Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Mortgages
Loans
Loan
Magazine Subscription
Ringtones

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Umum & Rileks > Sembang Umum

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 03-06-2007, 02:03 AM
Imo Imora's Avatar
Senior Member
 
Join Date: Sep 2006
Location: Kuantan, Pahang, Malaysia, Bumi ALLAH S.W.T.
Posts: 385
Imo Imora is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Imo Imora
iTrader: (4)
Default Kalau dicemburui.. tandanya BERJAYA!

ORANG CEMERLANG AKAN DIMUSUHI ORANG TIDAK CEMERLANG.
ORANG BERJAYA AKAN DIMUSUHI OLEH ORANG YANG TIDAK BERJAYA.
ORANG CERDIK AKAN DIMUSUHI ORANG TIDAK CERDIK.
ORANG BAIK AKAN DIMUSUHI ORANG TIDAK BAIK.


Tok imam akan dimusuhi kaki judi. Polis akan dimusuhi perompak. Orang cantik akan dimusuhi orang buruk. Orang hebat akan dimusuhi oleh orang tidak hebat.

Apa nak hairan, sifir kehidupan memang macam tu. Baik lawannya buruk, neraka lawannya syurga. Kalau anda baik dan anda dimusuhi orang jahat, itu biasa sebab memang kerja orang jahat memusuhi orang baik. Selalunya orang jahat bergabung untuk bermusuh dengan orang baik.

Kalau anda berjaya berdiri di puncak, kemudian anda dimusuhi orang, apa nak hairan, memang manusia gagal akan bertindak begitu. Jarang orang gagal belajar dari kegagalannya. Jarang orang gagal mahu membina kejayaan setelah menempuh kegagalan, sebaliknya memang ramai orang gagal sakit hati dengan orang berjaya dan akan cuba melakukan bermacam-macam perkara untuk menggagalkan orang berjaya itu.

Saya menerima kes seorang peniaga pasar malam sakit ditimpa sakit misteri dan dia mengesyaki orang yang menyebabkan dia sakit adalah rakan niaga di pasar malam yang sama. Masalahnya sebab dia seorang yang lebih berjaya berbanding rakan niaga tadi. Maka dia pun dimusuhi kerana kejayaannya itu.

Apa nak hairan, memang kebanyakan manusia berperibadi rendah akan berbuat seperti itu untuk naik mengatasi saingannya.

Seorang guru cemerlang akan dimusuhi oleh guru tidak cemerlang. Seorang pengetua terbilang akan dimusuhi oleh pengetua tidak terbilang. Seorang kaunselor yang boleh menyebarkan khidmatnya secara meluas akan dimusuhi oleh kaunselor yang terbatas bidang tugasnya.

Apa nak hairan, memang manusia begitu. Jarang hendak memperbaiki diri dan bersaing secara sihat, sebaliknya mencari jalan bagaimana hendak jatuh menjatuhkan.

Seorang rakan memberitahu saya, suatu hari tatkala dia sedang makan sotong sumbat di sebuah kedai, tidak semena-mena keluar beberapa ekor ulat dari sotong sumbat itu dan ulat-ulat itu hidup. Macam mana boleh ada ulat, sedangkan sotong itu masih panas lagi?

Perbuatan siapakah ini? Apakah perbuatan orang yang sama cemerlang atau mereka yang jauh ketinggalan? Jarang orang yang cemerlang ada masa untuk melakukan berbagai-bagai perkara untuk melingkupkan perniagaan orang lain, tetapi selalu berlaku orang yang ketinggalan ada banyak masa untuk jatuhkan orang cemerlang itu.

Jika hal semacam ini berlaku ke atas diri anda, usahlah kecewa, sebab memang manusia itu macam-macam. Sejak dulu hingga kini, dunia terpaksa menyimpan orang tidak cemerlang untuk sama-sama melata diatasnya bersama-sama orang yang cemerlang.

Orang tidak cemerlang tidak akan suka buat apa yang dilakukan oleh orang cemerlang.

Maka orang tidak cemerlang ini akan melakukan bermacam-macam perkara yang bertentangan. Dia akan menggunakan bermacam-macam saluran untuk menjatuhkan anda. Dia akan menggunakan saluran internet, SMS broadcasting, akhbar, risalah, malah dari mulut ke mulut.

Apa nak hairan sangat, manusia gemilang lawannya manusia keciciran. Biarlah mereka terus tercicir dengan pelbagai hal yang bakal menambahkan lagi dosa mereka sedang anda menerima pahala percuma atas perbuatan mereka.

Mengapa perlu sakit hati sangat? Tidak perlu, teruskan kerja anda, sampai ketikanya nanti anda semakin berada di puncak sedangkan dia semakin jauh di jurang yang dalam.

Kredit: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

P/S: Jika anda masih remaja dan inginkan motivasi diri dan juga perniagaan sila lawati saya di www.imoimora.com. Ayuh bangsa Melayuku.. bangkitlah!!!
__________________
Image Hosted by ImageShack.us

>>> Jom Jimat Minyak! TELAH TERBUKTI!

Call/SMS: 016-9400039

Last edited by Imo Imora; 03-06-2007 at 02:12 AM.


Reply With Quote
  #2 (permalink)  
Old 03-06-2007, 10:40 AM
whitelim's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2007
Posts: 411
whitelim is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

salam,
Satu peringatan yang cukup lengkap untuk menjalani kehidupan seharian.Kalau kita tahu kita benar dan jujur, tak perlu layan sikap dan MINDSET orang sebegini.
Sebab:-
Ia akan melambatkan kita untuk maju lebih jauh
Ia akan membantutkan segalanya.
Kita tidak akan berubah, malah akan jauh kebelakang.
Olih itu,
Befikiran positive
Baik sangka
Terus berusaha tanpa rasa jemu
Berdoa
Tawakal.
Serah diri bulat-bulat kepada MALIK.
Insallah......Malik akan lindungi kita dunia dan akhirat.

Terima kasih
__________________
Why does network marketing sound so good in theory...
yet never seem to play out that way in practice? get the answer now :-

http://ruslanjohari.the7greatliesofnetworkmarketing.com


Reply With Quote
  #3 (permalink)  
Old 03-06-2007, 11:51 PM
taiping_online's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2006
Location: malaysia
Posts: 1,273
taiping_online is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to taiping_online
iTrader: (5)
Talking

Ada sesiapa yang cemburu ngan saya x? setakat ni saya rasa, belum ada lagi sebab saya masih belum buktikan apa-apa kejayaan saya! Tapi ingat, dia-diam ubi berisi! Walaupun nampak senyap cam toyol... saya bergerak dalam senyap! Insya-Allah... saya akan jadi remaja harapan negara!
__________________


Reply With Quote
  #4 (permalink)  
Old 03-07-2007, 01:36 AM
Imo Imora's Avatar
Senior Member
 
Join Date: Sep 2006
Location: Kuantan, Pahang, Malaysia, Bumi ALLAH S.W.T.
Posts: 385
Imo Imora is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Imo Imora
iTrader: (4)
Default

Ya.. satu semangat yang bagus tu Taiping. Harap ada ramai lagi remaja muda seperti Taiping di Malaysia ni. Barulah betul remaja berjaya tunggak harapan negara.

Tapi tu la ada satu soalan yang saya nak tanya kepada semua, kenapa bangsa kita mencatatkan statistik mempunyai P.H.D yang paling tinggi ye? Senang sikit 'mulalah'.

Agak2 la bangsa lain ada x berperangai begitu? Anda ada pengalaman?
__________________
Image Hosted by ImageShack.us

>>> Jom Jimat Minyak! TELAH TERBUKTI!

Call/SMS: 016-9400039

Last edited by Imo Imora; 03-08-2007 at 03:25 AM.


Reply With Quote
  #5 (permalink)  
Old 03-07-2007, 10:07 AM
taiping_online's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2006
Location: malaysia
Posts: 1,273
taiping_online is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to taiping_online
iTrader: (5)
Talking

Imo Imora! Ko dah nak jadi pakar motivasi ke? Baguslah cam tu... aku leh kongsi knowledge yang aku tahu pasal aku memang suka baca buku motivasi! (tapi still cam ni... tengah cuba apply! )

Sebenarnya, kalo nak di ikutkan phd ada pada semua komuniti. x kirelah melayu ke... cina ke... india ke... atau bangsa lain! Tapi, perkara ni bergantung kepada bagaimana cara kita handle perasaan tu!

Saya bagi contoh... bangsa lain! Diorang memang ade phd... tapi, diorang handle phd tu dengan cara betul! Diorang jadikan penyakit phd tu, sebagai satu daya yang menolak diorang untuk usaha bagi lebih maju!

Lain pulak dengan melayu! Kalo melayu, diorang lebih suka handle penyakit phd dengan cara cantas orang lain dulu... nanti, senang diorang nak naik! Itu je sebenarnya yang membezakan antara bangsa melayu ngan bangsa lain!
__________________


Reply With Quote
  #6 (permalink)  
Old 03-08-2007, 03:25 AM
Imo Imora's Avatar
Senior Member
 
Join Date: Sep 2006
Location: Kuantan, Pahang, Malaysia, Bumi ALLAH S.W.T.
Posts: 385
Imo Imora is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Imo Imora
iTrader: (4)
Post

He2.. kebarangkalian mungkin . Entah la saya suka sangat bagi nasihat kat orang. Saya seolah2 macam tahu isi hati seseorang dan banyak kali apa yang saya sangka itu betul.. ish2.

Ya.. terutama Cina. PHD dia dengan berusaha bersungguh2 dan menguatkan network antara mereka tapi amat berlainan dengan kita. Adakah kaum Melayu terkena sumpahan?
__________________
Image Hosted by ImageShack.us

>>> Jom Jimat Minyak! TELAH TERBUKTI!

Call/SMS: 016-9400039


Reply With Quote
  #7 (permalink)  
Old 03-08-2007, 11:55 AM
taiping_online's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2006
Location: malaysia
Posts: 1,273
taiping_online is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to taiping_online
iTrader: (5)
Talking

Quote:
Originally Posted by Imo Imora View Post
Adakah kaum Melayu terkena sumpahan?
Mana ada sumpahan... sesetengah bangsa melayu tu yang bongkak... pastu, iri hati... x de sumpahan... sendiri yang pilih hidup cam tu...

tapi, semua tu boleh berubah! Cuma kena kuatkan diri sebab nak berubah sikap memang susah! REALLY HARD!
__________________


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Haram ke kalau buat macam ni? kaiba910 Sembang Umum 30 01-15-2007 04:45 PM
Ape akan jadi kalau internet lesap selama 3 minggu? networkmalaysia Sembang Umum 40 01-14-2007 01:47 AM
download softwear fercuma kat sini...kalau ada yang nak sontorion Sembang Umum 5 09-17-2006 08:27 PM
sory kalau tertanya soalan adsense yang sama.. hr5 Tips & Panduan 29 07-07-2006 02:59 PM
Kalau aku tunjuk proof camne? kidino Perniagaan Internet 68 06-09-2006 11:15 AM


All times are GMT +8. The time now is 02:46 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0