Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Auto Loans
Ringtones
Personal Loans
Insurance
Personal Loans

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Umum & Rileks > Sembang Umum

Closed Thread
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 05-17-2007, 11:21 AM
WC300
 
Join Date: Jan 2007
Posts: 273
blalang is on a distinguished road
iTrader: (12)
Default Mazidul 999 dituduh ambil pil khayal

Source: utusan malaysia

Pengacara TV3 dituduh ambil pil khayal
Oleh HASNURUL MOHAMED

JOHOR BAHRU 14 Mei – Wartawan penyiaran TV3 yang juga bekas pengacara program penyiasatan 999, Mazidulakmal Sidek, 40, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyalahgunakan dadah jenis methamphetamine (pil khayal).

Mazidul didakwa di hadapan Majistret Rashidah Roslee bersama penerbit program 360 terbitan TV3, Fadzli Ramli, 40; rakannya, Johari Sarkon, 34 dan dua wanita iaitu Tumijah Adras, 34 serta Umaisyah Abd. Rahim, 25.

Kelima-lima tertuduh menghadapi tuduhan yang sama iaitu menyalahgunakan methamphetamine ketika ditangkap dalam satu serbuan polis di sebuah disko di Jalan Abdullah Tahir di sini kelmarin.

Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka iaitu Johari menghadapi tuduhan kedua kerana memiliki pil Eramin 5 ketika ditahan.

Ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, kesemua mereka mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan.

Mazidul yang hadir di mahkamah dengan memakai kemeja T tanpa kolar berwarna coklat serta berseluar jean biru kelihatan bersahaja ketika tuduhan dibacakan terhadapnya.

Dia dan Fadzli diwakili peguam bela A. Vimala manakala tiga lagi tertuduh iaitu Tumijah, Umaisyah dan Johari tidak diwakili peguam.

Rashidah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin. Majistret menetapkan kes itu dibicarakan mulai 24 September depan.

Mengikut pertuduhan, Mazidul yang beralamat di Petaling Jaya, Selangor didakwa telah memasukkan atau memberikan dadah berbahaya methamphetamine kepada diri sendiri.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 12 Mei 2007 kira-kira pukul 2.45 pagi di dalam sebuah bilik bernombor 88, Groove City Sdn. Bhd., Jalan Abdullah Tahir di sini.

Tertuduh ketiga, Johari yang juga didakwa atas tuduhan yang sama, turut didakwa atas satu lagi tuduhan berasingan memiliki pil Eramin 5.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama.

Sementara itu, seorang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut ditahan di dalam bilik itu bersama pengacara TV3 itu turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret lain di sini.

Mohd. Nasir Jamil, 23, yang digantung tugas tinggal di Kuarters Depoh, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor dekat sini manakala Johari Mohamed, 34, pula bertugas sebagai anggota penguat kuasa JPJ.

Majistret Rashidah yang juga mendengar kes itu membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin setiap seorang. Perbicaraan juga ditetapkan pada tarikh 24 September depan.

Pendakwaan di kedua-dua mahkamah itu dikendalikan oleh pegawai pendakwa Cif Inspektor David Chong.



ape cite nie mazidul betul ke dia makan pil khayal?.. dalam 999 banyak mulut sangat... "korg nie takde mak bapak ke rempit sana sini nie?", " nak jadi ape korg nie isap dadah?"
__________________
Siapa kata Adsense Tak Boleh Keluar Di Blog Melayu?


Laporan Berbayar Gray Hat.


  #2 (permalink)  
Old 05-17-2007, 11:49 AM
mydeuter's Avatar
Senior Member
 
Join Date: Oct 2006
Posts: 321
mydeuter is on a distinguished road
iTrader: (15)
Default

dia nak test rase kot ...


  #3 (permalink)  
Old 05-17-2007, 12:10 PM
hafiz's Avatar
WC300
 
Join Date: Apr 2007
Posts: 193
hafiz is on a distinguished road
iTrader: (1)
Default

dia pun terpengaruh sama dengan apa yang dia lihat. Asyik tengok je dia. nak juga dia rasa. kalu dah rasa baru feel nak cakap kat dalam tv tu.
__________________


  #4 (permalink)  
Old 05-17-2007, 12:47 PM
Pioneer Member
 
Join Date: Mar 2006
Posts: 749
Shahrul is an unknown quantity at this point
iTrader: (0)
Default

itu tandanya cakap tara serupa bikin


  #5 (permalink)  
Old 05-17-2007, 12:57 PM
taiping_online's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2006
Location: malaysia
Posts: 1,273
taiping_online is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to taiping_online
iTrader: (5)
Default

Aku rasa, mungkin ada orang nak kenakan dia...

x kan kena tangkap cam tu x pasal2...
__________________


  #6 (permalink)  
Old 05-17-2007, 12:57 PM
Junior Member
 
Join Date: Dec 2005
Posts: 188
p_zi
iTrader: (1)
Default

kalau diorang tak bersalah.. ada tak kemungkinan yg diorang di "kenakan" oleh org..
yelah kan rancangan2an dioarng tu laser sgt..


  #7 (permalink)  
Old 05-17-2007, 01:46 PM
percuma's Avatar
WC300
 
Join Date: Sep 2006
Location: Ampang, Selangor
Posts: 710
percuma is on a distinguished road
iTrader: (12)
Default

yang punya diri lebih arif hal ni samada dia bersalah atau tidak.Kalau dijatuhkan hukuman tidak bersalah pun tapi kalau memang dia buat juga, kita pun takleh kata apa.Cuma secara langsung atau tidak, program yang dia jadi pengacara tu dah 'tercemar' sebab orang yang bercakap tu sendiri pun dah involved dalam tu...hehehe


  #8 (permalink)  
Old 05-17-2007, 02:00 PM
e-fun's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2006
Location: Shizuoka, Japan
Posts: 593
e-fun is on a distinguished road
iTrader: (21)
Default

Quote:
Originally Posted by blalang View Post
ape cite nie mazidul betul ke dia makan pil khayal?.. dalam 999 banyak mulut sangat... "korg nie takde mak bapak ke rempit sana sini nie?", " nak jadi ape korg nie isap dadah?"
amboi.. marah ke kt mazidul?

Quote:
Originally Posted by p_zi View Post
kalau diorang tak bersalah.. ada tak kemungkinan yg diorang di "kenakan" oleh org..
yelah kan rancangan2an dioarng tu laser sgt..
rancangan tu lazer cam Edisi Siasat.. awak tak suka ke rancangan 999 tu? saya suka jek..

Quote:
Originally Posted by Shahrul View Post
itu tandanya cakap tara serupa bikin

erm.. ape2 hal pon, belum sabit kesalahan, sebab baru didakwa sebab disyaki..
saya pun tak berani nak komen. Kalau die tak buat pun, tapi kene hukum jugak, tu pun saya tak berani nak cakap apa2. sebab semuanya urusan si Dia..ingin menduga hambaNya.

Kalau dia betul2 buat pun, itulah balasan yg setimpal untuknya.

kita yang mendengar pun, bertenanglah ye.. jangan dikata marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

p/s: terkejut jugak berita ni, kalau dia btul buat,habis rosak susu sebelanga.. Sekian, E-Fun melaporkan dari lokasi kejadian, Berita Tergendala, TV100. hehe
__________________
Diari hidup saya. www.SangPelangi.com


  #9 (permalink)  
Old 05-17-2007, 02:21 PM
TheReds's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2007
Posts: 1,575
TheReds is on a distinguished road
iTrader: (34)
Default

Krew 666 telah bergegas ke lokasi penjara yang terpaksa dirahsiakan dan secara tidak sengaja telah merakamkan temubual berikut:

Banduan xxx: mazideol, awak tahu bnda yang awak buat nih salah?????
mazideol(bukan nama sebenar): saya tahu......(tunduk memandang lantai)

Banduan xxx: abis tu knape awk masih buat???
mazideoll: sy terpaksa sebab sy nak kuruskan berat badan...org lain asik kutuk sy...repoter jenayah ape badan macam tong...nak kejar penjenayah pun x larat...saya tertekan..apapun saya tahu sy bersalah...

Banduan xxx: awk tak syng kan famly awk ker, anak2 awk mcm mn?
mazideol: tu la yg sy nyesal tu...lain kali saya janji x buat lagi..bak kata orang tu..terlajak perahu boleh diundur terlajak tuutttttt.....inilah padahnya..

Banduan xxx: Dah..dah..awak x pyh nak menyesal dan berpantun2..masa dulu ade awk pk semua tu..?

mazideol: Ok...saya janji..lepas ni saya x akan terlibat dgn aktivi x sihat macam ni

Banduan xxx: awk ingat tak dulu awk temuramah saya waktu sy kner
tangkap???heheh
mazideol: saya ingat lagi....x sangka plak jumpe kat sini...
(dengan nada sedih dan menitiskan air mata)

Banduan xxxah..dah..tak payah la menangis..huduh je aku tengok..x per..pas ko duk sini..konfirm ko kurus..

Banduan xxx: ingatlah kpda mereka di luar sn jgn menyusahkan orng lain...bak
kate orng biler dah meludah ke langit, terpalit kat muker
sendri...sy melaporkan untuk tv banduan....
(sambil disambut oleh gelak ketawa banduan-banduan lain yang kebanyakkannya turut pernah ditemubual oleh mazideol)

*Cerita di atas hanya rekaan...
__________________

~A Winner Never Quits~


  #10 (permalink)  
Old 05-17-2007, 02:31 PM
ramfir's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2006
Location: Malaysia
Posts: 779
ramfir is on a distinguished road
iTrader: (16)
Default

Jangan2 macam cerita org putih kot. Buat setup supaya dia bersalah. Mnalah tau kan. Anak datuk ke apa masuk lokap pasal dia, Datuk nipun upah lah orang setup, pastu panggil polis.

~Just one of my imaginations
__________________
Takde benda nak di promot buat masa sekarang. ohh jap, ada:
Blogging To The Bank 3.0


Closed Thread


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 10:58 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0