err.. muaz, aku cadangkan supaya icon yang digunakan seperti

diganti dengan imej 'beginner','intermediate', 'expert' dan imej 'problem solved' bagi menyenangkan semua pihak..
tapi cadangan ko untuk seperate teknikal dan lelain mungkin boleh dipertimbangkan.
ok. berbalik kepada adab berforum.
sebenarnya, sebahagian kita gagal memahami bahawa menjawab dan bertanya
perlu MENGIKUT keadaan.
sebagai contoh, bertanya, 'eh, metastock tu apa?' atau 'eh, maksud IM tu apa?' kepada seorang kenalan rapat adalah suatu kebiasaan, tetapi keadaan di forum tidak mewajarkan soalan sebegitu.
begitu juga kalau menjawab, 'kepala hotak ko makna IM pon tak tahu' adalah sesuai dengan teman rapat (walaupun ia dianggap sebagai 'bunga taik'), menjawab di forum perlu berhemah..
tapi kalo soalan macam ni:
'hi, saya nak tahu apa itu _________ tolong kol saya di 0123456789 atau PM untuk bagi jawapan'
ini memang nak kena penendang!