Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Allhamdululillah saya masih diberi kesempatan olehNYA untuk membuat post di sini. Jadi tidak wajarlah jika post-post saya di sini membawa mesej yang tidak dipersetujui olehNYA. Pada hari ini saya ingin memberikan tazkirah kepada semua pembaca dan diri saya sendiri yang jahil ini.
Tazkirah saya bertajuk “Kejayaan Sebenarnya Bukan Milik Kita”. Seperti sedia maklum semua manusia tidak boleh lari daripada memperoleh kejayaan mahupun kegagalan. Namun ramai yang tidak suka kepada kegagalan. Kenapa? Sebenarnya kegagalan atau kejayaan juga merupakan ujian daripada Allah. Itu kita mesti ingat! Walau apapun nikmat yang kita perolehi merupakan ujian Allah nak test sejauh mana keimanan kita kepadaNYA.
Baiklah bila dipuji dengan kejayaan kita sama ada kecil atau besar anda hendaklah segera berasa rendah diri kerana kejayaan bukanlah milik anda. Secara zahirnya memang kita nampak anda yang berusaha untuk memperoleh kejayaan tersebut namun ingat Allah jualah yang mengizinkanya. Tanpa izin Allah, anda berusahalah sampai nak pitam pun anda tidak akan berjaya.
Sepatutnya anda meperoleh pujian dan kejayaan anda perlu lebih kuat beribadat dan bersyukur bukanya membangga-banggakan diri kerana itu semua adalah ujian Allah. Jika kita bangga-bangga dengan kejayaan kita, sebenarnya kita telah gagal dengan ujian Allah! Secara batinya kita telah gagal.
Saya berminat dengan nasyid Puji-Pujian yang dibawa oleh kumpulan Raihan:
Quote:
Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semuanya dari Allah
Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nimat dariNya
Ingatlah Allah bersyukur padaNya
Ucapkanlah Alhamdulillah…
|
Jadi saya ingin menyeru kepada semua pembaca dan saya sendiri.. kita hendaklah bersyukur dengan nikmat yang telah diberi oleh Allah. Tidak terhitung dan tidak ternilai. Jadi siapalah kita di sisinya. Allah tidak akan rugi walaupun kita tidak bersyukur dan beriman kepadanya… TETAPI kitalah yang rugi kerana akan mendapat balasan yang cukup pedih kelak.
sekian wassalam.