Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


McDonalds
Advertising Agency Software
Myspace Layouts
Volvo
Online Advertising

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Umum & Rileks > Sembang Umum

Closed Thread
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #11 (permalink)  
Old 02-24-2007, 01:00 AM
e-fun's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2006
Location: Shizuoka, Japan
Posts: 594
e-fun is on a distinguished road
iTrader: (21)
Default

saya nak tambah lagi..

jika ada sebarang yang berbau peribadi harap dihindarkan dari dipaparkan kepada umum..

contoh ayat:
"haa.. ____, _____ pun hisap rokok kan? mcm mana tu?"

p/s: alhamdulillah ramai yang sedar, saya baru nak melangkah keluar dari forum ini pada awalnya kerana perubahan seorang forumer WC. Nasib baik dapat dorongan dari seorang otai tu untuk teruskan perjuangan ni.
__________________
Diari hidup saya. www.SangPelangi.com


  #12 (permalink)  
Old 02-24-2007, 01:18 AM
Labanon's Avatar
WC300
 
Join Date: Jul 2006
Location: Kelantan
Posts: 1,131
Labanon is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to Labanon
iTrader: (12)
Smile

Jadi salah satu adab bertanya ialah jangan tanya soalan terlampau basic

1. search dulu
2. kalau tak jumpa baru tanya.

yang hendak bertanya tu perlulah bersungguh bukan tanya acuh tak acuh... acuh tak acuh kan kene maki hamun pulak


  #13 (permalink)  
Old 02-24-2007, 01:22 AM
ibnuhassim's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2006
Location: Tanah Periok, Pasir Pekan, Setapak Indah
Posts: 471
ibnuhassim is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to ibnuhassim
iTrader: (6)
Default

Bertanya dengan selengkapnya...


  #14 (permalink)  
Old 02-24-2007, 01:29 AM
carllys's Avatar
Pioneer Member
 
Join Date: Dec 2006
Posts: 722
carllys is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

mungkin moderator/admin bleh buat mcm nie :

lepas je sesorang register sebagai ahli, terus fwdkan user tuh ke page polisi berforum WC. Kat page tuh mungkin boleh diletakkan beberapa perkara yang harus diikuti oleh org baru di WC..

just my 2cent


  #15 (permalink)  
Old 02-24-2007, 01:41 AM
onealienz's Avatar
Junior Member
 
Join Date: Jan 2007
Posts: 189
onealienz is on a distinguished road
Send a message via MSN to onealienz Send a message via Yahoo to onealienz
iTrader: (2)
Default

sy cdgkn bukak satu sub forum utk newbie, create category utk soalan2 newbie atau soalan2 asas.. kalau terpost kt tempat lain mod boleh pindahkan masuk thread tuu.. so dlm tu just soalan2 yg asas.. kalau jenis yg kepala hangin atau mmg jenis suka bhs kasar jgn layan thread tersebut.. biar yg penyabar jer handle kt situ..


  #16 (permalink)  
Old 02-24-2007, 01:46 AM
alang's Avatar
SZAB Network
 
Join Date: May 2006
Posts: 618
alang will become famous soon enoughalang will become famous soon enough
iTrader: (15)
Default

saya agak tak suka sesuatu yg menambahkan beban mod / admin. Harus diingat yg mod / admin menguruskan forum ini secara sukarela dan kami juga mempunyai website / perniagaan utk diuruskan.

Kalau semua forumers bertindak lebih matang, tak perlu campur tangan mod / admin sebaliknya forum ini akan menjadi self manage.
__________________
Blog Webmaster Malaysia
Tolong jangan PM / Email saya untuk meminta tips / panduan. Anda boleh membacanya di blog saya dan juga di forum ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, lebih baik tanyakan di forum supaya jawapan yang diperolehi boleh dikongsi bersama. Sebarang PM / Email untuk meminta tips tidak akan saya layan.


  #17 (permalink)  
Old 02-24-2007, 02:59 AM
Labanon's Avatar
WC300
 
Join Date: Jul 2006
Location: Kelantan
Posts: 1,131
Labanon is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to Labanon
iTrader: (12)
Smile

Quote:
Originally Posted by alang View Post
saya agak tak suka sesuatu yg menambahkan beban mod / admin. Harus diingat yg mod / admin menguruskan forum ini secara sukarela dan kami juga mempunyai website / perniagaan utk diuruskan.

Kalau semua forumers bertindak lebih matang, tak perlu campur tangan mod / admin sebaliknya forum ini akan menjadi self manage.
Yup hanya satu perkataaan iaitu "Kematangan"


  #18 (permalink)  
Old 02-24-2007, 11:39 AM
lynn's Avatar
Senior Member
 
Join Date: Aug 2006
Location: Japan
Posts: 319
lynn is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to lynn
iTrader: (3)
Default Pandangan dari seorang wanita ...

Quote:
Adab Berforum

--------------------------------------------------------------------------------

Ayuh kita bincangkan adab-adab yang perlu ada semasa berforum. Supaya kita semua dapat berforum dalam keadaaan yang selesa di sambing menjadi orang yang "beradab"

1.Adab hendak bertanya
2.Adab menulis reply terhadap orang yang lebih dewasa
3.Adab hendak menegur orang yang membuat silap

*banyak lagi adab-adab yang pelu ada.

Ayuh bagi pendapat! Jadikan forum WC sebagai forum yang selesa untuk menuntut ilmu.

sekian

Wah ada perkara berbangkit rupanya. Maaf kebelakangan ini saya memang jarang aktif di sini dan hanya datang bertandang seketika. Maklumlah banyak projek baru .

Baiklah ini pandangan dari seorang wanita . Sebab belum ada pun wakil wanita pun yang menyuarakan pendapat.. mungkin mereka sibuk atau mungkin mereka segan. Sebelum saya senaraikan adab-adab berforum ada baiknya saya utarakan tiga perkara utama ini.

i) Tujuan Berforum :
Ini perkara asas yang perlu kita faham. Apa itu forum dan apakah tujuan kita berforum. Ada dua jawapan yang saya boleh bagi di sini iaitu, selain menambahkan kenalan kita juga dapat menimba ilmu dan pengalaman. Banyak yang kita perolehi dengan berforum. Tidka kiralah samada anda aktif atau tidak, terpulang pada masing-masing. Jika anda aktif, ada satu kelebihan yang anda dapat kemudian hari. Justeru, sila faham dan jelas dahulu apakah tujuan anda berforum ?

ii) Tak kenal maka tak cinta :
Bagi saya mudah saja, apabila kita telah mendaftar di sesebuah forum bermakna kita telah bersetuju untuk menjadi sebagai salah seorang ahli keluarga forum itu dan patuh dengan peraturan dan etika yang di tetapkan. Tidak kiralah forum itu jenis apa, ada banyak jenis forum di internet..khususnya forum-forum di Malaysia. Tak perlulah saya sebutkan, semuanya sudah maklum. Jadi seperti Forum WC, saya fikir semuanya sudah jelas dan faham apa tujuan dan misi utama WC. Oleh itu, jika anda seorang newbie anda perlu faham ciri-ciri seorang newbie. Salah satunya ialah membaca dan memahami thread2 tertentu yang mungkin boleh anda rujuk untuk memahami misi/matlamat dan selok-belok Forum WC. 'Tak kenal maka tak cinta'?. Kita di ajar untuk memperkenalkan diri, menegur atau menyapa sesama ahli dengan berhemah, merasa rendah diri untuk bertanya dan sebagainya. Bukankah ini adat budaya bangsa Melayu yang telah di ajar sejak kecil ?. Jadi sekiranya semua ahli WC mengamalkan sikap rasa cinta dan kekeluargaan itu.. masalah adab tidak akan timbul. Yang lama menegur yang baru atau yang baru bertegur sapa dengan yang lama.

iii) Rasa Hormat, berbudi-bahasa dan ramah-mesra :
Apabila kita berada di dalam sesebuah keluarga atau komuniti, ianya memerlukan ahli itu mempunyai sikap bekerjasama, bertolak-ansur, beradab-sopan dan beretika di dalam berforum. Termasuklah cara-cara menghormati orang yang lebih tua, sebaya atau yg muda. Pihak Moderator juga telah berusaha mewujudkan suasana ukhuwah dengan menwujudkan satu thread 'Siapakah Anda'. Namun, berapa ramai yang berani tampil ke hadapan ? Berapa ramai yang jujur dalam berforum ? Berapa ramai pula yang serius dalam hal ini ? Lihatlah dan anda sendiri boleh menilainya. Apa tujuan thread itu di wujudkan ? Bukankah dengan adanya sesi suaikenal sebegitu kita sebagai ahli keluarga/forum dapat mengenali sesama kita, dapat menjalin hubungan baik samada sebagai rakan niaga atau kenalan cyber dan yang paling penting kita tahu samada ahli itu lebih muda atau tua dari kita.

Sekadar satu cadangan utk Admin dan Moderator : mungkin thread Suaikenal dan Siapakah Anda boleh di sticky atau di asingkan pada satu ruangan khas, menandangkan thread suaikenal kini di letakkan di bahagian Cadangan dan Komen, mungkin newbie tidak perasan.

**p/s: topik 2 dan 3 tu agak berkaitan, x reti pulak nak saya asingkan.. idea menulis yg sepontan **


Baiklah saya senaraikan antara adab-adab yang perlu untuk berforum :

i) Gunakan bahasa yang mudah, sopan dan sederhana. Sentiasa merasa rendah diri.. inilah satu ciri-ciri yang ada pada Rasullulah s.a.w. Ajukan soalan atau komen dengan bahasa yang sopan.

ii) Sentiasa ingat kita berbicara dengan orang yang tidak kita kenal, jadi utamakan rasa hormat tidak kiralah pada yang muda atau tua. Tidak kiralah ahli itu budak hingusan lagi atau yang sudah lanjut usia. Tidak kiralah ahli itu anak dara atau isteri orang... belajarlah menghormati perasan orang. (tapi cth saya, saya tak kisah pun di panggil 'Kak Lynn', 'Cik Lynn' atau 'Puan Lin'. Bagi saya siapa sahaja yang sudi nak berkawan dengan saya, kecik tapak tangan bumi Jepun saya tadahkan.. buktinya ramai juga kenalan saya dari WC!)

iii) Sentiasa menjaga emosi semasa menulis catatan anda. Kawal perasan marah jika anda sedang marah atau jika anda terlalu gembira pun berpada-padalah.. hehe.

iv) Berfikir sebelum menulis soalan atau komen atau jawapan anda. Sabda Nabi, berfikir seminit adalah lebih baik dari sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Jadi berfikir sebelum bertindak.

v) Pandai menjaga hati atau memelihara hubungan sesama ahli.

vi) Ikhlas dan jujur dalam berforum, dengan erti kata lain ikhlas untuk memberi komen, jawapan atau menyuarakan soalan.

Itu sahaja yang terlintas buat masa ini, mohon maaf jika ada pihak yang tidak berpuashati. Wassalam.
__________________
UPSR, PMR, SPM ! : GUIDE YOUR CHILD TO BE EXAM READY & SCORE A's.
WANITA NIAGA : Www.Forum.WanitaNiaga.Com
Muslimah Dolls Pertama di Pasaran Malaysia ! : Pengedar Perintis Anak Patung Bertudung Secara Online di Malaysia !


  #19 (permalink)  
Old 02-24-2007, 01:49 PM
Senior Member
 
Join Date: Jun 2006
Location: BP
Posts: 254
yusli is an unknown quantity at this point
iTrader: (0)
Default Netika Berforum

Antara netika (etika internet) yang perlu diikuti semasa berforum atau chatting:

Bersikap ramah mesra dan bertimbang rasa
Berkelakuanlah seperti anda berada dalam dunia sebenar. Tunjukkan sikap peramah dan bertimbang rasa kepada rakan-rakan forum walaupun anda tidak pernah bertemu.

Hormati forumer lain
Anda hendaklah melayan forumer lain dengan rasa penuh hormat. Ini kerana kemungkinan ada orang baru (newbie) yang bertanya soalan-soalan yang bagi anda terlalu asas. Tidak semua orang pakar dalam semua perkara. Elakkan daripada melukakan hati seseorang atau menyebabkan seseorang itu menjadi marah disebabkan tulisan anda.

Sentiasa bersedia untuk membantu
Ingatlah, kita semua pernah menjadi newbie. Bantulah sesiapa yang memerlukan nasihat dan panduan. Jadikanlah ia sebagai amal jariah anda iaitu dengan menyampaikan ilmu yang bermanfaat.

Jangan bertanya hal peribadi
Bertanyakan soalan peribadi seperti umur, jantina, status perkahwinan dan sebagainya kepada seseorang yang baru anda kenali adalah tidak sesuai.

Berhati-hati semasa menggunakan kata-kata gurauan
Kata-kata jenaka dan sindiran terutama secara online,mudah disalahtafsirkan. Apa yang anda sangkakan sebagai gurauan mungkin tidak dapat diterima oleh orang lain. Sekiranya anda ingin bergurau, cubalah menambah emotikon yang sesuai.

Jangan tulis dalam semua huruf besar
Hurf besar sukar dibaca dan biasanya digunakan untuk penegasan atau mesej penting.

Jangan keluar topik
Jangan pos mesej yang tidak berkaitan dengan sesuatu topik atau bukan ditempatnya. Jika anda ingin mengiklankan produk anda, poskan ke ruangan iklan.

Jangan mengkhususkan siapa yang perlu menjawab
Jangan arahkan soalan kepada forumer tertentu sahaja. Orang lain tidak akan menjawab kerana disangkakan bukan untuk mereka.
__________________
http://jutawanautomatik.com/recommends/yusli
Pakej FLB Pro

http://auraminda.com
Portal Keusahawanan


  #20 (permalink)  
Old 02-24-2007, 08:14 PM
nekizar's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2006
Posts: 151
nekizar is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to nekizar Send a message via Skype™ to nekizar
iTrader: (2)
Default

Cara yang sesuai dan berhemah seperti dibincangkan di atas. Rasanya banyak point dah di ketengahkan...

Antaranya, budi bahasa ketika berforum. Jangan ingat semua orang faham apa yg kita nak sampaikan, ataupun jangan harap orang faham apa yang nak disampaikan. Niat tu di hati kita, tapi cara penyampaian yg menghasilkan kesannya. Kalau cara penyampaian elok, orang takkan keberatan nak terima teguran atau kesalahan sendiri.....

Cara yang muax amalkan selama ni sesuai utk kawan yg dah kenal lama, samada di alam nyata atau alam siber. Untuk situasi kita di forum ni, kita tak kenal kawan2 yg lain secara mendalam. Seeloknya jaga setiap baris kata yg dikeluarkan. Sebaris perkataan boleh menambahkan seribu kawan, dan dengan sebaris perkataan juga boleh menambahkan beribu-ribu lawan. Mana yang anda mahu?


Setiap newbie yg datang bertanyakan soalan yg kita anggap mudah dan remeh, ada hikmah disebaliknya. Ingat, forum satu tempat untuk kita membina kredibiliti. Masalah orang boleh ditukarkan menjadi DUIT. Setiap masalah yg dibawa atau dialami newbie atau siap saja, merupakan peluang untuk ahli forum yang lain mendapat keuntungan daripadanya, secara tak langsung. Jadi, bila ada antara kita mempunyai kepakaran tentang masalah yang di utarakan, disitulah mereka boleh menawarkan kepakarannya serta membina kredibiliti... Situasi sekarang ramai newbie yang tak berani lagi nak tanya soalan dan ada yg memendam rasa. Ada ramai lg saya percaya (berdasarkan pengakuan kawan2 forumer lain) telah fedup dengan WC ni dan tak mahu lagi join. Ini satu kerugian besar!

Bertindaklah mengikut masa dan keadaan. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut suka celaka....

Saya sendiri mempunyai pelbagai karakter. Pendiam, kelakar, garang, suka menyakat, terlampau byk cakap dan byk lagi. Di kalangan ahli keluarga (sendiri dan mertua), saya seorang pendiam dan serius. Di kalangan kawan2, saya seorang kelakar dan suka menyakat. Dengan org baru di kenali, saya peramah. Di alam siber, saya friendly . Dengan anak, saya seorang yg lemah lembut tapi dgn isteri saya garang ......

Kesimpulannya, di alam siber ni, niat di hati kita tak ada sapa yang boleh nampak. Tapi hasil penulisan kitalah yang banyak mempamerkan siapa diri kita sebenarnya. Sabar tu juga sebahagian tuntutan agama kita. Kalau rasa tak berkenan dengan soalan tertentu yang diajukan, sebaiknya diam diri aje. Di WC ni, pasti ada yg baik hati dan cukup penyabar nak tolong setelkan masalah tu . Mudah bukan?


Closed Thread


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On



All times are GMT +8. The time now is 08:05 PM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Content Relevant URLs by vBSEO 3.1.0