+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1234 LastLast
Results 1 to 10 of 35
  1. #1
    Loyal Member Array
    Join Date
    Nov 2006
    Posts
    623
    Thanks
    0
    Thanked 60 Times in 17 Posts

    Default Korang Pernah Kena Tindih Masa Tido? Kongsi Pengalaman anda...



    Just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni....... betulker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

    Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada... nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer)... .. kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena... .aku pun jujur pernah ader pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak... masa tu aku sedar... boleh bukak mata separuh.....aku tau aku sedar... tapi takleh gerak... kadang2 geram, sbb takleh gerak... ..pastu 5 minit baru leh gerak... .aku dulu pun takut... mmg ingat kena hempap dah... lps boleh gerak tu seram sejuk jer... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia... ..barula aku tau kebenaran dia... . ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis' Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'... adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara)... ..

    Temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis) ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement... ..waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage... .otak akan bagitau badan kita suruh rehat... so, badan kiter kira macam switch off kejap... .REM atonia (tader muscle tone)... ... ok, otak kiter pun ader switch off button.... dipanggil reticular activating system RAS... ... bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni... so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate...

    so,, bila kita bangun, RAS switched on balik... ... kita sedar fully awake state... .tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter... . maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik... .mmg menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc... . dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

    Sebab2 atau mender2 yang boleh trigger sleep paralysis:

    1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama

    2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

    3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni... penat sgt)

    4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan bla2

    5. Pertukaran gaya hidup secara tiba2 (macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal... .heheh extreme sgt contoh aku ni)

    6. Orang yang ader penyakit narcolepsy


    Macamana dengan korang pulak? pernah mengalaminya?
    Mai Ikut Saya Bina Site Dan Jana Pendapatan Dari Adsense
    Anda Akan Dapat Lihat Dari Mula Sampai Abis!
    Tunggu ... 1 Feb 2012

  2. The Following User Says Thank You to zuraidi For This Useful Post:

    Irham Dhani (03-04-2011)

  3. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  4. #2
    aku
    aku is offline
    WC Premium Array
    Join Date
    Apr 2006
    Posts
    2,027
    Thanks
    1
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    hahah.. memula ingat ko nak cite hantu.. yup, penah dengar pasal sleep paralysis ni..

    penah kena sekali kot..

    Saya dah tak jual ebook PanduanSaham.com sebab dah lama tak update. Takde masa nak update.

  5. #3
    Loyal Member Array
    Join Date
    Mar 2006
    Location
    Tuaran, Sabah
    Posts
    417
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    huhu aku kena banyak kali kena penyakit ka aku ni

  6. #4
    Senior Member Array
    Join Date
    Jun 2006
    Location
    Batu Pahat
    Posts
    329
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    apa yg zuraidi tulis tu betullah, bukanyya kena tindih hantu atau makhluk halus, melainkan kia nampak makhluk tu. saya dulu pun pernah beberapa kali kena, rasa mcm nak mati
    http://biodisctech.blogspot.com
    KACA AJAIB MERAWAT PENYAKIT SECARA SEMULAJADI
    BUKAN UBAT BUKAN ELEKTROSTATIK
    KANSER DIEBETES STROKE BUAH PINGGANG ASMA DLL
    HANYA MINUM AIR MANDI SULUH

  7. #5
    Moderator Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    Kulim, Kedah & KT, Terengganu
    Posts
    1,257
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    boleh dikatakan kerap jugalah...

  8. #6
    Junior Member Array
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Malaysia
    Posts
    140
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Rasanya semua orang ada kena. Termasuklah aku.

    Tetapi ada juga pengalaman yang betul-betul kena. Masa duk kat hostel. Hostel yang dibina tahun 1957 dan mempunyai 13 tingkat Memang seram.

    Roomate xda sebab blik kampung jadi tinggal sorang je. Muka sahaja ditindih dengan tangan yg besar sambil bantal pn di angkat. Memang macam nak di bunuhnye aku.

    Tetapi nasib baik x mati sebab dapat lepas. Aku bangun bukan takut tetapi memaki hamun..

    Sejak hari tu lepas maki hamun aku xkena benda ni ngaco kat bilik dah.
    Bgus juga memaki hamun ni. hehe

  9. #7
    Junior Member Array
    Join Date
    Mar 2007
    Location
    Pandan township
    Posts
    85
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Saya dulu kerap kena ... tapi sejak 6/7 tahun kebelakangan ni dah tak kena lagi...

    Saya ada terbaca article berkenaan ni yg menyatakan apa bila kita tidur roh dan badan perpisah tetapi tak sampai tahap kematian... mengikutnya roh yang sedang nak rihat berpisah melihat gangguan yang datang walhal badan tu sebenarnya belum tidur sepenuhnya... dan ketika itulah roh nak bersatu semula dgn jasa.... wuhallah waalam ....

    Aku ada tanya utz,.. katanya sebab tulah kita dituntut sebaiknya tidur itu hendaklah dalam wuduk, baca doa tidor, Al fatihah, selawat atas nabi dan mengucap atas keesaan Illahi...

  10. #8
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2006
    Posts
    1,420
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    orang dah kawen selalunya sangat biasa dengan 'tindih menindih' time tido nih.

    Orang bujang... hehehehe ada jugak kot..
    Visit : Pergh! + Blog + Twitter + FB

  11. #9
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2006
    Location
    Wangsa Melawati, KL
    Posts
    619
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by mysticmind View Post
    orang dah kawen selalunya sangat biasa dengan 'tindih menindih' time tido nih.

    Orang bujang... hehehehe ada jugak kot..
    haha.. membawa unsur sesuatu.. harus dibendung agar tak bawa fikiran kita melayang ke "sana".. ;p

    selalu gak saya kena tindih kat asrama dulu.. dulu la..

  12. #10
    Senior Member Array
    Join Date
    Aug 2006
    Location
    In The Line Of Fire
    Posts
    347
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    dulu belum kawin memang selalu gak kena tindih.Kalau tido siang lagi ler.Rasa sedar tapi takleh nak gerak badan.Ingat kena tindih ngan hantu.Tapi bila dah kawin ni kurang sikit la kena tindih.Heheheh

    kalau menindih tu..............(opsss..)


 

Similar Threads

  1. Replies: 6
    Last Post: 10-15-2008, 01:08 PM
  2. Anda pernah kena serangan Malware RVHOST.exe
    By zakri in forum Sembang Umum
    Replies: 8
    Last Post: 05-05-2007, 02:24 PM
  3. Apakah pengalaman kerja anda?
    By abg_x in forum Sembang Umum
    Replies: 10
    Last Post: 02-09-2007, 10:29 PM
  4. jom kongsi jadual seharian anda
    By hapisol in forum Survey & Poll
    Replies: 10
    Last Post: 11-14-2006, 12:25 PM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts