 |
Navigation
|  |
|
| WC Navigation |
|
|
|
 |
Welcome, Unregistered.
|
 |
|
| Member Panel |
|
|
|
 |
|

02-16-2007, 11:51 AM
|
 |
Senior Member
|
|
Join Date: Sep 2006
Location: Petaling Jaya, Selangor
Posts: 241
|
|
Quote:
Originally Posted by carllys
Ini memang la penting muax, tapi rasanya kalau orang islam kita nak boikot yahudi, ko tableh la nak kata "takyah boikot" atau "jangan boikot" .. sebab bende yang diaorg nak buat (boikot yahudi) tuh kan Jihad gak... selagi apa yang kita buat tuh masih berlandaskan ajaran Islam..then.. go for it if you can..lakukan apa saja mengikut kemampuan dan mengikut ajaran Islam..
Wallahualam..
|
Manusia secara fitrahnya memang suka pada konflik, kalau tak nape tiap kali WrestleMania orang kita semua tercongok depan TV nak tgk? Sebab kita memang suka pada aksi ganas dan cabaran..itu fitrah kita manusia biasa. Persoalannya ialah mampu ke kita nak bersabar dan cuba menahan fitrah kita untuk melakukan tindakan.
Dalam isu boikot nie saya tak larang dan saya juga tak encourage. Tapi Muax punya pendapat tuh ade benarnya jugak. Adakah boikot semata-mata sudah cukup untuk berjihad? Kenapa kita asyik ingat Jihad hanya boleh dicapai dengan berperang dan berkonflik? Kenapa mesti ikut cara Syiah? Dalam rukum Islam Syiah ade 6 rukun dimana rukun ke-6 ialah berjihad dan jihad dalam pemahaman Syiah ialah berperang. Jadi selepas menunaikan haji ke Mekah mereka akan berperang kerana mereka merasakan Islam mereka belum sempurna selagi belum berperang. Akibatnya jika keadaan sedang aman dan harmoni maka akan wujud kekacauan kerana itu mencapai rukun Islam ke-6 dalam Syiah nie mereka perlu berperang.
Pada saya banyak cara untuk berjihad. Berlajar adalah satu jihad. Bekerja adalah satu jihad. Kenapa kita tak pernah nampak jihad-jihad yang jauh lebih mulia dari jihad perang ini? Kenapa kita tak boleh bina satu kesepakatan umat Islam menyeluruh bagi memastikan semua negara-negara Islam di dunia nie mampu berdikari, bantu menbantu antara satu sama lain? Ingat! Dakwat seorang guru itu lebih mulia dari darah seorang syuhada.
Sekadar pendapat.
|

02-16-2007, 04:25 PM
|
 |
Pioneer Member
|
|
Join Date: Dec 2006
Posts: 776
|
|
jadi sebenarnya tak salah la kan diaorg nak boikot produk yahudi.. sebab ia salah satu jihad gak kan? berjihad ada banyak cara.. jadi kalau dah ada org berjihad dengan cara memboikot produk yahudi, biarkan lah.. sebab benda tuh tak salah..
|

02-16-2007, 11:29 PM
|
|
Junior Member
|
|
Join Date: Dec 2006
Posts: 98
|
|
Huh..
Kepada semua, marilah sama2 kita hayati hadith yg sy bawakan dlm post sy sebelum ni.
Nabi SAW pernah bersabda : “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal - (dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat)- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).”
Kita marah bila orang mcm Astora bercakap pasal agama. Tp dlm masa yg sama, kita sendiri kadang2 banyak membicarakan isu2 penting berkaitan masyarakat dan orang ramai, termasuk yg menyentuh isu agama, walaupun kita pada hakikatnya CETEK ilmu dlm hal berkenaan.
Antara ciri2 orang yg berilmu itu juga adalah dia tidak melampaui batasan pengetahuannya bila berbicara.
Jgn lah kita termasuk di kalangan orang yg disebutkan Nabi sebagai Ruwabidoh tu. Na'uzubiLlah..
========
Quote:
Sekarang tak payah nak bising-bising pasal boikot, tapi kita muhasabah diri kita sendiri.
Adakah aku telah solat berjemaah 5 kali sehari hari ini?
Adakah aku telah menjaga zikir 300 pagi dan petang?
Adakah aku dah sempurnakan tanggungjawab aku sebagai orang islam iaitu ingat mengingati?
Adakah aku dah baca Al-quraan hari ini?
Adakah amalan hari ini sama atau lebih dari semalam?
Adakah aku menjaga pergaulan dengan orang Islam yang lain?
|
Ini hujah takleh pakai la akhi Muaz..
Adakah dengan menjawab YA kepada semua di atas, barulah seseorang tu dah ada tiket utk buat kerja amal yg lain? Cth mudah, ada orang buat kemungkaran depan kita, tapi bila nak tegur, terfikir balik... "Ohh.. hari ni aku tak solat berjemaah 5 kali sehari..., maka aku taleh tegur la dia.."
Kalau tunggu macam tu, alamat masing2 semua dok uruskan hal ehwal masing2 je la. Lebih teruk lagi, andai Malaysia ni nanti diserang Israel, kita masih mengatakan : Aku kena solat berjemaah 5 kali dulu hari ni, baru boleh lawan.
Nonsense..
Apa yg kita mampu, kita buat lah. Semua kebajikan, ada ganjarannya. Bukan nak tunggu semua lengkap, baru kita boleh mulakan kempen boikot ni.
By the way, mengambil point Muaz juga :
Quote:
|
Adakah aku dah sempurnakan tanggungjawab aku sebagai orang islam iaitu ingat mengingati?
|
Ni tengah ingat mengingati la ni... Dan sikap kita yg baik, adalah berdiskusi dengan baik, dengan menilai kekuatan hujah masing2. Mana yg salah, kita ketepikan, mana yg betul kita ambil. Jika kita salah, akui, dan perbetulkan. Bukan ego dan masih berdegil dengan pendapat masing2.
Umpama Imam Syafi'e rh pernah berkata : Tidaklah aku berjidal (berdebat) melainkan aku harapkan dizahirkan di lidah lawan ku itu kebenaran.
Sekian,
WA
|

02-17-2007, 12:10 AM
|
|
Junior Member
|
|
Join Date: Dec 2006
Posts: 98
|
|
Beberapa point :
1) Yahudi tu agama la. Bukan bangsa. Yahudi dan Kristian ni merupakan agama, yg mana dlm AQ Allah kategorikan mereka sebagai Ahli Kitab. Rujuk surah al-Bayyinah : 1.
So, mana ada orang Yahudi beragama Islam. Bila dia dah masuk Islam, dia bukan lagi Yahudi. Orang Israel beragama Islam tu ada la. Israel ialah bangsa, Yahudi ialah agama. Yahudi ikut Taurat, tp bukan yg asli.
2) Sy tak pasti sumber mana Muaz ambil tentang kita kerjasama dgn Kristian utk menentang Yahudi di bukit Palestin. Kitab mana ya? Kalau boleh nyatakan, alangkah bagusnya. Boleh sy semak dan buat rujukan tambahan.
Cuma yg pasti, Kristian hari ni menolong Yahudi mendapatkan tanah Palestin, sebabnya mereka ada agenda mereka tersendiri. Yahudi juga begitu, mereka ada agenda mereka sendiri.
Yahudi ingin merampas Palestin, meruntuhkan al-Aqsa, dan membina Haykal (Kuil) Suci mereka di tapak berkenaan. Info tambahan, sekarang ni mereka dah melampaui batasan kekejaman dengan dah siap sedia letakkan batu asas kat bawah tapak Masjid al-Aqsa. Mereka percaya dan beriman, bahawa di akhir zaman nanti akan turun Messiah (penyelamat mereka) di tempat tersebut. Tp Messiah takkan turun dengan syarat bahawa Haykal tu dah siap dibina.
Ok, tu Yahudi dengan kepercayaannya.
Kristian Evangelis pula, mereka percaya Jesus akan turun jugak akhir zaman nanti dekat Palestin juga, iaitu tempat yg mereka percaya Jesus dibunuh. Jesus akan turun, hanya bila semua Yahudi berkumpul di sana, iaitu suasana masa Jesus pernah muncul kali pertama dulu. Mereka percaya bahawa Jesus akan turun utk membalas dendam - menyembelih Yahudi sbg membalas dendam atas perbuatan mereka yg membunuh Jesus.
Itu Kristian punya impian.
Note : Semua tu kepercayaan karut mereka je la.
So kesimpulannya 2 2 ada impian yg sama, walaupun objektif berbeza. Kristian tolong Yahudi sbb agama mereka kata begitu. Yahudi pula, tak kisah ngan kepercayaan Kristian tu, sbb mereka cuma mahukan Messiah mereka turun.
======
Kita pula, kita sayangkan tanah Palestin kerana itu hak kita. Di situ tempat Masjid ketiga paling mulia al-Aqsa, di situ tempat maqam ramai anbiya', Nabi Sulaiman, Nabi Ibrahim dll.. dan byk lagi sebab lain.
3) Ruroni, Yg mengasaskan Syiah ialah Ibnu Saba', bukan Ibnu Sa'ba. Dia dipercayai Yahudi, dan berpura2 masuk Islam sebagai tujuan nak merosakkan keharmonian dlm Islam. Dia mencetuskan pergaduhan dan sengketa di kalangan para sahabat.
Dan satu lagi, takde pun jihad dlm rukun Islam Syiah. Rukun Islam Syiah ada 5 juga, tapi tak sama mcm kita.
Al Kulaini (ulamak terkenal Syiah) meriwayatkan daripada Abu Ja'far a.s. , kata beliau,"Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah." Zurarah pun berkata " Aku pun bertanya yang manakah antara rukun-rukun yang tersebut itu paling utama?" Abu Jaafar menjawab. " Walayah-lah yang paling utama.”
Walayah ni aqidah yg meyakini Kemaksuman para wali yg 12 mereka tu.
Dan utk membetulkan tanggapan enta,
Tak kata pun jihad ni kena perang. Tp boikot ni termasuk dlm jihad juga. Dlm bentuk ekonomi. Kita mampu, maka kita buat. Yg tak mampu, nak buat mcm mana. Ya, semua jenis jihad yg anda katakan itu sy setuju. Tp adakah buat dengan belajar je, maka anda rasakan ia sudah cukup ?
Takkan nanti bila negara kita kena serang, maka kita nak belajar lagi? Pada waktu itu, setiap lelaki yg berkemampuan WAJIB keluar utk mempertahankan tanah air dari jajahan orang Kuffar, demikian menurut pendapat jumhur ulamak. Sama juga keadaan sekarang. Palestin tu dah kritikal sangat dah. Masjid al-Aqsa dah dibakar byk kali. Tapak di bawah tu dah dikorek. Batu asas utk membina Haykal dah diletakkan. Maka sekarang JIHAD mempertahankan Palestin adalah WAJIB. So anda bertanya, jihad macam mana? Kita jihad mcm mana yg kita mampu la. Doa, derma, sumbangan apa2, dan satu lagi umpama yg digesa oleh para ulama masa kini, ialah BOIKOT Produk mereka.
4) Isu orang Islam di Israel.
Pertama, ye ke ada?
Kedua, Kalau betul ada, patutnya dia dah keluar dari Israel lama dah. Takkan boleh bersetuju dengan perbuatan Israel ke atas Palestin tu?
Antara fatwa lain dari Dr Yusuf Qaradawi serta fatwa dari Syeikh Sayyid Askar, beliau menyebutkan HARAM menziarahi masjid al-Aqsa pada masa ini, kerana suasana dan keadaan politik semasa. Sebab mereka yg pergi ke sana, seolah2 menyatakan persetujuan secara psikologi dan politik kepada penjajahan Yahudi ke atas Palestin, di samping memberi sokongan material kepada mereka.
========
Errr.. tu dulu la kot. Ada yg termiss, nanti jawab lenkali.
Sekian
WA
Last edited by Wayne; 02-17-2007 at 01:56 AM.
|

02-17-2007, 12:21 AM
|
|
Junior Member
|
|
Join Date: Dec 2006
Posts: 98
|
|
Sekadar nak ingatkan balik isu penting yg perlu sama2 kita ambil perhatian.
Isunya, Ulamak suruh kita boikot.
Jika anda sahut seruan itu, alhamduliLlah, mudah2 an Allah berikan rahmat ke atas perbuatan anda.
Jika tak nak, maka terpulang. Jgn dok kecoh2 terhadap orang lain yg boikot, dan jangan pula kurang ajar dengan mengatakan Palestin diseksa kerana mereka tidak taat kepada perintah Allah.
Terpulang kepada anda, apa pendapat anda. Cuma ingat setiap perbuatan kita pada hari ni akan ditanya nanti olehNya. Kalau masing2 dah ada jawapan utk perbuatan masing2, maka terpulang lah.
Mungkin suatu hari nanti kita dah tak perlu kepada ulamak juga, kerana di kalangan orang2 muda sekarang sudah ada yg boleh ijtihad dan mengeluarkan pendapat masing2 terhadap suatu isu.
Saje nak kempen, tanpa ada link affiliate apa2 pun. Di samping kita dok baca ebook2 pasal internet marketing, sekali sekala apa kata baca pula buku2 agama dan isu semasa. Dapatkan buku kecil "al-Aqsa dalam BAHAYA", tulisan Ust Maszlee Malik (UIA), terbitan JIM. Buku kecil sahaja, nipis dan sgt bagus. Ust Maszlee adalah antara pendakwah tempatan yg sgt aktif dengan aktiviti berkaitan isu Palestin. Beliau juga merupakan penulis di website rasmi isu Palestin berbahasa Melayu www.palestinkini.info.
Note : Menurut Ust Maszlee, website Palestinkini tu dah dihack 5 kali (angka terakhir yg sy dengar kira2 setengah tahun yg lepas). Tengok, betapa jahatnya para Hackers terhadap mereka yg berniat baik utk membebaskan Palestin.
Sekian
WA
|

02-17-2007, 12:55 AM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Jan 2007
Location: KBKEL
Posts: 570
|
|
Oleh itu, sy mengharapkan Muax berhati-hati dlm percakapan ni .....sb boleh membawa bahaya kelak. apabila menyentuh bab agama jgn kita memandai pula ......kalau silap atau tersalah dlm bab komputer, tak pe ada konsep "Try & Error" tp dlm agama ni ada dua je Haq dan Batil shj. Itu yg sy kata awal-awal tajuk ni ...kita kena belajar bab perbandingan agama ni, kita mesti tahu semua agama kalau bole, terlebih lagi Yahudi dan Nasoro yg mana kedua-duanya Allah s.w.t telah memberikan jaminan bhw mrk "tidak sekali-kali" (dr dulu, skrg dan akn dtg) akan reda dgn kita Umat Islam. Palestin adalah saudara kita sakit mrk sakit lah kita .....JIHAD merupakan satu kalimat yg sangat ditakuti oleh musuh2 Islam, sb itulah mereka berusaha keras setelah mendapat pengajaran dr Perang Salib, mrk cuba utk mengugurkan matapelajaran yg bersangkut paut dgn JIHAD dari sekolah dan sterusnya mencabut terus dr hati Umat Islam. Itulah sbnya Umat Islam di akhir zaman ini tidak sensitif dgn isu Umat Islam Sedunia krn ROH JIHAD semakin terpadam. Oleh itu kita sama2 renungi huraian /tazkirah yg sampaikan oleh al-akh Wayne.........
|

02-17-2007, 01:51 AM
|
|
Junior Member
|
|
Join Date: Dec 2006
Posts: 98
|
|
Wa'alay-kumussalam..
Pertama,
Antara ulamak dan kawan, anda pilih kawan.
Tak salah ikut kawan, tapi pandai2 la compare dan nilai. Setiap manusia ni, tak semua betul, tak semua salah. Ustaz sekalipun, manusia biasa juga. Kita mendengar dari ustaz A, dengarlah juga dari ustaz B.
Anda dah dengar kawan anda, apa kata sekali sekala renung pula fatwa Dr Yusuf Qaradawi.. =)
Kedua,
Jika benar pun kawan, adakah sampai kita wajar mengatakan Palestin itu diserang kerana tidak taat perintah Allah ?
Ketiga,
Anda masih tak faham, apa itu konsep boikot. Berjaya atau tidak, ya akhi.. bukan urusan kita. Kita buat apa yg kita mampu. Dengan kita yakin, bahawa usaha yg kita lakukan utk Islam dengan ikhlas, ada ganjarannya. Jika semua orang berfikiran macam anda, mmg SAH, sampai bila2 pun boikot ni takkan berjaya. Sbb itu kita kena optimis, positif.
Skurang2nya nanti bila kita ditanya, apa yg kamu buat tatkala saudara seIslam kamu di Palestin dibunuh dan diseksaa ?
"Sy cuba boikot barangan dan produk mereka, dengan harapan agar dapat mengurangkan kekuatan ekonomi mereka, kerana sifir mudahnya, lemah ekonomi sesuatu bangsa, lemahlah kekuatannya."
Sekurang2nya ada juga skema jawapannya.. tak gitu? =)
Muaz kata :
Nak tau, Iman Muaz jawab apa?
========
Sy orang baru di WC ni. Tapi ada terbaca tentang umur Muaz yg masih di alam persekolahan. Niat sy cuma satu, nak bimbing dan betulkan kefahaman. Bukan nak bertekak. Jauh di sudut hati sy, betul2 terhiris bila ada dakwaan mengatakan Palestin itu TIDAK TAAT PERINTAH ALLAH. Sy pernah berdebat @ berdiskusi dengan orang yg Pro-Syiah, dan juga Golongan Anti Hadith (GAH), tapi tak pernah rasa terluka begini. Bagi sy, dakwaan anda itu serius. Namun sy fikir positif, atas sebab tu sy luangkan masa, menulis juga walaupun panjang, walaupun blog sndiri dah lama tak diupdate.
Sy harap, dah lepas tanggungjawab sy menyampaikan sedikit kefahaman dan ilmu kepada sesiapa yg membaca tulisan sy di sini.
Maka, harapnya dibacalah ya semua yg sy tulis panjang2 tu. Jika ada salah dan silap, mari sama2 perbetulkan. Peace..~ =)
Sekian,
WA
|

02-17-2007, 02:26 AM
|
 |
Pioneer Member
|
|
Join Date: Dec 2006
Posts: 776
|
|
ape yang Wayne nie sampaikan..itu lah sebenarnya yang aku nak sampaikan.. cume aku tak pandai berhujah.. thanks Wayne.. saya juga mempunyai pendapat yang sama dengan anda..
Harap kita semua mendapat ilmu yang sangat berguna disini..
|

02-17-2007, 04:09 AM
|
|
Junior Member
|
|
Join Date: Dec 2006
Posts: 98
|
|
Sama2 Carllys.. =)
Apa yg baik, sama2 kita kongsi, insya-ALLAH.
WA
|

02-17-2007, 06:29 AM
|
 |
Junior Member
|
|
Join Date: Aug 2006
Location: Stesen Kerja Tersayang
Posts: 139
|
|
Erm.. pandangan saya yang jahil ni tentang boikot ni senang jer. Nak boikot, boikot. Tak nak tak payah.... tak terjejas pun akidah.
Nak boikot ni selalunya bergantung pada niat. Kalau niat dia nak jihad, teruskan. Ramai juga yang boikot bukan untuk berjihad. Punk pun boikot juga apa. Adakah mereka semua tu berjihad?
Apapun bagi saya sendiri, cuba meminimakan penggunaan produk yang berkaitan dengan paksi2 zionis. Saya buat sekadar termampu sebagai insan yang lemah.
Apapun, selemah2 iman, kita harus mempunyai perasaan benci kepada penentang2 Islam, kalaupun tak mampu membuat apa2 tindakan.
Peace..!
|
| Thread Tools |
|
|
| Display Modes |
Linear Mode
|
Posting Rules
|
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts
HTML code is Off
|
|
|
All times are GMT +8. The time now is 02:39 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0 Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0
|
 |