajuan saya, kerajinan saya dan semangat membara untuk merealisasikan impian saya.

Ini pengakuan yang sejujur-jujurnya, saya kena kumpul duit untuk sambung semula talian Internet streamyx saya. Tak ada sesiapa membantu, saya terpaksa melakukannya melalui proses ini.

Usaha sebegini memakan masa, mungkin berminggu atau berbulan lamanya sehingga duit cukup sebanyak RM154 (RM77 x 2 bulan) untuk saya sambung semula talian Internet saya. Sekali lagi, masa tidak berpihak pada saya.

Moga tips-tips motivasi tulisan saya sebelum ini memberi manfaat untuk Anda. Rajin masuk ke sini takkan membuat Anda rugi, kerana semuanya saya tuliskan khusus untuk Anda. Ia ikhlas dari saya, terima ia dan moga ia membantu memotivasikan Anda.

Saya bersyukur kerana diberi peluang menulis untuk Anda, satu penghormatan yang takkan saya dapat ditempat lain sebagai seorang penulis dan juga sesuatu yang takkan saya perolehi tanpa Anda sebagai pembaca blog saya.

Blog Motivasi Pembangunan Diri ini 'hidup' kerana adanya Anda, sokongan Anda dan kesetiaan Anda. Saya cukup kagum dengan Anda dan saya menghargai itu semua, saya tak tahu nak balas cemana.

Namun, saya menghadapi dugaan yang hebat tanpa sesiapa yang boleh saya harapkan membantu di saat ni. Hanya keajaiban yang boleh menyelamatkan saya. Umpama belayar seorang diri dilautan luas tanpa nampak penghujungnya, melainkan bantuan muncul tiba-tiba.

Takkan ada makna saya menulis tanpa ada sesiapa yang membaca dan mendapat inspirasi daripadanya. Anda membuat idea-idea penulisan saya mencurah-curah datang.

Anda juga menjadikan minat dan obsesi saya pada motivasi tak sia-sia, bahkan menjadikan blog saya unik, lain dari yang lain, popular dalam masa yang singkat serta disegani ramai.

Ini membuatkan diri saya, blog saya dan stail penulisan saya tak ada duanya. Atas sokongan Anda selama ini, terima kasih.

Sebab itu saya menjadikan moto "Your Motivation, Our Inspiration" sebagai subtitle blog ini, sebenarnya itulah yang menjadi sumber ilham saya untuk rajin menulis, serajin yang mungkin sebagai usaha membalas sokongan Anda yang tak ternilai harganya.

Maaf di atas segala kesilapan, tersalah eja, tersalah taip, terkasar bahasa dan info yang tidak berapa tepat atau tidak berapa betul. Maafkan segala kesalahan saya yang tersurat mahupun yang tersirat.

Selamat berpuasa dan salam ukhwah.

Moga Ramadhan kali ini membawa rahmat dari yang sebelumnya.

.. dan moga Aidlfitri yang datang kali ini membawa kemeriahan, lebih meriah dari yang sebelumnya. Doa saya mengiringi kesejahteraan Anda.

Wassalam.


Mohd Shukri Abdullah

Kak G copy n paste ke sini so semua orang dapat ambil perhatian & marilah kita bantu rakan seperjuangan kita ni.


Reply With Quote
  #5 (permalink)  
Old 09-13-2007, 11:00 AM
kakibola's Avatar
Senior Member
 
Join Date: Apr 2007
Posts: 326
kakibola is on a distinguished road
iTrader: (1)
Default

Quote:
Originally Posted by galadriel View Post
Kak G copy n paste ke sini so semua orang dapat ambil perhatian & marilah kita bantu rakan seperjuangan kita ni.
kalau sapa2 ada akaun dia, sila PM saya, kita semua hulurkan setakat yg termampu kat dia. Time ni time dia perlukan bantuan..mana tahu esok2 masa kita..


Reply With Quote
  #6 (permalink)  
Old 09-13-2007, 11:05 AM
New Member
 
Join Date: Apr 2007
Posts: 34
dynashox is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to dynashox
iTrader: (0)
Default

Hari tu aku ada beli paypal dgn dia.... dia kata sebab urgent. Maybe sebab masalah ni kot... aku pun tak tau.


Reply With Quote
  #7 (permalink)  
Old 09-13-2007, 11:34 AM
Badruzamani Bin Azmi's Avatar
Moderator
 
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 725
Badruzamani Bin Azmi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Badruzamani Bin Azmi Send a message via Skype™ to Badruzamani Bin Azmi
iTrader: (6)
Default

Kesian juga mendengar kisah Shueqry. Mungkin ini hanyalah ujian-Nya agar kita banyak bersabar. Pada Shueqry, abang ada modem Streamyx 2. 1 dah tak pakai tapi masih OK lagi. Beli 3 tahun lepas. Nak jual terasa sayang hari tu. Tapi, oleh kerana abang rasa Shueqry amat memerlukannya, maka abang akan bagi percuma aja.

Tapi, abang tak tau la alamat Shueqry. Kalau ada sesiapa yang tahu, boleh bagitau sini tak?

Pada Shueqry, abang pernah merasai keperitan Shueqry rasai sekarang ini. Jadi, abang harap Shueqry banyak - banyak bersabar. Abang tak janji, tapi insyaallah abang akan membantu selagi yang termampu.

p/s - Modem ke-2 abang dapat free sebab berlanggan dengan pakej OKu Streamyx.


Reply With Quote
  #8 (permalink)  
Old 09-13-2007, 12:26 PM
Syed_Ikhwan's Avatar
WC300
 
Join Date: Sep 2006
Location: ...Other Dimension of Life...
Posts: 1,350
Syed_Ikhwan is on a distinguished road
Send a message via MSN to Syed_Ikhwan Send a message via Yahoo to Syed_Ikhwan
iTrader: (71)
Default

Assalamualaikum, bagi sesiapa yang tau paypal Shueqry, bleh la paparkan di sini. InsyaAllah bleh saya bantu sket walaupun tak banyak. harap dapat ringankan beban beliau.


Reply With Quote
  #9 (permalink)  
Old 09-13-2007, 12:34 PM
code7's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2005
Location: On WorkStation
Posts: 1,033
code7 is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to code7
iTrader: (1)
Default

apa kata buat jualan amal ? sesapa yang ada wat sales produk tu bole wat sumbangan sedikit.. sekadar cadangan..
__________________


Reply With Quote
  #10 (permalink)  
Old 09-13-2007, 12:38 PM
hasrul's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2005
Location: johor
Posts: 653
hasrul is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to hasrul
iTrader: (5)
Default

Idea yang bernas code7.
__________________
ImpianWanita.com


Hasrul.net


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 10:46 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0