Closed Thread
Page 1 of 3 123 LastLast
Results 1 to 10 of 28
  1. #1
    Pioneer Member Array
    Join Date
    May 2006
    Posts
    943
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default Harap Janganlah Berperangai Macam Ini!!



    Assalamualaikum. Kita ni sesama Melayu, sesama Islam. Masing2 ada kerja dan usaha utk cari rezeki. Salah satu usaha & kerja yg kita buat utk mencari rezeki adalah menjual/memberi/berkongsi ilmu dgn cara penulisan membuat buku & majalah. Kita dilarang oleh agama utk bersifat pendengki, hasad, memburukkan org lain dgn tujuan hendak mengaibkan dan menjatuhkan dia supaya usaha kerja kita atau perniagaan kita lebh maju dari org lain.

    Apa yg aku nak kongsikan ni, sama-samalah kita fikirkan. Aku dah kongsi benda ni kat sebuah forum yg lain jadi memandangkan kat sini ramai ahli, aku pun nak berkongsi sama2 supaya ia jadi iktibar & pengajaran. Mungkin ada antara kawan2 di sini yg kenal atau tau latar belakang Manusia Melayu ni yg sepenuh masa menulis dan menjual buku karangannya. Siapakah Manusia Melayu itu?

    Aku pastekan di sini sebahagian tulisan dari blog dia:
    Sekarang nilai sendiri -- kalau seekar tanah sesudah melalui masa bernilai RM100,000.00 jika 10 ekar bukankah nilainya RM1 juta? Itu cara yang betul untuk menjadi jutawan -- bukan terpedaya dengan tulisan Dr Chef Biul yang sesedapnya menyebut jual air kacang soya boleh menjadi jutawan, jual di pasar malam boleh jadi jutawan.

    Dan jangan lupa, setiap bulan kebun yang 10 ekar dan bernilai RM1,000,000.00 itu mengeluarkan hasil berterusan -- ibarat angsa yang menelurkan emas setiap hari. Juga jangan lupa, melalui masa, nilai tanah akan meningkat dari RM1 juta boleh menjadi RM2 juta dan seterusnya.
    Dia memburuk-burukkan saudara Chef Li, penulis buku "Menjejaki Jutawan Senyap". Dia tuduh Chef Li Biol.
    Tulisan penuh dpt dibaca di blog dia di sini => http://www.armansur.com/viewtopic.php?forum=1&topic=126

    Saya tak ingat judul bukunya tapi memang layak dibaling ke muka penulisnya. “Bahlul Dari Jupiter” atau, “Penulis Dari Jupiter” agaknya. Dalamnya entah apa-apa. Pelik dan pakai hentam saja. Memang elok sangat dibaca di planet Jupiter, bukan planet bumi. Seorang menulis tanpa kualiti, main hentam saja, penulis-penulis lain yang jujur dan berilmu akan kena tempias. Kalau tahap pembohong tak payahlah menulis buku. Menulis kerja elit, perlu kajian mendalam, bukan main hentam atau ciplak tulisan orang lain (tanpa malu beritahu umum hasil kajian).

    Saya kenal internet sejak 1997. Sejak dari itu saya tak nampak pun walau hanya seorang yang menjadi jutawan melalui internet. Tiba-tiba ada seorang yang baru kenal internet, emel pun guna hotmail atau yahoo, domain pun tak kenal, hosting pun tak kenal tiba-tiba menulis membohongi masyarakat tentang bagaimana nak menjadi jutawan melalui internet. Ya Allah…. Angka juta ada berapa kosong di belakangnya pun mungkin tak kenal, tiba-tiba memberitahu (membohongi) masyarakat mengajar cara-cara menjadi kaya melalui internet. Pelik tak?

    Boleh kaya melalui internet? Tak ada cara. Internet sumber pengiklanan, macam media lain. Kita mengiklankan di laman web kita. Kalau orang tak datang ke laman web kita, atau datang pun tak membeli, atau beli tapi tak banyak….. bolehkah kita jadi jutawan? Nak kata bahalul atau biol? Lain kali kalau baru kenal internet, tak payahlah membohongi masyarakat mengajar cara-cara menjadi jutawan melalui internet. Menjijikkan! Lebih jijik lagi disokong oleh “Penulis dari Jupiter”. Sama-sama main hentam….. senalurilah namanya itu.

    Kalau betul cara nak kaya terlibat dengan internet (terlibat, bukan menjadi kaya melalui internet) buat seperti yang sahabat karib saya lakukan: menyediakan penyelesaian (solution) untuk web. Namanya Fathlulah (Dollah), usianya baru 23 dan masih menuntut tetapi sudah menjadi penyedia datacenter, programming, design laman web, VPN dan sebagainya. Saban tahun jumlah server yang dimilikinya meningkat. Saya tak fikir penulis yang membohong tadi tahu apa itu datacenter, fungsi dan potensi penyedia datacenter. Memang boleh kaya, cuma jutawan itu belum pasti.
    Pada perenggan pertama, dia memburuk-burukkan saudara Azizi Ali penulis buku "Jutawan Dari Planet Jupiter". Dia kata Azizi Ali bahalol & pembohong.

    Perenggan kedua, dia memburukkan Irfan Khairi walaupun dia tak tulis nama Irfan Khairi, tapi aku faham maksud tulisannya tu ditujukan kepada dia. Ini disebabkan Azizi Ali pernah memberikan testimoni mengenai bisnes internet Irfan Khairi. Jadi, kesimpulannya secara keseluruhan maksudnya dia anggap berniaga di internet atau menjadi usahawan internet adalah pembohongan yg direka, tidak masuk akal dan lekeh.

    Kutukan penuh dpt dibaca di blog dia di sini => http://www.armansur.com/viewtopic.php?topic=5&forum=1

    Kalau nak tengok bukti kutukan & perlekehan dia ke atas penulis buku Malaysia & orang lain, bacalah blog penuh dia => http://www.armansur.com/index.php

    Dlm blog dia, semua org dianggap *****. Sapa yg ada niat nak mati di Mekah, adalah org yg *****. Sapa yg percaya dan simpati/sokong Osama Bin Laden adalah org yg *****. Sapa yg baca surat khabar, majalah yg dianggap dia sbg pembohong, adalah org yg *****. Sapa yg minat dgn kumpulan nasyid Raihan & Hijjaz, adalah org yg ***** sebab dua kumpulan nasyid ni adalah pembohong besar sama macam Yahudi mabuk.

    Kita bukan tak boleh nak mengkritik, tapi biarlah kritikan tu dilakukan dgn berhemah dan membina. Dia ni dahlah memburukkan org lain, buka aib org, lepas tu perlekehkan org, memper*****kan org di blog dia yg boleh ditonton oleh berjuta-juta manusia di seluruh dunia. Kan mengaibkan saudara seIslam sendiri tu namanya. Memanglah ada kebebasan menulis apa saja di blog, tapi adakah kita org Islam boleh memburukkan saudara sendiri?

    Ini tak lain hanyalah nak melakukan buku tulisan dia tu dgn cara memburukkan buku tulisan org lain. Dan menganggap penulis lain adalah sampah, pembohong, penipu, pembelit dan Yahudi mabuk. Apa ni? macam ni ke org Islam? Ada perasaan hasad dengki dgn usaha org lain. Semua buku yg ditulisnya diterbitkan oleh sykt PTS Pub. iaitu sykt yg sama menerbitkan buku "Rahsia Buat Duit Dengan Internet" tulisan team Saifulsham. Ini mesti kes dengki la ni.

    Aku harap kepada sesapa yg jadikan bidang penulisan buku/ebook sbg punca rezeki tu, jgnlah ikut perangai Manusia Melayu ni. Aku jadi malu bila baca blog & tulisan2 dia kerana banyak mengutuk, memperlekehkan & memper*****kan bangsa Melayu dan penulis2 buku Melayu. Apabila membaca blog dia, tulisannya akan membuatkan kita rasa seolah-olah kita ni *****, seolah seperti martabat & maruah kita direndahkan oleh dia.

    Aku yg memang suka membaca ni, ada jugak baca tulisan penulis2 barat. Tapi, takde la pulak dlm penulisan diorang tu dia menghentam & mengutuk secara terus penulis buku lain. Diorang buat kritikan secara membina, kritikan berlapik dan tertutup. Tak tuju direct maksudnya kepada seseorang penulis itu. Itu bangsa kafir tu, sama2 tulis buku. Tapi ini, penulis Islam mengutuk penulis Islam lain dan menuduh penulis yg saudara seIslamnya itu menipu. Tulis kat blog secara terbuka pulak tu. Jangan macam ni, rezeki masing-masing Allah SWT yg menentukan.

    Pesanan terakhir:
    Maksud hadith dari sahih Bukhari & Muslim: Barangsiapa yg menyembunyikan aib dan keburukan saudaranya di dunia, maka Allah SWT akan menyembunyikan aib dan keburukannya di akhirat.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Junior Member Array
    Join Date
    Jun 2006
    Location
    Terengganu/Selangor
    Posts
    94
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Hmm, orang macam ni terlalu confident...dan biasanya bersemangat sentiasa nak menang dalam segala segi. Saya kesian kat dia sebab berfikiran sempit, dan akhirnya tak nampak jalan keluar, atau jalan alternatif. Mudah-mudahan dia tersedar dari lamunan dan berfikiran rasional dalam mengeluarkan kata-kata...dan tidak terlalu merendahkan atau memperlekehkan orang lain. Boleh mengkritik, tapi biarlah berpada-pada...apapun, saya menghormatinya sebagai orang yang berilmu...namun yang salah tetap peru diperbetulkan
    Kini ada cara yang mudah untuk membuat satay...
    www.sataydiy.com
    Visit my NEW blog:
    http://blog.sataydiy.com
    Rahsia kami terbongkar!
    http://rahsia.sataydiy.com

  4. #3
    WC Premium Array
    Join Date
    May 2006
    Location
    shah alam
    Posts
    1,780
    Thanks
    1
    Thanked 6 Times in 4 Posts

    Default

    Yg pasti dia seperti tidak mahu menerima kenyataan yg penulisannya tidak selaku buku irfan khairi, shaifulsham, azizi ali. Hidup kat dunia ni ada turun naik..biasalah..semua tu adat. Tp, jika sampai mengkeji org lain, itu terpulang pada diri sendiri, dah hidup lama, dah byk mkn garam tak bermakna anda seorang yg hebat. Apapun esok lusa kembali pada Allah juga.

    Berikut adalah hasil tulisan Razzi Armansur:

    1. Jutawan MLM: Multi-Level Marketing - Pengarang
    Walasri.com: 08 August 2006
    2. Galeri MLM: 101 Panduan Kejayaan Multi-Level Marketing - Pengarang
    Walasri.com: 08 August 2006
    3. Membina Masa Depan Melalui MLM (Multi-Level Marketing) - Pengarang
    Walasri.com: 07 August 2006

    buku yg baik utk mereka yg terlibat dgn MLM.

  5. #4
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
    Posts
    775
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Manusia ini sebenar mengetahui sesuatu ilmu itu dalam 4 keadaan :

    Keadaan 1 : Dia mengetahui sesuatu yang orang lain juga tahu pasal itu.
    Keadaan 2 : Dia mengetahui sesuatu yang orang lain tidak tahu.
    Keadaan 3 : Dia tidak mengetahui sesuatu yang orang lain tahu.
    Keadaan 4 : Dia tidak mengetahui sesuatu yang orang lain juga tidak tahu.

    Maha Suci Allah yang mencipta alam. Hanya pada-Nya kita sujud. Hanya Dialah yang Maha Mengetahui.

    Jadi, pada Manusia Melayu, saya berpesan sebagai saudara seagama, janganlah kita berjalan di muka bumi dengan perasaan riak dan bangga diri kerana kita hanyalah manusia yang lemah, tanpa kudrat dan iradat-Nya, kita tak mampu melakukan apa - apa.

    Allah tidak melihat kita berdasarkan warna kulit, keturunan, warna rambut atau sebagainya, tapi Dia melihat pada nur keimanan dalam hati kita. Jangan kata kita sudah beriman jika kita masih "memakan daging" saudara kita.

    p/s - Adakalanya mungkin dia terlupa, ingatkanlah dia dengan cara baik dan elok sesama agama. Jika dia masih engkar,... Ustaz "all_wan", boleh bagi pendapat?

  6. #5
    Junior Member Array
    Join Date
    Nov 2006
    Location
    Penang - KL
    Posts
    161
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    setelah aku meneliti blog mamat ni, satu je kesimpulan yg aku bleh buat...gunakan propaganda2 utk menaikkan nama sndri..kira nak popular cpt gak la ni

    tp kna igt cpt kta naik cpt jgk kta turun...

  7. #6
    Junior Member Array
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    pearl I-land
    Posts
    64
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    pelik arrr perangai manusai ni..... why? why? why? why? and why? jadi lagu ni..
    dalam corporate business orang panggil 'back stabbing', pijak kepala orang lain untuk menonjolkan diri sendiri.... ada sifat 'penjual ikan' kan..(sell..fish)...
    senang-senang jengok laa sini

  8. #7
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Dec 2006
    Posts
    1,986
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Cakap lepas jer panggil orang lain *****.. not a good leader.

  9. #8
    Moderator Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    Kulim, Kedah & KT, Terengganu
    Posts
    1,257
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Sempit sungguh pemikiran dia. Mcm ckp tak berlandaskan berilmu je. Cakap pun main hentam krono.

    Sungguh sardis kehidupan org2 macam nie.

  10. #9
    WC Premium Array
    Join Date
    Nov 2006
    Posts
    381
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    sesuke ati jer... menggong!

  11. #10
    WC Premium Array
    Join Date
    Apr 2006
    Location
    Tronoh Cyber Village
    Posts
    732
    Thanks
    2
    Thanked 2 Times in 1 Post

    Default

    Saya rasa komen mengenai blog dan penulisan tersebut telah pun banyak dikomen negatif oleh orang lain.

    Cuma bagi saya as pembaca, saya sangat tersentuh dengan buku "Petunjuk Jalan Kekayaan" oleh Chef li. Sesuatu yang memberikan semangat dan lebih Islamic. Saya dapati idea utama adalah lebih kurang Robert Kiyosaki iaitu kita memperkaya dan bekerja untuk orang lain tapi yang ini lebih Islamic. I vote 5 of 5. Plus ada teknik pintu kekayaan (spt cara membahagikan wang kepada 10 bahagian) sangat berasas.

    Mengenai internet marketing (semua yang bersabitan internet) pula secara langsung dia dah tunjukkan yang dia tidak tahu apa-apa dan main hentam. Nampaknya dia telah menjatuhkan maruah dia sendiri.

    Apa yang saya akan buat hanyalah menjauhi golongan ini. Nampak macam tak makan nasihat?


 

LinkBacks (?)


Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts