Thread ini ditujukan kepada para online gamers yg main World Of Warcraft yg mempunyai userbase seramai 8-9 juta orang di seantero dunia.
CUba lihat video nih :
http://youtube.com/watch?v=sHi7M727MIw
Kalau ikut TOS WoW, diorang hanya benarkan kita jual character sahaja disebabkan masa yg dihabiskan untuk membina character tersebut.
Kalau pergi ebay, cuba taip level 70 wow, dan akan banyak list character untuk dijual, Tauren Hunter lvl 70 + dungeon 1 gear harga USD800 .........
Pastu Blood Elf Mage lvl 68 harga USD1200...fuhh
Aku skrg tgh main WoW, hunter level 22 kat Nagrand. ( server oceanic ).
SO..online gamers pun boleh buat duit

...ada sapa-sapa nak bukak WoW Cafe kat Malaysia ?
Nak layan WoW nih, kena download game dia from WorldOfWarcraft.com dan akan dapat 10 hari free trial account.
jika dah seronok, pembayaran pertama ialah USD19.90 dan bulan seterusnya ialah USD15.00
Connection paling minima ialah modem 56.6k. Saya main WoW di kampung guna modem 1315 dan dapat latency lag dalam 500-600. Kalau guna Streamyx lagi bagus, boleh dapat lag dalam 200-300ms.
Untuk grind character ke level 70, 1 bulan diperlukan untuk hardcore...kemudia jual la character tuh sekali dgn gearnya sekali di ebay. character yg susah nak sampai 70 , lagi orang suka beli, contohnya Mage,Warlock,Priest.
Kalau tengok video kat atas, diorang Chinese nih melanggar akta WoW, diorang pi jual gold yg diorang kutip dalam game dengan real USD......