Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Free Myspace Layouts
Lockers
The eBay Song
Chase Credit Cards
First Time Home Owners

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Umum & Rileks > Sembang Umum

Reply
 
Thread Tools Display Modes
  #1  
Old 03-31-2007, 11:12 AM
ramfir's Avatar
ramfir ramfir is offline
WC Premium
 
Join Date: Dec 2006
Location: Malaysia
Posts: 949
ramfir is on a distinguished road
iTrader: (30)
Default Keruntuhan Moral Di Kalangan Remaja Masa Kini

Salam warga WC.

Hari ni nak lari skit dari topik Perniagaan Internet.
Saya dalam proses mencari bahan untuk buat laporan pasal tajuk dibawah:

Keruntuhan Moral Di Kalangan Remaja Masa Kini Berada Pada Tahap Yang Amat Membimbangkan.
Sila Analisa Secara Kritikal Isu Utama Dalam Pembangunan Keluarga Di Malaysia dan Kemukakan Strategi Yang Sesuai Bagi Menangani Permasalahan Ini.


Saya ada beberapa soalan yang perlu dijawab pasal tajuk di atas, antaranya:

* Apakah yang menyebabkan keruntuhan moral di kalangan Remaja?
* Apakah kesan situasi ini terhadap economy negara?
* Apakah kesan terhadap socio-economy di kalangan mesyarakat?
* Apakah cara yang terbaik untuk membendungkan kesan ICT terdapat remaja?

Saya harap warga WangCyber.com dapat memberi maklumbalas dan cadangan yang berkaitan tajuk di atas.

Terima Kasih.
__________________
saya tak ada link nak promote buat masa ini.
ohh jap, ada: http://www.impakautoblogfeeder.com
Apa bendanya? ntah... baca la sendiri.


Reply With Quote
  #2  
Old 03-31-2007, 01:07 PM
AmirulFaisyal's Avatar
AmirulFaisyal AmirulFaisyal is offline
WC Premium
 
Join Date: May 2006
Location: SisPlex, Malaysia
Posts: 522
AmirulFaisyal is on a distinguished road
iTrader: (7)
Default

Sedang elok...saya pun tengah nak siapkan assigment agama yang hampir sama dengan ni. (mod, sori topik lari harini, )

Perlu diketahui moral dan akhlak sangat berbeza pengertiannya. Kalau Ramfir rujuk masalah keruntuhan ni pada remaja Melayu yang beragama Islam, ianya lebih kepada keruntuhan akhlak, bukannya moral.

Definisi ni mungkin boleh membantu:

Akhlak

-Bahasa(Arab); al-akhlak, iaitu plural/kata jama' dari al-khuluq' yang bererti budi pekerti, tingkah laku dan tabiat(Mustafa Hj. Daud, 1996:4 ). Perkataan ini pula adalah pecahan dari perkataan 'al-khalaq' yang bererti ciptaan (Harun Din, 1985: 143)

-Al Ghazali: "Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran (lebih dahulu)"

Moral

-Latin-Kata dasarnya "mores"-kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan piawai atau norma kelompok.

Berbalik kepada persoalan:

* Apakah yang menyebabkan keruntuhan moral di kalangan Remaja?

-Banyak faktor saya kira. Yang paling dekat dengan kita, ibubapa tu sendiri. Hasil pendapatan untuk menyara anak-anak tu dari mana? Halal atau haram?
Dan kalau haram, ianya dah jadi darah daging. Kesan dia? Masalah yang dibincangkan tu la.

* Apakah kesan situasi ini terhadap economy negara?

-Hm, kesan terhadap ekonomi, kalau based pada kertas kerja saya, kalau akhlak tak baik, ekonomi pun akan efek tak baik jugak. Macam mana? Zakat tak bayar, tak adil dalam muamalat, riba' dan amalan-amalan ekonomi konvensional.

* Apakah kesan terhadap socio-economy di kalangan mesyarakat?

-Yang ni saya tak mampu nak jawab. Saya pun tak jelas macam mana.

* Apakah cara yang terbaik untuk membendungkan kesan ICT terdapat remaja?

-Nak membendung mungkin mustahil. Tapi kalau nak sama-sama membina akhlak mereka melalui ICT, saya rasa tak mustahil. Analogi dia macam ni:

" Teknologi Bluetooh, orang boleh sebar video-video lucah dengan mudah. Boleh ke kita nak bendung? Nak hentikan penggunaan telefon bimbit yang mempunyai Bluetooth?

Pastinya tak boleh sebab akan satu side lagi yang berfikiran positif akan menentang. Solusi dia, kita create banyak-banyak ayat-ayat al-Quran peringatan, dan buatkan dia boleh transferable via Bluetooth.

Itu yang saya maksudkan membangun bersama ICT dalam membanteras masalah sosial ni.

*Kemukakan Strategi Yang Sesuai Bagi Menangani Permasalahan Ini.

-Penglibatan secara menyeluruh semua golongan masyarakat, untuk sama-sama saling ingat mengingati sesama kita. InsyaAllah, ada harapan untuk menangani masalah ni.

Itu sikit sebanyak isi yang saya sendiri kumpul untuk assigment ni. Harap dapat membantu Ramfir.


Reply With Quote
  #3  
Old 03-31-2007, 02:11 PM
ramfir's Avatar
ramfir ramfir is offline
WC Premium
 
Join Date: Dec 2006
Location: Malaysia
Posts: 949
ramfir is on a distinguished road
iTrader: (30)
Default

Terima kasih AmirulFaisyal,
kalay saya ada apa2 bahan untuk dikongsi, saya post kat sini.
__________________
saya tak ada link nak promote buat masa ini.
ohh jap, ada: http://www.impakautoblogfeeder.com
Apa bendanya? ntah... baca la sendiri.


Reply With Quote
  #4  
Old 03-31-2007, 10:55 PM
reezluv's Avatar
reezluv reezluv is offline
WC Premium
 
Join Date: Jun 2006
Location: ee-poh
Posts: 2,234
reezluv is an unknown quantity at this point
iTrader: (25)
Default

aku pun taktau la camne leh jadi camni..ilmu agama memang kureng kot..tu pasal la jadi camni..bagi org pompuan skang ni plak..maruah atau kehormatan bagi dpa tak gitu penting dah..yang penting depa kawin je..depa taktau yang dosa tu kekal walau depa kawin sekali pun..nampak sangat remaja skang takleh nak pikir panjang dan ternyata pengetahuan agama mereka amat cetek..bagi mereka ilmu agama ni boring dan sesuai untuk org2 yang tahap ustaz je..dan lagi satu bile dinasihat..inilah yang akan selalu keluar...Ala..ko pun bukan baik sangat..nak nasihat org...


Reply With Quote
  #5  
Old 04-01-2007, 02:11 AM
carllys's Avatar
carllys carllys is offline
Pioneer Member
 
Join Date: Dec 2006
Posts: 813
carllys is on a distinguished road
iTrader: (3)
Default

tanda-tanda kiamat dah banyak dah...

gejala sosial mmg teruk skrg nie.. kalau setakat 'zina' tuh.. bebudak sekolah pun dah ramai... ishk... dunia..sunia..


Reply With Quote
  #6  
Old 04-01-2007, 02:24 AM
sazkul's Avatar
sazkul sazkul is offline
Junior Member
 
Join Date: Mar 2007
Location: Malaysia
Posts: 109
sazkul is on a distinguished road
iTrader: (1)
Thumbs up

Keruntuhan moral berlaku pada persekitaran di mana orang di sebelah rumah tak tau saper yang tinggal kat sebelah rumah. Remaja tidak boleh dimanjakan, mereka perlu di'tempeleng' sepenuh hati jika sudah tidak ambil berat pasal agamanya.


Reply With Quote
  #7  
Old 04-01-2007, 03:58 PM
code7's Avatar
code7 code7 is offline
WC Premium
 
Join Date: Dec 2005
Location: On WorkStation
Posts: 1,350
code7 is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to code7
iTrader: (2)
Default

Quote:
Originally Posted by sazkul View Post
Remaja tidak boleh dimanjakan, mereka perlu di'tempeleng' sepenuh hati jika sudah tidak ambil berat pasal agamanya.
mak ai... byk le yg kene makan lempeng nanti.. keke..

mende ni berkait.. dari sistem kekeluargaan yang pincang sehinggalah sistem kenegaraan yang kureng berkesan menangani masalah kebejatan moral dan etika..

sstgh remaja bermasalah dtgnya daripada family yg bermasalah spt bercerai berai, penderaan, dadah dan sebagainya yg gagal mencorakkan personaliti remaja yg positif.. manakala dari sistem masyarakat itu sendiri yg ada kalanya tidak 'peduli'.. kadangkala jiran sebelahpun tara kenal.. ini berlaku di bandar.. dah byk sikap2 individualistik ini menular dan menyebabkan masyarakat kureng harmonis.. bila remaja rumah sebelah atau taman sebelah buat hal mereka hanya buat2 tak tau.. kenkadang ada yg buat 'projek' di dalam kete di tepi taman perumahan pun tak ambil peduli... msyrkt bandar mcm ni dah tak bersatu sgt.. kalo di kampung tu rasanya masih lagi terkawal.. itupun ada kes dadah di felda2 yg mana masalah moral ni meruncing...

sistem kenegaraan ni tak yah cakaplah... masing2 tau masalah merogol makin meningkat disebabkan pelbagai faktor termasuk perundangan yg tidak lagi 'berkesan' bagi menakutkan pelakusalah merogol atau mencabul... cuba lah ganti hukuman sebat dan penjara perogol kepada hukum hudud.. sure mereka2 tu takut nak merogol/mencabul... Islam ini agama sejahtera selamat... sebab itulah hukum hudud ini berfungsi utk memelihara masyarakat daripada masalah moral dan etika, bukannya sekadar nama agama sahaja tetapi praktisnya perlu diamalkan...
__________________


Twitter - http://twitter.com/rahsiaebiz
Facebook - Fahmy aka Code7
Download Percuma - Rahsia 30 Tools Usahawan Internet


Reply With Quote
  #8  
Old 04-01-2007, 04:29 PM
Imo Imora's Avatar
Imo Imora Imo Imora is offline
Senior Member
 
Join Date: Sep 2006
Location: Kuantan, Pahang, Malaysia, Bumi ALLAH S.W.T.
Posts: 385
Imo Imora is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Imo Imora
iTrader: (4)
Default

Kisah remaja berzina ni bukan satu kisah tahyul lagi. Benda ni dah semakin merebak kat Malaysia ni dan sudah pun menjadi trend.

Itulah jadinya kalo hiburan disogok setiap hari. 'Diorang' ni x fikir ke benda ni memang memberi kesan? Kalo agama kita dah kata haram jadi haram la jadinya.. jangan nak belok sampai kata halal pula.

Ntah la.. apa yang penting sekarang kita jaga diri kita dan saudara mara kita yang terdekat. Berdoa agar diselamatkan dari cubaan akhir zaman ini.

P/S: Malas nak cerita lebih..
__________________
Image Hosted by ImageShack.us

>>> Jom Jimat Minyak! TELAH TERBUKTI!

Call/SMS: 016-9400039


Reply With Quote
  #9  
Old 04-01-2007, 04:41 PM
taiping_online's Avatar
taiping_online taiping_online is offline
WC300
 
Join Date: Dec 2006
Location: malaysia
Posts: 1,274
taiping_online is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to taiping_online
iTrader: (5)
Default

Quote:
Originally Posted by ramfir View Post
Saya ada beberapa soalan yang perlu dijawab pasal tajuk di atas, antaranya:

* Apakah yang menyebabkan keruntuhan moral di kalangan Remaja?
* Apakah kesan situasi ini terhadap economy negara?
* Apakah kesan terhadap socio-economy di kalangan mesyarakat?
* Apakah cara yang terbaik untuk membendungkan kesan ICT terdapat remaja?
Yang menyebabkan keruntuhan moral di kalangan Remaja selalunya diri remaja tu sendiri dan ibu bapanya sekali...

salah remaja sebab suka hiburan je... salah ibu bapa sebab x tahu ikut perkembangan semasa... maksudnya dok buat hal org. tua-tua je...

anak kat rumah dress up cam gangster pun diorang x tahu dress up tu melambangkan sesuatu kumpulan gangster.

Kesannya kepada situasi negara sebenarnya bukan secara direct! dia lebih kepada impak daripada impak... maksud saya, drpd. masalah diorang tu, akan memberi impak besar dalam satu-satu hal! lepas tu, impak besar tersebut akan memberi lagi satu impak besar juga kepada ekonomi negara. Kes ni lebih kurang macam letupaan atom...

cara terbaik? saya pun x tahu nak kasi idea cam mana... sepatutnya, kubur sendiri masing-masing jaga... tapi masalahnya sekarang remaja x tahu langsung apa maksundnya kubur!

Untuk remaja yang macam tu, saya nak jelaskan definasi sebenar kubur supaya anda sedar... kubur merupakan satu tempat yang terletak beberapa kaki dalam tanah. Bila anda mati, anda akan di masukkan ke dalam tu dan di biarkan sengsorang! Waktu tu, taiko ke... ape ke... semuanya dah x de! Tinggal anda sorang-sorang menerima azab kubur yang amat pedih! Sekuat mana anda kat dunia, kena rembat sekali kat neraka memang memedihkan! Sedarlah ye...

Apa-apa pun, sebab dah di tanya... saya kongsi gak idea! Bagi saya, gov. kena block beberapa laman web yg. brsifat bebas... itu je...

Sedarlah anda wahai remaja Malaysia sebelum anda tersedar sewaktu dalam neraka!


Reply With Quote
  #10  
Old 04-01-2007, 04:43 PM
ramfir's Avatar
ramfir ramfir is offline
WC Premium
 
Join Date: Dec 2006
Location: Malaysia
Posts: 949
ramfir is on a distinguished road
iTrader: (30)
Default

Quote:
Originally Posted by code7 View Post
mak ai... byk le yg kene makan lempeng nanti.. keke..

mende ni berkait.. dari sistem kekeluargaan yang pincang sehinggalah sistem kenegaraan yang kureng berkesan menangani masalah kebejatan moral dan etika..

sstgh remaja bermasalah dtgnya daripada family yg bermasalah spt bercerai berai, penderaan, dadah dan sebagainya yg gagal mencorakkan personaliti remaja yg positif.. manakala dari sistem masyarakat itu sendiri yg ada kalanya tidak 'peduli'.. kadangkala jiran sebelahpun tara kenal.. ini berlaku di bandar.. dah byk sikap2 individualistik ini menular dan menyebabkan masyarakat kureng harmonis.. bila remaja rumah sebelah atau taman sebelah buat hal mereka hanya buat2 tak tau.. kenkadang ada yg buat 'projek' di dalam kete di tepi taman perumahan pun tak ambil peduli... msyrkt bandar mcm ni dah tak bersatu sgt.. kalo di kampung tu rasanya masih lagi terkawal.. itupun ada kes dadah di felda2 yg mana masalah moral ni meruncing...

sistem kenegaraan ni tak yah cakaplah... masing2 tau masalah merogol makin meningkat disebabkan pelbagai faktor termasuk perundangan yg tidak lagi 'berkesan' bagi menakutkan pelakusalah merogol atau mencabul... cuba lah ganti hukuman sebat dan penjara perogol kepada hukum hudud.. sure mereka2 tu takut nak merogol/mencabul... Islam ini agama sejahtera selamat... sebab itulah hukum hudud ini berfungsi utk memelihara masyarakat daripada masalah moral dan etika, bukannya sekadar nama agama sahaja tetapi praktisnya perlu diamalkan...
maknanya sistem kenegaraan perlu diubah atau ditukar kerana kurang sesuai dengan keadaan sekarang ye code7?...

Sebab 2 lah kerajaan sekarang mewujudkan PLKN untuk remaja lepasan sekolah untuk belajar pasal kenegaraan. Adakah PLKN berkesan?
Ada sapa2 kat sini ikut PLKN tak?
__________________
saya tak ada link nak promote buat masa ini.
ohh jap, ada: http://www.impakautoblogfeeder.com
Apa bendanya? ntah... baca la sendiri.


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are Off
Pingbacks are Off
Refbacks are Off

Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Joomla! adalah WEB masa depan.... kini semua org boleh milikinya.. code7 Pembangunan Web 90 02-12-2009 03:47 PM
Masa itu emas! Jadi, bagaimanakah cara anda menguruskan masa ? lynn Sembang Umum 6 10-15-2008 12:08 PM
Rahsia Satay DIY kini dilancarkan walikard WTS : Pengiklanan & Pemasaran 7 02-11-2007 10:47 PM
RAHSIA FOREX!!Kini terbongkar!!! Ajeem WTS : Pengiklanan & Pemasaran 3 08-13-2006 05:19 AM
#NO.1 TEKNIK KEWANGAN TERHEBAT MASA KINI! vision2020 WTS : Pengiklanan & Pemasaran 4 03-10-2006 08:18 PM


All times are GMT +8. The time now is 02:43 PM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.8.0
Copyright ©2000 - 2009, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0