Jika ada masa, cuba guna enjin carian kat search tu. Kalau malas nak cari (atau tak banyak masa), boleh download
Ebook Asas Penting Perniagaan Internet yang baru di lancarkan ini secara percuma. Kalau nak lebih jitu lagi, beli aja buku dan ebuku yang dijual di pasaran atau di laman web.
Membina empayar perniagaan ibarat kita mendaki piramid yang besar. Jika kita tidak menyedia tapak yang kukuh, dengan mudahnya kita 'meluncur' ke bawah. Bill Gates (Jutawan Dunia) pun mula membina empayar sejak tahun 1975 (saya pun belum lahir lagi masa tu). Tahun 2000 baru dia benar - benar berjaya setelah OS windows ciptaannya diguna pakai oleh ramai penduduk dunia.
Kalau dilihat pada sejarah dunia, tak banyak jutawan dunia yang menceburi bidang perniagaan ini boleh kaya cepat.
p/s - Jadi buang dari kotak pemikiran anda untuk 'kaya cepat' kerana selalunya anda akan mudah ditipu. Jadi sebab itu dibahagian signature saya ada "nak KAYA kena ada DUIT". Anda faham tak "nak KAYA kena ada DUIT"? Apa maksud DUIT itu? DUIT ialah Doa, Usaha, Ilmu dan Tawakal. Jadi, selamat berusaha.