 |
Navigation
|  |
|
| WC Navigation |
|
|
|
 |
Welcome, Unregistered.
|
 |
|
| Member Panel |
|
|
|

02-17-2007, 01:32 PM
|
|
WC300
|
|
Join Date: Feb 2007
Posts: 1,008
|
|
mlm halal @ haram
|

02-17-2007, 01:36 PM
|
|
WC300
|
|
Join Date: Feb 2007
Posts: 1,008
|
|
jgn mara2
kepada ahli2 mlm 2 sy harap kt dapat bincang topik ni dengan hati y terbuka.... jgn mara2.... ni just 2k pengetahuan am....... sy pun berminat nak join mlm.........
|

02-17-2007, 01:40 PM
|
 |
Missing In Action
|
|
Join Date: Mar 2006
Location: Penang Hogward High School
Posts: 795
|
|
Assalamualaikum,
Pada pendapat saya MLM akan jadi haram bila barang dagangan tak da maknanya lagi , maksudnya beli barang tu hanya sekadar nak maintain atau nak besarkan group, ini terjadi apabila plan yang digunakan lebih kepada 'head hunting system', maksudnya lebih kepada cari orang dengan pembelian pakej , contoh untuk mendaftar kena beli barang tah apa apa ngan yuran skali, ini dah jadi haram, sebab kita beli barang yang kita sendiri tak tahu nak buat apa.
Banyak syarikat macamni biasanya 3 tahun, lepas tu diorang larikan duit kemudian buat syarikat lain. buat plan lain, dah lama fenomena ini, bukan baru lagi sejak 20 tahun yang lalu.
Kekuatan syarikat mlm di Malaysia 90% adalah pada pelan pemasaran. Bukan pada produk yang dijual . Tujuan utama sistem Multi Level Marketing dicipta ialah untuk melakukan produk yang dijual serta memberi satu ganjaran kepada ahli untuk terus bekerja. Ada motivasi hendak bekerja. Jadi kebanyakan syarikat mlm di Malaysia hanya kekal selama 3 tahun sahaja, orang melayu lah yang terus menyokong syarikat begini itu pasal masih wujud lagi.
Orang kita asyik dengan 'Yang Terawal' pastu dia gak yang terawal berenti , dia gak yang terawal cabut lari, dia gak yang terawal melompat company lain. Memang terawal.
Nak buat MLM boleh tapi tengok produk bukan tengok pelan. Kalau pelan mengancam camna pun produk ntah apa-apa cam IGG tu buat apa, testimonial pun palsu. Orang kita memang suka ubat 100000000 dalam 1 , semua boleh ubat, apa jenis sakit pun tu pasal IGG laku.
Tengok produk dan ketahui kekuatannya. Baru leh menjual dan berkekalan.
sekian
Last edited by muhdmuax; 02-17-2007 at 01:51 PM.
|

02-17-2007, 01:54 PM
|
|
Junior Member
|
|
Join Date: Apr 2006
Posts: 130
|
|
Pasal hukum halal haram ni kena tanya yang lebih arif pasal hukum hakam. Secara dasarnya memang halal, tapi mungkin akibat penyelewangan akan menyebabkan jatuh haram.
Paling mudah, kalau rasa was-was elok hindarkan.
|

02-17-2007, 03:48 PM
|
|
Pioneer Member
|
|
Join Date: May 2006
Posts: 1,008
|
|
Quote:
Originally Posted by muhdmuax
Assalamualaikum,
Pada pendapat saya MLM akan jadi haram bila barang dagangan tak da maknanya lagi , maksudnya beli barang tu hanya sekadar nak maintain atau nak besarkan group, ini terjadi apabila plan yang digunakan lebih kepada 'head hunting system', maksudnya lebih kepada cari orang dengan pembelian pakej , contoh untuk mendaftar kena beli barang tah apa apa ngan yuran skali, ini dah jadi haram, sebab kita beli barang yang kita sendiri tak tahu nak buat apa.
Banyak syarikat macamni biasanya 3 tahun, lepas tu diorang larikan duit kemudian buat syarikat lain. buat plan lain, dah lama fenomena ini, bukan baru lagi sejak 20 tahun yang lalu.
Kekuatan syarikat mlm di Malaysia 90% adalah pada pelan pemasaran. Bukan pada produk yang dijual . Tujuan utama sistem Multi Level Marketing dicipta ialah untuk melakukan produk yang dijual serta memberi satu ganjaran kepada ahli untuk terus bekerja. Ada motivasi hendak bekerja. Jadi kebanyakan syarikat mlm di Malaysia hanya kekal selama 3 tahun sahaja, orang melayu lah yang terus menyokong syarikat begini itu pasal masih wujud lagi.
Orang kita asyik dengan 'Yang Terawal' pastu dia gak yang terawal berenti , dia gak yang terawal cabut lari, dia gak yang terawal melompat company lain. Memang terawal.
Nak buat MLM boleh tapi tengok produk bukan tengok pelan. Kalau pelan mengancam camna pun produk ntah apa-apa cam IGG tu buat apa, testimonial pun palsu. Orang kita memang suka ubat 100000000 dalam 1 , semua boleh ubat, apa jenis sakit pun tu pasal IGG laku.
Tengok produk dan ketahui kekuatannya. Baru leh menjual dan berkekalan.
sekian
|
Saya setuju dan sependapat dgn muax. Memang inilah kenyataannya. Berkenaan hukum tu pulak, saya rasa encik kasimo dah tau sendiri apa hukumnya kan. Encik kasimo dah baca sampai habis belum keterangan dari ustaz Zaharuddin Abd. Rahman dari website yg encik kasimo beri kat atas tu? macam tulah yg sebenarnya. Nak diterangkan macamana lagi, org yg arif dlm hal ehwal agama dan sistem kewangan Islam dah berikan penerangan & pandangan yg jelas mengenai MLM.
Secara umumnya, bisnes MLM di Malaysia khususnya ni ada 2 jenis. Satu, jenis yg banyak suruh ahlinya jual barang dan kumpul mata. Kedua, jenis yg banyak suruh ahlinya taja orang cari orang jadilah orang yg terawal, tanpa perlu jual barang sangat. Yg boleh jadi jatuh hukum haram ni (sebagaimana yg diterangkan oleh ustaz Zaharuddin dan seorg lagi ustaz dlm website indonesia tu) adalah MLM yg kedua ni. Ianya banyak main taja-menaja utk mendapatkan duit dari keahlian baru. Habis, kalau asyik suruh taja org dpt duit, barang apa yg dijual?
Kita selalu dpt tengok iklan MLM yg baru skrg ni berbunyi:
- jadilah yg terawal
- duduk diam dapat duit
- tak perlu menjual, tak perlu cari orang
- tak cari orang pun dijamin dapat bonus (macam sebuah MLM kad ganjaran shopping yg tengah hangat skrg ni)
- tak perlu maintain bulanan kerana ada automaintain
- boleh beli seberapa banyak lot/kedai utk dptkan banyak kaki/downline
- cari seberapa banyak downline anda
- syarikat akan letakkan downline di bawah anda (Autoplacement)
Ini MLM yg mengutamakan penajaan semata-mata. MLM yg jenis ni yg boleh jatuh haram sebagaimana yg dimaksudkan oleh ustaz tu. Ia berbeza dgn MLM yg banyak menyuruh ahlinya jual barang.
*****Sebenarnya thread halal-haram MLM ni dah ada dah. Sekadar berkongsi.. MLM mengikut shariah.
Last edited by zinedine; 02-17-2007 at 03:53 PM.
|

02-17-2007, 04:29 PM
|
 |
Missing In Action
|
|
Join Date: Mar 2006
Location: Penang Hogward High School
Posts: 795
|
|
Tak yah rujuk kat ustaz, guna otak dan guna ilmu yang Allah beri dah tahu halal atau haram. Kalau nak kepastian tanyalah ustaz dan dia akan bagi ulasan panjang lebar 2 jam.
|

02-18-2007, 01:08 AM
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 785
|
|
Kalau ikut penerangan MLM daripada beberapa laman web yang diberikan itu, saya rasa hukum sudah jelas seperti apa yang terangkan oleh saudara zinedine. Cuma saya ingin menambah sedikit.
Kadang - kadang kita jumpa ada ahli MLM yang 'cuba' mengubah plan marketing yang telah ditetapkan oleh syarikat MLM. Misalnya :- - Syarikat kata nak jadi ahli RM20, dia tetapkan ahli kena bayar RM120 supaya ahli dapat barang / produk (dia dapat bonus).
- syarikat tetapkan bahawa ahli tidak perlu maintain, tapi kalau maintain dapat bonus (ikut suka ahli). Dia tukar bahawa ahli kena maintain.
- dan sebagainya.
Upline yang sebegini yang merosak syarikat dan perniagaan MLM di Malaysia. Seharusnya sesiapa yang ingin menjadi ahli MLM bertanya dahulu / selidik melalui ahli - ahli lain tentang kebenaran syarikat MLM itu.
Saya rasa topik pasal MLM dan cara nak memilih syarikat MLM yang elok pernah dibincangkan dulu. Cuba 'risik' kat dalam forum (saya pun dah lupa kat mana).
Penajaan dan proses mendapat ahli ialah 20% daripada proses perniagaan MLM. Cuba elakkan upline yang hanya tahu menaja tapi tidak tahu nak jaga downlinenya. Sebab 80% lagi adalah proses selepas penajaan. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila lawat blog ini.
p/s - Sekiranya anda ingin mengetahui / menghadapi masalah untuk memilih syarikat MLM yang menawarkan harga ahli yang murah seumur hidup, mempunyai produk sendiri yang halal, kukuh dan berdaya saing, mampu menembusi pasaran luar negara, memberi peluang melancong / melakukan umrah dan berpeluang mendapat kereta, sila emelkan kepada saya di alamat : info@badruzamani.org.
|

02-18-2007, 11:46 PM
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
|
|
ISLAMIC ECONOMICS FORUM
presents
MULTI LEVEL MARKETING........HARAM??
Venue:
Experimental Hall , IIUM Main Campus ,Gombak
Time:
8.00 pm - 11.00 pm
Date:
21 FEBRUARY 2007 ,RABU
Speakers:
1) Ustaz Zaharuddin(Setiausaha Majlis Penasihat Asian Finance Bhd)
2) Assoc. Prof. Dr. Naemah Amin (Pakar Undang-Undang Konsumer ,Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Law , IIUM)
Dianjurkan oleh:
DNT & BESC Economics and Management Sciences
Percuma..terbuka kepada semua lapisan masyarakat
sila hubungi fahmi :0126377052 untuk maklumat lanjut
http://al-ahkam.net/home/modules.php...icle&sid=15425
|

02-18-2007, 11:48 PM
|
 |
Missing In Action
|
|
Join Date: Mar 2006
Location: Penang Hogward High School
Posts: 795
|
|
Tak berbaloi saya datang, jauh ni penang wo.
|

02-18-2007, 11:50 PM
|
 |
Pioneer Member
|
|
Join Date: Dec 2006
Posts: 776
|
|
sesapa yg pegi tuh bole la share kat sini
|
| Thread Tools |
|
|
| Display Modes |
Linear Mode
|
Posting Rules
|
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts
HTML code is Off
|
|
|
All times are GMT +8. The time now is 03:04 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0 Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0
|
 |