Closed Thread
Results 1 to 10 of 153
- 05-18-2007 08:13 AM #1
Utusan Malaysia: Wangcyber.com mecurigakan?
37 laman web skim cepat kaya dipantau
KUALA LUMPUR 17 Mei – Pusat Keselamatan Siber Malaysia mengenal pasti 37 laman web yang dipercayai menawarkan aktiviti pelaburan skim cepat kaya melalui Internet berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai dalam tempoh dua tahun lalu.
Antara laman web yang menawarkan pelaburan mencurigakan ialah www.carigold.com, www.cakapgold.com, www.jutawan.org, www.jomklik.com, www. gurumalaysia.com, www. wangcyber.com, e-bazaar2u. com dan www.bicarajutawan. com.
Pemangku Pegawai Ketua Eksekutif pusat itu, Leftenan Kolonel (B) Husin Jazri berkata, orang ramai mudah tertarik dengan laman-laman web itu kerana ia kononnya menjanjikan pulangan lumayan dalam jangka masa singkat.
“Laman web skim pelaburan itu mendapat sambutan ekoran sikap para pelabur sendiri yang mudah terpedaya dengan tawaran dan janji manis yang tanpa disedari sebenarnya satu penipuan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ditanya bagaimana badan itu mengesan status sesebuah laman web itu sama ada ia mencurigakan atau tidak, Husin menjelaskan, pihaknya sentiasa membuat penyelidikan dan siasatan secara menyeluruh terhadap setiap aduan yang diterima.
Ujar beliau, skim cepat kaya menerusi Internet biasanya didalangi orang tempatan namun kebanyakan laman web yang menawarkan pelaburan itu menggunakan hos di luar negara.
“Orang yang ingin menipu sentiasa ada di mana-mana saja tidak kira ia dilakukan oleh rakyat tempatan atau orang asing,” ujarnya.
Menurutnya, Pusat Keselamatan Siber Malaysia bekerjasama dengan kerajaan dalam menguatkuasakan undang undang yang lebih berkesan.
Husin menambah, dalang skim cepat kaya Internet yang berjaya dikesan akan dihadapkan ke muka pengadilan.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak terlalu tamak dan mudah terpedaya dengan skim-skim pelaburan di Internet.
“Jangan sekali-kali melabur dalam skim cepat kaya Internet. Orang ramai perlu bekerjasama dengan Pusat Keselamatan Siber Malaysia untuk membanteras kegiatan haram ini.
“Kalau betul-betul minat ingin melabur, orang ramai boleh mendapatkan pengesahan daripada pihak kami sama ada laman web berkenaan sah atau tidak sebelum membuat keputusan,” katanya.
Orang ramai boleh membuat laporan berhubung laman-laman web yang mencurigakan dengan menghubungi Bahagian MyCERT di Pusat Keselamatan Siber Malaysia melalui talian 03-8992 6969 atau mengirim e-mel kepada cyber999@cybersecurity.org.my.>>>Bongkar!!! Kursus Pembinaan Website dan Pemasaran Internet Termurah!!!<<<
www.biz0nline.com
www.traempire.com
www.website4free****
www.norashikin****
www.fuadnawawigdi****
www.razitech****
www.kriswa****
Yahoo messenger : Aridz
SMS no : 012-298 7757

- 05-18-2007 08:13 AM # ADS
- 05-18-2007 08:18 AM #2WC Premium Array
- Join Date
- Feb 2007
- Location
- Kota Bharu
- Posts
- 272
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
ai ini suda lebih..takleh biarkan je..kene revenge balik nih..kebenaran mesti ditegakkan..ape mcm kawan2? :rolleyes:
- 05-18-2007 08:29 AM #3
- 05-18-2007 08:50 AM #4WC Premium Array
- Join Date
- Sep 2006
- Location
- RinggitHit.com
- Posts
- 2,442
- Thanks
- 0
- Thanked 1 Time in 1 Post
Harap pihak MyCERT dpt buat penyelidikan menyeluruh & mendalam sebelum membuat kenyataan terbuka seperti itu!
Sepatutnya WC dikeluarkan drp senarai tu!
Kalau tak, WC boleh saman atas dasar fitnah & memburukkan imej WC serta kenyataan yg x berasas! :mad:....
- 05-18-2007 08:53 AM #5WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2006
- Location
- malaysia
- Posts
- 1,296
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Woho! sakitnya hati kalo cam ni.... :mad:
Cam nak ****** kita dok bangkang & tentang, sesenang dia je cakap cam tu... sepatutnya, diorang kene ambik sorang dua join dulu forum ni and sembang-sembang berinformasi ngan kita semua... maybe dia waktu dia masuk buat check, time tu plak ada spammer kot...
- 05-18-2007 08:57 AM #6Loyal Member Array
- Join Date
- Jan 2007
- Location
- null
- Posts
- 577
- Thanks
- 0
- Thanked 1 Time in 1 Post
- 05-18-2007 09:02 AM #7
- 05-18-2007 09:06 AM #8
Pusat Keselamatan Siber Malaysia boleh disaman ni.. barulah perniagaan internet ni dipandang tinggi..
http://www.belajarbahasaarab.com - Belajar Bahasa Arab Mudah & Pantas, 100% Dalam BAHASA MELAYU
http://www.unitamanah.com - Jana Wang anda dengan Pelaburan Unit Trust... SEBARKAN!!!

- 05-18-2007 09:07 AM #9WC Premium Array
- Join Date
- Sep 2006
- Location
- Ampang, Selangor
- Posts
- 776
- Thanks
- 0
- Thanked 2 Times in 2 Posts
apa lagi..hantar la email kat diorang.Kalau ramai hantar, diorang bukak mata sikit..
Video Panduan Blog Wordpress - PANAS !! Bina Blog .com anda sendiri step-by-step !!
Jom sertai Affiliate VideoBuatBlog.com! Komisen RM40.00 !!
Mengapa kita gunakan Hostgator? kod kupon diskaun hostgator: specialdiscountnow
- 05-18-2007 09:25 AM #10
ho! ho! ho!... ini surat khabar bila nie yer...
yg lawaknya, bicarajutawan.com dan ebazaar2u pun ada sekali tu...
ini sudah kira promosi percuma..
Similar Threads
-
WangCyber : The Apprentice
By shuth in forum Cadangan & KomenReplies: 41Last Post: 05-18-2009, 10:53 AM -
Kelab WangCyber
By Badruzamani Bin Azmi in forum Cadangan & KomenReplies: 91Last Post: 12-01-2007, 04:48 PM -
wangcyber manual
By vibe venom in forum Cadangan & KomenReplies: 4Last Post: 03-23-2007, 12:41 PM -
Mod WangCyber Strict?
By affuone in forum Sembang UmumReplies: 2Last Post: 12-19-2006, 08:17 PM -
Iklan di WangCyber
By mystique_nw in forum Cadangan & KomenReplies: 7Last Post: 10-10-2006, 07:02 PM



LinkBack URL
About LinkBacks





Bookmarks