+ Reply to Thread
Results 1 to 7 of 7
  1. #1
    Senior Member Array
    Join Date
    Aug 2006
    Location
    Houston, Texas, USA
    Posts
    327
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default Masa itu emas! Jadi, bagaimanakah cara anda menguruskan masa ?



    MASA ITU EMAS

    Ramai ahli WC kita terdiri daripada pelbagai peringkat umur, jantina, latar belakang pekerjaan dan pengalaman yang berbeza, minat dan hobi yang berbeza, juga cita-cita dan impian yang juga tak sama dengan orang lain. Namun matlamat hidup tentu hampir sama iaitu untuk berjaya dalam hidup, dengan memiliki sebuah keluarga yang bahagia dan memperolehi kekayaan harta di dunia dan akhirat.

    Jadi saya suka nak buka thread ini sekadar untuk melihat komen atau pandangan anda semua, tentang bagaimana cara-cara anda menguruskan masa anda seharian ?. Kita bincangkan dari semua segi terutama urusan harian anda, perniagaan anda, temujanji anda, waktu rehat, aktiviti riadah atau apa juga yang berkaitan. Jika anda seorang pelajar, bagaimana cara anda bahagikan masa dengan pelajaran dan juga business internet anda ?. Begitu juga yang bekerja di pejabat, apakah anda mempunyai jadual ketat yang patut anda patuhi seperti peruntukkan masa sejam di sebelah pagi sebelum ke pejabat atau beberapa jam di hujung minggu ?. Bagi surirumah pula bagaimana ?.. ehem tu nanti saya kongsi kay. Bagi 'househusband' pula tentu lebih hebat sebab anda adalah seorang ketua keluarga tapi kini bekerja dari rumah!. Sudah tentu masing-masing mempunyai pandangan berbeza dan mungkin boleh menjadi panduan kepada yang lain. Atau mungkinkah anda ada model2 tertentu.. siapa tahu kan ?
    PORTAL USAHAWAN WANITA : Www.Forum.WanitaNiaga.Com
    SUTRA ESSENTIAL: Pusat Edaran Aromaterapi SUTRA.
    Facebook : Norazlina Ramdzan * Wanita Niaga : www.wanitaniaga.my | www.wanitaniaga.com * IQ Hoster : www.iqhoster.com * Mall : www.wanitaniagamall

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Moderator Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    johor
    Posts
    714
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    Senang jer.. Buat jadual. So kena patuh pada jadual. Saya tak pernah langgar jadual yang saya buat. Buat sesuatu bergantung kepada "priority".

  4. #3
    Moderator Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    Kulim, Kedah & KT, Terengganu
    Posts
    1,257
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Smile

    Sebenarnya banyak cara dalam pengurusan masa nie. Dan ramai orang yang bermasalah dengan pengurusan masa.

    Apa pun cara yang digunakan, kaedahnya tetap sama kita tentukan apa yang kita nak buat dan bila masanya kita nak mulakan (maknanya kita buat jadual atau to do list). Perkara yang penting perlu kita lakukan adalah kita hendaklah ber-DISIPLIN pada perancangan yang telah kita tetapkan. Lebih2 lagi pada yang bekerja sendiri.

    Bagaimana cara pun anda menguruskan masa anda, tapi jika anda tak ber-DISIPLIN untuk mengikut perancangan yang telah anda tetapkan. Semuanya akan menjadi sia2.

  5. #4
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Dec 2006
    Posts
    1,632
    Thanks
    8
    Thanked 54 Times in 22 Posts

    Default

    bila nak buat jadual tuh kene fikir pasal priority gak... yang mana penting tuh patut diutamakan.. yang dahulu di dahulukan...
    There are so many people out there who will tell you that you can't. What you've got to do is turn around and say "Watch me" ~ carllys


    my facebook : http://www.facebook.com/carllys .... add me if you dare..

  6. #5
    Junior Member Array
    Join Date
    Nov 2006
    Posts
    56
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Saya pula agak culas dengan masa. Kadang kadang dah buat jadual tapi tak obey. masalah jugak tu. kena reconstruc perangai nie.

  7. #6
    Senior Member Array
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    247
    Thanks
    6
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    Ada tips utk patuh jadual x? saya mmg kantoi btol bab ni..

  8. #7
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    On WorkStation
    Posts
    1,845
    Thanks
    6
    Thanked 23 Times in 10 Posts

    Default

    time management atau pengurusan masa sebenarnya melibatkan soal disiplin.. ada masa utk kerja, utk family, utk tuhan, utk masyarakat dan utk diri sendiri.. jadual pulak xlah terlalu rigid, kita bukannya robot.. tapi jgn terlalu longgar takut ilang momentum.. kalo korang ada duit lebih belilah perisian Goal Pro untuk setting goal/mission hidup anda dgn lebih teratur.. dia mcm organizer tapi lebih canggih sbb leh ada journal/schedule/report/analysis dan segalanya yg penting..

    alternatif lain.. guna diari/organizer utk merancang harian dan bulanan/tahunan.. set target goal anda lebih jelas di 'DreamBoard' letak kat bilik atau memana yg boleh diingati..

    bende ni x diajar di universiti atau skolah.. pepandaila guna kreativiti sendiri merangsang kuasa the law of attraction...


 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts