Jangan tuduh orang kalau kita tak nampak dengan 'mata kepala' sendiri. Tak baik. Banyak lagi benda yang berfaedah yang boleh kita bincangkan selain memfitnah keburukan orang lain. Dalam Al - Quran pun dah tertulis, Allah tidak suka kita membuka keburukan orang lain, kalau kita tidak suka orang lain 'buka' keburukan kita. Allag dah berjanji bahawa Dia akan membuka keburukan di hadapan semua manusia di padang Masyar kelak, sesiapa yang suka membuka keburukan orang lain. Lebih - lebih lagi saudara seagamanya. Nau'zubillah min zallih...
Lagi pun, kes ini sedang dalam siatan polis dan perbicaraan mahkamah. Takut - takut 'kita' di tuduh menganggu siasatan polis dan 'menghina mahkamah'.
Macam mana pula kalau tindakan 'anda' (post dalam forum ini) menyebabkan pemilik dan para moderator forum WC ini didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan? Tentu ramai ahli tak nak perkara itu berlaku kan?
p/s - Ada kalanya mendiamkan diri lebih baik.
