Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Mortgage Calculator
Gas Electricity
Infrared Sauna
News
Online Image Resizer

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Umum & Rileks > Sembang Umum

Closed Thread
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #21 (permalink)  
Old 02-25-2007, 09:38 PM
Senior Member
 
Join Date: Jun 2006
Location: BP
Posts: 254
yusli is an unknown quantity at this point
iTrader: (0)
Default

betul tu nekizar, sy pun ada beberapa soalan nak tanya dlm wc ni tapi takut kena tibai sy lupakan hasrat tu. tak semua yg join forum ada basic internet termasuk cara cari maklumat dlm search engine cthnya
__________________
http://jutawanautomatik.com/recommends/yusli
Pakej FLB Pro

http://auraminda.com
Portal Keusahawanan


  #22 (permalink)  
Old 02-26-2007, 10:54 AM
Badruzamani Bin Azmi's Avatar
Moderator
 
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 777
Badruzamani Bin Azmi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Badruzamani Bin Azmi Send a message via Skype™ to Badruzamani Bin Azmi
iTrader: (7)
Default

Pengalaman mengajar erti kedewasaan dan kematangan. Anda nak tanya, tanya ajalah. Tapi, pastikan anda membuat 'search' dulu. Kalau bercelaru, tidak ada penyelesaian kepada masalah anda atau sebagainya, barulah bertanya di ruang yang anda rasa sesuai (kalau tak sesuai, pihak admin / mod akan ubah dan letak di tempat yang sesuai nanti).

Adab bertanya

Bertanya ni ada adab tersendiri. Pertama sekali, bagi salam dengan tertib / sekadar berkata Salam Sejahtera .(JANGAN tulis 'akum', ). Kedua, mulakan dengan mukadimmahnya seperti apa yang anda sudah buat untuk mencari keyword tersebut, atau penerangan ringkas mengenai apa yang anda nak cari.

Ketiga, JANGAN paksa orang menjawab dengan cepat. Tetapi, kalau nak cepat, bagitau reason (sebab) kenapa anda nak cepat.

Empat, bila saya kata 'penerangan ringkas', jangan la tulis ringkas sangat sampai orang tidak faham dan tanya anda balik. Seperti orang tanya sepatah, anda jawab sepatah. Jawab la panjang lebar seperti orang lain berada di hadapan anda dan mereka faham dengan penerangan anda.

Lima, jangan cepat terasa. Dalam situasi belajar, (cara saya belajar dulu), cikgu adakalanya akan 'mengherdik', 'marah'. Jadi, jangan cepat terasa. Kerana selalunya bila cikgu marah tu lah, kita ingat sampai tua. Ini demi kebaikan anda juga.

Enam, ucaplah terima kasih pada mereka yang membantu anda dan mengkritik anda. Kerana mereka sudi bantu / mengkritik. (mereka tak minta bayaran pun). Ibarat, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi, kita merasa.

p/s - Tiada manusia pandai semua benda dan tidak ada manusia yang boleh buat semua benda. Tiada perkara yang senang dicapai. Dan tiada siapa yang tidak pernah buat silap. Orang yang terbaik adalah orang yang mencontohi akhlak Rasullullah S.A.W. Namun, untuk menjadi manusia yang 'istimewa dan sempurna' seperti Baginda, bukanlah perkara mudah. Kena 3 kali 'suci' dan mendapat hidayah dan rahmah dari-Nya. Jadi, manusia tidak terlepas dari kesalahan dan kesilapan. Kalau saya ada tersilap dan tersalah dengan anda semua, SAYA MINTA MAAF. Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu adalah kerana kesilapan dan kelemahan saya sendiri. Saya cuba lakukan yang terbaik untuk anda semua. Insyaallah...


  #23 (permalink)  
Old 02-26-2007, 11:33 AM
mysticmind's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2006
Posts: 1,399
mysticmind is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to mysticmind
iTrader: (5)
Default

budak : "akum, camner nak buat blog?".

aku : blog ape?

budak : "blog jenis apa2 jer"

aku : blog banyak jenis laa, cuba cerita jelas sikit

budak : "Oooo.. blog pun ada banyak jens ke? "

Aku : (dalam hati - bangang punya budak, cakap cam takde otak , dah mumaiyiz ke belum?). dalam real time aku akan sound.. ko baik pegi ****** laa..


hahhahaha

* Ini bukan persoalan budak baru dan budak lama. Ia soal Mahu berfikir sebelum bertanya atau tidak. Saya percaya, semua yang ada akal akan sedikit sebanyak membaca dulu. Yang jenis suka2 diorang tanya itu ini sebenarnya, jenis yang tak pernah serius langsung. (kalau ada pun, kadar % mngkin kurang dari 2%).

Orang yang bersungguh2 ada atitude dan tak suka dianggap *****. Jadi mereka tidak akan menanya soalan yang ***** apatah lagi sesuatu yang menjadikan mereka kelihatan *****
dan... ianya ada BEZA YANG BESAR antara Soalan ***** vs soalan BASIC

~ Mekasih.

Last edited by mysticmind; 02-26-2007 at 11:39 AM.


  #24 (permalink)  
Old 02-26-2007, 12:51 PM
whitelim's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2007
Posts: 409
whitelim is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default Adap Berforum

Salam sejahtera,
Sebenarnya apa-pun yang kita lalui dalam hidup ini semuanya ada adabnya tersendiri. Makan, minum, berpakaian, dengan ibu bapa, dengan kekawan...saudara mara. Malah dimana-mana pun mesti ada adabnya.
Apatah lagi dalam Forum diWangcyber. Ini rumah orang...takan kita nak buat sesuka hati kat rumah orang......
Jadi.....ikutlah segala peraturan dan beradablah dalam Bahasa, pemikiran dan tunjukan kepada Warga Wangcyber bahawa kita adalah yang terbaik dan bolih dipercayai.


Wassalam.
__________________
Why does network marketing sound so good in theory...
yet never seem to play out that way in practice? get the answer now :-

http://ruslanjohari.the7greatliesofnetworkmarketing.com


  #25 (permalink)  
Old 03-16-2007, 07:53 PM
ApOgEE's Avatar
Junior Member
 
Join Date: Jan 2007
Location: Ampang, KL
Posts: 153
ApOgEE is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to ApOgEE
iTrader: (0)
Default

Adat laa... kalau masuk tempat orang, hati2 la nak bertanya atau bersuara...
__________________
The Rojak Blog <-- .: My personal Scrap book - Don't kill yourself for not reading it! :.
Reggae And SKA <-- .: Dedicated to all Reggae and SKA fans :.
Art Of ApOgEE <-- .: Art is everything when you see everything is art :.
Coder's Talk <-- .: Who love programming should love to read this :.


  #26 (permalink)  
Old 03-17-2007, 01:21 PM
shueqry's Avatar
Senior Member
 
Join Date: Aug 2006
Location: KK, Sabah.
Posts: 385
shueqry is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to shueqry
iTrader: (0)
Smile hi, shueqry here..

asmkm, hai kawan-kawan, shueqry di sini..pekabar?

saya dah lama jenguk2 ke dalam forum WC ni, baru sekarang nak post. Skang ni saya menetap kat kota kinabalu, online dari bilik tidur saya di sinsuran...

well, berbalik pada topik asal, memang tak ngan la kalau kita berforum tapi gunakan bahasa yg kasar dan yang sewaktu dengannya..forum ni macam dunia realiti juga, kita 'bercakap' dengan orang yang ada hati dan perasaan..kalau kita berforum dengan bahasa yg $$%#$ memang admin patut bagi 'warning' ngan member tu..

ada sesiapa setuju?

tq..

salamz..
__________________
iMotivasi Berpindah Ke Platform Wordpress.
http://www.imotivasi.com
+ kini dengan 1333 subscribers!


  #27 (permalink)  
Old 03-24-2007, 09:16 PM
sazkul's Avatar
Junior Member
 
Join Date: Mar 2007
Location: Malaysia
Posts: 109
sazkul is on a distinguished road
iTrader: (1)
Default

Ya benar, niarlah kita beradab di mana juga kita berada...


  #28 (permalink)  
Old 04-20-2007, 06:50 PM
admiralz's Avatar
Senior Member
 
Join Date: Jun 2006
Location: Damansara Heights
Posts: 244
admiralz is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to admiralz
iTrader: (0)
Default

ramai yang tak baca thread nih... sebab tuh lintang pukang... main redah jer...

Berkenaan dengan salam aku ada sedikit ulasan... Dari segi cara mengeja Salam sebenarnya tiada masalah. Assalamualaikum tidak perlu dieja penuh..tak wajib pun.. aku jamin tak berdosa pun!. Sebabnya.. ejaan tersebut sebenarnya hanyalah short form. Nama Nabi Muhammad pun short!. Tapi tulis biarlah orang paham bahawa itu adalah salam...jangan tulis celcom laks... Hujah aku mudah sahaja..kalau ko bisu, isyarat tangan kalau org paham bahawa itu salam.. ko wajib menjawabnya. kalau ko tak paham... maka ko tak wajib jawab dan tak berdosa...sebab ko tak paham/tak tahu bahwa itu adalah salam. Perkara ini agak panjang...sesiapa berminat sila PM aku..hehhehe macam buat fatwa laks...hahhah
__________________
Gamat? Pasti Gamat eMas!
http://www.gamatemas.com.my


  #29 (permalink)  
Old 04-21-2007, 09:44 AM
Badruzamani Bin Azmi's Avatar
Moderator
 
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 777
Badruzamani Bin Azmi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Badruzamani Bin Azmi Send a message via Skype™ to Badruzamani Bin Azmi
iTrader: (7)
Default

Admiralz,

Perkara bagi salam dengan perkataan 'akum' atau seangkatan dengannya ( dengan short form) ni pernah di utarakan dalam blog Ibnu Hassim. Ia juga pernah di bincangkan di kalangan para ulama' dan mufti.

Kalau dalam HP, tidak cukup ruang, anda boleh tulis 'salam' sahaja misalnya. Tetapi kalau, di ruang forum ni (ruang yang luas), tak kan tulis 'akum', 'semekom' dan sebagainya. Kalau orang macam ni, mai jumpa saya, bagi salam 'akum', 'semekom' 'asmkm' dan sebagainya, saya tidak jawab. Sebab kata ulama', tidak wajib jawab.

Budaya bagi salam, 'Assalamualaikum' yang bermaksud 'Selamat Sejahtera ke atas kamu' dan WAJIB dijawab yang mendengar 'Waalaikummussalam'. Kalau nak lagi baik, lebihkan sikit dari yang bagi salam. Ia mempunyai adab yang tersendiri.

'akum' ni dengar khabarnya mempunyai maksud dalam bahasa Yahudi. Ibnu Hassim, tolong jelas sat apa maksud 'akum' ni. . Saya juga pernah dengar kisah di zaman Rasullullah S.A.W pasal bagi seorang bagi salam kat nabi tapi nabi tak jawab salam tu sebab tidak kena dengan adab memberi dan menjawab salam. Wallahualam...


  #30 (permalink)  
Old 04-23-2007, 09:30 AM
admiralz's Avatar
Senior Member
 
Join Date: Jun 2006
Location: Damansara Heights
Posts: 244
admiralz is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to admiralz
iTrader: (0)
Default Salam...

Saudara Badruzamani,

Terima kasih di atas jawapan anda.

Baiklah...oleh kerana mungkin ada orang terkeliru, saya akan mengemukakan hujah yang lebih kukuh untuk menyokong kenyataan saya. Saya tiada sesiapa yang saya boleh jadikan rujukan... Sebabnya ini adalah pendapat saya semata-mata dan bukannya FATWA!. Saya bukanlah orang yang mahir dalam agama.. dan sesiapa sahaja berhak menolak kenyataan saya ini jika tidak bersetuju.

Mengenai short form(ringkas). Sebenarnya tiada beza pun ruangan luas atau sempit. Kita tidak mengetahui keterbatasan si penulis. Mungkin dia tidak mempunyai masa yang mengcukupi... Sy rasa penulis berhak utk menulis pendek atau dlm short form... mana ada ayat Al-Quran atau Hadis yang larang tulis pendek?. Forum ini juga tidak melarang anda berkarya dengan short form..janji mesej yang hendak disampaikan boleh difahami orang yang membaca. Mengenai kewajipan menjawab salam yang ditulis pendek... Anda wajib menjawabnya sekiranya anda faham bahawa yang ditulis itu adalah salam. Hujahnya telah saya perjelaskan sebelum ini. Kita tidak boleh buruk sangka terhadap si penulis jika dia menulis pendek ejaan salam..tetapi salahkanlah diri kita yang tidak pandai mengenal dan menyebutnya salam itu dengan betul dan baik...iaitu menyebutnya dengan mengikut nahu.. tajwid dan makhrab bahasa arab. Harus diingat disini... penulis sebenarnya tidak wajib memberi salam. Salam kalau ikut sunnah ialah semasa kita berjumpa saudara seIslam dengan kita secara bersemuka...bukannya dalam kertas atau di alam maya sebegini!. Cukupkah hujah saya ini?.

Sesiapa yang menulis salam dengan menggunakan "Abjad" selain abjad arab sebagaimana digunakan oleh Nabi dan para sahabat. Maka mereka juga sebenarnya tidak mengikut sunnah!. Mereka juga sebenarnya sedang menggunakan simbol lain selain yang sebenarnya!. Saya kuwatir boleh jadi bidaah pula... errkk panjang lebar nih!.

Seterusnya dikaitkan pula dengan bahasa yahudi... saya rasa hujah ini boleh ditolak dengan mudah sahaja. Saya orang melayu..saya guna bahasa melayu...tak kanlah orang yang baca faham dalam bahasa yahudi... kacaulah macam tuh... lainlah kalau saya tulis dalam bahasa yahudi..

Mengenai Nabi tidak menjawab salam tuh kena tengok riwayat penuh kisah tuh.. saya setuju jer jika memang ada riwayatnya.
__________________
Gamat? Pasti Gamat eMas!
http://www.gamatemas.com.my


Closed Thread


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 07:11 PM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0