Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Mortgage Calculator
Property for sale in Spain
Ringtones
Loans
CIA Bike insurance cover

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Umum & Rileks > Sembang Umum

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #11 (permalink)  
Old 03-06-2007, 03:34 PM
ApOgEE's Avatar
Junior Member
 
Join Date: Jan 2007
Location: Ampang, KL
Posts: 153
ApOgEE is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to ApOgEE
iTrader: (0)
Default

hmmm.. kalo ikut cara pengajaran lama... dah tak kena dengan zaman. kalo ikut cara pengajaran baru... ada sesapa yg dah buat research ke?

Aku rasa lah... memang betul semua orang kena libatkan diri dalam mendidik generasi baru ni. Dalam pada itu, yang paling penting... patut diwujudkan sebuah badan yang mengkaji cara didikan berkesan untuk anak2 masa kini...

Kenkadang aku tengok pun sakit hati gak bila nampak bebudak sekarang ni kurang ajar sangat ngan mak bapak... kurang ajar ngan orang tua... Nak kata tak sekolah agama, sekolah agama dah. Nak kata tak semayang, tak baca quran, dah buat dah semua. Nak kata tak tau halal haram, tau gak tuh... tapi kalo dia nak buat perangai tu dia buat gak... Kalo yang ada didikan agama pun gitu, apatah lagi yang takde ye tak?
__________________
The Rojak Blog <-- .: My personal Scrap book - Don't kill yourself for not reading it! :.
Reggae And SKA <-- .: Dedicated to all Reggae and SKA fans :.
Art Of ApOgEE <-- .: Art is everything when you see everything is art :.
Coder's Talk <-- .: Who love programming should love to read this :.


Reply With Quote
  #12 (permalink)  
Old 03-06-2007, 03:58 PM
alang's Avatar
SZAB Network
 
Join Date: May 2006
Posts: 761
alang will become famous soon enoughalang will become famous soon enough
iTrader: (19)
Default

cikgu skrg byk pressure. Bukan setakat kena ngajar jer, tapi dah macam2 keje kena buat. So tak heran la kalau kadang2 diorang boleh lost control dgn perangai sesetengah budak yg macam pelesit.

Sbg cth, bini saya dah pukul 4 ni pun blm balik lagi, ada mesyuarat, boleh dikatakan tiap2 hari ada jer keje kat sekolah.


Reply With Quote
  #13 (permalink)  
Old 03-06-2007, 04:14 PM
percuma's Avatar
WC300
 
Join Date: Sep 2006
Location: Ampang, Selangor
Posts: 710
percuma is on a distinguished road
iTrader: (12)
Default

betul la..student makin ramai..perangai pulak makin pelik-pelik sebab budak sekarang ni tak macam dulu.Budak kecik pun dah bawak hp pergi kelas.Kadang-kadang tu ibu bapa ni semata-mata mengharap cikgu mendidik sedangkan diorang langsung tak ambik kisah pendidikan anak-anak tu sendiri.

Budak-budak sekarang pun dah pandai buat jenayah..kalau camtu memang patut la panggil polis


Reply With Quote
  #14 (permalink)  
Old 03-06-2007, 04:46 PM
hasrul's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2005
Location: johor
Posts: 667
hasrul is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to hasrul
iTrader: (5)
Default

Ibu bapa dan guru sepatutnya saling mendidik. Tidak cukup hanya di sekolah atau sebaliknya.

Anak saya umur 5 tahun, baru jer saya tukarkan sekolah.

Apa taknya, dah 3 kali kena kat sekolah dengan kawan-kawan. Mula-mula tangan bercalar (sabar jer), kali kedua pulak hidung bercalar (sabar lagi), kali ketiga muka kena cucuk dengan pensel 3 kali (satu dekat dengan mata, satu dekat dengan telinga, satu lagi dekat dengan mulut), kawan-kawan dia kerjakan. Nak marah tak boleh (budak-budak), nak panggil polis pun tak lepas lagi (budak-budak)..... Kalau kes cam ni, mak bapak salah... tak didik kat rumah.
__________________
ImpianWanita.com


Hasrul.net


Reply With Quote
  #15 (permalink)  
Old 03-09-2007, 09:25 PM
Roshatika's Avatar
New Member
 
Join Date: Mar 2007
Location: Port Dickson
Posts: 37
Roshatika is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Terima kasih kepada uzair dan semua pembaca yang membincangka perkara ini. Sebenarnya budak yang dimaksudkan adalah anak keempat saya yang bersekolah di SK Panglima Adnan, PD.

Inilah kali pertama saya berhadapan dengan masalah ini kerana kakak-kakak dan abangnya tidak pernah melakukan kesalahan seperti ini.

Saya sebenarnya bukan menyokong anak saya. Bagi saya yang salah tetap salah walaupun kesalahan yang kecil atau kenakalan sahaja.

Walaubagaimanapun tindakan sekolah boleh juga dipertikaikan. Saya rasa tindakan yang paling baik adalah dengan memberikan nasihat dan bukannya dengan merotan, berdiri diperhimpunan atau memanggil polis.

Saya setuju tindakan rotan dikenakan setelah nasihat diberikan tetapi kesalahan sama dilakukan, tetapi biarlah dilakukan tanpa memalukan murid-murid ini. Seeloknya dilakukan di dalam bilik yang tidak diketahui oleh murid-murid yang lain.

Bagi denda kedua iaitu berdiri diperhimpunan saya rasa kaedah tersebut tidak dapat diterima langsung. Tindakan ini akan memalukan dan menjatuhkan maruah murid-murid ini. Walaupun mereka masih kanak-kanak lagi mereka sebenarnya sudah mempunyai perasaan malu. Menjadikan mereka objek bersalah untuk memberi pengajaran kepada murid-murid lain sebenarnya kita telah mengorbankan mereka ini. Tindakan tersebut akan menyebabkan mereka di pulau oleh kawan-kawan mereka dan kebarangkalian untuk mereka melakukan kesalahan yang lebih besar adalah tinggi. Akhirnya mereka akan terus melakukan kesalahan untuk menarik perhatian dan yang lebih merisaukan mereka akan berbangga dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Bagi denda ketiga, saya rasa ini satu tindakan yang tidak masuk akal, Sedar tak cikgu-cikgu semua yang sebenarnya kita sedang melentur rebung dan bukannya buluh. Murid-murid ini bukannya menolak nasihat dan tunjuk ajar malah mungkin mereka pun tidak sedar perbuatan mereka sebenarnya satu kesalahan. Tindakan memanggil polis adalah jalan terakhir sekiranya murid-murid ini tidak dapat dikawal lagi. Sewenang-wenang menyerahkan pentadbiran kepada pihak polis amatlah dikesalkan.

Akhir sekali saya ingin menyatakan, berhati-hatilah dengan tindakan-tindakan kita kerana murid-murid ini dilahirkan dengan fitrah seperti kain putih. Kitalah ibu-bapa dan cikgu-cikgu yang mencorakkan mereka.........

Sekian.


Reply With Quote
  #16 (permalink)  
Old 03-09-2007, 09:44 PM
taiping_online's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2006
Location: malaysia
Posts: 1,273
taiping_online is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to taiping_online
iTrader: (5)
Talking

Roshatika,

saya minta maaf banyak-banyak sebab saya tidak bersetuju ngan pendapat anda! Sesetengahnya boleh diterima dan sesetengahnya tidak.

I know teachers condition coz my mother is a teacher... I know what she feels... I know what her problems and everything about the school...

Dia pun kekadang tu naik marah dengan sikap segelintir ibu bapa yang terus menyalahkan guru... coz when the students in the school, the teachers are watching them... not the parent...

Attitude pelajar lain sama sekali jika di bandingkan di rumah dan di sekolah... I'm not saying that you're wrong...

Dulu, para ulamak waktu tuntut ilmu, diorang kena lagi teruk... waktu tu sistem pembelajaran sekolah pondok je... Pastu, pelajar sendiri kena cari cikgu kalo betul-betul nak blajo...

Tapi sekarang, bila nak tuntut ilmu, bukan cikgu yang di utamakan... tetapi pelajar! Cikgu bukan suka hukum budak dengan mem**** buta... if they think the action is good for your son/daughter, they will do it!

Ingat! Tugas cikgu, mendidik student di sekolah... bila diorang balik rumah, it's your turn to take care of your child... Cikgu menjalankan tanggungjawab dan amanah untuk mendidik pelajar.

Terima sahaja apa yang diorang buat selagi benda tu x memudaratkan para pelajar...
__________________

Last edited by Badruzamani Bin Azmi; 03-10-2007 at 08:33 AM.


Reply With Quote
  #17 (permalink)  
Old 03-09-2007, 10:11 PM
Roshatika's Avatar
New Member
 
Join Date: Mar 2007
Location: Port Dickson
Posts: 37
Roshatika is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Terima kasih Taiping_online, saya sebenarnya sangat berterima kasih kepada pendidik-pendidik semua, kerana mereka semualah saya menjadi seorang manusia (kalaupun bukan sebagai seorang insan).

Tetapi zaman telah berubah, perbandingan dengan sekolah-sekolah pondok saya rasa sudah tidak relevan lagi. Lagipun tidak pernah ada sebarang kajian secara ilmiah dilakukan bagi menentukan berapa peratus pelajar sekolah pondok yang berjaya?.

Pada masa sekarang budak-budak bukan sahaja dipengaruhi oleh ibu bapa dan guru-guru tetapi persekitaran juga memainkan peranan. Ini termasuk rakan sebaya, TV dan juga internet.

Walaubagaimanapun masa mereka yang panjang sebenarnya dihabiskan dengan guru mereka iaitu dari 7.00 pagi - 5.00 petang (Termasuk kelas agama petang).

Kalau nak dikirakan masa dengan ibu bapa hanyalah sekitar 5 jam sahaja apabila ditolak masa tidur mereka. Cikgu menjadi idola mereka kerana anak saya selalu tidak dapat menerima pandangan saya sekiranya bercanggah dengan pandangan cikgu mereka.

Oleh itu bagi saya cikgu memainkan peranan yang besar kepada murid-murid. Kata orang `kalau cikgu kencing berlari, anak murid kencing berlari-lari....'.

Saya menyanjungi tugas guru sebagai pendidik dan saya masih merasakan kes terhadap anak saya adalah kes yang terpencil dan bukanlah menjadi amalan pendidik-pendidik kita.

Ingat-mengingati saya rasa tak salah kan...........?


Reply With Quote
  #18 (permalink)  
Old 03-09-2007, 10:11 PM
muhdmuax's Avatar
Missing In Action
 
Join Date: Mar 2006
Location: Penang Hogward High School
Posts: 795
muhdmuax is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to muhdmuax Send a message via Skype™ to muhdmuax
iTrader: (0)
Default

Nasib ler cikgu tu tak dapat anak murid cam saya.


Reply With Quote
  #19 (permalink)  
Old 03-09-2007, 10:18 PM
taiping_online's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2006
Location: malaysia
Posts: 1,273
taiping_online is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to taiping_online
iTrader: (5)
Talking

yup! Roshatika,

Now, it sounds better...

Sebenarnya, x de bezanya zaman dulu ngan sekarang... cuma cara sahaja yang berbeza... releven ke tidak, itu bergantung kepada peredaran masa... walaupun bumi berputar 500 kali sekalipun, men are still men... biarpun kita manusia abad ke 21(betul ke?) kita masih sama ngan manusia pada abad pertama...

Yeah! I guess you're right... cikgu menjadi idola para pelajar! Tapi, itulah pasal mak saya slalu kata... pukul tandanya sayang sebab guru nak ingatkan kita... kalo x pukul, itu baru sepatutnya kita marah pasal nampak sangat cikgu x herankan kita... hahahaha

walau apapun, don't ever blame the teacher... lainlah kalo cikgu tu ketuk kepala budak ngan kasut tumit tinggi

ok! Kirim salam kat anak anda!
__________________


Reply With Quote
  #20 (permalink)  
Old 03-10-2007, 02:36 AM
mysticmind's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2006
Posts: 1,401
mysticmind is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to mysticmind
iTrader: (5)
Default

Puan Tuan Roshatika,

kalau yang 'menyebabkan' anak anda selalu dihukum itu adalah dari SEORANG cikgu, maka wajar kita katakan guru tersebut sudah mark atau anti anak anda.
(kekadang tahap emo cikgu2 sekarang bukan bleh kire juga)

Tapi jika 'bukan seorang cikgu' sahaja, ada benarnya anak anda melakukan salah.

Saya merujuk kepada adik saya sendiri, dirumah baik, disekolah pun belajar nampak ok. Tapi ada juga yang tidak oknya.. contohnya, bila cikgu marah dia semacam membantah dan mengejek.. atau lebih tepat dalam istilah perkataan 'mempermain-mainkan' arah orang atau larangan orang.

yang mana bukan saja menyebabkan cikgu semakin sakit hati dan marah (walaupun pada awalnya hati dia berkata - ah budak2, abaikan).

Sehingga adik saya tersebut bersekolah di asrama, sikap nye yang sering buat seperti itu menyebabkan ramai kawan dan senior sakit hati, jadi dia kena buli, kene ragging dan berlakulah pergaduhan dan dia selalu juga ditumbuk/bertumbuk. Perangai ini semakin ketara bila dia semakin besar, tidak boleh ditegur dan semakin menceceh kalau orang nasihat dan arah apa2, even bende yang remeh temeh.. sikap yang mengada2 itu mmg menyakitkan hati.

Individu2 seperti ini lazimnya bakal menjadi mangsa kemarahan orang kerana sikap ejek-ajuk nya. Sehingga saya berkata padanya, "Ko kalau buat lagi perangai macam nih, kene bantai dengan budak kat asrama, ****** aku tak nak tolong/ambik tau, buang perangai huduh tuh dulu". So far, after form 3 dah ok dah, dia buang tebiat tuh/mungkin dia dah makin besar.. (saya adalah anak sulung yang tegas juga pada adik2)

Dan lazimnya bende nih berlaku pada anak yang lebih sedikit manja dan rapat pada orang tuanya serta kemahuannya selalu diikut.

Sekian,
Sekadar menyampaikan sedikit pengalaman. "Tidak semua depan mata kita itu benar sangat".

Last edited by mysticmind; 03-10-2007 at 02:40 AM.


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Jika pelajar membuat e-biz Labanon Perniagaan Internet 128 01-29-2008 10:35 AM
Jika Pelajar Membuat ebook Labanon Sembang Umum 30 04-07-2007 09:20 AM
Simple Atau Crowded? affuone Sembang Umum 11 01-02-2007 10:51 AM
blogspot atau wordpress??... okay ker... aperd1 Teknik Pemasaran Internet 35 12-31-2006 01:09 AM
MLM atau direct selling...? nathipong Perniagaan Internet 2 09-19-2006 11:33 AM


All times are GMT +8. The time now is 02:49 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0