Hehe, naper anda buka topik ni? Nak tahu benda penting tu yer? Haha, tak ada apa2 yg penting sebenarnya.. Cuma...
Mengenai Wangcyber ini:
Matlamat wangcyber adalah untuk memperbincangkan mengenai dunia perniagaan ini, PELUANG DAN PERANGKAP. Admin kita telah wujudkan beberapa bahagian di dalam forum ini untuk membolehkan kita membincangkan apa2 yg berkaitan.
Di awal wujudnya forum ini (ehem, saya orang pertama yg daftar.. promote sket.. hehe), saya begitu yakin yang wangcyber ini akan berjaya menjadi satu portal atau pusat untuk orang ramai yg berminat mengetahui, berbincang, belajar dan bertanya mengenai perniagaan internet.
Tidak silap saya sudah 4 bulan (bermula 8/12/05) wangcyber di dunia maya ini dan ahlinya (aktif dan krg aktif) sudah berjumlah lebih 200 orang. Tahniah..
NAMUN, hehehe, suspen sikit.......
Rasanya sudah sampai masanya untuk kita memulakan perbincangan secara SERIUS DAN FOKUS kepada PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWAN INTERNET. Lain-lain hal spt skim cepat kaya, penipuan, scam, mentaliti orang Melayu atau lain2 hal yg sudah banyak dibincangkan, diletakkan di satu sudut atau dikurangkan. Bukan apa, jika kita berlebih-lebih berbincang mengenai hal ini, sampai bila kita ingin mengukuhkan diri kita semua dengan tips, triks, panduan dan hal2 yg berkaitan dgn perniagaan internet. Inilah salah satu 'penghalang' kita di sini.
Jika anda nak bincang pasal perangai, sifat dan mentaliti orang Melayu, rasanya dah banyak dibincangkan di forum-forum lain. Bagi saya, ia merupakan satu pembaziran masa jika kita berulang-ulang perkara yg sama. Dan jika nak bincang mengenai scam, skim cepat kaya atau piramid, cari dan bacalah di forum ini, kita sudah bincang panjang lebar. 'Usah' diulang-ulang lagi. Spt kata shuth, bincang panjang lebar pun, last0-last, terserah kpd diri-sendiri. Jadi, anda baca dan sebarkan, terserahlah kpd anda nak buat apapun. Tiada siapa yg dapat memaksa anda, tapi fikirlah yg terbaik, bukan hanya utk diri sendiri.
Rata-rata yg masuk ke wangcyber.com adalah utk bertanya, berbincang dan mendapatkan 'bantuan' mengenai ebiz, tapi disebabkan begitu kurangnya yg aktif memperbincangkan mengenai ebiz, maka yg mendaftar tidak menjadi aktif sebab apa yg mereka mahukan tidak diperolehi. Ini adalah salah satu sebab yg membuatkan mereka 'berat tangan' nak masuk wangcyber.com ini selain sebab mereka sendiri. Ada yg masuk just nak mengiklan.. Biasalah tu, hehe..
Kepada ahli wangcyber, jika anda ada tips, panduan atau apa2 saja yg berkaitan dgn bisnes internet, taip sahaja walau anda newbie. Jika ingin berborak atau menyentuh hal2 'biasa', ruang sembang2 dah ada, tapi jangan 'berlebih-lebih' sebab kita mahu fokus kepada perbincangan bisnes internet.
Saya cadangkan kepada admin kita kumpulkan post-post yg penting spt scam, penipuan, dan persoalan-persoalan asas di satu tempat agar mereka yg baru join mudah utk merujuk dan tidak perlu bertanyakan lagi (double question) dan tidak wujudnya perbincangan yg ber-ulang. Rasa saya, kita dah bincang panjang lebar dah pasal scam dan skim piramid. Semuanya terserah kpd individu itu... 8)
Satu perkara lagi yg ingin dikatakan, bukalah topik yg berkaitan dengan ruangan atau bahagian tersebut. Contoh mudahlah:
>>Bisnes Online / Internet Biz
Tempat berkongsi ilmu di dalam menjalankan perniagaan online. Bincangkan strategi-strategi terbaru serta model-model bisnes online yang dijalankan seperti dropship, public domain, bloging, trading, ebay, online store dan sebagainya.
Anda faham kan maksud ayat di atas? Jelas dan terang lagi.. Tapi boleh tak kalau kita pi buka topik pasal lain? Saya rasa kalau ikut contoh di atas, tak byk yg kita bincang pasal blogging, ebay, online store dan public domain...
Hmm, insyaAllah, saya juga akan melakukan apa yg saya katakan di atas semampu yg boleh. Apapun, ini hanya pandangan saya yg telah bergiat 'aktif' di sini selama 4 bulan yg lepas.
Wallahu 'alam.
PS. Aktif dan dulu join not means saya lebih pakar, lebih tahu dan 'betul', just active...
PPS. Perlukan pandangan, komen, tambahan dan pembetulan (jika ada yg salah) dari kekawan semua.
Wassalam.