Bagi saya la, lebih baik kita beli sesuatu itu dari orang yg kita kenali.
Dalam Islam pun kata Ustaz Zaharuddin, transaksi jual beli batal kalau kita tak kenal si penjual tu. Kata beliau:
"Berjual beli dan melabur tanpa mengetahui individu yg menguruskan menyebabkan
salah satu
syarat sah aqad tidak dipenuhi. Ini menyebabkan aqad menjadi
BATAL".
Boleh rujuk Majalah I, keluaran Julai, m/s 28. Beliau menerangkan maksud Jahalah iaitu
ketidaktahuan.
At least, bagitahulah identiti sebenar. Itu dah cukup daripada dok menyorok. Kalau kita
betul2 buat bisnes, apa nak takut? Biasanya yg nyorok2 tu, mesti ada something wrong.
Tak perlu lah nak bagi alasan, "saya ni low profile, x suka nak expose diri". Kelakar bila
dengar alasan mcm tu.
Tip saya kepada newbie terutamanya:
1. Elakkan membeli daripada mereka yg tak anda kenali
2. Tanya pendapat rakan2 di forum ni dulu mengenai sesuatu produk. Anda berhak bertanya sebab anda adalah pembeli yg akan bagi duit kat penjual tu.
3. Jauhkan diri dari produk2 yg menjanjikan income dalam masa yg singkat. Forum ni pun rasanya dah banyak tip2 dan panduan2 yg ori, tak perlulah pi cari rujukan dari orang yg kita tak kenali. Otai2 pun ramai...
4. Jangan mudah teruja...
RinggitHit, berapa jauh nak lari tu???

Ebook tu bukan kejar kita pun! hehe.. Gurau jer.