Alhamdulilah, ada juga yang ingin membincangkan hal-hal agama,
ya... memang benar kadang-kadang kita terlepas pandang mengenai solat dan memandang remeh mengenai solat,
kenapa boleh jadi macam ini? jawapannya kita lebih kepada duniawi dan terlupa kepada akhirat atau jalan menuju kepada nya.
Ramai yang mengidamkan khusyuk kerana khusyuk ada lah teramat manis kepada mereka,
tetapi bagaimana mereka ingin mendapat kepastian yang mereka itu sedang khusyuk,
adakah hilang hal-hal dunia di dalam akal pikiran nya? atau adakah hatinya bertambah tenang? memang sukar untuk kita menjelaskan mengenai solat kepada rakan-rakan yang lain kerana masing-masing berpelajaran dan mempunyai pegangan teguh kepada agama mereka.
Pada pendapat saya mengenai solat dan khusyuk semua nya terletak kepada amalan harian diri masing-masing.
Maksud saya di sini apa yang dilakukan pada seharian hari. Contoh jika saya asyik memikirkan duit,
sudah pasti pasal duit akan mengacau saya di dalam solat, Kenapa? sebab saya memikirkan cara-cara untuk mendapatkan duit..
ini kita boleh nampak dari penagih dadah, perompak... memanjang sahaja mereka memikirkan cara-cara baru untuk melakukan perkara-perkara tersebut
begitu juga dengan kita.. Kenapa semua ini boleh terjadi? kita mempunyai hati dan akal, pernah tak kawan-kawan dengar ayat yang selalunya berbunyi begini "Hatinya bersih" "Hatinya suci" dan macam-macam lagi.
Dan saya tambah lagi dengan ayat ini "Ketahuilah, bahwa didalam jasad ada gumpalan, bila gumpalan itu baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila rusak maka rusaklah seluruh jasad ketahuilah bahwa itulah hati - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim...
Jasad itulah yang zahir dan hati itulah yang batin... Apa yang kita perlukan ialah kita bersihkan lah hati, penuh kan lah dengan zikir, kurang kan lah bercakap mengenai perkara yang sia-sia, awasi lah mata dari memandang perkara tidak baik, awasi lah tangan dan kaki kita sendiri... supaya tidak berhabuk lah hati kita... Insya allah dengan cara macam ini, mudah-mudahan lapang lah hati kita, dan mudah lah kita mendapatkan khusyuk di dalam solat...
p/s : minta maaf kalau tergantung post ini ... rasa panjang sangat pulak....
p/s : semoga yang arif boleh memberi tunjuk ajar.. kepada insan yang lemah ini.